"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Fikir-fikirkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikir-fikirkan. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2025

HARI KE-25 PEMERGIAN ZARA QAIRINA : RAHSIA JASAD YANG DIJAGA TUHAN

 HARI KE-25 PEMERGIAN ZARA QAIRINA : RAHSIA JASAD YANG DIJAGA TUHAN

Oleh:Matlamat Rosli

Lama saya tidak berkongsi seperti rutin sebelum ini, bagi memberi laluan kepada pengumuman penting pihak pasukan undang-undang ibu Zara. Alhamdulillah.. Selesai sudah proses menggali pusara Almarhumah Zara Qairina..

Dan MasyaAllah, 3 minggu selepas pemergian beliau, jenazahnya langsung tidak berbau. Selepas solat subuh tadi, saya berbual panjang dengan ibu Zara. Santai-santai sambil tunggu waktu Dhuha. Bercerita suka duka perjuangan membela #JusticeForZara. Bila saya tanya beliau tentang Almarhumah Zara.. jawapannya ringkas tapi sangat menusuk hati:

"Zara ni jaga solat.. bukan saja solat dia sendiri, tapi dia jaga solat kawan-kawan. Sebab itu dia mahu masuk BADAR (Badan Dakwah dan Rohani)."

MasyaAllah.. 

Inilah yang Rasulullah ﷺ sudah pesankan lebih 1400 tahun lalu:

إِنَّ رَبَّكُمْ يَقُولُ: مَنْ أَقَامَ صَلَاةَ الخَمْسِ لِوَقْتِهَا وَحَافَظَ عَلَيْها وَلَمْ يُضَيِّعْهَا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهَا، فَلَهُ عَهْدٌ عَلَيَّ أَنْ أُدْخِلَهُ الجَنَّةَ، وَمَنْ لَمْ يُقِمْهَا لِوَقْتِهَا وَلَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا وَضَيَّعَهَا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهَا، فَلَيْسَ لَهُ عِنْدِي عَهْدٌ، إِنْ شِئْتُ عَذَّبْتُهُ، وَإِنْ شِئْتُ غَفَرْتُ لَهُ

Maksud Hadis:

Rasulullah ﷺ bersabda:

Sesungguhnya Tuhan kamu berfirman: Sesiapa yang mendirikan solat lima waktu pada waktunya, dan memeliharanya (menjaga dengan penuh perhatian) serta tidak meremehkannya, maka baginya ada janji daripada-Ku untuk memasukkannya ke dalam Syurga.

Dan sesiapa yang tidak mendirikannya pada waktunya, tidak memeliharanya, serta meremehkannya, maka tiada baginya janji di sisi-Ku, jika Aku kehendaki, Aku akan mengazabnya; dan jika Aku kehendaki, Aku akan mengampunkannya.”

Makna يُحَافِظْ dalam bahasa Arab bukan sekadar “menjaga” untuk diri sendiri, tetapi saling menjaga. Huruf أ (alif) di tengah perkataan ini memberi maksud musyārakah (مشاركة) ertinya, secara ringkas ialah "saling" atau "berkongsi melakukan sesuatu bersama".

Maksudnya, dalam hadith ini, konsepnya, bukan kita jaga solat kita saja, tetapi kita bantu orang lain menjaga solat mereka.

Zara buat itu.. Dia hidupkan maksud يُحَافِظْ. Dia tegur, dia ajak, dia tulis nama kawan-kawan tidak solat dan dia bimbing kawan-kawannya.

Sebab itu, dalam menjadi sebahagian daripada tim Ibu Zara, saya sangat menitikberatkan nilai agama. Zara yang kita perjuangkan ini, seorang anak yang sangat menjaga agamanya. Maka kita yang dewasa, lebih-lebih lagi yang terlibat dalam perjuangan ini, seharusnya juga menjaga agama.. dengan menjauhi fitnah, berlebih-lebihan, mengadu domba dan elak kata-kata yang merosakkan.

