"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Penceramah Bebas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penceramah Bebas. Papar semua catatan

Khamis, 6 Jun 2024

Sering sebar hadis lemah punca Ustaz Don Daniyal dikecam

 

Ustaz Don

PETALING JAYA – Sering sebar hadis lemah didakwa menjadi punca pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menerima kecaman orang ramai sehingga direhatkan daripada sebuah program rancangan televisyen.

Carian Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna mendakwa pendakwah terbabit pernah beberapa kali berkongsi kisah atau hadis yang tidak sahih atau terlalu dhaif.

Selain itu, beberapa individu pernah membuat teguran secara terbuka kepada pendakwah terbabit berhubung perkongsian hadis yang dibuat olehnya dalam beberapa ceramah atau di media sosial.

Malah, pada April lalu Ustaz Don juga berdepan kritikan daripada orang ramai apabila bertindak melagukan selawat dengan menggunakan lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza di dalam sebuah rancangan televisyen.

Tinjauan di media sosial mendapati, sesetengah pengguna mendakwa perbuatan menyebar hadis lemah itu bukan pertama kali dilakukan oleh pendakwah terbabit.

“Bukan pertama kali dia buat hal, ini dia percaya ajaran bible yg mengatakan Hawa A.S ambil keputusan untuk makan buah khuldi. Sedangkan di dalam al-Quran, tidak ada satu firman yang mengatakan Hawa A.S yg mengajak Adam A.S. Buat lawak tapi tak belajar habis,” dakwa Epul.

“Secara peribadi saya dah lama sekat. Sudah bosan dengan kisah-kisah palsu yang dijaja. Akal yang sihat sukar untuk mencerna,” kata Zaiton.

“Ustaz Don terlalu banyak kali buat “cerita” gunakan nas dan sanad yang lemah serta dhoif. Dalam kes ini cerita “first love” Nabi Muhammad S.A.W pula, Mufti Wilayah pun tegur kerana sanadnya terlalu lemah dan tak diketahui sumber asalnya,” kata Malaysian Boy.

“Saya rasa dia lebih baik bercakap pasal bidang dia sahaja. Ajar solat, mengaji tu tak apa tapi bila bercakap pasal hadis bukan kepakaran dia,” kata Ghaz.

Terdahulu, Ustaz Don menerima kritikan apabila mendakwa Nabi Muhammad S.A.W pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan itu merupakan cinta pertama Rasulullah.

Susulan dakwaan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kisah tersebut yang dikatakan benar, namun ia hanya ditolak sekali sahaja pada tahun pembukaan kota Mekah sewaktu Ummu Hani baharu memeluk Islam manakala dua lamaran yang berlaku sebelum Islam tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah. – KOSMO! ONLINE

Isnin, 10 Januari 2022

‘Saya mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi’ – Penceramah bebas

 

TANGKAP layar dari Instagram seorang penceramah bebas mengenai vaksin. - INSTAGRAM

PETALING JAYA: Seorang penceramah bebas dikecam selepas membuat pengakuan secara terbuka di Instagram bahawa dia tidak divaksin dan kemudiannya membawa orang yang tidak divaksin ke Arab Saudi.

Dalam akaun Instagram itu, dia menulis: “Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar'”.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata, pihak kementerian mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah tidak menerima suntikan vaksin.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan,” katanya.

Kenyataan terbuka penceramah bebas itu membuatkan akhmal_zainudin menulis: “Jangan disebabkan ustaz, Malaysia kena banned (dilarang) dariapda menunaikan haji”.

Di platform Twitter pula, ramai yang mahu polis menyiasat kenyataan ustaz terbabit.

-utusanonline

Ahad, 14 Mac 2021

Redha dengan arak, judi adalah kerajaan setan, kata Azhar Idrus

 Redha dengan arak, judi adalah kerajaan setan, kata Azhar Idrus

Penceramah bersuara lantang, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah menegaskan pemimpin yang bersekongkol menerima keuntungan daripada arak dan judi sebagai ‘kerajaan syaitan’ dan ‘menteri syaitan’.

Beliau yang dikenali berucap pekat dalam loghat Terengganu itu juga membidas golongan agama yang bersubahat membenarkan arak dan judi juga sebagai ‘ulama syaitan’.

Karikatur yang dibuat oleh kartunis Haali terhadap keputusan kerajaan membenarkan operasi kilang arak ketika PKP.

“Siapa yang terlibat dengan arak dan judi, dia adalah tentera-tentera syaitan. Mana-mana pemerintah yang reda dan suka cari keuntungan dengan sebab judi dan arak ini adalah kerajaan syaitan.

“Mana-mana menteri yang setuju dengan arak dan judi, memberikan keuntungan kepada negara itu adalah menteri syaitan.

