"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2025

Anak Terengganu harum nama PASTI di peringkat dunia

 

Pengarah PASTI Terengganu, Syamri Abdul Razak (kiri), Fadhli Rahmi, ayah, ibu Amatullah dan adiknya pada Majlis Anugerah Prestasi PASTI Negeri Terengganu

KUALA LUMPUR: Ibarat peribahasa ‘kecil-kecil cili padi’, kanak-kanak berusia tujuh tahun, Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan 63rd GASCA International English Recitation Competition.

Kejayaan itu bukan hanya mengharumkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Chendering, Terengganu, malah juga di peringkat dunia.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengucapkan tahniah atas kejayaan anak Terengganu itu menerusi catatan di Facebook beliau.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan hanya membanggakan keluarga, tetapi menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Terengganu dan PASTI di seluruh Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Amatullah Hamidah binti Muhammad Luqman atas kejayaan gemilang memenangi tempat pertama dalam 63rd GASCA International English Recitation Competition.

“Kemampuan anakanda Amatullah untuk bersaing di peringkat antarabangsa menunjukkan bakat dan potensi anak-anak Terengganu yang luar biasa.

“Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak-anak untuk terus berusaha cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited menyokong generasi muda yang berani mencabar diri menonjolkan bakat masing-masing serta membanggakan negeri,” katanya.

Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63 itu anjuran Persatuan Seni, Sukan dan Budaya Global (GASCA) yang berpusat di Hong Kong.

Ia adalah pertandingan pidato dalam talian yang menghimpunkan peserta cilik dan belia dari seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 27/1/2025

Ahad, 3 Mac 2024

Batu Bersurat Terengganu:Apa yang tersirat Dan tersurat

 


Syukurlah ramai yg berminat ingin tahu lebih lanjut tentang isi kandungan batu bersurat. Sebelum sy pergi kepada isi kandungan, sy ingin bawa tuan2 menyedari satu perkara yg sangat menakjubkan. 

Iaitu moyang2 kita memiliki ilmu Astronomi. Iaitu ilmu tentang alam semesta dan bintang2. Dalam gambar di bawah, baris kedua terakhir cuba perhatikan ada dicatat "tahun saratan". Maksudnya apa? Iaitu merujuk kepada kumpulan bintang yg membentuk dua tanjuk kambing biri2 yg merujuk kepada "Buruj Hamal" atau "Zodiak Aries"

Oleh kerana itulah kajian untuk menetapkan tarikh tepat lada batu bersurat memakan masa 50 tahun lamanya, ini kerana perlu melakukan kajian mendalam tentang peredaran bulan yg kemudian barulah boleh dipadankan dengan tarikh masihi. sehinggalah Syed Muhammad Naquib Al Attas berjaya memecahkan teka teki ini pada tahun 1970, dengan menyatakan bahawa Kedudukan bulan pada ketika itu berada di buruj Aries (Sharaman) bertepatan 4 Rejab 702 masihi bersamaan 22 febuari 1303 masihi 

Pendedahan oleh Al Attas ini telag menggemparkan para ahli sejarah apabila sebelumnya diyakini bahawa bermulanya Islam di semenanjung tanah apabila Parameswara masuk Islam pada tahun 1409 masihi. Namun dengan pendedahan ini menjadikan Islam sudah tiba di Terengganu 100 tahun lebih awal 

Lalu bagi mengesahkan pendedahan Al Attas ini, satu ujikaji dilakukan oleh Muhammad Zainiy Uthman dan Azlan Hashim menggunakan mikro komputer gigaherts 64 bit. Menggunakan perisian "Zephyr Services, dan perisian bebas"Stellarium 1". Hasilnya terbukti pada hari tersebut bulan berada di gugusan Buruj Sharaman. Maka mengesahkan pendedahan oleh Attas yg sebelumnya hanya menghitung secara manual sahaja.

Sampai di sini tuan2 boleh follow ke tulisan ni? Sy pun dah mula terasa beratnya tulisan pada kali ini apabila membincangkan tentang ilmu bulan bintang. Jadi sampai di sini sahajalah. Esok sy akan sambung 10 keajaiban yang terkandung pada batu bersurat. Tuan2 masih okey ke? Boleh baca sampai habis ke? Kalau yer, saya ucapkan terima kasih dan komen "saya nak sambungan". Terima kasih

Credit: Fb Sabri Mamat 

Khamis, 29 Februari 2024

Pasar Payang: Kenangan kebebalan politik

 Pasar Payang: Kenangan kebebalan politik

Seingat aku, Pasar Payang telah mengalami pembinaan semula sebanyak tiga kali. Kali pertama sekitar tahun 60-an dimana pasar yang terletak di Kampung Tanjung, dipindahkan ke tapak Pasar Payang sekarang. Keduanya sekitar tahun pertengahan 80-an berserta dengan bangunan parkir MBKT.