Hari ini, walau jasad beliau sudah pergi, dakwahnya masih hidup. Haruman kebaikan itu kekal. Dan Allah tunjukkan tanda.. jasadnya terpelihara seakan-akan baru pergi semalam.

Saya tulis ini dengan niat, semoga apa saja kebaikan dan manfaat dari perkongsian ini, jadi pahala jariah berpanjangan buat Almarhumah Zara, ibubapa beliau, saya yang miskin pahala ini dan semua yang mengambil iktibar dari kisah ini.

"Assalamualaikum Zara.. Kita jumpa lagi.."

Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu pertama kali melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar

Doakan post mortem pagi ini 🤲🤲🤲

Allah Maha Hebat,

Marhamah Rosli

10/08/2025

Selasa, 31 Disember 2024

AKU TERIMA NIKAHNYA.....

 AKU TERIMA NIKAHNYA

Di Klinik Psikiatri. Wanita ini sudah beberapa kali saya jumpa. Masih muda. Bertudung bawal, berkulit putih, dia memang sedap mata memandang. Kali ini, dia hadir dengan suaminya. Kurus tinggi, berkulit sawo matang, rambut ikal dan bergigi depan berlubang.

Beza itu bagai langit dan bumi tetapi cinta itu sifatnya menyatukan, hingga lautan api juga terasa nyaman diredahi.

Cerita dia bukan luar biasa. Tapi cerita biasa yang begitu menyesakkan jiwa.

Ini cerita Dhia dan Ali. (Sudah pasti Dhia dam Ali bukan nama sebenar).

Mereka sudah berkahwin kurang lebih 6 tahun.

Dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel dan aktif. Hidup mereka bahagia dengan cara mereka. Tetapi, setahun ini, Dhia mulai murung, selalu bersedih, sukar tidur, rasa lesu dan letih. Dhia tidak lagi berminat untuk bercakap, lebih kepada suka menyendiri dan melayan perasaan. Ironinya, Dhia juga mudah menjadi marah, dan sering anak-anak kecilnya menjadi mangsa. Dhia rasakan hidup tidak bermakna, apatah lagi mempunyai guna. Dhia rasa Dhia bersendiri hadapi semua ini. Dan baru baru ini, Dhia mula mendengar suara suara yang banyak di telinga "kau memang tak guna" "kau patut mati" "kau memang menyusahkan orang". Adakalanya Dhia nampak kelibat yang menakutkan.

"En. Ali, dulu masa kenal Dhia, dia macammana orangnya?"

"Dhia ceria doktor, selalu tersenyum. Mulutnya becok"

"Tapi, sekarang?"

"Dhia bukan Dhia yang dulu"

"Apa jadi?"

"Entah, saya tak tahu, mana ada masalah"

Ketika itu, sang anak merengek..."Ibu, nak kencing!"

Dhia membawa anaknya ke tandas. Dan serentak, raungan si kecil berumur setahun lebih yg ikut bersama, anak bongsu mereka, "nak ibu, nak ibu!"..

Dhia kelam kabut, sang ayah.... Lihat... Tanpa seribu bicara... Dan teruskan duduk.

"Betul tak ada masalah?"

"mana ada apa doktor"

"biar saya beritahu, boleh"

"boleh"

"Anak awak yang menangis tu masalah pertama"

Ali terdiam.

"Ini masalah Dhia"

1. Semenjak kahwin, Dhia tidak dibenarkan kerja, tapi Dhia kena tinggal di rumah, menjaga ibu mertua.

2. Ibu mertua nyanyuk, jadi sering lupa. Paling teruk, ibu mertua sering mengapikan Dhia, pemalas, masak tak sedap, tak bagus sebab menantu lain kerja bagus-bagus tapi Dhia tak kerja, padahal Dhia yang basuh kencing berak mak mertua.

3. Adik beradik suami yang lain semua tak sanggup jaga mak "kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Wife kami semua tak boleh dengan mak, jadi kami kena selamatkan wife kami" tanpa sedar Dhia makan hati.

