"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Artis Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Wanita. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2024

BILA A AIDA 'BL4CKLIST' RUHAINIES DARI BERLAKON DALAM PRODUKSI MILIKNYA

 BILA A AIDA 'BL4CKLIST' RUHAINIES DARI BERLAKON DALAM PRODUKSI MILIKNYA

"Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini. Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangk@p berkhalw@t dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi k£san kepada drama atau telemovie terbitan produksi."

Demikian kata penerbit terkenal, Datuk A Aida yang mendedahkan dia sudahpun 'bl@cklist' (senar@i hit@m) pelakon Ruhainies dari berlakon dalam produksi miliknya selepas ini.

Jelas A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang, 54, dia mengambil keputusan itu untuk memberi pengaj@ran kepada artis lain.

Dalam pada itu, A Aida berkata, sepatutnya Ruhainies terbabit dengan penggambaran telefilem berjudul 'Elham Untuk Nian' terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April nanti.

Namun disebabkan sudah di 'bl@cklist', A Aida memberitahu, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti, bagi menggantikan Ruhainies.

"Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan k0ntrak. 

"Bagi saya isu yang dik@itkan dengannya itu s£rius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain. Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang bermas@lah, saya akan 'bl@cklist'.

"Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella. Saya pun baik dengan Bella dan tidak el0k jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berl@ku memb@bitkan mereka," ujarnya.

Terdahulu, A. Aida memuat naik hantaran di media sosial miliknya untuk meluahkan perasaan k£sal kepada seorang pelakon yang pernah dianggap pelakon kesayangannya.

"Sebak bila mengenangkan nasib artisku yang tidak putus-putus diberi uj1an. Dan yang paling ku g£ram, artis yang sek0r tu takda orang lain ke nak meng0rat, sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu," tulisnya yang turut menyertakan tanda pagar 'bl@cklist'.

#artismalaysia #myartis #santai #BeritaSemasa

Sumber

Khamis, 22 Februari 2024

PERTUNANGAN DENGAN ZARINA - KHAZRUL DAKWA HANYA REKAAN, SIFATKAN HUBUNGAN SEBAGAI T0KSIK

 PERTUNANGAN DENGAN ZARINA - KHAZRUL DAKWA HANYA REKAAN, SIFATKAN HUBUNGAN SEBAGAI T0KSIK

"Sebenarnya pasal tunang tu semuanya hanya satu rancangan Anju (Zarina Anjoulie) bagi melonjakkan kembali namanya. Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali pujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolong sebab saya sayangkan dia.

"Saya tak mahu sal@hkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya," itulah kata ahli perniagaan Datuk Khazrul Elzey yang mendedahkan pertunangannya dengan Zarina Anjoulie sebelum ini hanya sekadar rekaan yang dirancang oleh pelakon sens@si itu.

Dakwa Khazrul, kisah pertunangan dia dan Zarina adalah untuk menaikkan kembali nama pelakon itu dalam industri dan dia melakukannya kerana sayangkan wanita itu.

Dalam pada itu, Khazrul juga menjelaskan, dia mahu menghentikan pen1puan tersebut serta menyifatkan hubungannya dengan Zarina sebagai t0ksik, malah katanya, hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada ibu Zarina.

"Ini adalah hubungan yang t0ksik. Saya dah tak mahu terlib@t lagi. Jodoh antara kami mungkin tak ada. Sampai bila saya nak bantu dia men1pu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab dah penat.

"Masyarakat luar sana banyak mendoakan saya berkahwin dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu. 

"Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga sangat penting," katanya yang turut memberitahu, dia pernah menasihatkan Anju supaya tidak menc£tuskan kontr0versi, namun tidak diendahkan oleh pelakon itu.

#artismalaysia #myartis #santai #BeritaSemasa

Isnin, 19 Februari 2024

Pelakon terkenal kini jual nasi lemak tepi jalan tak malu pun

Tanpa menghiraukan pandangan masyarakat, pelakon Siti Fazurina mengakui bahawa dia tidak merasa malu untuk menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan.

