"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Jun 2021

[VIDEO] Gadis Berumur 15 Tahun Lakonkan Adeg4n Suami Isteri, Drama Ini Tervk Dikec4m Netizen

 

Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila seorang pelakon remaja bawah umur diberi watak sebagai isteri dalam drama bersiri Suara Hati Istri.

Ramai yang membantah tindakan tersebut dan menyifatkan pelakon bawah umur 18 tahun tidak seharusnya melakonkan aks1 orang dewasa.

Hinggakan tanda pagar #Zahra dan #Indosiar menjadi topik trending di Twitter sejak semalam.

Watak Zahra dilakonkan oleh Lea Ciarachel yang kini baru berusia 15 tahun manakala suaminya dalam drama terbabit merupakan pelakon berusia 39 tahun, Panji Saputra.

Antara babak yang menjadi kontr0versi drama berkenaan adalah ketika suaminya menc1um kening Zahra selain mendekatkan wajahnya di bahagian pervt Zahra yang sedang hamil.

Menerusi drama berkenaan, Lea turut melakonkan peranan sebagai isteri ketiga lelaki berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) turut tampil memb4ntah tindakan yang telah melanggar tatacara penyiaran negara republik itu.

Justeru, stesen penyiarnya, Indosiar bersetuju untuk menggantikan pelakon wanita lain untuk melakonkan watak Zahra.

Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan agar produksi tersebut menukar jalan cerita agar tidak mengajak masyarakat melakukan pernikahan di bawah umur atau terlalu muda.

Dalam satu kenyataan, Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) berkata polemik sinetron yang berjudul Suara Hati Istri kerana menggunakan pelakon di bawah umur sebagai salah satu isteri yang dipoligami.

Ketua KPAI Susanto kesal denga sikap Indosiar yang melibatkan gadis di bawah umur untuk berlakon sebagai seorang isteri dalam sinetron yang berjudul Suara Hati Istri.

Hal ini bertentangan dengan langkah pemerintah Indonesia dalam mencegah pernikahan anak di bawah usia.

Reaksi tersebut disampaikan oleh Susanto setelah mendapat laporan bahawa ada pelakon berusia 15 tahun yang memegang watak sebagai seorang isteri di TV nasional.

Dalam pada itu, Susanto mengatakan bahwa pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dengan melakukan pertemuan jajaran Komisi Penyiaran Indonesia (KPI).

Terdahulu, netizen Indonesia kecoh dengan kemunculan Zahra yakni salah satu karakter di sinetron Suara Hati Istri yang tayang di Indosiar. Watak Zahra dibawakan oleh pelakon muda yang baru berusia 15 tahun.

Drama ini mendapat kec4man hebat dari netizen kerana Zahra yang masih 15 tahun tapi memegang watak sebagai seorang isteri.

Rata-rata mereka juga mengkr1tik adegan Zahra dan Pak Tirta di atas r4njang kerana perbezaan usia yang sangat jauh.

Video tular di laman Twitter

 

Sumber : https://www.yoy.my/

Jumaat, 22 Januari 2021

Drama Rahimah Tanpa Rahim,'Belum siar sudah kecoh'

Drama Rahimah Tanpa Rahim arahan Eoon Shuhaini dibintangi Azlee Khairi, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Ezzaty Abdullah.
Drama Rahimah Tanpa Rahim arahan Eoon Shuhaini dibintangi Azlee Khairi, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Ezzaty Abdullah.

KUALA LUMPUR: Belum menemui penonton, drama terbitan Country Universal, Rahimah Tanpa Rahim yang mula mengisi slot Akasia di TV3, malam ini, tular.

Mengapa tidak, judulnya yang 'catchy' pantas dikongsi netizen, malah menjadi bualan dan bahan jenaka dalam laman sosial.

Dianggap kurang manis, topik mengenai rahim menjadi 'bahan' atau subjek sembang netizen, hingga menimbulkan rasa kurang senang kaum wanita.

Diarah Eoon Shuhaini, penerbit drama Rahimah Tanpa Rahim, Jalena Rejab berpendirian isu membabitkan rahim tidak wajar dijadikan modal lawak atau kecaman.

 "Netizen boleh komen dan kritik kerana mereka tidak tahu apa-apa mengenai drama itu. Namun, sedih apabila dalam kalangan orang industri yang bijak pandai memperlekehkan judul itu tanpa menontonnya.

"Sekalipun ada yang beranggapan ini semua promosi awal untuk drama ini, saya harap pemahaman terhadap isu yang dipersendakan akan jelas selepas karya ini disiarkan," katanya kepada BH Online.

Penerbit drama Rahimah Tanpa Rahim, Jalena Rejab.
Penerbit drama Rahimah Tanpa Rahim, Jalena Rejab.

Jalena berkata, barangkali ada pihak tidak tahu ada wanita dilahirkan tanpa rahim atau mengalami sindrom Mayor Rokintansky Kuster Hauser (MRKH).

Tambahnya, Rahimah Tanpa Rahim bukan diadaptasikan daripada novel, sebaliknya, bersandarkan idea asal.

"Judul drama ini adalah berkisar seorang wanita lakonan Puteri Aishah yang dilahirkan tanpa rahim. Namun, apa yang dipersembahkan dalam drama ini ini bukannya 100 peratus masalah rahim.

"Drama ini merentap emosi penonton dengan masalah keluarga dan cinta yang dilalui karakter utama. Jadi, kisah membabitkan masalah rahim sekadar subplot kepada jalan cerita drama ini," katanya.

Jalena yang mula aktif dalam dunia penerbitan drama sejak 2002 bagaimanapun bersyukur dengan tumpuan ramai di sebalik kontroversi tercetus.

Hatinya lega apabila ada pihak memahami penceritaan yang dipersembahkan dalam Rahimah Tanpa Rahim.

"Kisah wanita yang dilahirkan tanpa rahim berlaku dalam alam realiti. Saya ambil kira-kira 30 peratus kisah wanita yang mengalami sindrom MRKH termasuk maklumat daripada persatuan berkaitan," katanya.

Watak utama, Azlee Khairi dan Puteri Aishah dalam drama Rahimah Tanpa Rahim yang disiarkan menerusi slot Akasia, di TV3, malam ini.
Watak utama, Azlee Khairi dan Puteri Aishah dalam drama Rahimah Tanpa Rahim yang disiarkan menerusi slot Akasia, di TV3, malam ini.

Mengulas mengenai tajuk drama berkenaan, Jalena berkata: "Ini memang tajuk asal. Pada awalnya, ada ura-ura hendak menukar judul. Namun, saya pertahankan kerana tajuk itu unik.

"Apabila drama ini disiarkan, biarlah penonton fikir sendiri apa sebenarnya yang berlaku kepada Rahimah," katanya.

Selain Puteri Aishah, drama Rahimah Tanpa Rahim menampilkan Azlee Khairi, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Ezzaty Abdullah. Slot Akasia menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 7 malam.

-BH Online