"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Bangkrap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangkrap. Papar semua catatan

Khamis, 27 Januari 2022

Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kecoh sejak semalam apabila sebilangan pelanggan bank di Malaysia mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif.

Lebih menyukarkan apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

 Menerusi perkongsian oleh Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter, terdapat pengguna yang beranggapan masalah ini timbul susulan kes Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Terdahulu, Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah RM2.51 bilion.

Sementara itu, orang ramai dilihat meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen, dan ada yang turut menjadi mangsa serta memberi bebanan kepada mereka apabila sukar mengeluarkan wang simpanan untuk perbelanjaan.

“Duit dalam bank tak boleh ‘transfer’, nak keluarkan pun disekat, kami bukan kaya, nak makan guna duit mana, duit di tangan dah habis, teruk punya bank,” kata Nur Fauziana Mohd. Fauzi.

Selain itu, seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Azlina Manaf, meluahkan rasa kecewa apabila pihak bank gagal dihubungi untuk mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul.

“Kenapa tiba-tiba baki dalam akaun jadi negatif, mana duit simpanan pergi, hubungi pihak bank sampai nak patah jari tidak diangkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, ada pengguna yang berkongsi tangkap layar komen yang dibalas oleh admin sebuah bank di laman Facebook meminta pengguna yang mengalami masalah tersebut untuk hubungi pihak bank menerusi kiriman mesej (PM) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Boleh anda PM kami dan huraikan pertanyaan anda dengan lebih lanjut. Terima kasih,” tulisnya. – K! ONLINE

Isnin, 14 Jun 2021

Gagal Batal Notis Kebankrapan LHDN, Akan Bankrapkah Najib?

 

Bekas perdana menteri, Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan notis kebankrapan terhadapnya.

Keputusan itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan mahkamah yang disampaikan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Bache melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan LHDN.

Sebelum ini Najib mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari sebagai berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah dan mendakwa notis itu merupakan taktik konspirasi politik yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya.

Najib sebelum itu berkata notis muflis LHDN yang diserahkan kepadanya bagai “menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah”, dan beliau menjadi “mangsa ketidakadilan”.

LHDN memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan ~ MN

Credit:Anak Sungai Derhaka

Selasa, 6 April 2021

Notis bangkrap dari LHDN untuk memalukan saya, kata Najib

 


Datuk Seri Najib Razak mengaku telah diserahkan notis bangkrap oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kediaman beliau petang semalam yang bertujuan untuk memalukan beliau.

Dalam kenyataannya di facebook malam ini Najib berkata, “notis muflis berkaitan dengan ringkasan penghakiman cukai pendapatan saya dari 2011 hingga 2017!”

“Mungkin tindakan memberi saya notis muflis pada hari pertama rayuan kes saya didengari adalah bertujuan untuk menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah atau untuk terus memalukan saya,” kata Najib.

Najib memberitahu, kes cukai ini dikenakan terhadap beliau oleh kerajaan Pakatan Harapan dan diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“Ia berkaitan sejumlah RM3 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun yang menggunakan nama saya di mana akaun itu diwujudkan bagi menerima sumbangan derma (sebagaimana didedahkan di mahkamah), dan RM642 juta dipindahkan secara terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi (dan ini juga dibuktikan di mahkamah). Jumlah RM2.6 bilion yang sangat popular (sebenarnya RM2 bilion) sudah DIPULANGKAN empat bulan kemudian.

“Ini sebenarnya dibuktikan sekali lagi beberapa hari lalu dalam mahkamah apabila pendakwaan kata:

“Faten Hadni berkata, analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati sebanyak RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore.”

Najib berkata, biarpun sebagai Perdana Menteri, beliau sentiasa membayar cukai pendapatan tanpa gagal.

"Tetapi cukai zalim berjumlah RM1.74 bilion (naik lagi dengan penalti RM46 juta sejak tahun lepas) ini adalah pentaksiran tambahan dan penalti yang tidak munasabah,” katanya.

Sebelum ini, katanya, LHDN pernah keluarkan kenyataan di mana derma politik tidak dikenakan cukai.

Selain itu, katanya, semua wang yang diterima dalam akaun khas sudah digunakan bagi tujuan CSR serta politik dan bukan untuk tujuan peribadi beliau “termasuk sumbangan kepada masjid di Malaysia dan bantuan banjir selama 4 tahun termasuk banjir besar pada 2014.”

“Bayangkan saya dikenakan penalti cukai RM1.7 bilion sebab gunakan wang dari Arab Saudi untuk membantu mangsa banjir dan masjid-masjid seluruh negara selama 4 tahun!

“Kita perhatikan wang digunakan ini semua adalah untuk rakyat, tempat beribadah dan membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu terhutang budi pada mana mana syarikat kroni,” dakwa Najib.

Katanya, kesemua akauntan percukaian dan peguam percukaian termasuk yang berpengalaman di negara ini bersetuju bahawa kerajaan tiada merit untuk mengenakan penalti seperti itu dan tindakan itu sebagai tidak munasabah.

“Dari zaman PH sehingga zaman PN kini, tiada seorang pun yang berani menjawab kenapa wang yang dipulangkan kepada penghantar selepas 4 bulan dikira sebagai pendapatan peribadi dan dicukai serta dikenakan penalti 40% +10% +5%.

“Bagaimanapun, undang-undang percukaian di negara ini terdedah kepada penyalahgunaan di mana prinsipnya adalah seseorang itu perlu melangsaikan penalti dahulu sebelum merayu dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.

“Dan jika anda tak boleh menjelaskannya, LHDN boleh isytihar anda muflis,” kata Najib dalam postingnya selepas terdedah berita beliau dikenakan notis bangkrap itu.

Menurut ahli parlimen Pekan itu, pada November tahun lalu, menteri kewangan ketika itu diberi taklimat tentang kes cukai ini.

“Beliau datang berbincang dengan saya untuk bertanya mengapa saya berkeras mahukan pengeluaran KWSP,” kata Najib.

Selepas beliau dapat tahu tentang derma negara asing dan dana dipulangkan empat bulan kemudian dikenakan cukai, Menteri Kewangan itu pergi ke LHDN dan meminta agensi itu berbincang dengan beliau untuk jalan penyelesaian, kata Najib.

“Bagaimanapun, minggu lepas beliau diberitahu oleh bosnya, untuk tidak lagi terlibat dengan isu cukai ini dan serahkan kepada bosnya.

“Tiba tiba, rundingan dihentikan dan notis bankrap ini diserahkan kepada saya,” kata Najib.

-malaysiadateline