Mendapat sokongan besar dari orang ramai, Fazurina atau Siti Fazurina Mohd Famir, 42,berkongsi bahawa suaminya, Muhammad Hykal, adalah sumber sokongan yang memberinya semangat untuk terus berniaga.

Pelakon terkenal kini jual nasi lemak tepi jalan tak malu pun

Pelakon yang mesra disapa Nina ini turut terkejut dengan sambutan baik yang diterima oleh perniagaannya dari masyarakat setempat.

“Mula-mula saya tidak nafikan bahawa saya risau dengan pandangan orang terhadap perniagaan di tepi jalan, tetapi rupanya banyak yang memberikan sokongan.

Fazurina kini menjalankan perniagaan sarapan pagi di Bandar Utama, Selangor.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami. Beliau memberi banyak nasihat untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata orang.

“Saya terkejut dengan reaksi positif orang ramai yang memberikan semangat dan gembira melihat artis yang berusaha menjalankan perniagaan sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Dunia Anita ini menceritakan bahawa dia mendapat idea untuk berniaga nasi lemak setelah menyedari bahawa kawasan kejiranan di Bandar Utama, Selangor tidak memiliki penjual sarapan pagi.

Menurut Nina, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan walaupun baru dua minggu menjalankan perniagaan tersebut.

“Saya mula mendapat idea untuk berniaga apabila saya sedar bahawa di kawasan perumahan saya tidak ada penjual sarapan pagi.

Menurut Nina, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan walaupun baru dua minggu menjalankan perniagaan tersebut.

“Saya mula mendapat idea untuk berniaga apabila saya sedar bahawa di kawasan perumahan saya tidak ada penjual sarapan pagi.

“Jadi dari situ saya memberitahu suami untuk menjalankan bisnes makanan dengan menjual sandwich dan nasi lemak.

“Alhamdulillah, selepas dua minggu memulakan perniagaan, sambutan yang saya terima sangat memberangsangkan. Jualan sandwich yang pada awalnya hanya empat atau lima paket sehari, sekarang telah meningkat hingga puluhan tempahan,” ujarnya.

Nina berkongsi lebih lanjut tentang perniagaan barunya, menyatakan bahawa dia tidak ingin lagi mengharapkan tawaran untuk berlakon kerana dunia hiburan kini lebih menumpukan kepada bakat-bakat baru.

Menyedari situasi tersebut, Fazurina menganggap popularitinya sudah berlalu dan dia tidak ingin terlalu banyak berharap dalam dunia seni.

“Jika hanya berharap untuk mendapat tawaran berlakon, saya percaya tidak akan selamanya berada di puncak permintaan.

“Saya pernah berada di kemuncak kejayaan. Pada awalnya dalam kerjaya lakonan, saya hanya mendapat watak utama atau watak pembantu, dan tidak pernah berperanan sebagai pelakon ekstra.

“Walaupun begitu, janganlah menganggap perkara itu sebagai jaminan kejayaan selamanya kerana setiap tahun banyak bakat baru lahir dalam industri seni ini.

“Mungkin bakat kami, pelakon lama, masih diperlukan, tetapi saya menasihatkan untuk tidak terlalu berharap atau bergantung sepenuhnya pada bidang lakonan,” ujarnya.

Sebagai catatan, Fazurina mula aktif dalam dunia lakonan pada tahun 2004 dan terlibat dalam beberapa drama popular seperti Puteri, Biarlah Rahsia, Cinta Batu Belah, dan Ceplos.

-Info Rakyat

Rabu, 29 Jun 2022

“Saya tak nak melawan” – Mak Wan Buat Laporan Polis Lepas Dipukul, Ditendang, Ditumbuk & Diugut Bunuh

 


Hilang sabar dengan segala tohmahan mengenai dirinya, dramatis Mak Wan Latah ambil tindakan dengan membuat satu laporan polis untuk mempertahankan maruahnya daripada seorang wanita yang juga merupakan kenalan rapatnya.

Mak Wan Latah atau nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud mengatakan bahawa laporan polis itu dibuat sebab terpaksa kerana wanita itu pernah pukul, tendang malah mengugut untuk membunuhnya, lapor Kosmo!

