"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label PdPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PdPR. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Julai 2021

Sekolah dibuka semula berperingkat mulai 1 September nanti

 Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021. FOTO Aswadi Alias.

Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021. FOTO Aswadi Alias.

Kuala Lumpur: Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

"KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan," menurut kenyataan itu.

Sehingga 16 Julai lalu, 253,366 guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 kakitangan sokongan (46.33 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

"KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka," kata KPM.

-myMetro

Jumaat, 19 Februari 2021

Bila Adibah Noor Tawar Diri Mengajar Di DidikTV, Bahasa Inggeris


Semua sedia maklum mengenai pelancaran DidikTV oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). DidikTV merupakan satu usaha untuk menyediakan akses pembelajaran sewaktu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon Adibah Noor apabila menerusi status dimuat naik di Twitternya semalam, dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar Bahasa Inggeris di DidikTV.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta menyokong hasratnya itu. Rata-rata netizen mengatakan jika benar Adibah menjadi tenaga pengajar bukan sahaja anak-anak malah ibu bapa pun akan turut sama belajar.

Namun seperti sudah dijangka, ada juga segelintir netizen tidak bersetuju serta mempersoalkan kelayakannya untuk menjadi seorang pengajar.

Tidak hanya berdiam diri, Adibah tampil berkongsikan latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.

Terdahulu, tular mengenai tindakan penyanyi dan pelakon itu yang menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris personaliti televisyen serta ahli politik yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Sumber MYKMU.NET

Isnin, 25 Januari 2021

SEMUA NAK HARAP EBIT LEW, MANA AHLI-AHLI KABINET MALAYSIA? RAKYAT TERTANYA-TANYA


Ketika kami sedang lepak dekat Twitter minggu lepas, kami terlihat satu ciapan Pengerusi MDEC yang mengatakan sepatutnya ustaz Ebit Lew lakukan kutipan derma untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Bagi mereka yang tak tahu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ialah sebuah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia. Bahasa mudahnya, diorang adalah agensi kerajaan yang uruskan ICT dan multimedia.

Dr. Rais yang kini jadi Pengerusi MDEC hasil daripada lantikan politik kerajaan semasa buat kami bingung. Kalau Ebit Lew yang kena tolong pelajar-pelajar yang tak mampu belajar dalam talian, kerajaan buat apa? Dia adalah ahli BERSATU yang merupakan parti utama kerajaan pada hari ini. Sepatutnya dia pergi nasihatkan kerajaan untuk cipta dasar yang boleh membantu pelajar-pelajar yang tercicir.

1
Dia cakap apa ni?

Benda ni bukan kami seorang je yang terfikir, dengan jumlah ahli Kabinet kita yang ramai, sudah tentu orang tertanya-tanya; mana pergi semua mangkuk ahli Kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ketika kita berhadapan dengan pandemik?

Kalau semua nak harap pada Ebit Lew, apa kerja Kabinet yang dibayar rakyat?

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew ada beli 100 tablet untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan, bagi membolehkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Selepas benda tu tular, dia dedahkan dalam tempoh hanya separuh hari, beliau menerima 43,000 mesej memaklumkan mereka memerlukan gajet berkenaan untuk pembelajaran anak.

2
Ebit Lew. Via Berita Harian

“Ramai juga yang orang kelainan upaya (OKU), tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri. Maafkan saya ya, tidak dapat membantu ramai lagi,” – Melalui Facebook Ebit Lew

Dia jelaskan, ramai juga yang hantar mesej memaklumkan mereka memerlukan kerusi roda atau keseluruhan 8,000 set kemudahan berkenaan. Sebanyak 8,000 lagi kerusi roda juga diperlukan. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak.

Bukan setakat manusia yang Ebit Lew tolong, binatang pun turut dia bantu. Disebabkan Covid-19, pendapatan Zoo Negara terjejas. Setelah dimaklumkan situasi Zoo Negara yang kurang pendapatan, Ebit Lew tampil memberi sumbangan makanan kepada haiwan-haiwan di sana.