4. Bila ahli keluarga balik rumah, adik beradik lain akan sambung kutukan pada Dhia, pemalas dan sebagainya. Husband, hanya mengiyakan tanpa pernah mempertahankan Dhia.

5. DI rumah mertua, ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab accident tapi dah semakin baik. Makan pakai adik ipar iuga Dhia kena uruskan. Baiu berbakul 

bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia rungutkan, "ko buat apa kat rumah, takkan itu pon tak boleh buat"

6. Bila Dhia balik ke rumah ibunya, kata iparnya "nak mengelat la tu"

7. Adik ipar balik beli kfc, tapi beli hanya untuk anak sendiri, bila anak anak Dhia merengek, mereka kata beli sendiri. Dhia terpaksa minta mak sendiri belikan.

8. Bila Dhia penat, uruskan anak anak.... Yang semakin aktif dan nakal dan perlu rehat sebentar, Dhia juga yang pemalas.

9. Mak mertua sering merendah- rendahkan Dhia pada adik-beradik lain.

10. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab dia penat bekerja, katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.

11. Bila Dhia memasak, dengan anak-anak yang merengek, ibu mertua dan adik ipar akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sbb tu bising, tapi mereka tidak mahu tolong jaga, maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecik, dan letak di para sebelah kuali. Dhia di beri amaran, jaga anak jangan bagi bising "kacau tidur aku," kata adik ipar.

12. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sbb siapa nak jaga mak mertua, kata ipar yang lain.

Dan setiap hari Dhia yang kena menghadapi semua ini.

13. Perlu pakai tudung sepanjang hari kerana adir ipar lelaki. Rumah panas tanpa kipas dan air cond.

14. Bantulah isteri anda menjaga anak... Bermain dengan mereka... Tanggungjawab dikongsi bersama, anda akan menjadi sehandsome Adiputra

"Awak pernah ucapkan terima kasih pada Dhia?" "Tak pernah"

"Pernah tanya dia penat ke tak?" "Tak pernah" "Bila stress apa awak buat?"Pergi memancing"

"Dhia?" "Dia kena jaga mak"

"Itu mak awak atau mak Dhia?" Ali tunduk.

"Dhia, berapa lama awak masuk tandas kalau mandi atau buang air besar" "Kena cepat-cepat doktor, anak ikut masuk bilik air atau meraung depan pintu"

"En Ali?" "setengah jam ke sejam"

"Awak buat apa? Main dan update fb kan?"

"Ya doktor"

"Dulu masa awak ambil Dhia pada ibu bapa dia, comel lote kan.. Tapi bila awak jaga kenapa jadi macamni?"

"dulu dia lawa sbb mak bapak dia jaga, tapi dia tak comel selekeh sekarang ni, siapa yang jaga dia? "

"saya"

"En. Ali rasa Dhia penat tak?"

"penat sangat doktor"

"Semalam kan doktor, saya nak sgt makan ikan bakar, saya minta abang belikan, mak mertua saya kata kenapa saya menyusahkan anak dia," kata Dhia.

Ali tunduk.

"Pernah awak pertahankan isteri awak? Bila adik beradik lain kutuk dia awak backing dia?

"tak"

"Kalau awak di office, awak kerja keras, tapi orang puji orang lain, apa awak rasa?"

"marah"

"pernah awak puji Dhia?"

"tak pernah"

"saya memang teruk" Ali menitiskan air mata.

Wahai suami,

1. Isteri hanya mahu di puji. Mereka juga mahu dimanja.

2. Pujilah. Katakan mereka seindah bidadari syurga. Pujian anda akan membahagiakan mereka.

3. Sesekali bawalah mereka ke mana saja yang mereka suka.

4. Bincang dan tanya. Apa mereka mahu dan suka.

5. Sesudah berkahwin, bukan tugas dia menjaga mertua. Itu tugas anda sebagai anak. Bila dia menjaga, dialah bidadari sejati. Bincanglah dengan adik beradik lain. Mereka sayangkan isteri mereka jadi bawa mereka keluar rumah, tapi mereka semua hina Dhia.