“Sudah lama saya diamkan. Kelakuan kasarnya terhadap saya baharu saja saya laporkan kepada polis. Banyak kali dia buat. Pukul, tendang, tumbuk dan baling kepala saya dengan botol Coke yang masih penuh air.”

“Perbuatan itu dia lakukan dalam tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, tambahan pula telefon (bimbit) saya dia pegang.”


“Sebenarnya, malam sebelum nak bergerak ke Genting Highlands menjalani penggambaran, saya baharu kena pukul. Masa itu kami berada di Taiping.”

“Kali terakhir dia pukul saya di depan ramai saksi termasuk emak dia. Mak dia kata itu baru sikit. Apa pun semua bukti saya sudah sertakan dalam laporan polis.”

Isu ini mula timbul setelah wanita itu menunjukkan beberapa video termasuk paparan pelakon itu seperti baca mantera.

Bagi menjawab dakwaan tersebut, Mak Wan, 61 yang membuat laporan polis di Taiping, Perak itu menegaskan bahawa ia adalah rakaman lama sewaktu latihan untuk sebuah drama.


“Video yang kononnya saya baca mentera itu pun dia yang rakam sendiri, bukan ambil curi-curi pun. Saya yang bodoh sebab mengikut saja. Sekarang dia fitnah saya buat kerja syirik gunakan video berkenaan.”

“Drama berjudul Pelaris itu pun sudah lama dan sudah disiarkan. Kalau dia terus nak bercakap pasal itu, biarkanlah. Benda tak betul, dia pun tahu.”

“Saya pun sedang kumpul bukti dan akan buat laporan polis pasal fitnah pula. Doakan saya terus kuat.”

-lobakmerah.com

Selasa, 17 Mei 2022

Ellie Suriaty Sah Bercerai Dengan Azri Iskandar

 Menurut Ellie, perceraian itu terjadi kerana mereka sudah tidak serasi bersama lagi selepas 19 tahun berkongsi hidup.

Ellie Suriaty Omar. Gambar Fail

Selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pengarah, jurulatih lakon dan pelakon berkaliber, Ellie Suriaty Omar sah bercerai dengan suaminya, aktor Azri Iskandar dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur sebentar tadi. 

Terdahulu, Ellie yang pernah memenangi anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem Penanggal telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu. 

Menurut Ellie, perceraian itu terjadi kerana mereka sudah tidak serasi bersama lagi selepas 19 tahun berkongsi hidup dan melayari bahtera perkahwinan.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. 

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri. 

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. 

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya. 

Ellie masih lagi menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali selepas terlibat sebagai konsultan untuk pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess oleh Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun lalu. - Getaran, 17 Mei 2022

Rabu, 27 April 2022

Hidayah:Margaret Gan peluk agama Islam dengan rela hati

 Pelakon Margaret Gan

Pelakon Margaret Gan

Kuala Lumpur: "Hati saya semakin tenang, rezeki pun melimpah-ruah daripada Allah. Saya bersyukur pada usia menghampiri 80 tahun ini, akhirnya diberikan hidayah oleh Allah."

Demikian kata pelakon veteran, Margaret Gan, 79, yang kini sudah memeluk agama Islam sejak 15 Februari lalu dengan rela hati dan ikhlas kerana Allah SWT.

Margaret dihubungi berkata anak tunggalnya, Muhammad Taufiq Gan, 37, adalah insan paling gembira dan bersyukur apabila dia menyuarakan kesediaan hatinya memeluk Islam dan menjadi seorang muslim.

"Anak saya memeluk Islam ketika dia berumur 14 tahun dan masih bersekolah. Kini, pada usianya sudah 37 tahun dan selepas 14 tahun dia sabar menunggu saya terbuka hati untuk mengikut sama dengannya menjadi seorang muslim.

"Saya bersyukur Allah membukakan pintu hati saya pada usia sekarang ini dengan memberikan hidayah-Nya dan sekali gus doa anak, menantu serta cucu dimakbulkan hingga saya kini seorang Islam dan muslim," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai pengalaman kali pertama berpuasa Ramadan, Margaret berkata dia seronok berpuasa dan pada masa sama dia juga setiap hari diundang menghadiri majlis berbuka puasa. Katanya, rezeki datang tidak putus-putus.

