"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Isnin, 11 Oktober 2021

Kompaun menanti individu belum vaksin rentas negeri tanpa lagi amaran -Polis

 

Kuala Lumpur: Polis akan mengeluarkan kompaun kepada individu belum divaksin, yang didapati melakukan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu oleh kerajaan bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan tegas itu akan diambil menerusi pemeriksaan pasukan pemantau di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Menurutnya, polis akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selain memastikan tiada individu belum menerima vaksin Covid-19 mengambil kesempatan.

"Kerajaan umum mereka yang mahu merentas negeri perlu lengkap vaksin, maka mereka perlu patuhi perkara itu.

"Polis tidak akan beri amaran lagi sebaliknya terus keluarkan kompaun kepada mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain pemantauan di kawasan R&R, Hazani berkata, polis turut melakukan pemantauan di pusat beli-belah dan tempat tumpuan awam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi yang berkuat kuasa hari ini.

Pada sidang media itu, Ismail Sabri berkata, pemeriksaan SOP tetap dilaksanakan pihak berkuasa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

-myMetro

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale berikutan aktiviti rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa hari ini. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale berikutan aktiviti rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa hari ini. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Ahad, 13 Jun 2021

Polis Siasat NGO Kutip Derma Kes Rider Pukul Pelanggan Hina Agama Islam.


PETALING JAYA - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkaitan kutipan derma bagi membiayai wang jaminan lima penghantar makanan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lima penghantar makan tersebut ditahan polis dalam insiden melibatkan sensitiviti agama di Sungai Way pada Jumaat. 

Beliau berkata, kenyataan memohon derma berkenaan dipercayai dimuat naik di halaman Facebook didakwa milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

"Kenyataan tersebut menyatakan lima penghantar makanan telah ditahan kerana mempertahankan kalimah ALLAH dan mereka perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000 seorang. 

"Menurut kenyataan itu, sumbangan boleh disalurkan ke satu laman web atau akaun bank bernombor 8604296996 yang dipercayai milik NGO berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

 Beliau berkata, polis menafikan kenyataan tersebut kerana pihaknya tidak pernah mengenakan atau meminta sebarang bayaran bagi ikat jamin terhadap Orang Kena Tangkap (OKT).

 Menurutnya, polis mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan terhadap insiden berkenaan dengan membuat kutipan derma untuk kepentingan peribadi.

 "Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

 "Polis turut menjalankan siasatan terhadap penyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook NGO berkenaan," katanya.

 Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan sebarang kenyataan dimuat naik individu atau mana-mana persatuan di media sosial dengan melibatkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak polis terlebih dahulu sebagai pencegahan awal sebelum menjadi mangsa penipuan media sosial," katanya. 

Pada jumaat, enam individu termasuk seorang pelanggan dan lima penghantar makanan ditahan berhubung pergaduhan melibatkan sensitiviti agama di Sungai Way di sini.

Sumber:lazdropviral.com

Rabu, 9 Jun 2021

Rakus: Pegawai polis didakwa rogol ibu tunggal di bilik siasatan IPD

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, Sabtu lalu.

Suspek berusia 29 tahun dikatakan melakukan perkara terkutuk itu pada jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dibawa ke bilik suspek untuk siasatan.

Sumber berkata, semasa berada dalam bilik berkenaan, suspek dikatakan membuka pakaian mangsa dan memaksa wanita itu melakukan seks oral serta melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

"Terdahulu, mangsa yang berstatus janda dan mempunyai dua anak ditangkap bersama bekas suaminya hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

"Hasil serbuan berkenaan, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ABD 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

"Suspek adalah pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, susulan tangkapan berkenaan, wanita dan bekas suaminya direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dan direman seminggu sehingga Jumaat ini.

"Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku semasa wanita itu dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik saspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.

"Semasa berada di bilik itu, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian bertindak memaksa mangsa melakukan oral seks dan persetubuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun -myMetro

Sabtu, 24 April 2021

Kantoi Bawa Isteri Bersiar-Siar Naik Helikopter Polis, Anggota Polis Diturunkan Pangkat


Bergelar isteri kepada anggota badan beruniform sememangnya banyak kelebihan, namun ada yang menyalahgunakan untuk kepentingan sendiri.

Seperti kisah tular ini, tindakan seorang anggota polis Thailand, Akkarapol Yeekoh yang membawa isterinya bersiar-siar menaiki helikopter sambil menikmati pemandangan indah membawa padah.

Mana tidaknya, isterinya yang teruja dapat menaiki helikopter polis memuat naik video di TikTok merakamkan detik romantis bersama suaminya.

Bagaimanapun, tindakan Akkarapol menggunakan helikopter milik Polis Diraja Thailand itu membawa padah apabila mendapat perhatian pihak polis.

Susulan tindakannya itu, polis daerah Udon Thani iaitu Komander Pitsanu Unhaseri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian tersebut bagi melindungi reputasi serta imej pengawai kerajaan.

Malah, Akkarapol turut menerima hukuman akibat penyalahgunaan kuasa apabila diturunkan pangkat dan memegang jawatan biasa.

