"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Mohamad Hasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Mohamad Hasan. Papar semua catatan

Selasa, 20 April 2021

Jangan biar rakyat terhimpit akibat kenaikan harga barang, kata Tok Mat

Mohamad Hasan berkata, rakyat Malaysia terus melalui saat yang sukar demi kelangsungan hidup dan kerajaan sehingga saat ini gagal memberikan solusi tuntas dan segera.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan rakyat terus terhimpit kerana pemulihan ekonomi yang perlahan hingga menyukarkan rakyat apabila berlakunya kenaikan harga barang.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata
kerajaan perlu berhenti dengan tindakan reaktif sebaliknya tadbir urus yang proaktif sangat diperlukan untuk mengawal harga barangan asas.

“Ini supaya rakyat tidak terus terbeban dalam saat getir seperti sekarang. Punca kenaikan harga selalunya adalah disebabkan peningkatan permintaan melebihi penawaran.

“Adakah ini bermakna bekalan makanan negara tidak mencukupi? Dan jika mencukupi, setakat berapa lama lagi kecukupan itu akan bertahan,” katanya dalam kenyataan.

 Beliau berkata, rakyat Malaysia terus melalui saat yang sukar demi kelangsungan hidup dan kerajaan sehingga saat ini gagal memberikan solusi tuntas dan segera.

Mohamad berkata, inisiatif pemantauan dan penguatkuasaan harga makanan juga nampaknya tidak cukup efektif untuk mengatasi isu pembekal yang mengambil kesempatan menaikkan harga serta aktiviti monopoli.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) yang baru diumum pula hanya melibatkan 12 barangan kritikal.

“Kenapa perlu menunggu ketibaan hari perayaan untuk berbuat demikian?” soalnya.

Katanya, untuk itu kerajaan mesti segera menyemak semula inisiatif Program Food Bank Malaysia yang bermatlamat meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan isi rumah B40 dan mereka yang memerlukan.

“Strategi terbaharu dan insentif berpatutan perlu digunakan untuk mendapatkan komitmen daripada lebih banyak penyumbang termasuk pengilang, syarikat korporat dan pasaraya,” katanya.-FMT

Isnin, 18 Januari 2021

Demokrasi Malaysia Tidak Boleh Dikalahkan Oleh Pandemik – Mohamad Hasan

 KUALA LUMPUR, 17  Jan – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

Menurut beliau langkah berkenaan hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan MCO dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

“Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat ‘unprecedented’ dalam sejarahnya.Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara di istiharkan dalam darurat, perlembagaan di gantung dan parlimen tidak berfungsi. Keputusan Kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.

“Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar.

“Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan. Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam,” katanya menerusi catatan di Facebok, di sini, hari ini.

Kata Mohamad lagi, demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya. – UMNO Online

Isnin, 4 Januari 2021

UMNO mahu tanding lebih 96 kerusi pada PRU15, kata Tok Mat

 

Mohamad Hasan berkata, UMNO mahu memenangi PRU15 untuk menubuhkan kerajaan, bukan meminta kerusi untuk bermegah-megah. (Gambar Bernama)

REMBAU: UMNO menyasarkan untuk bertanding tidak kurang daripada 96 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15, selepas mengambil kira rundingan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN), PAS dan PPBM.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, berdasarkan formula awal rundingan, UMNO juga akan terus mempertahankan 55 kerusi yang dimenangi pada PRU14.

“Kerusi kepada UMNO, itu kerusi yang kita susun atur, yang kita menang dan dapat nombor dua (tertinggi undi pada PRU14). Kita juga dapati ada kerusi rakan BN yang mereka tak pernah menang kerana pengundi mahu calon Melayu, misalnya.

“Secara dasarnya, komponen BN pun bersetuju (isu pembahagian kerusi). Pada PRU15, kita nak menang, mesti menang untuk tubuhkan kerajaan, bukan kerusi untuk bermegah-megah. Kita mesti teliti setiap kerusi, geopolitik, corak pengundi dan lokaliti,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Rembau.

Mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin Abdul Rahman yang parti itu hanya akan bekerjasama dengan PAS tanpa membabitkan PPBM pada PRU15, Mohamad yang juga ketua UMNO Rembau berkata: “Itu hak dia (Tajuddin) untuk bercakap, bukan keputusan parti lagi.

“Untuk keputusan parti boleh bawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang.”

Mengenai beberapa UMNO Bahagian menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15, Mohamad yang juga pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi bagi UMNO berkata, parti itu perlu membina kekuatan sendiri terlebih dahulu tanpa perlu menolak kerjasama berkenaan.