"Setiap jemputan itu bagi saya, rezeki daripada Allah. Kebetulan saya ada masa lapang, jadi buat apa nak tolak. Anak pun izinkan dan saya ke majlis itu dihantar oleh pemandu.

"Sekarang, saya menikmati sisa hidup ini dengan gembira dan bahagia. Alhamdulillah, anak saya adalah individu yang membimbing saya mendalami Islam. Malah, dua orang cucu saya juga suka mengajak solat bersama.

"Apapun, saya tertarik dengan agama Islam ini kerana melihat cara kehidupan anak saya dalam memimpin keluarganya. Jadi, saya yakin dia (anak) mampu juga membimbing saya menjadi seorang muslim yang baik," katanya.

Margaret berkata pada Ramadan ini, dia juga banyak berzikir kerana mengikut kata anak, seelok-eloknya berzikir lebih 1,000 kali itu banyak pahalanya.

Ujarnya, dia ikutkan saja apa yang disarankan Muhammad Taufiq dan alhamdulillah, hatinya amat tenang.

Ditanya juga mengenai kerjaya lakonannya, Margaret berkata dia sedia menerima tawaran berlakon dengan watak sesuai sebagai seorang muslim dan berhijab. Ujarnya, kini dia gembira mendapat rezeki berlakon drama radio di RTM.

-myMetro

Sabtu, 5 Mac 2022

Mak Tangmo maafkan pemilik bot lepas ditawarkan jutaan baht

 


Ibu kepada pelakon Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, semalam berkata, dia sudah memaafkan dua lelaki yang terbabit dalam kes kematian misteri anaknya itu.

Dalam temubual dengan program Hone Krasea TV Channel 3, Panida Siriyuthayothin berkata dia memaafkan pemilik bot laju tersebut, Tanupat “Por” Lerttaweewit, dan pemandunya, Phaiboon “Robert” Trikanjananun.

Jelas Panida, Por menghubunginya sehari selepas Tangmo hilang pada 24 Feb lalu dan menyatakan hasrat ingin bersemuka bagi memohon maaf secara berdepan.

Pada awalnya, kata Panida, dia enggan menerima cadangan tersebut tetapi menukar fikiran selepas Por menghubunginya melalui panggilan telefon bertalu-talu.

Por juga, kata Panida, berjanji untuk menjaganya sama seperti apa yang dilakukan Tangmo sebelum ini.

“Saya maafkan dia sebab dia menelefon saya tanpa henti walaupun tahu ketika itu saya sangat terluka,” katanya dipetik Bangkok Post.

Bagaimanapun, permohonan maaf Por itu tidak datang bersahaja. Pemilik bot tersebut turut menawarkan sejumlah wang pampasan agar permohonan maafnya itu diterima.

Ada rancangan sendiri

Kata Panida, dia juga sudi menerima bayaran ganti rugi tersebut daripada Por yang menjanjikan untuk memberi jumlah yang telah dikira olehnya.

“Katakanlah jika Mo (Tangmo) memperoleh sejuta baht daripada siri televisyen. Jika dia hidup selama 30 tahun lagi, saya boleh mendarabkan jumlah itu dengan 30.

“Ini masih tidak termasuk kehilangan pendapatan daripada sesi bergambar sebagai model,” katanya.

Terdahulu, aktres yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu didakwa terjatuh dari belakang bot laju ke dalam Sungai Chao Phraya kira-kira jam 11 malam ketika menaiki bot laju bersama empat rakannya.

Ketika kejadian, Tangmo, 37, dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.

Mayat Tangmo ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat berlangsung selama 38 jam.

Lima individu menaiki bot laju bersama Tangmo mungkin berdepan pertuduhan mengakibatkan kecuaian hingga menyebabkan kematian.

Selain Por, Panida turut memaafkan Robert kerana pemandu itu menemani majikannya semasa mereka bersemuka.