-gulapop.com

Jumaat, 16 April 2021

Polis siasat penerbit dan pelakon iklan raya promosi judi dalam talian

 

KUALA LUMPUR, 16 April - Pihak polis akan memanggil penerbit dan pelakon sebuah video iklan hari raya yang mempromosikan syarikat perjudian dalam talian.

Tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah, video berdurasi dua minit satu saat yang tular di media sosial hari ini jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Jelasnya dalam satu kenyataan hari ini, PDRM menerima satu laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video itu dan pihak polis sedang giat mencari mereka yang terlibat.

Menurutnya lagi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Memecahkan Keamanan Awam) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak berkongsi mahupun menyebarkan video berkenaan bagi mengelakkan kegusaran awam.

-berita.rtm.gov.my

Rabu, 7 April 2021

Notis di balai polis isu rentas negeri bukan untuk orang awam


Satu notis yang terpampang di pintu sebuah balai polis di Cheras, Kuala Lumpur yang tular di media sosial sejak semalam sebenarnya adalah dari peringatan lisan yang diberikan kepada anggota polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengatakan bahawa dia anggota polis yang bertugas lebih berhati-hati ketika memproses permohonan perjalanan rentas negeri orang ramai.

Namun, menurutnya, salah seorang anggota di salah satu balai polis telah salah faham dan kemudian mencetak peringatan itu sebelum memaparkannya kepada umum.

“Saya memberitahu pegawai saya untuk mengingatkan mereka bahawa mereka harus memeriksa dengan teliti setiap permohonan perjalanan rentas negari, kerana kita tidak mahu kejadian seperti yang berlaku baru-baru ini berulang.

“Kerana saya tidak mahu pada akhirnya, polis dipersalahkan kerana seseorang memberikan maklumat palsu dalam permohonan mereka,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Notis itu menyatakan perintah ketua polis daerah yang mewajibkan semua pemohon untuk memperincikan aktiviti mereka semasa perjalanan rentas negari yang dirancang, dan memberikan bukti kepada polis. Polis juga tidak dibenarkan memproses permohonan yang tidak mempunyai dokumen sokongan.

Notis yang tular antara lain menyebut: “ekoran isu instafamous, celebrity dan artis yang salah guna kebenaran yang diberi PDRM.”

Walaupun tidak menyebutkan kes tertentu, difahamkan bahawa notis itu merujuk kepada insiden baru-baru ini di mana beberapa selebriti menimbulkan kontroversi susulan gambar aktiviti mereka beriadah ketika melakukan perjalanan ke negeri lain alasan bekerja.

 “Notis itu seharusnya tidak perlu ditampal di situ. Kerana itu hanya peringatan kepada polis untuk memeriksa dengan teliti, jangan biarkan orang menipu kita.

“Kerana … lihatlah kes-kes baru-baru ini, polis yang disalahkan,” katanya, tetapi tidak menyatakan kes yang dimaksudkannya.

Mokhsein juga bercakap mengenai bagaimana polis juga dalam dilema ketika mereka memproses permohonan daripada orang ramai.

“Polis selalu disalahkan. Kami dikritik jika kami tidak meluluskan permohonan. Tetapi apabila kami mengizinkan, kami juga dipersalahkan,” katanya. Mk

Isnin, 29 Mac 2021

Polis siasat majlis nikah Neelofa

 KUALA LUMPUR 27  MAC 2021. Selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi. Foto Wedlocx.co

KUALA LUMPUR 27 MAC 2021. Selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi. Foto Wedlocx.co

Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Berita berkaitan:


Khamis, 25 Mac 2021

Ada Cubaan Bunuh Dr Mahathir, Guan Eng - Polis

 

UNIT Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism (E8) menahan seorang lelaki yang mengaku mahu membunuh beberapa pemimpin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara tahun lalu, kata Azman Omar.

Penolong pengarah unit itu menjelaskan lelaki berkenaan mengaku merancang serangan secara berseorangan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Individu terbabit mahu menikam mereka dengan pisau dalam serangan secara berseorangan. Kami berjaya menghalangnya melakukan jenayah itu pada Januari 2020 beberapa bulan sebelum negara dikenakan perintah sekatan,” kata Azman pada forum yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Forum berkenaan adalah mengenai radikalisme dan ekstremisme ketika pandemik.

Azman memberitahu forum berkenaan unit E8 hanya membuat tujuh penahanan pada 2020.

“Tidak seperti tahun sebelumnya kita membuat lebih 10 serbuan dan tangkapan. Pada 2018, kami menjalankan 109 serbuan dan tangkapan. Bilangannya berbeza.

“Pada tahun 2020, selain lelaki yang mahu melancarkan serangan itu, kita turut menahan lima lelaki kerana menyokong Daesh pada Januari dan pada Ogos kita menahan seorang lelaki di Singapura dengan bantuan polis Singapura,” tambah Azman.

Azman kemudiannya memberitahu forum berkenaan bahawa situasi kini adalah terkawal.

