"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Filem Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem Baru. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2024

Mawi tak sangka Zim Zim Ala Kazim kutip RM3 juta

 

Kuala Lumpur: Pengarah yang juga penerbit filem Zim Zim Ala Kazim, Mawi, 43, bersyukur apabila filem kedua arahannya itu berjaya mencatat kutipan sebanyak RM3 juta selepas 11 hari tayangan.

Mawi berkata, dia tidak menyangka berjaya mengaut kutipan sebanyak itu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura yang menyokong filemnya.

"Memang dari awal tayangan tempoh hari pun nampak sambutan filem ini bagus. Saya anggap apa yang terjadi adalah rezeki.

"Pertamanya orang tengok filem ini sebab nak tengok cerita Ustaz Kazim. Selepas tengok, mereka beri maklum balas positif dari mulut ke mulut kata cerita ini menghiburkan mereka dan suka semuanya.

"Jadi dari situ, orang pun bertambah-tambah nak pergi tengok cerita ini di pawagam," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sasaran penonton filem ini juga tepat merangkumi semua golongan iaitu dari kanak-kanak sehinggalah kepada semua peringkat umur.

"Kebanyakan keluarga pula, sekali datang bawa 10 hingga 15 orang. Anak-anak pula bawa mak ayah sebab mereka nak tengok Ustaz Kazim.

"Biasanya Skim Wajib Tayang adalah untuk tempoh seminggu, tapi kalau ada sambutan pawagam akan kekalkan lagi tayangan dan takkan keluarkan filem ini.

"Setakat ini selagi ada sambutan untuk minggu kedua, Zim Zim Ala Kazim akan kekal lagilah. Tayangan pun banyak lagi," katanya.

Mawi berkata, disebabkan sambutan hebat, ada beberapa pawagam menambah lagi waktu tayangan filem ini.

"Asalnya ada lebih 40 tayangan. Sekarang dah jadi 60. Selepas dua hari, Zim Zim Ala Kazim dapat sambutan dan permintaan tinggi, TGV tambah lagi pawagam menjadikan 74 pawagam menayangkannya.

Mula ditayangkan sejak 13 Jun lalu, filem ini diterajui Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut menampilkan Mawi sendiri, Bell Ngasri, Anas Tahir, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Zim Zim Ala Kazim berkisar mengenai pendakwah popular, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena penyakit misteri akibat disihir.

-myMetro 

Jumaat, 26 April 2024

Filem Sheriff kutip RM22.1 juta selepas 7 hari tayangan

MV5BN2FjMTY4OWUtMzkxOC00NjI4LTg2N2QtZjIyYzY2ZWQzNTY0XkEyXkFqcGdeQXVyMTUzMDA3Mjc2

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

 KUALA LUMPUR – Filem bercorak aksi thriller, Sheriff terus mendominasi pawagam seluruh negara apabila meraih kutipan sebanyak RM22.1 juta selepas tujuh hari tayangan.

Penerbit eksekutif filem berkenaan merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad bersyukur kerana menerima maklum balas luar biasa daripada penonton.

Melihat respon penonton yang sudah menonton filem Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan plot twist yang di luar jangkaan.

“Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam. Kutipan RM22.1 juta meletakkan Sheriff sebagai filem tempatan nombor satu tahun ini.

“Sekiranya sambutan menggalakkan ini berterusan, insya-Allah Sheriff akan mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa.

“Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Filem yang turut mengangkat subjek ‘polis tangkap polis’ terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq Kyle iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Datuk Aaron Aziz semakin berleluasa.

Nazri terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul Ariffin adalah anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes Meth Killer dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. – MalaysiaGazette

Jumaat, 8 Julai 2022

Ramai tak tahu, rupanya petisyen bantah filem Mat Kilau pernah digerakkan 4 tahun lepas!

 

Ramai yang tidak tahu, sebelum filem Mat Kilau menjadi antara filem epik yang mencipta fenomena, satu petisyen pernah digerakkan untuk membantah penggambaran filem berkenaan.