Waktu pembinaan itu, tapak pasar sementara dibina di kaki Bukit Puteri, tapak Bazar Warisan sekarang. Semenjak dari itu, sehinggalah sekitar 2016, iaitu lebih kurang 30 tahun berlalu, Pasar Payang dicadangkan untuk dibina semula.

Ia menjadi antara pusat tarikan pelancong yang utama bagi Negeri Terengganu, kerana tidak lengkap dirasakan jika ke Kuala Terengganu waktu itu, tetapi tidak singgah sebentar di Pasar Payang. Bermacam hasil asli Negeri Terengganu terdapat di situ. Dahulu, selain hasil kerja tangan seperti batik, songket atau tembaga, makanan tradisi, telur penyu adalah produk ‘rare’ yang sangat dicari sebelum diharamkan jualannya.

Dan zaman itu, tidak perlulah kita sebut perihal ‘frozen food’ ‘courrier’ ‘money transfer’ dan sebagainya kerana ia tidak wujud sama sekali dalam urusniaga di tahun 80-an itu. Mesti bawa tunai dan pandai-pandailah nak bawa pulang kerepok lekor, nasi dagang atau lain-lain juadah tradisi dengan usaha sendiri. Berbeza sekarang.

Menjadi salah seorang saksi hidup perubahan persekitaran Pasar Payang semenjak beberapa zaman itu, aku dapati ada beberapa perkara yang tidak dapat ditukar ganti. Antaranya ialah menara jam di bulatan kecil di persimpangan ke Jalan Masjid, ke Jalan Banggol dan Kampung Cina. Ia menjadi foto ikonik setelah ketiadaannya. Tidak dapat dipastikan kenapa ia dirobohkan.

Pada malam hari jualan lelong longgokan durian, jika kena musimnya, berderetan sehingga ke Taman Syahbandar. Pasar Payang pernah dinaiki air Sungai Terengganu sewaktu banjir besar 1986. Semua nostalgia ini menyentuh hati bagi yang pernah melihat kewujudannya.

Sebelum berdirinya blok-blok bangunan perniagaan berhadapan dengan Balai Bomba dan Mydin, di situ dahulunya ialah perkampungan orang Melayu. Kampung Paya Keladi dan Kampung Daik. Di barisan hadapannya ada deretan kedai-kedai kayu dikuasai majoriti oleh peniaga India yang menjual rempah ratus. Selain untuk makanan, ada juga dijual rempah bagi perubatan seperti sepang kederang, suda ayah, songkok ayah, batu kawi. Pasti ada yang tidak pernah mendengarnya.

Ramai kawan-kawanku tinggal di Paya Keladi. Rumah-rumah mereka semuanya tinggi-tinggi kerana kawasan berpaya, mudah banjir. Kemudian atas nama pembangunan mereka dipindahkan. Setentang dengan bangunan parkir MBKT itu pula terdapat deretan kedai. Dan yang paling terkenal ialah kedai buku Alam Akademik atau lebih mesra dipanggil orang ‘Kedai Pok Loh Yunan’.

Namun, hal sebaliknya berlaku kepada Kampung Cina yang hanya terletak bersebelahan. Mereka kekal di situ dan tidak berpindah. Di tingkat atas premis perniagaan mereka biasanya mempunyai tempat bagi burung walit membiak. Kedai mereka dahulunya hanya mempunyai pintu depan dan di belakangnya tempat air buangan terus ke sungai.

Tetapi setelah Pulau Warisan diwujudkan dengan menambak sebahagian Sungai Terengganu, mereka boleh pula membuka sebuah lagi kedai di pintu belakang, terus mengadap Pulau Warisan itu. Alangkah beruntungnya mereka, dapat dua lot kedai atas satu tanah.

Ini bukan isu perkauman, cuma sekadar mahu memberi ingat kepada politikus Melayu Islam supaya menjadikan cara cerdik berpolitik kaum Cina ini sebagai pengajaran bahawa walau berbeza kita dari segi ideologi, namun kepentingan agama dan bangsa, mesti kita duduk bersepakat. Dahulukan rakyat kerana mereka mengharapkan kita sebagai pemimpin mereka. Kita tidak mahu berpolitik sehingga memangsakan rakyat. Lihat di Terengganu, akibat politik sempit, sanggup mereka menahan wang royalti hak milik rakyat Terengganu. Ia tidak berlaku kepada kaum lain.

Tanpa malu, PAS akui yang pembinaan Pasar Payang ini adalah daripada zaman pemerintahan Najib. Ini adalah sikap profesional, jujur yang jelas ditunjukkan oleh pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang walaupun berbeza pegangan politik, tetapi jika ia memberikan kebaikan yang besar kepada rakyat, kita mesti bersetuju. PAS jelas mahu meninggalkan kebebalan berpolitik. 