“Golongan ini menjadi lemah semangat setelah kematian pemimpin Negara Islam Abu Bakar al Baghdadi serta kematian banyak pejuang Malaysia di Syria.”

“Suasana telah reda dan kematian Abu Bakar telah mempengaruhi banyak pihak. Kini ia menjadi punca kekalahan bagi mereka,” kata Azman.

Azman turut memaklumkan forum itu terdapat 56 rakyat Malaysia yang terkandas di Syria.

“19 lelaki, 12 wanita dan 25 kanak-kanak. Lelaki ditempatkan di kem tahanan, wanita di dua kem pelarian bersama kanak-kanak,” katanya.

Sebelum ini sumber dari unit E8 memberitahu usaha untuk membawa pulang 56 rakyat Malaysia itu menemui jalan buntu.

“Masalahnya kini adalah mereka yang mengawal kem dan penjara itu tiada hubungan dengan kerajaan Syria dan Malaysia tidak mengenali mereka. Kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kumpulan berkenaan.

“Jadi usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia menemui jalan buntu namun kami bekerjasama dengan rakan sejawat asing dan kumpulan risikan lain,” menurut sumber.

Forum itu dianjurkan oleh Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia.

Antara panel yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali, Setiausaha Agung Nahdlatul Ulama Indonesia KH Yahya Cholil Staquf dan ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El-Muhammady.


credit:Anak Sungai Derhaka

Khamis, 26 November 2020

Senoi Praaq digelar 'pembunuh senyap' oleh CIA - PGA

 


Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) kerana ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh.

Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dan rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Selasa, adalah anggota pasukan itu yang merupakan sebahagian daripada Batalion 3 PGA, berpangkalan di Bidor, Perak.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Supt Rosman Kasman memberitahu Bernama, sejarah gelaran itu bermula apabila Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’, ditugaskan ke selatan Thailand pada 1960 untuk memujuk lebih 3,000 Orang Asli yang tinggal di sana membantu dalam pemburuan pemimpin komunis Soo Ah Chye di sana.

Beliau berkata pada 1964, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Lt. Kol. R.O.D. Noone yang merupakan pengasas Senoi Praaq, bersama-sama sekumpulan anggota Senoi Praaq telah dihantar ke Pleiku, Vietnam atas permintaan pemimpin negara berkenaan ketika itu bagi melatih kumpulan masyarakat asli di sana.

Mereka diminta melatih cara-cara menentang komunis secara ‘heart and mind’ sebagaimana yang dijalankan dengan jayanya di negara ini semasa melawan komunis ketika darurat, katanya.

"Mereka bertanggungjawab membentuk pasukan Montagnard Scouts di bawah MSP (Mountain Scout Program) kendalian CIA dengan kerjasama BRIAM (British Advisory Mission).

"Di sanalah mereka mendapat gelaran 'The Silent Killer' oleh CIA dan mereka juga pernah digunakan secara rahsia dalam menjalankan misi-misi sulit di Laos," kata Rosman.

Menurutnya, setelah 11 bulan menjalankan misi-misi sulit itu, pasukan Senoi Praaq tersebut pulang ke tanah air dan di sepanjang perjalanan tersebut mereka menggempur musuh.

"Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan balik dan peristiwa itu telah disematkan dalam sebuah buku berjudul Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite," katanya.

Beliau berkata penubuhan unit elit tersebut pada Mei 1956 oleh Noone dibuat atas arahan pihak British berdasarkan keperluan untuk mengadakan satu kumpulan Orang Asli beroperasi di kawasan hutan pedalaman bagi memenangi hati Orang Asli yang dipercayai terpengaruh oleh propaganda komunis pada ketika itu.

Beliau berkata selain itu, pada 1957, British Army 22 Special Air Service Regiment (SAS) telah memberi pengiktirafan kepada pasukan Senoi Praaq dengan pemakaian 'Beret Merah' atas kejayaan cemerlang unit tersebut dalam setiap operasi membanteras komunis.

Menurutnya, sejak penubuhan unit Senoi Praaq itu, pelbagai kejayaan dilakar dan mereka banyak terlibat dalam pelbagai operasi, antaranya Op Bamboo yang merupakan operasi tertua dilaksanakan oleh pasukan keselamatan negara yang dilancarkan pada Oktober 1959 di Perak dan berakhir pada 2 Dis 1989 susulan pemeteraian perjanjian damai.

"Seperti mana yang kita ketahui, penugasan Op Bamboo bertujuan mengekang pergerakan dan memusnahkan ancaman musuh nombor satu negara ketika itu iaitu komunis. Di sinilah kepakaran Senoi Praaq diperlukan bagi membantu menjejaki komunis-komunis di dalam hutan tebal," katanya.

Sungguhpun ancaman komunis telah berakhir, khidmat Senoi Praaq sentiasa diperlukan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air di sempadan negara selain menyertai misi mencari dan menyelamat orang hilang di hutan.

"Antaranya, pasukan Senoi Praaq ini terlibat dalam misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin yang hilang di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas, selain digunakan bagi mengesan pemburu haram yang merosakkan flora dan fauna pada Oktober tahun lepas," katanya.

- Bernama