Namun, Panida menafikan dakwaan bahawa kemaafan itu diberikan kepada Por dan Robert berdasarkan ganti rugi yang akan diterimanya.

Pada masa sama, dia menzahirkan kekecewaannya terhadap beberapa rakan Tangmo kerana menyatakan perancangan untuk majlis pengebumian anaknya itu dalam temu bual tanpa meminta pendapatnya terlebih dulu.

Katanya, dia sudah mempunyai perancangan sendiri untuk mengendalikan majlis pengebumian anaknya.

Panida juga berkata, dia tidak dapat memaafkan pengurus Tangmo, Idsarin “Gatick” Juthasuksawat ekoran tidak menghubunginya langsung untuk memaklumkan kematian anaknya itu hingga tiga hari kemudian.

-malaysiakini

Jumaat, 4 Mac 2022

Janna Nick - Gatal (Official Music Video).‘Gatal’ Janna Nick mewabak di TikTok dari Indonesia sampai Turki

 



Single baharu ‘panas’, Janna Nick berjudul Gatal muncul menjadi fenomena merentas dunia menerusi platform TikTok.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu telah mendapat sejumlah 2.6 juta tontonan dalam YouTube setakat pagi ini.

Di Indonesia, Gatal mendapat sambutan hangat dan tular sehingga tersenarai sebagai Top 10 lagu paling popular dalam aplikasi TikTok di negara itu.

Pempengaruh (influencer), Asli Guler dengan 2.6 juta pengikut di TikTok turut menggunakan lagu Gatal dalam akaun miliknya.

Hanya dalam tempoh 12 jam, video itu disukai lebih 23,000 penonton.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 27, lapor Kosmo! Online, berasa gembira dan terharu dengan sambutan hangat terhadap lagu Gatal apabila tular sehingga ke Indonesia.

“Saya tidak sangka lagu Gatal mendapat sambutan baik oleh pendengar di Indonesia terutamanya pengguna TikTok.

“Terima kasih kepada pencipta lagu tersebut iaitu Aepul Roza serta Warner Music untuk lagu yang sangat menarik itu. Terima kasih juga kepada semua pengguna TikTok yang menjadikan lagu Gatal trending,” ujarnya.

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu tidak menolak kekuatan yang ada pada lagu Gatal sehingga dapat diterima baik pendengar bukan sahaja di Malaysia, bahkan sehingga ke negara seberang.

“Mungkin ada kekuatan dalam lagu Gatal yang membuatkan lagu ini menjadi pilihan pendengar dari luar negara.

“Saya pun ada kelompok kecil peminat di Indonesia yang bernaung bawah kelab Jannah Nicker. Terima kasih saya ucapkan,” katanya yang disahkan positif Covid-19 sejak 26 Februari lalu.

Isnin, 17 Januari 2022

Siti Saleha sah bercerai

SITI Saleha dan Ahmad Lutfi sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang.
SITI Saleha dan Ahmad Lutfi sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Kuala Lumpur: Pelakon Siti Saleha, 32, sah  bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Saleha akui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.

"Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa," katanya.

 Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku terbabit juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding yang berlangsung itu.

Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih," katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Menurutnya, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

-myMetro

Isnin, 27 Disember 2021

Siti: Are You Ready? - Filem dokumentari Siti Nurhaliza

 PEMINAT Siti Nurhaliza berpeluang saksikan kisah hidup penyanyi pujaan ramai itu di sebalik tabir. FOTO Aziah Azmee

PEMINAT Siti Nurhaliza berpeluang saksikan kisah hidup penyanyi pujaan ramai itu di sebalik tabir. FOTO Aziah Azmee

PENYANYI terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi artis pertama Malaysia muncul dengan filem dokumentari Siti: Are You Ready? yang mana memaparkan kisah di sebalik tabir dan perjalanan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour di tiga negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia pada 2018.

Menurut Siti, filem dokumentari berdurasi 80 minit yang diarahkan M Azhar Rot dan Anz Izwan itu adalah ringkasan dirinya sebagai seorang penyanyi, ibu dan juga isteri.