Berhubung kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang berpendapat UMNO tidak boleh bergerak secara solo, Mohamad berkata, parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.

“Jangan kata kita kalau bersendirian, kita tidak boleh menang…selama ini pun kita berseorangan juga, namun pada PRU14 lepas, kita ada buat kesilapan sedikit. Tetapi, kalau ada kerjasama lagi baik, kalau tiada kerjasama pun, yang penting kita perkasakan diri sendiri dan parti.”

Semalam, Annuar dalam mesyuarat perwakilan UMNO Ketereh menegaskan parti itu tidak boleh “bersendirian” dalam arena politik, jika mahu memenang PRU15 kerana bergerak secara solo bukan formula kemenangan kepada parti itu.-FMT

Selasa, 15 Disember 2020

Rakyat bosan dengan politik, kata Timbalan Presiden Umno

 


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rakyat sudah merasa bosan, muak dan jelik dengan pelbagai pertembungan ahli politik Melayu.

Beliau berkata, apa yang diperlukan bangsa Melayu ketika ini bukanlah satu lagi pembentukan gagasan baharu, tetapi mereka mahukan pencerahan bagaimana bangsa Melayu dapat menjadi lebih baik dan maju.

Mohamad yang turut dikenali sebagai Tok Mat itu turut meluahkan biarpun sudah 10 bulan semenjak Umno menyokong pembentukan kerajaan baharu, politik bangsa Melayu dan Malaysia tetap masih berantakan.

“Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju.

“Hamka pernah berpesan, ‘Orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri’. Malaysia sangat memerlukan mereka yang sebegini untuk tanah air ini.

“Mungkin tiba masanya kita tutupkan riwayat lama, buka lembaran baru. Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu,” katanya dalam satu kenyataan Facebook malam tadi.

Beliau berkata demikian yang mengulas cadangan penubuhan gagasan besar antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Cadangan tersebut diajukan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang menyifatkan gabungan baharu itu sebagai lambang kesatuan parti besar dalam PN selain akan meyakinkan rakyat bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh.

-malaysiadateline

Khamis, 1 Oktober 2020

Tok Mat ajak Umno buat keputusan bersendirian sekarang


"Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri," kata Mat Hassan menerusi Facebooknya.


Setelah pemimpin bawah Datuk Seri Najib Razak yang bersuara kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan pula bersuara agar Umno bersendirian walaupun tidak menyebut secara jelas tinggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Mohamad mengajak Umno “Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan Umno ke landasan sebenarnya.

“Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula Umno agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, keputusan pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang Umno meterai, tidak menguntungkan parti itu, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

“Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, Umno waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS,” katanya.

Apa yang berlaku di Sabah, katanya, memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya.

“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang,” katanya.

Bagi beliau, pengorbanan Umno memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan Umno secara signifikan.

“Lebih menyedihkan, Umno terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan Umno.

“Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri,” kata beliau lagi.

Umno, katanya, tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

“Justeru, telah tiba masanya Presiden Umno memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.

“Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam PRU Sabah,” katanya lagi.

Menuju masa depan, katanya, Umno mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir.

“Episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

“Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Rabu, 26 Ogos 2020

PRK Slim-PAS akan sokong PEJUANG,Mukhriz ada lampu Ajaib kata Tok Mat Hasan


Dakwaan mengatakan akan terdapat pengundi Pas mengundi calon Bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya diketahui pada 29 Ogos ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak memiliki lampu ajaib untuk mengesahkan dakwaan itu.

Beliau juga tidak pasti sama ada dakwaan yang dibuat bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu adalah berasas.

“Kita tengoklah 29 Ogos ini dan saya tidak ada lampu ajaib. Terpulang kepada beliau (Mukhriz) kalau ada (lampu ajaib).

Sebab itu saya mohon pengundi di Slim keluar beramai-ramai sokong Mohd Zaidi Aziz yang didokong Kerajaan Perak dan Perikatan Nasional yang dapat membawa isu tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Felda Besout 4 di sini malam ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta dakwaan Mukhriz hari ini bahawa Pejuang yakin dapat menarik sokongan ahli PAs dan pengundi atas pagar untuk mengundi calon mereka, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, pada Sabtu ini.

Mukhriz berkata, pihaknya difahamkan terdapat ahli Pas tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bertanding dalam PRK itu.- MalaysiaGazette