Dan sikap keadilan itu jelas ditunjukkan oleh Dr Sam dengan memberikan peruntukan penuh kepada Adun-Adun pembangkang dalam pemerintahan penggal lalu. Hanya sahaja, Terengganu kepupusan pembangkang kali ini, maka tiadalah peruntukan kepada mereka.

Semoga Allah merahmati peniaga-peniaga dan pelanggan-pelanggan di Pasar Payang. Dengan adanya kemudahan yang sangat selesa ini, diharapkan juga mereka memperbanyakkan syukur kepada Allah. Tahniah kepada semua dan selamat menjalankan perniagaan dengan jujur dan ikhlas. Peniaga yang jujur akan menjadi jiran Rasulullah SAW di syurga.

Mohd Nasir Abdullah

29 Februari 2024

Jumaat, 12 November 2021

Covid 19: Kadar guna katil wad ICU di Terengganu membimbangkan

 DR Kasemani (dua kanan) memeriksa mesin alat bantuan pernafasan pesakit Covid-19 pada Majlis Penyerahan Wad ICU Hybrid di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO GHAZALI KORI

DR Kasemani (dua kanan) memeriksa mesin alat bantuan pernafasan pesakit Covid-19 pada Majlis Penyerahan Wad ICU Hybrid di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 tahap lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Terengganu meningkat sejak dua minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sehingga kini, 28 katil atau 84 peratus daripada 33 katil ICU digunakan bagi merawat pesakit.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan kes susulan kebenaran rentas negeri dan peralihan Terengganu daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Di Terengganu, kita ada 25 katil ICU (sebelum ini), tetapi beberapa wad ditukarkan menjadi wad ICU dan menjadikan katil berjumlah 33 katil kerana situasi pandemik Covid-19.

"Ketika ini, 28 katil ICU digunakan dan sebab itu, kita risau dan buat persediaan awal sekiranya berlaku peningkatan luar jangka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Wad ICU Hybrid di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Dr Kasemani berkata, penyerahan wad ICU berkapasiti 10 katil itu sememangnya membantu pihaknya menampung kemasukan pesakit di Terengganu.

Beliau berkata, wad berkenaan akan mula digunakan minggu depan dan penyerahan itu menjadikan terdapat 43 katil ICU di seluruh Terengganu.

Menurutnya, pihaknya percaya 43 katil itu mencukupi kerana sepanjang dua tahun berdepan Covid-19, kita mampu menanganinya dengan baik.

-myMetro

Rabu, 21 April 2021

Gadis Terengganu Dinobat Pelajar Ketujuh Terbaik Dunia


 KUALA TERENGGANU, 20 April - Niat tidak mahu menyusahkan ibu dan ayah mendorong Nurul Fatin Nabihah Hamdan, 25, dari Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu untuk memperoleh markah tertinggi setiap kali menduduki peperiksaan.

Terbaru Fatin Nabihah dari Kampung Tengkawang, Kuala Berang, di sini diumumkan sebagai pelajar terbaik di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi peperiksaan Strategic Business Reporting (SBR).

Pelajar  INTEC Education College (INTEC) di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu antara 92,000 calon di seluruh dunia yang menduduki peperiksaan tersebut baru-baru ini.

Fatin Nabihah berkata, ibunya seorang suri rumah manakala ayah tirinya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Keadaan ini mendorong saya supaya sedaya upaya mencapai markah tertinggi setiap kali menduduki peperiksaan penting."ujarnya pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman.

Katanya lagi, apabila mendapat keputusan cemerlang sudah pasti akan ada pihak yang memberi biasiswa dan ia secara tidak langsung tidak akan membebankan keluarga untuk menanggung perbelanjaannya sewaktu belajar.

“Ketika mengambil Diploma di  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, saya berjaya memperoleh biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Manakala ketika menyambung ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor, rezeki masih menyebelahi saya kerana dapat pengecualian bayaran  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  berikutan memperoleh Ijazah Kelas Pertama,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu dibesarkan oleh ibu Noriah Ahmad, 47, dan ayah tiri, Mustape Che W Abdullah, 68, sebaik kematian ayah kandung ketika berumur 11 tahun akibat sakit jantung.

Bercerita tentang peperiksaan SBR secara dalam talian, Fatin Nabihah berkata, banyak cabaran yang terpaksa dilalui terutama berkaitan capaian internet.

“Saya hanya menggunakan telefon bukannya computer riba atau komputer meja, keadaan itu kadang kala menganggu tumpuan.

“Berkat doa dan dorongan ibu supaya terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan, akhir saya diumumkan pelajar terbaik Malaysia bagi peperiksaan SBR," katanya yang ketika ini menerima tajaan Yayasan Sime Darby.