Dhia boleh jaga ibu, tapi gilir gilirla. Bawa berbincang.

"Bila awak paling bahagia Dhia?"

"masa suami sewa rumah lain kejap, saya rasa bebas nak pakai apa pon di rumah saya"

6. Adik beradik lain yang tidak mahu menjaga masih okay, tapi mulut tidak perlu menjadi puaka. Dan bila itu terjadi, pujuklah isteri anda.

7. Hargai dan sayangi mereka.

8. Berilah dia "me time". Dia juga mahu makan, mandi dan berak dengan tenang.

9. Sekali sekala belilah hadiah buat penghargaan, makan cendol semangkuk tulis buat isteri tersayang pon dan kembang setaman perasaan isteri. Siap dia upload facebook "hari ini hari paling happy"

"Abang, kita ni muka tak hensem tak apa abang, yang penting hati kene handsome"

"perempuan kalau dah sayang, bulan bintang pon dia sanggup tinggal bang, sehidup semati, tapi sekali kau buat dia benci bang, sampai mati pon dia akan benci"

Biar cinta bertapak di janji, berpasak di hati,

Bukan cinta bertapak di kaki, berpasak di bodi.

Kemurungan dan suara halus Dhia tu, itu bukan sihir, itu memang BUATAN ORANG. Buatan Ali pada cinta Dhia.

"Dan bila AKU TERIMA NIKAHNYA, janji itu bukan dengan dia atau mak ayah dia, janji itu pada Allah, pada Tuhanmu yang menciptakan."

Source 

Khamis, 5 Disember 2024

Kisah kehidupan:Bermula berdua dan akan kembali berdua seterusnya hanya sendirian

 


Ada satu perkara yang sangat sedih bila kita kenangkan nanti. Tahu tak apa? Bila kita terlalu fokus pada orang lain, terlalu sibuk gembirakan orang lain, terlalu jaga hati orang lain, penghujungnya kita tersedar sesuatu.

Apa dia?

Yang bersama dengan kita sampai penghujungnya bukan orang yang kita fokuskan tu pun. Yang setia, yang selalu ada waktu susah senang, yang selalu pedulikan kita tiadalah lain.

Pasangan tercinta kita.

Dia yang setia bersama kita menguruskan keluarga. Yang selalu risaukan kita. Yang tidak pernah pandang rendah pada kita dan selalu ada dengan kita. Sedih kan? Tempat pasangan ni takda pengganti.

Semua orang akan tinggalkan kita mengejar impian masing-masing. Termasuk lah anak-anak yang kita terlalu sayangkan tu. Termasuk adik beradik yang mula ada keluarga sendiri yang sangat kita kasih.

Penghujungnya pasangan kita lah yang tinggal dengan kita. Dia pandang kita, kita pandang dia. Lepas tu senyum teringat yang umur tinggal saki baki lagi je. Rindu semua segala kenangan yang pernah tercipta dalam hubungan.

"Abang, tua dah kita kan? Abang sayangkan sayang lagi ke? Dah tua, dah tak cantik. Dah berkedut. Rambut dah beruban banyak."

Soalan yang bertahun-tahun takkan pernah gagal untuk diungkapkan oleh pasangan kita.

Senyum je masa tu. 

"Dah sampai tua pun dok sebelah lagi, mana yang tak sayangnya?"

Kejap tu masing-masing akan termemung panjang. Terbayang saat paling sakit yang bakal salah seorang dari pasangan lalu.

"Siapa agaknya yang akan pulang ke negeri abadi dulu kan bang? Harap-harapnya sayang lah. Tak sanggup rasanya nak hidup tanpa abang."

"Abang kot pergi dulu. Abang ni luaran je nampak gagah lagi. Dalaman dah kena makan anai-anai. Haha. Entah lah sayang. Berdamai je lah kita dengan takdir. Malas nak fikir, nanti sedih.."

Kisah kehidupan. 

Dari awal percintaan, hati berombak-ombak melayan rindu, melayan rasa cinta yang melimpah-limpah. Hari-hari rindu, penuh dengan senyum. Tapi penghujungnya, kita kena redha. Yang kita tetap akan berpisah. Sayang lah macam mana pun. Kasih lah macam mana pun. Setia lah macam mana pun.