1
Comel panda tu. Via MyKmu

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Sekarang dah banyak bulan pihak Zoo Negara tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi (semalam). Petang terus bawa 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayuran,” – Melalui Facebook Ebit Lew

Dua contoh aksi menteri yang dapat kecaman orang ramai di alam maya

Ada netizen yang beranggapan kerajaan amalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19. Benda ni terjadi apabila gambar Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tular. Dia dikatakan mengadakan pertemuan di Pengerang, Kota Tinggi Johor.

Doc7e3uk9hglpf1mu8pzkqo

Azmin dikatakan menghadiri majlis penyampaian bantuan berbentuk barangan keperluan asas selain bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan terjejas oleh bencana banjir di Pengerang. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) beritahu misi bantuan banjir di bawah kementeriannya dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Secara umumnya pergerakan rentas negeri tak dibenarkan di seluruh negara di semua negeri yang dikenakan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tegaskan semua pergerakan rentas negeri tak dibenarkan di negeri yang dikenakan PKP dan PKPB.

Kelonggaran hanya diberi atas sebab-sebab tertentu seperti kecemasan atau telah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres. Ribuan individu telah dikompaun dan direman atas kesalahan ingkar SOP PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

Selain Azmin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pun ada buat benda yang lawak. Dia melakukan lawatan di sekatan jalan raya di Jalan Kuching di sini untuk melihat tugas kawalan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tengku Zafrul bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said tiba di lokasi sekatan jalan raya.

Dalam lawatan tu, kedua-duanya meluangkan masa hampir 20 minit untuk meninjau suasana di lokasi sekatan jalan raya selain mengedarkan bungkusan makanan kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan tu.

Bursa
Via Berita Harian

Walaupun Tengku Zafrul cuma luangkan masa yang sekejap dalam lawatan dia tu, ramai yang kata dia sepatutnya fokus dalam ‘kewangan’ negara. Terutamanya ketika orang ramai sedang berhadapan dengan kesukaran untuk meneruskan kehidupa akibat kesan pandemik. Secara jujur, kami merasakan masih banyak yang perlu diperbaiki; terutamanya dalam bantuan sosial kita terhadap golongan yang memerlukan.

Kita mampu melakukan aksi-aksi membantu rakyat tanpa gimik yang tak perlu

Kami faham je kenapa ramai ahli politik suka buat benda-benda yang populis macam sapu longkang, atau pergi lawat frontliners. Mereka nak kelihatan peduli dan mesra kepada hero-hero negara ni. Malangnya, aksi-aksi populis tidak semuanya akan memberi keuntungan kepada rakyat. Kebanyakan kerja dan usaha harus ditumpukan kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat, dan ia boleh dilaksanakan tanpa melakukan ‘gimik’.

-orangkata.my




 

Jumaat, 22 Januari 2021

Luahan:Kelas online apanya kalau tak ada gajet!

 


SELEPAS setahun wabak yang kini menjadi pandemik Covid-19 melanda rakyat Malaysia, ramai yang tertanya-tanya mengapakah tidak ada tindakan yang proaktif dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memudahkan anak-anak yang mengikuti kelas secara dalam talian atau online classes.

Ibu bapa hari ini meluahkan rasa terkilan kerana rata-rata mereka yang mempunyai ramai anak memerlukan peranti setiap seorang untuk mengikuti kelas online.

Memanglah istilah ramai anak amat subjektif tetapi apabila mempunyai lebih daripada dua atau tiga orang anak yang masih belajar dan perlu mengikuti kelas online, semestinya satu peranti tidak mencukupi.

Peranti yang dirujuk di sini termasuklah telefon bimbit sama ada smart phone atau android, tablet atau tab, ipad atau mini ipad, laptop atau komputer riba dan mungkin juga komputer di rumah.

Akan tetapi kesemua gajet yang disebut di atas itu perlu versi terkini atau updated version yang mana, jika ia menggunakan versi lama, ia tidak support untuk digunakan hari ini.

Bebanan terhadap keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli gajet bagi kegunaan anak-anak yang mengikuti kelas online sebenarnya bukanlah sesuatu yang lucu dan jauh sekali menjadi bahan lawak.