-trdi.my

Jumaat, 16 April 2021

Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin, 26 Positif Covid-19



KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun merentas negeri dari Sabah ke Dungun, Terengganu semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya membawa padah selepas 11 ahli keluarganya di samping 15 tetamu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penganjuran majlis itu dikenal pasti gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekali gus mewujudkan kluster baharu, Kluster Taman Rakyat.

Katanya, hasil pertemuan bagi mengirim duit kenduri di samping menyerahkan cenderahati perkahwinan menyebabkan wabak merebak dalam kalangan keluarga berkenaan di samping rakan karib.

“Kawannya pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah.

“Sebab itu kami selalu berpesan tangguh dahulu berkumpul beramai-ramai kerana kita tidak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja,” katanya dalam hantaran terbaharu dalam laman Facebook.

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April lalu adalah kluster komuniti melibatkan daerah Dungun dengan kes indeks iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan positif Covid-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

Nor Azimi turut melahirkan kebimbangan sekiranya tiada kepatuhan SOP di bazar Ramadan tidak mustahil kluster baharu boleh tercetus membabitkan lokasi itu.

Sehubungan itu, katanya penguatkuasan SOP Covid-19 tidak seharusnya diserahkan kepada pasukan penguat kuasa semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama melaksanakannya.

Berdasarkan infografik dalam laman Facebook Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 238 kes Covid-19 direkodkan di Terengganu setakat semalam.

Daripada jumlah itu, Besut mencatatkan sebanyak 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga)

Sumber: Utusan

Rabu, 14 April 2021

MN sudah 'mati' di Terengganu? Sikap pemimpin PAS masih itiqamah... Pemimpin UMNO hampir semua tamak haloba

 


Pentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua parti itu Ahmad Said untuk berbincang.

Undangan itu dibuat selepas Ahmad menyifatkan gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri tersebut sudah ‘mati’ dan menegaskan Umno akan bertanding di semua 32 kerusi negeri serta lapan daripada 12 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu Mohd Nor Hamzah berkata, kerjasama dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu perlu dilihat menerusi aspek yang luas bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam..

“Muafakat mesti diperkukuhkan. Atas asas itu, saya rasa perundingan dan perbincangan seterusnya boleh dilakukan melainkan jika kedua-dua bersedia untuk berbincang.

“Dan saya sehingga hari ini harapkan agar pemimpin-pemimpin Umno BN khususnya dari kerajaan negeri Terengganu, terus bersedia untuk menghulurkan tangan supaya kita berdamai dan kita membina penyatuan ini di meja rundingan dan kita bersedia utk berbincang seterusnya di meja rundingan.

“Apa saja persoalan dan isu yang berkaitan untuk kita melihat perpaduan ini terus berlaku,” katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Portal The Malaysian Insight (TMI) hari ini melaporkan, Ahmad berkata, MN seakan ‘mati’ di Terengganu dan menyifatkan situasi pakatan politik itu hanya seperti pertemuan pemimpin menjamu selera tetapi tidak membincangkan perkara penting.

“Saya menitiskan air mata.

“Kita mengharapkan MN tapi sebenarnya tak berlaku hanya gimik semata-mata. Sebab itu saya kata MN tak berlaku di Terengganu,” katanya.

Ahmad yang juga merupakan bekas menteri besar Terengganu mendakwa akar umbi Umno masih tidak dapat menerima MN susulan serangan PAS sebelum ini.

Dia merujuk ucapan kontroversi Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang dikenali sebagai Amanat Hadi - yang antaranya berkata Umno dan BN mengekalkan “peraturan kafir”.

“Hal kafir-mengkafir, fatwa yang mengelirukan berlaku. Macam mana kita nak berdepan (PAS) hari ini,” katanya seperti dipetik portal terbabit.

Mengulas hal demikian, Mohd Nor menambah pemimpin Umno perlu memimpin ahlinya supaya menerima agenda kerjasama.

Tambahnya, PAS juga telah berbuat hal sama bagi memastikan ahlinya menerima MN.

“Kita bukan melihat pada ruang yang sempit di negeri Terengganu ini tapi kita mesti melihat bahawa perpaduan ini adalah perpaduan yang penting untuk negara ini,” jelasnya.

“Saya rasa apa salahnya kita teruskan rundingan ini, kita teruskan perbincangan ini, kita perkukuhkan muafakat ini, kita lupakan isu-isu yang lama ke arah permuafakatan dan perpaduan ummah di negeri Terengganu dan seluruh negara bahkan kita mahu melihat agar Melayu Islam ini kuat,” tegasnya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika dihubungi tidak mengulas panjang berhubung hal tersebut.

“PAS kekal dengan prinsip memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

-mindarakyat