"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label SinoVac. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SinoVac. Papar semua catatan

Isnin, 5 Julai 2021

Covid19: Lebih 18 juta dos vaksin lagi dijangka diterima sepanjang Julai

 Lebih 18 juta dos vaksin lagi dijangka diterima sepanjang Julai

Daripada jumlah tersebut, ia termasuk sebanyak 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan Julai ini, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya 18.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini.
Daripada jumlah tersebut, ia termasuk 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan.
Selain itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran baki 12 juta dos vaksin Sinovac akan turut diselesaikan kepada Malaysia pada bulan ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan, sebanyak lebih 5.42 juta lagi dos vaksin Pfizer BioNTeh turut dihantar secara perolehan terus pada bulan sama.

"Campur dengan sumbangan yang telah terima Amerika Syarikat (AS) yang tiba hari ini iaitu 1,000,350 dos, jadi jumlah keseluruhan ialah 6,429150 dos. Manakala, selain sumbangan AstraZeneca (AZ) oleh Jepun, kita juga memperolehi 586,700 melalui perolehan kerajaan Malasyia yang telah dibuat oleh AZ.
"Manakala, Sinovac pula baki penghantaran akan diselesaikan pada bulan ini dan semua 12 juta dos selesai hantar pada Julai. Jadi pada bulan Ogos dan seterusnya, vaksin yang di bawah PICK akan digunakan adalah Pfizer dan AZ," katanya dalam sidang media mingguan, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mengulas lanjut, Khairy berkata kadar vaksinasi negara juga terus konsisten selari dengan sasaran harian pada Julai iaitu sebanyak 300,000 dos sehari.
Beliau berkata, purata pemberian suntikan vaksin yang tinggi direkodkan pada minggu lepas antara 28 Jun hingga 4 Julai iaitu sebanyak 230,115 dos sehari.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini kadar purata vaksinasi purata pada bulan Jun secara keseluruhan mencecah hampir 170,000 setiap hari melepasi sasaran 150,000.
"Sehingga sekarang, seramai 27.3 peratus daripada populasi dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) telah menerima sekruang-kurangnya satu dos vaksinasi dan 11.2 peratus telah lengkap divaksinasi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata enam negeri telah memasuki fasa ketiga PICK.
Ia masing-masing Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan); Melaka, Pulau Pinang; Sarawak; Selangor; serta Perlis.
Jelas Khairy, negeri-negeri berkenaan telah merekodkan sekurang-kurangnya 80 peratus vaksinasi kepada golongan warga emas yang berdaftar.
-Astro Awani

Ahad, 20 Jun 2021

Vaksin bagai ‘kubu’ pelindung dalam tubuh, kata bekas pesakit Covid-19

Bernama 

Pengakuan tersebut dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan menerima suntikan vaksin. 


Warga emas Rinumbizal Masadai, 63, membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Terbuka Kampung Bongkol 

Vaksin bagaikan “kubu” dan pelindung yang kukuh di dalam tubuh badan meskipun diserang Covid -19. Pengakuan tersebut dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan menerima suntikan vaksin. 

 Nur Fazlizai Ali, 34, seorang pengamal media, dijangkiti hanya kira-kira tiga minggu selepas melengkapkan suntikan vaksin Sinovac, keluaran negara China. 

 “Saya menerima vaksin dos pertama pada 1 April manakala dos kedua pada 22 April lepas.

 Memang agak terkejut pada awalnya apabila disahkan positif pada 12 Mei dan dimaklumkan jangkitan itu melibatkan kenalan yang saya temui bagi urusan kerja.

 “Berkali-kali saya tanya doktor untuk buat pengesahan namun akhirnya jawapan tetap sama dan saya terpaksa ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya yang dihubungi Bernama di Kuala Terengganu baru-baru ini. 

 Fazlizai berkata lebih menyayat hati, beliau menaiki van Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke PKRC di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Chendering, di Kuala Terengganu pada waktu malam dengan diiringi takbir Aidilfitri.

 “Sangat sedih dan takut sebenarnya…memang tak tergambar perasaan ketika itu tetapi tetap berdoa agar vaksin yang saya terima sebelum ini mampu menghilangkan virus secepat mungkin.

 “Apa yang saya bimbangkan ialah jangkitan terhadap orang lain…namun ia tetap berlaku kerana daripada 30 kontak rapat, dua daripadanya dijangkiti.

 Syukur…mereka tidak bergejala teruk,” katanya. 

 Ketika ditanya sama ada timbul keraguan dan penyesalan ekoran dijangkiti meskipun divaksin, wanita itu berkata: “Sudah tentu tidak kerana jika dibandingkan dengan keadaan pesakit lain yang belum menerima vaksin, saya sebenarnya adalah insan bertuah”. 

 Beliau berkata di PKRC tersebut, ramai pesakit yang mengalami batuk teruk, demam serta hilang deria bau tetapi keadaan beliau bagaikan tidak dijangkiti hingga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain termasuk menulis berita. 

 Senada dengan Fazlizai mengenai kepentingan vaksin, Zaid Salim, 50-an, yang dijangkiti selepas menerima suntikan pertama berkata beliau juga tidak mengalami sebarang simptom. 

 Zaid yang merupakan wartawan sambilan di sebuah syarikat akhbar, menerima suntikan tersebut pada 11 Mei lepas dan didapati positif Covid-19 tiga hari selepas itu serta dimasukkan ke PKRC UiTM Cawangan Chendering. 

 “Saya dikatakan dijangkiti ketika membuat liputan sepertimana Fazlizai dan tidak mengetahui bahawa ada dalam kalangan mereka yang hadir positif.

 “Namun, suntikan vaksin yang diterima bukan sekadar menyebabkan saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan malah daripada 40 kontak rapat, tiada seorang pun yang positif termasuk ahli keluarga yang pastinya sentiasa bersalaman setiap hari,” katanya yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech. 

 Beliau berkata berikutan disahkan positif Covid-19, suntikan dos kedua yang sepatutnya dilakukan pada 14 Jun terpaksa ditangguhkan dan beliau perlu menunggu selama enam bulan daripada tarikh keputusan didapati positif.

 Menceritakan pengalaman mereka yang terpaksa berhari raya di PKRC, Fazlizai dan Zaid berkata ia hanya “masalah kecil” jika dibandingkan dengan kesukaran petugas di situ yang bukan sekadar berdepan dengan puluhan tetapi ratusan pesakit setiap hari. 

 Menurut mereka, individu yang terpilih untuk menerima vaksin tidak harus melepaskan peluang mendapatkan suntikan kerana ia bukan sahaja melindungi diri sendiri tetapi juga orang lain.

-Dialog Rakyat