Petisyen berkenaan digerakkan pada 2018 oleh seorang pemuda, Mohd Shukri Mohd Ramli yang difahamkan adalah anak jati Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Pemuda berkenaan mendakwa, Syamsul Yusof telah memalsukan sejarah apabila penggambaran filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, dijalankan di Perak dan bukannya di Pahang tempat kelahiran sebenar Mat Kilau.

Pulau Tawar merupakan tanah kelahiran Mat Kilau.

“Throwback balik. Sebelum box-office, siap ada petisyen buat bantahan!,” tulis pengguna akaun Suka Filem di Facebook.

Di bawah ini antara intipati bantahan tersebut yang sehingga kini boleh diakses melalui GoPetition;

“Petisyen ini adalah bantahan terhadap tindakan penerbit filem Mat Kilau yang memalsukan sejarah apabila membuat rakaman pengambaran di Kampung Telok Bakong, Bota Perak.

“Sedangkan Mat Kilau adalah pahlawan Pahang yang terpahat dalam lipatan sejarah dan berasal dari Kampung Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

“Sejarah penentangan Mat Kilau terhadap British bukan berlaku di Perak tapi di Negeri Pahang. Atas apa jua alasan, segala adegan dan penggambaran wajarlah dilakukan di kampung asal kelahiran pahlawan Melayu Pahang itu,” kata pemuda yang melancarkan petisyen berkenaan.

Pemuda berkenaan juga menegaskan jika bukan Pulau Tawar dijadikan lokasi sesuai, banyak lagi tempat yang menarik di Pahang yang boleh digunakan untuk menjalankan penggambaran.

Memilih lokasi lain, seolah-olah sengaja mengundang persepsi negatif, katanya.

“Terasa hinanya kami apabila filem itu ditonton kepada umum nanti, bila kami tahu adegan penggambaran itu bukan di tempat asal yang tercatat dalam sejarah.

“Justeru, anak-anak Pahang di seluruh negara dan senatero dunia wajar membantah pemalsuan sejarah ini. Ia tidak layak untuk ditonton kerana jelas sekali bukan untuk mempertahankan nilai sejarah, tetapi lebih kepada mencari keuntungan semata-mata.

“Maka itu kami menyeru anak-anak Pahang menandatangani petisyen ini untuk membuktikan bantahan,” tulisnya.

Setakat semalam (Julai 7), filem Mat Kilau telah mengutip lebih RM54 juta dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam.

Syamsul menjangkakan filem berkenaan mampu mencecah sehingga RM60 juta biarpun ramai yang merasakan Mat Kilau boleh meraih sehingga RM80 juta.

-malaysiadateline

Ahad, 3 Julai 2022

Filem lain banyak tak laku, kenapa Mat Kilau, 35mm boleh kutip berjuta dalam seminggu? Ramai sokong jawapan pemuda ini

 

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof dan 35mm arahan Syahmi Sazli Production, boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada pembikin filem tempatan untuk belajar bagaimana mahu membuat kutipan memberangsangkan.

Menurut seorang pereka grafik, Muhammad Fazli Ab Latif yang lebih dikenali sebagai kukubesi manipulasi, dia berpendapat kedua-dua filem yang sedang meletup ketika ini berjaya membuat kutipan yang memberangsangkan walaupun keduanya secara asas belum mencapai keuntungan, tetapi sudah menghampiri.

Menurutnya ada beberapa faktor besar menyebabkan kedua-dua filem ini boleh meletup sehingga menjadi fenomena yang sebenarnya boleh menjadi panduan kepada pembikin filem lain untuk mencapai tahap kutipan seperti ini.

Untuk rekod, Muhammad Fazli pernah diberi kepercayaan oleh pengarah terkenal Yusry KRU untuk menghasilkan poster Hikayat Merong Mahawangsa pada 2011. Selain itu, dia juga menghasilkan poster filem untuk Syahmi Sazli.

Kami kongsikan ulasan pemuda ini berkenaan dua filem hebat yang terus mencatatkan peningkatan jumlah penonton saban hari.

Kenapa Mat Kilau dan 35mm boleh ‘collect’ banyak dalam masa seminggu?

Mat kilau secara kasar harus memungut RM24 juta sebab kos RM8 juta. Pengiraan kasar kali tiga sebab dia main pawagam. Manakala 35mm harus memungut RM2 juta lebih sebab main di Astro first, pengiraan kasar kali dua.

