"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Alif Satar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alif Satar. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2020

“Allah Makbulkan Doa Kalian..” Alif Satar Luah Rasa Syukur, Isteri Dan Anak-Anak Negatif Covid-19


Penyanyi Alif Satar, meluahkan rasa syukur apabila ister dan anak-anaknya disahkan negatif jangkitan Covid-19.

Alif berkata, mereka akan terus dikuarantin di rumah selama dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga.

”Allah SWT makbulkan doa kalian semua.. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulis Alif.

Menurut Alif, dia turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan kata-kata positif ramai supaya dia terus tabah menghadapi dugaan ini.

”Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, alif baca dan disini alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.

Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah swt will grant the prayers for you and your family as well. InsyaAllah,” katanya.

Terdahulu, Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada Ahad setelah melalui beberapa ujian saringan.

Difahamkan, sebelum itu pada Jumaat, dia membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Setakat semalam, turut sama dijangkiti, ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadinya.


credit: siakapkeli.my

Isnin, 23 November 2020

Alif Satar sahkan dirinya positif Covid-19

 


Penyanyi Alif Satar, 30, menerusi entri Instagram (IG) sebentar tadi mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Bekas peserta cabaran Ironman Langkawi 2019 itu berkata, beliau telah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19 dalam kesibukan penggambaran.

Kelmarin, Alif membuat persembahan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam mendendangkan lagu I Want You To Love Me pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35.

Duta rasmi produk jenama Salon Pas berkenaan mengakui terkejut dengan keputusan ujian saringan yang diterima, hari ini.

“Malangnya, keputusan terkini yang baru diterima hari ini menunjukkan saya positif.

“Perkara ini amat mengejutkan dan mendukacitakan,” kata bapa kepada tiga anak tersebut dalam entri itu.

Alif berkata, perkara pertama yang difikirkan adalah keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak termasuk rakan di set penggambaran dan kontak rapat.

Melalui perkongsian itu, Alif menyatakan sudah menyerahkan senarai nama dan butiran kontak yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada Kementerian Kesihatan.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya mohon doa semua supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

“Saya berdoa supaya semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya sambil menambah sedang menjalani proses kuarantin.

-malaysiadateline