"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Zahid Md Arip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zahid Md Arip. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2021

Kerjasama dengan DAP, Anwar punca Umno masuk Bersatu, dakwa Zahid Md Arip

 


Pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu.

Senator, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kemasukan berbondong-bondong ahli Umno ke dalam Bersatu adalah disebabkan hilangnya kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Dakwanya, peringkat akar umbi mahupun dalam kalangan pimpinan Umno sendiri merasa kecewa dengan tindak-tanduk pimpinan pusat apabila cuba menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan mereka memilih Bersatu dengan rela hati.

“Saya percaya terdapat kumpulan ‘lidah kontot’ dalam Umno yang kalah serta tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu, telah menjadi agen kepada DAP dan Anwar.

“Mereka mendalangi permainan politik ini dengan menyemarak kebencian terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika agenda kumpulan ‘lidah kontot’ ini berjaya dan tidak dibersihkan segera oleh Umno, Umno akan ditelan oleh DAP dan PKR buat selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Pergerakan Pemuda Umno mendesak Bersatu agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.

Sementara itu kata Muhammad Zahid, semua pihak harus menghentikan sikap politik sempit yang menjadi agen pemecah-belah kepada keharmonian kerjasama yang terjalin dalam kerajaan PN ketika ini.

Ini kerana katanya, fokus serta tumpuan sebenar Umno serta semua parti komponen di dalam PN adalah untuk memulihkan kembali ekonomi negara dan menangani ancaman Covid-19.

-malaysiadateline

Jumaat, 11 September 2020

Zahid Md Arip pembohong terbesar, kata Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa bekas setiausaha politiknya, Senator Muhammad Zahid Md Arip sanggup mempergunakan beliau demi kepentingan dirinya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyifatkan Zahid juga seorang pembohong terbesar dalam politik Malaysia.

"Zahid ini pembohong terbesar dalam politik di Malaysia. Dia dulu sokong Anwar (Ibrahim), lepas tu tolak Anwar, (kemudian) sokong saya, lepas tu tolak saya.

"Cuma untuk kepentingan diri dia, untuk itu dia sanggup bohong bermacam-macam. Ya, dia cuba nak guna saya untuk kepentingan dia.

"Pasal dia ada masalah, jadi saya tak dapat tolong. Saya kata kita di Malaysia ni kita ikut lunas undang-undang tak kira orang parti kalau salah, salahlah. Tapi dia marah pasal tu, dia nak cuba tukar kerajaan supaya dia selamat," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zahid yang mendakwa beliau sebagai individu yang tersenyum puas dengan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH).

Muhammad Zahid Md Arip - Foto sumber internet

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, bekas pembantunya itu yang mahu menukar kerajaan tetapi gagal memujuknya untuk bersama.

"Dia amat seronok bila kerajaan bertukar kerana berfikiran dia mungkin selamat.

"Dia kerjasama dengan Hamzah Zainuddin hendak jatuhkan PH kerana kononnya PH ini dikuasai oleh DAP, (ini) tak benar sama sekali.

"Jadi kalau dia dapat tukar kerajaan mungkin dia terselamat. Jadi untuk ini dia cuba nak pujuk saya tapi saya tak pernah ikut dia," katanya.

Pada 7 September lalu, Zahid menafikan tuduhan menjadi pencetus 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan Kerajaan PH.

Bagaimanapun, Zahid mengakui bersama pihak lain terbabit dalam gerakan menyekat Presiden PKR dan DAP serta mendakwa mendapat restu Dr Mahathir yang ketika itu sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mahathir turut menafikan dakwaan kononnya beliau mahu menghalang Anwar dan DAP.

Beliau berkata, perkara itu tidak benar.

"Saya nak bagi Anwar kalah, nak bagi DAP jatuh semua tu tak benar. Saya tak ada masalah dengan DAP. Anwar ada masalah dengan saya, saya tak ada masalah dengan dia (Anwar).

"Saya juga tidak mempunyai masalah untuk menangani DAP," tegasnya.

-SH Online