Kenapa Mat Kilau dan 35mm bole kutip banyak dalam masa seminggu? Ada banyak faktor yang harus dilihat. Keduanya dalam dua dunia berbeza. Syamsul Yusof pengarah berpengalaman manakala Syahmi Sazli pengarah muda.

Mat kilau kandungan (content) dia berat dan dibawa baik oleh Syamsul Yusof. Dia mampu pikul keberatan isi kandungan dengan cara tersendiri. Dari segi pemilihan pelakon, pemilihan pasukan produksi sangat memain peranan.

35mm diarah oleh pengarah muda tetapi dia dah lama cipa fan based. Erti kata lain dia cipta projek kecil dulu baru pergi projek besar dan peminat terus sokong walaupun dia guna pelakon utama yang tak berada dalam arus perdana industri. Syahmi Sazli Production guna resipi yang berbeza dari template normal orang-orang industri

Apabila keduanya sudah cukup matang dalam memahami produk masing-masing, maka senjata seterusnya adalah promosi. Pasukan promosi yang dipilih memainkan peranan penting dalam menggembar-gemburkan produk mereka.

Walaupun keduanya jurang pengalaman dan game yang sangat jauh, tetapi keduanya tahu bermain dengan kos untuk meletakkan produk mereka dalam liga tersendiri.

Ibarat seorang niaga di kafe dan seorang niaga di tepi jalan. Tetapi dari pengiraan kos dan keuntungan, keduanya mencapai pulangan yang sama. Dari sudut perniagaan, dua-dua bijak.

 Aku tak terlibat dalam Mat Kilau tapi aku kaji movie ini dari sudut perniagaan, everything on point. Syahmi Sazli bersama 35mm, produk ni supertele. Tapi untuk promosi barisan hadapan, dia mengeluarkan kos untuk poster mengikut price movie. Kesimpulan dia pandai main bajet, bahagian mana nak jimat dan bahagian mana nak lebih.

Kesimpulan secara kasar, pemilihan pelakon pentin. Jalan cerita penting, fan based penting, pemilihan pasukan produksi penting, pemilihan pasukan promosi penting dan komitmen pelakon juga penting.

Ada banyak contoh movie yang pelakon popular tapi tak laku. Pelakon ada visi dan misi tapi tak laku. Pengarah power tapi tak laku. Cerita power tapi x laku. Sebab apa? Sebab buat movie perlu melibatkan semua pasukan dalam produksi.

-malaysiadateline

Jumaat, 1 Julai 2022

Fenomena Mat Kilau

 

Kuala Lumpur: "Tsunami filem Malaysia!"

Itu kata pengarah Syamsul Yusof apabila kutipan filem Mat Kilau sudah mencecah RM30 juta setakat malam ini iaitu memasuki hari kesembilan ditayangkan.

Malah, filem itu juga meraih kutipan RM3.5 juta untuk tempoh sehari iaitu semalam, selain menjadi filem nombor satu di Brunei.

Syamsul berkata, dia menjangkakan filem terbitan Studio Kembara itu boleh mencecah atau lebih RM40 juta pada hujung minggu ini.

ADVERTISEMENT

"Insya-Allah, hujung minggu ini mungkin cecah atau lebih RM40 juta. Sebab sambutan sekarang memang 'gila'. Ada peminat hantar rakaman video keadaan di panggung wayang di Kuantan, Pahang, Johor Bahru, Johor, Melaka, macam bercuti. Penuh dan orang beratur panjang. 

"Alhamdulillah, ini rezeki Allah SWT. Saya ada perancangan besar untuk filem akan datang. Tapi, masih terlalu awal untuk saya cakap. Nantilah," katanya kepada Harian Metro.

Filem Mat Kilau yang mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu menjadi filem epik Melayu yang berjaya pecah panggung selain dilihat mampu mengatasi filem kutipan tertinggi di Malaysia iaitu Munafik 2 juga arahan Syamsul.

