"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Premier Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Premier Sarawak. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2022

Tak timbul isu gelaran ‘Premier’ dalam Bahasa Melayu, kata menteri Sarawak

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri yang merupakan badan perundangan tertinggi di Sarawak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Isu takrifan berhubung penggunaan gelaran “Premier” dalam Bahasa Melayu tidak sepatutnya timbul, malah semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, semua pihak perlu menerima keputusan penukaran gelaran “Premier” menggantikan “Ketua Menteri” kerana DUN bertindak sebagai badan perundangan tertinggi di Sarawak.

Tidak ada apa yg perlu dipertikai. DUN adalah badan perundangan tertinggi di Sarawak…seperti juga Parlimen adalah badan perundangan tertinggi di Malaysia. Apa yang telah digubal dan dipersetujui di Parlimen atau di DUN kena diterima dan dihormati,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Amar Jaul Samion berkata, gelaran “Premier” itu berkuat kuasa hari ini selepas pindaan perlembagaan negeri diluluskan di DUN Sarawak, pada 15 Feb lalu.

Sehubungan itu katanya, jawatan Timbalan Ketua Menteri pula dikenali sebagai Timbalan Premier, manakala jawatan Menteri Muda kini ialah Timbalan Menteri.

Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada “Premier”.

Dalam pada itu, Karim berkata, takrifan sama ada berlaku konflik dalam penterjemahan gelaran berkenaan dalam Bahasa Melayu tidak timbul.

“Dalam konteks ini, semasa pembentangan rang undang-undang penukaran adalah daripada ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’. Jadi, selepas digazet gelaran ketua kerajaan Sarawak adalah YAB (Yang Amat Berhormat) Premier Sarawak atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Right Honourable Premier of Sarawak’,” katanya.

 Pada 15 Feb lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, gelaran “Premier” bukanlah benar-benar asing memandangkan pemimpin kerajaan negeri di Australia turut menggunakan gelaran sama.

“Australia juga (negara) bersekutu sama seperti kita, dengan seluruh negaranya mempunyai kerajaan dan Parlimen persekutuan, serta kerajaan negeri dan DUN,” katanya yang juga Ahli Parlimen -FMT