Malah, menerusi filem dokumentari terbitan Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions itu, penonton dapat melihat sisi Siti yang jarang diperlihatkan pada orang ramai, yang mana dalam kelembutannya, terselindung sikap ketegasan.

Ia diperlihatkan apabila dia dan seluruh pasukannya berhadapan dengan konflik bagi menjayakan konsert pertamanya di Jakarta, Indonesia.

"Ada lagi kisah yang tidak kami masukkan kerana agak sensitif, tapi bagi saya ia akhirnya menjadi suatu yang positif buat kami. Apa yang kami semua inginkan adalah membuat persembahan yang terbaik dan berjalan dengan lancar. Konflik itu terjadi apabila kami mahu menjalankan konsert pertama di Jakarta.

"Kami mahu buat satu konsert yang besar dengan tanggungjawab yang sangat besar. Satu pasukan sudah kerja keras tapi masalah nak terjadi, kita nak buat macam mana. Namun, kalau ada perancangan yang betul dan teliti, Insya-Allah semuanya boleh berjalan lancar.

SITI menjadi artis pertama Malaysia mempunyai filem dokumentari sendiri. FOTO Aziah Azmee
SITI menjadi artis pertama Malaysia mempunyai filem dokumentari sendiri. FOTO Aziah Azmee

"Disebabkan itu konsert ini juga adalah satu pengajaran bagi kami satu pasukan, yang mana sudah merasai dan melalui pelbagai cabaran. Mungkin selepas ini kami akan lebih peka dan berhati-hati dalam melakukan kerja. Kita semua belajar dari pengalaman.

"Persiapan awal itu penting untuk menjadikan konsert berjaya dan ini semua adalah kisah benar yang kami mahu cerita pada masyarakat. Anda tengok kami di atas pentas dengan penuh kagum, tapi di sebaliknya banyak cabaran yang kami lalui untuk menjadikan konsert yang berjaya atas rasa tanggungjawab dan rasa cinta pada muzik," katanya.

Menurut Siti, terlalu banyak detik yang ingin dikongsi, namun dia harus memilih yang terbaik dan istimewa untuk dipaparkan.

"Kalau mahu diikutkan, banyak detik yang mahu dikongsi, tapi dari 72 jam ia ditapis menjadi 80 minit. Saya melihat ini antara detik paling istimewa yang saya abadikan. Saya sudah buat sesuatu dengan penuh kasih sayang dan cinta terhadap seni dan yang penting saya disokong oleh insan hebat di dalam hidup saya, yang membuatkan saya dapat menjayakan konsert 'Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour' ini.

PAPARAN  penuh eksklusif dalam Siti Are You Ready?FOTO Aziah Azmee
PAPARAN penuh eksklusif dalam Siti Are You Ready?FOTO Aziah Azmee

"Filem dokumentari ini juga untuk ditunjukkan pada masyarakat bahawa penyanyi bukannya sekadar menghiburkan tapi lebih daripada itu. Saya nak sangat masyarakat di luar sana lihat filem dokumentari saya sebagai satu yang memberikan inspirasi bukan saja pada anak-anak seni generasi muda tapi juga kepada wanita yang bergelar ibu," katanya.

Justeru, Siti berasakan perjalanan itu adalah satu yang sangat istimewa buatnya yang sudah dua dekad menjadi anak seni.

Apa yang menarik, pengarah filem ini juga adalah peminat Siti.

"Saya tak sangka semua ini dapat difilemkan oleh peminat saya sendiri. Mereka sangat berpotensi dalam pengarahan dan saya doakan semoga selepas ini ada lagi anak seni yang boleh muncul dalam filem dokumentari. Sebab ia boleh menjadi satu daripada khazanah dan rujukan pada anak-anak muda yang mahu berjaya, Insya-Allah," katanya.

Filem dokumentari, Siti Are You Ready? dan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert boleh ditonton di saluran Astro First bermula 30 Disember ini.

Dengan hanya RM19.90, peminat boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam secara berulang-ulang.

Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei, boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember depan dengan harga AS4.99 dan boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.-myMetro