Salah seorang akan di jemput pulang ke negeri abadi dulu, lepas berpuluh tahun setia genggam janji waktu bercinta dahulu. Seorang lagi akan tunggu giliran di dunia. Lihat jenazah pasangannya ditanam. Di kafankan. Di solatkan. Termenung panjang. Semua kenangan akan terbuai dalam ingatan. Sedih memang sedih. Berdepan hari-hari tanpa pasangan setianya lagi.

Ya, kehilangan orang yang berpuluh tahun di sisi. Bergelak, bersedih, bergaduh, merajuk, semua kenangan bersama ni terasa di rentap sekali pergi. Bangun pagi, tengok sebelah. Dah tak ada lagi jasad orang paling istimewa.

Rindu bukan kepalang. Meleleh lagi air mata. Siapa nak temankan kita lagi?

Tinggallah pasangan paling setia kita. Satu-satunya insan yang paling rapat dan tahu segala kisah turun naik kita sepanjang kita hidup bersama. Yang tetap dengan kita di saat semuanya sudah mula bawa haluan sendiri.

Terlerai sudah janji dahulu.

"Sayang, janji ya setia dengan abang? Jangan tinggalkan abang?"

"Ya janji bang. Rindu abang. Sayang abang selamanya.."

P/s : Tuhan pinjamkan kita pasangan yang baik ni entah sampai bila. Selagi ada masa ni, kita raikan lah. Esok-esok belum tentu masih ada masa.

Sumber 

Ahad, 17 November 2024

Mengapa Rasulullah SAW Tidak Pernah Berpoligami Sepanjang Hayatnya Bersama Khadijah?

 Mengapa Rasulullah SAW Tidak Pernah Berpoligami Sepanjang Hayatnya Bersama Khadijah?

Kisah cinta antara Rasulullah SAW dan Siti Khadijah r.a. adalah salah satu contoh cinta yang paling luar biasa dalam sejarah. Bayangkan, Nabi Muhammad SAW yang paling mulia, paling disayangi Allah, hanya memiliki satu isteri sepanjang hidup Khadijah. Satu-satunya wanita dalam hidup baginda yang Nabi tidak pernah berkahwin lain sewaktu hayatnya! Ini bukan kerana baginda tidak mampu, tetapi kerana pengorbanan dan penghormatan baginda kepada Khadijah begitu mendalam dan mengagumkan.

Siapa Khadijah, dan Mengapa Begitu Istimewa?

Siti Khadijah bukan calang-calang orang. Beliau seorang usahawan yang berjaya, seorang wanita terhormat di kalangan bangsawan Quraisy. Beliau mendekati Rasulullah SAW dengan penuh tawadhu, walaupun tahu bahawa lelaki muda ini tak punya kekayaan seperti dirinya. Khadijah bukan sekadar seorang isteri, tetapi seorang insan yang sentiasa memberi semangat kepada Nabi SAW terutama dalam masa-masa sukar. Beliau menyokong dakwah Nabi sepenuhnya, dengan seluruh jiwa raga dan harta bendanya. Pengorbanan sebegini tidak mudah dicari. Khadijah sentiasa bersama baginda, malah turut sama menderita tatkala kaum Quraisy memulaukan mereka.

Sebagai bukti penghargaan baginda, Allah SWT melarang Nabi SAW berkahwin lain sewaktu hayat Khadijah sebagai penghormatan kepada cinta dan pengorbanan beliau. Khadijah bukan sekadar seorang isteri, tetapi kawan sejati yang memahami setiap derita dan setiap ujian yang baginda lalui. Ketika Nabi sedih, Khadijah yang tenangkan. Ketika Nabi keseorangan, Khadijah yang berada di sisinya.