Mat Kilau menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

-myMetro

Rabu, 18 November 2020

Filem BABI tercalon dalam 4 Festival Filem Antarabangsa

SEBUAH filem kontroversi bejudul BABI yang dihasilkan oleh pengarah yang juga cukup kontroversi Namawee, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee tercalon dalam empat festival filem antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan oleh Namawee menerusi halaman Facebook. Menurutnya filem "Babi" yang diarahkan olehnya mendapat 2 pencalonan untuk anugerah Open World Toronto Film Festival bagi kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik.

Filem BABI

Menurutnya lagi, filem itu juga dicalonkan dalam Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival 2020 (Best Original Film Song).

Katanya, Filem Babi mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000.

Dakwanya kejadian itu telah dilindungi oleh kerajaan dan media tidak melaporkannya.

"Terus terang saya telah menyiapkan 2 film tahun lepas, satu Nasi Lemak 1.0 yang dirakamkan secara terang, dan satu lagi Filem 'BABI' telah dirakamkan secara rahsia."

"Kami tidak pernah bercakap secara terbuka tentang projek ini kerana ia sebuah filem yang diharamkan, dan kami tidak mahu mendapat perhatian yang tidak diperlukan." katanya.

Tambahnya lagi Filem BABI berdasarkan kisah benar tentang pergaduhan kaum di sekolah yang berlaku dalam tahun 2000 di sebuah pekan di Selatan Malaysia.

Pada waktu itu Malaysia masih dibawah pemerintahan autoritarian satu parti, salah guna kuasa dan korupsi kerap berlaku. Media dan berita dikawal dan ditapis sepenuhnya.

 Kejadian itu menurutnya telah 'diselesaikan' oleh pihak berkuasa tertentu, dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang kejadian ini.


Tambahnya lagi, skrip asal filem BABI telah ditulis sejak tujuh tahun lalu namun antara sebab utama ia tidak dapat dihasilkan akibat kekangan modal, kerana tiada orang yang sanggup keluarkan modal untuk sebuah filem yang mungkin akan diharamkan dan tidak akan ditayangkan di pawagam.

Sebab kedua pula katanya, kerana dia tidak tahu siapa yang sudi menghasilkan filem ini bersama kerana hanya mendengar namanya (BABI) sahaja sudah tentu tiada orang ingin mengambil bahagian.

Namun kata Namawee, akhirnya filem itu berjaya juga dihasilkan dengan modal yang sangat-sangat rendah.


Sumber — https://www.milosuam.net/

Isnin, 16 November 2020

Meletop:Mael Totey The Movie kutip RM6.4 juta dalam 24 hari

 


Seorang pengarah baru yang berasal daripada kampung dan mempunyai cita-cita besar berjaya membuktikan kemampuannya menerusi filem pertama, Mael Totey The Movie (MTTM) dengan kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari.

Jumlah itu mendahului kutipan nombor 1 Astro First yang dahulunya didominasi filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018).

Usaha pengarah muda, Syahmi Sazli itu turut menjadi perhatian apabila kos pembikinan MTTM yang menelan RM400,000 menggunakan kos sepenuhnya yang ditanggung sendiri.

Sambutan MTTM masih memberangsangkan meskipun telah memasuki minggu keempat tayangan di platform di pawagam rumah anda, Astro First.

Syahmi Sazli 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan tersebut adalah satu sejarah dalam industri perfileman apabila sebuah filem dihasilkan seorang pengarah baru yang sebelumnya hanya aktif dengan kandungan digital.

“Tetapi kini kutipan filem pertamanya, MTTM telah berjaya menandingi filem-filem pecah panggung di Astro First.

“Pihak Astro Shaw akan terus berusaha menerusi rangka promosi yang kreatif untuk membawa filem ini ke tahap yang lebih jauh, di samping menarik lagi minat orang ramai di luar sana untuk menontonnya.

“Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton MTTM kerana anda telah memberi kepercayaan dan sinar buat penerbit tempatan untuk terus berkarya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan dalam menghebahkan tentang filem ini kepada penonton di Malaysia.”

Raja Jastina Raja Arshad 

Filem itu dibintangi Syahmi Sazli yang juga selebriti Youtube, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff.

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya.

Konflik antara Mael, Teacher Siti dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

-mkini