“Mana-mana Tok Imam yang diam tentang perkara ini, Tok Imam syaitan. Kalau ada ustaz yang suka dengan golongan pemerintah yang ambil pitih (duit), ambil keuntungan daripada judi dan arak ini, (maka dia) ustaz syaitan.

“Kalau ada ulama yang bersekongkol dengan golongan yang membenarkan judi dan arak ini menjadi satu sumber ekonomi di dalam negara, itu ulama syaitan namanya,” tegas UAI yang pernah patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal, November tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam slot Kuliah Dhuha di pentas ‘PR (Pakatan Rakyat) Ganti BN’ anjuran Pas di Dataran PGU Jerteh, Terengganu pada 2011.

Sedutan ceramah UIA tersebut boleh diikuti kembali di laman perkongsian video, YouTube.

Selepas sembilan tahun penegasan UAI itu, Pas yang menganggotai kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) berdepan dengan keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan syarikat minuman keras, Heineken beroperasi semasa tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-wrlr.blogspot.com

Selasa, 29 Disember 2020

Cabul: Ustaz Budak ditahan kali ketiga


KOTA BHARU – Polis sekali lagi menahan Ustaz Budak untuk membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh bekas pelajarnya melibatkan kes cabul di Balai Polis Penarik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pengetua sebuah madrasah di Machang itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Machang pada pukul 5 petang kelmarin.

Katanya, berdasarkan laporan polis yang dibuat, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kerana disyaki mencabul seorang bekas pelajarnya yang berusia 18 tahun.

“Ustaz terbabit kini ditahan reman sehingga 3 Januari depan untuk siasatan lanjut.

” Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

 Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan berkaitan perbuatan cabul melibatkan Ustaz Budak di Balai Polis Penarik, IPD Setiu kira-kira pukul 4.38 petang kelmarin.


Laporan itu dibuat bekas pelajarnya yang berasal dari Kampung Bandar Permaisuri, Setiu yang mendakwa dia dicabul oleh Ustaz Budak ketika berada di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Machang dua tahun lalu. – Kosmo

Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/

Isnin, 21 Disember 2020

Cabul lelaki, Ustaz Budak dihadapkan ke mahkamah

 SEORANG penceramah dan pendakwah bernama Syamsul Zaman yang lebih dikenali dengan panggilan "Ustaz Budak" hari ini dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan mencabul seorang lelaki minggu lepas.

Tertuduh bagaimanapun dilaporkan tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Ibrahim Muhammad Ghulam.

TAG

Ustaz Budak yang popular menyampaikan ceramah agama di YouTube itu dituduh melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dengan mencium pipinya menggesel dan memegang kemaluan mangsa.

Perbuatan yang didakwa berlaku di sebuah hotel pada pukul 1.15 pagi pada 16 Disember lalu itu, dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan itu diuruskan oleh timbalan pendakwaraya Muhammad Shahril Ramli manakala Siti Atikah Abd Halim mewakili tertuduh sebagai peguam bela.

Tertuduh telah dibebaskan oleh mahkamah selepas membayar ikat jamin sebanyak RM3,000 yang ditetapkan oleh hakim sebelum itu berserta dengan seorang penjamin.

Tertuduh dikehendaki hadir semula ke mahkamah untuk menjalani proses sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 21 Januari tahun hadapan.


-milosuam.net


Khamis, 17 Disember 2020

Penceramah bebas ditahan cabul lelaki.Siapakah dia?

 MEDIA tempatan hari ini melaporkan seorang penceramah bebas berusia 32 tahun ditahan oleh pihak polis kerana melakukan jenayah cabul terhadap seorang lelaki malam semalam.

Penceramah itu juga dilapor merupakan seorang guru agama ditahan di sebuah madrasah pondok agama di Machang, Kelantan.


Balai Polis Badang
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Badang, Jalan Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Sumber Gambar: Google Map

Berdasarkan siasatan awal oleh pihak polis, kejadian cabul itu berlaku pada jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Kota Bharu, di mana suspek dan mangsa yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dilaporkan keluar makan bersama.

Mangsa dikatakan telah berkenalan dengan penceramah itu sebelum ini di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sebelum bersetuju untuk keluar makan dua hari kemudian.

Menurut Datuk Shafien Mamat, Ketua Polis Kelantan, sebelum kejadian suspek telah menghubungi mangsa dan mengajak mangsa keluar minum bersama.

Suspek dikatakan bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan lucah yang melampau terhadap mangsa semasa di tempat kejadian.


Menurut laporan Astro Awani, suspek telah bertindak mencabul mangsa dengan mencium pipi dan menggesel kemaluan di peha mangsa dan turut meraba kemaluan mangsa di sebuah hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Susulan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, mangsa telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan selepas kejadian sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Pihak polis kini sedang menyiasat laporan berkenaan di bawah Seksyen 377D Kanun keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk soal siasat.


Sumber — https://www.milosuam.net/