Perlakuan Rasulullah SAW Terhadap Khadijah - Penuh Penghormatan

Kisah-kisah tentang kasih sayang Rasulullah SAW terhadap Khadijah menunjukkan betapa tingginya penghormatan baginda. Baginda selalu menyebut-nyebut Khadijah walaupun setelah beliau meninggal dunia. Malah, Sayyidatina Aisyah r.a., isteri muda Nabi, pernah berasa cemburu kerana Nabi kerap kali menyebut nama Khadijah. Itu menunjukkan betapa dalam cinta Nabi kepada Khadijah. Memanglah, bila orang yang kita cintai penuh pengorbanan, hati kita takkan mudah lupa.

Dalam hidup berumah tangga, Rasulullah SAW tunjukkan kepada kita contoh terbaik bagaimana menjaga perasaan dan maruah seorang isteri. Baginda sangat menghormati, menyayangi, dan memuliakan Khadijah sehingga tak pernah timbul isu poligami sewaktu hayat beliau. Sebaliknya, semua perkahwinan selepas itu adalah atas perintah Allah, sama ada untuk membantu wanita-wanita yang memerlukan perlindungan atau untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam.

Ambil Pengajaran, Wahai Para Suami!

Kisah cinta Nabi dan Khadijah bukan sekadar sejarah untuk dikenang-kenang, tetapi satu panduan yang sangat relevan. Isteri yang ada bersama kita hari ini adalah insan yang Allah takdirkan sebagai teman hidup. Hargai dia, jaga maruahnya, dan berikan sokongan penuh seperti mana Khadijah berikan kepada Rasulullah. Fikirkan, adakah kita sudah menghargai isteri kita seperti mana Rasulullah menghargai Khadijah? Janganlah asyik tengok gajet atau sibuk dengan kerja sampai terlupa yang isteri kita pun ada perasaan.

Jika rasa seperti makin jauh dari isteri, atau hubungan makin pudar, usah biarkan begitu sahaja. Mungkin inilah masanya untuk buat perubahan. Tambahkan nilai diri sebagai seorang suami, bukan sahaja dengan kasih sayang tetapi juga dengan keyakinan diri.

Untuk para suami yang ingin tampil lebih yakin dalam hubungan, boleh cuba ikhtiar dengan Strong Arrow. Ia adalah suplemen yang membantu anda kembali bertenaga dan tampil lebih yakin di hadapan isteri. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Strong Arrow, boleh klik di sini: https://rahsiasulit.com/strongarrow.

Nasihat untuk Kaum Suami

Hargailah isteri anda sebaik mungkin. Jadilah suami yang mampu membawa ketenangan dan kebahagiaan seperti Rasulullah SAW. Tidak perlu sempurna, tetapi usahakanlah menjadi lebih baik setiap hari. Dalam Islam, isteri adalah amanah dari Allah, satu-satunya teman hidup yang kita akan lalui susah senang bersama. Belajarlah dari teladan Rasulullah SAW yang mulia, kerana wanita itu rapuh, dan hanya lelaki sejati yang tahu cara menjaga dan memuliakannya.

Sumber 

Rabu, 31 Julai 2024

Peringatan: Berhati-hati apabila anda mencapai usia 35 ke 40 tahun

 


Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapak (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. 

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Credit : inspirasi dan Kesehatan.

Source 

Rabu, 13 Mac 2024

Nasihat alim ulama bagaimana cara menjalani umur yang sudah mencapai 40 hingga 70 tahun

 ﷽ 

Nasihat alim ulama bagaimana cara menjalani umur yang sudah mencapai 40 hingga 70 tahun :

1 - Jangan berlebihan bergurau hingga terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat.

2 - Jangan berlebihan berhias, bersolek dan berpakaian.

3 - Jangan berlebihan makan, minum dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh.

4 - Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambahkan ilmu dan amal kepada kita.

5 - Jangan berjalan dan melancong ke sana sini tanpa manfaatnya yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat.

6 - Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan seharian. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

7 - Perbanyakkan berdoa mengharap keredhaan Allah agar mendapat husnul Khatimah ( mati dalam kesudahan yang baik ) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah ( mati yang tidak baik ).