Keluarga yang tidak berkemapuan merasa resah kerana bimbang anak-anak mereka tercicir dalam pelajaran normal baharu.

Di manakah mereka mahu mencari duit untuk membeli gajet untuk kegunaan anak-anak sedangkan kalau beli yang terpakai atau second hand sekalipun, masih perlu bayar. Bukan percuma, bukan gratis!

Memang benarlah ibu bapa perlu berkorban dan melakukan pengorbanan untuk anak-anak tetapi apakah daya ibu bapa yang benar-benar tidak mampu untuk membeli gajet?

Kelas online bukan sahaja memerlukan gajet tetapi perlu ada internet. Jadi, Wifi perlu ada atau sekurang-kurangnya data dalam handphone perlu ada untuk disambung atau connected ketika guru mengendalikan kelas dalam talian.

Melihat seorang anak mengikuti kelas online hari ini, saya terkilan apabila rakan-rakan sebayanya yang baharu berusia 11 tahun sibuk membincangkan tentang artis Korea.

Tanpa rasa segan, jauh sekali rasa hormat terhadap guru yang mengendalikan kelas online, mereka berchatting tentang artis Korea berkenaan.

Ini adalah satu perkara yang perlu pemantauan keluarga di rumah dan melarang anak-anak daripada tersasar daripada objektif mengikuti kelas online. Hormatilah cikgu atau pun ustazah yang mengajar walaupun secara online.

Berbalik kepada pemilikan gajet, seorang rakan yang juga merupakan seorang ayah memberikan pandangannya dalam komen di Facebook.

Beliau berkata, tak kanlah pendamik setahun, KPM masih tidak jumpa cara untuk memastikan gajet mampu milik sekiranya tidak mendapat solusi lain.

“Itu tandanya tak buat kerja,” kata beliau yang mahu pihak KPM tidak lagi bersikap duduk, tunggu dan lihat kerana takutkan dengan pembaharuan.

Penyanyi Nora Ariffin membuat hantaran di laman sosial Facebooknya. Beliau menulis, “I think tak semua parents familiar with emails, online alerts, student’s login ID, access GMeet/GC dan lain-lain.

“Kadang-kadang ada juga technical problem yang kita pun tidak faham. Unless you memang kerja depan komputer.

“Simpati juga pada parents yang tidak mampu beli gajet, taka da wiFi dan lain-lain. Dengan erti kata lain, tak semua orang senang.

“Tapi hidup harus diteruskan dan pembelajaran anak-anak harus diutamakan. Nasib orang tak sama. Amik masa…,” catat Nora Ariffin.

KPM perlu tampil dengan solusi untuk membantu anak-anak yang dari kalangan keluarga kurang berkemampuan untuk mengikuti PdP atau kelas online kerana inilah normal baharu pembelajaran. – SM

Isnin, 18 Januari 2021

PdPR: Ahmad Maslan Bimbang Pelajar B40 Keciciran, Kerajaan Mesti Bertindak…

 KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan mesti bertindak untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat.

Ini katanya akan menyebabkan pelajar-pelajar terutama golongan B40 akan keciciran dalam pendidikan manakala pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) memerlukan capaian internet dan gajet.

“B40 ramai yang tak mampu beli laptop, komputer dan ‘handphone’ canggih.

“Kerajaan mesti bertindak untuk selesaikan masalah-masalah ini segera,” ciapnya di Twitter.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO turut mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang mengatakan faktor capaian internet dan pemilikan gajet dilihat menjadi antara faktor utama proses PdPR kurang berkesan serta menyumbang kepada beberapa kesan negatif dan merumitkan keadaan golongan berpendapatan rendah.


Manakala menurut seorang pakar psikologi, Prof Datin Dr Mariani Mohd Noor yang juga Naib Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (Majlis ECCE) berkata anak golongan kurang berkemampuan berdepan risiko menjadi ‘generasi ketinggalan’ atau ‘lost generation’ jika kaedah PdP secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

Baru-baru ini, akibat PKP, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan melaporkan sesi persekolahan secara bersemuka mulai 20 Januari ini di seluruh negara dihadkan kepada calon peperiksaan utama bagi 2020. – UMNO ONLINE