"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Eropah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eropah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Januari 2022

Flu kembali, cetus ancaman wabak berganda di Eropah

 

Tiga wilayah di Perancis termasuk Paris kini berdepan epidemik influenza. (Gambar AP)

BRUSSELS: Influenza kini kembali di Eropah pada kadar jauh lebih pantas musim sejuk ini selepas hampir lenyap tahun lalu, seterusnya mencetuskan kebimbangan terhadap wabak berkembar atau digelar “twindemic” jangka panjang bersama Covid-19.

Kebimbangan ini turut ditambah pula dengan keraguan terhadap keberkesanan vaksin influenza (flu).

Sekatan pergerakan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang menjadi norma di Eropah ketika wabak Covid-19 dilihat menghapuskan flu pada musim sejuk tahun lalu, seterusnya mengekang virus yang secara global membunuh 650,000 orang setiap tahun, menurut data Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, keadaan ini dilihat berubah dalam pada semakin banyak negara mengurangkan langkah mengekang penularan Covid-19 disebabkan vaksinasi dilakukan secara meluas.

Sejak pertengahan Disember, virus flu dilihat menular di Eropah pada kadar lebih pantas daripada jangkaan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC), awal bulan ini.

Pada Disember, bilangan kes flu di unit rawatan rapi (ICU) di Eropah meningkat, menurut ECDC dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jumlah itu jauh kurang berbanding era prawabak Covid-19 apabila bilangan kes flu di ICU pada tempoh sama 2018 direkodkan lebih 400 orang. Namun, ia masih dilihat tinggi jika dibandingkan dengan tahun lalu apabila hanya satu kes flu direkodkan di ICU sepanjang Disember.

Kembalinya virus flu dilihat berupaya mencetuskan musim penyakit itu yang mungkin berlanjutan sehingga musim panas, kata pakar influenza ECDC, Pasi Penttinen kepada Reuters.

Katanya, mengurangkan langkah sekatan sosial ketika musim bunga juga mampu mengakibatkan virus flu tersebar lebih lama dalam masyarakat, melampaui tempoh lazimnya yang berakhir pada Mei.

Susulan itu, ECDC berkata “twindemic” mungkin memberi lebih banyak tekanan terhadap sistem kesihatan yang sudah sedia terbeban.

Di Perancis, tiga wilayah termasuk Paris kini berdepan epidemik flu mengikut data Kementerian Kesihatan negara itu, minggu lalu. Wilayah lain kini dalam fasa prawabak.

Vaksin flu diubah suai setiap tahun untuk memastikan keberkesanannya terhadap virus influenza yang sering berubah.-FMT

Selasa, 22 Jun 2021

Euro2020: Oranje bertambah baik tapi saingan masih berliku

 

Antara aksi menarik pertemuan Belanda, Macedonia Utara di Amsterdam, awal pagi Selasa.

PENGENDALI Belanda, Frank de Boer mengakui pertahanan The Oranje agak longlai ketika melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Macedonia Utara pada aksi penutup tirai kumpulan C.

Kemenangan itu menyaksikan The Oranje melabuh tirai peringkat kumpulan dengan status juara diiringi untuk ke pusingan 16 terbaik.

"Sejujurnya secara keseluruhan persembahan Belanda semakin baik sepanjang mengharungi fasa peringkat kumpulan C.

"Terdapat kemajuan yang ketara di semua bahagian pasukan setakat ini. Saya gembira dan yakin kemampuan skuad ini untuk memberi lebih impak pada pusingan 16.

"Cumanya, bahagian pertahanan agak membimbangkan yang masih memerlukan lebih perhatian selepas ini. Tapi saya yakin bahagian ini ditambah baik kerana semua pemain fokus untuk cabaran fasa seterusnya berbanding perlawanan hari ini," katanya.

Aksi terakhir kumpulan menentang Macedonia Utara, merupakan pelengkap jadual buat anak buah De Boer selepas Oranje mengesah awal kemaraan ke pusingan 16 terbaik sebelum ini setelah mengatasi Ukraine dan Austria.

Pada perlawanan di Amsterdam itu, De Boer mengambil keputusan menurunkan beberapa pemain simpanan dalam kesebelasan utama, Ryan Gravenberch dan Donyell Malen membantu Memphis Depay di bahagian serangan.

Hasilnya Malen sering memberikan ancaman terhadap kubu lawan, selain memberi bantuan gol untuk jaringan ketiga Depay.

"Pada masa ini kombinasi Malen dengan Depay memberi impak positif seperti kita lihat dalam perlawanan ini.

"Tapi secara keseluruhan, kita perlu lihat kepada lawan seterusnya sama ada akan mengunakan pendekatan sama atau sebaliknya.

"Pada masa sama kita juga mungkin memerlukan lebih ramai pemain berperanan seperti Wout Weghorst," katanya.

Persembahan Malen juga mendapat pujian kapten Oranje

Georginio Wijnaldum, yang turut mencetak dua gol dalam perlawanan itu sekaligus menambah koleksi gol peribadi kepada tiga pada Euro kali ini.

"Kami semua tahu kualiti dimiliki Malen, yang sering menghadirkan ancaman kepada pertahanan lawan. Sekiranya ada seorang lagi pemain persis sepertinya ia adalah satu kebaikan untuk Belanda," katanya.

Biarpun melakar tiga keputusan positif dalam tiga perlawanan, namun Wijnaldum mengharapkan pemain-pemain Belanda lebih realistik pada fasa seterusnya.

"Perlawanan menentang Macedonia Utara ini, seolah-olah pemain-pemain Belanda mengambil mudah dan ini antara perkara yang perlu diambil perhatian.

"Kita sememangnya cemerlang pada fasa kumpulan, namun setiap pemain perlu berusaha lebih gigih lagi. Ini kerana lawan peringkat seterusnya bukan lawan yang mudah," katanya.

-SH Online