8 - Perbanyakkan belajar ilmu agama, sering mengingati kematian dan bersiap menghadapinya.

9 - Persiapkan dan tuliskan wasiat yang berguna untuk kaum kerabatmu.

10 - Kembali menjalin hubungan silaturahim dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya.

11 - Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

12 - Rajin buat amal soleh terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

13 - Memaafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

14 - Langsaikan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

15 - Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT ..!!!

16 - MATA, hentikan memandang yang tidak halal bagimu.

17 - TANGAN, hentikan dari menyentuh yang bukan hak mu.

18 - MULUT, hentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, hentilah dari mengumpat, memfitnah dan hentilah dari menyakiti hati orang lain.

19 - TELINGA, hentilah mendengar hal-hal yang haram dan tidak berfaedah.

20 - Berbaik sangkalah kepada Allah ke atas segala sesuatu dugaan yang telah menimpa diri.

21 - Penuhi hati juga lisan kita dengan istighfar serta taubat buat diri sendiri, orang tuamu dan semua orang beriman.

22 - Perbanyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat.

~ Imam Al Fudhail bin 'Iyadh

----------------------------------------------------------------------

Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Bererti  kamu sekarang  berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.

Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan. 

Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.

#peringatanuntukdirisendirijg

Credit 

Sabtu, 6 Januari 2024

Keajaiban kapal terbang dan kekuasaan Allah kepada burung

 


Izinkan saya berkongsi tentang kebesaran Allah. Hanya seminit dua diperlukan. Boleh ya. 

Cuba kawan-kawan lihat ratusan butang dan skrin yang besar untuk dirujuk oleh juruterbang. Setiap satu butang ada fungsi tersendiri. Ia begitu kompleks hanya untuk bantu pesawat untuk navigate terbang sahaja!

Dan harga sebiji pesawat seperti dalam gambar Airbus-A380 ini kira-kira USD 200 juta! 

Tabik hormat kepada pilot yang saya kenali antaranya Captain Gazze Azri dan Captain Mohd Ezairol Rezan Zainol. 

Macam mana la dorang boleh hafal fungsi butang ni semua. 

Nah, cuba kita bandingkan pula dengan saiz seekor burung pipit, burung helang, burung merpati, burung hantu dan burung enggang.

Mereka ada otak sebesar biji tembikai sahaja. Dan ianya cukup untuk lakukan proses pengiraan yang rumit ini dibuat!! 

Ia melibatkan kelajuan, ketinggian, muatan, berat, arah, kompas, timing, radar untuk mencari makanan dan melarikan diri daripada musuh. 

Dalam salah satu rancangan National Geographic yang saya tonton, seekor burung helang yang membuat ‘maneuver’ dari langit untuk tangkap ikan di laut boleh capai kelajuan 160 kilometer sejam! Dan ia tak terhempas!

Kita kalau naik motosikal, bawa kelajuan sama dan brek mengejut. Kalau tak terpelanting atau skidding memang tak sah. 

Tak cukup dengan itu, fikirkan pula cara burung buat ‘perfect landing’ ke dahan pokok dalam altitud kelajuan tinggi. Jarang pula burung terhempas langgar pokok atau terbabas ke tanah. 

Uniknya, burung-burung lakukan semua ini tanpa bantuan menara pengawasan, radio, satelit atau GPS! Masya Allah. Dan semestinya semakin kecil objek itu untuk mempunyai keupayaan seperti sebuah kapal terbang. 

Berapa juta agaknya nilai teknologi yang ada pada semua jenis burung itu. 

Kawan-kawan,

Allah Taala berfirman dalam surah Al Mulk (ayat-19):

https://quran.com/en/al-mulk/19

"Tidakkah mereka melihat burung-burung yang berada di atas mereka dengan sayap yang terbentang dan [kadang-kadang] berlipat-lipat? 

Tidak ada yang mengangkatnya kecuali Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya Dia Maha Melihat dari segala sesuatu".

Allah Maha Berkuasa, Makhluk Tiada Daya Upaya.

Begitulah. 

Hafizul Hakim