"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengkhianatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengkhianatan. Papar semua catatan

Rabu, 5 Februari 2025

Pengkhianatan Yang Membawa Kepada Kematian Rakan Sepasukan

 BETAPA PENTINGNYA KERAHSIAAN

TRAITOR IN OUR MIDST - Pengkhianatan Yang Membawa Kepada Kematian Rakan Sepasukan

Kisah benar berdasarkan transkrip mahkamah rayuan mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan.

Pengkhianatan Hassan Bin Hj Ali Basari 

Jika kita rasa kejadian pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu teruk, memalukan dan menimbulkan kemarahan. Kamu mungkin belum tahu kisah ini. 

Hassan bukan sembarangan orang. Beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat  Korporal yang bertugas untuk Cawangan Khas (SB) PDRM di Lahad Datu, Sabah sejak tahun 1990. Tanggungjawab beliau ialah mengumpulkan maklumat perisikan keatas Kesultanan Sulu dan ancaman yang mungkin datang dari mereka. Beliau bertanggungjawab melaporkan kepada Head of the Special Branch (SB), Lahad Datu apa sahaja maklumat mengenai ancaman dan aktiviti Kesultanan Sulu yang berpotensi mengancam keamanan Sabah.  

Hassan di pilih kerana kefasihan beliau dalam bahasa Suluk dan Bajau dan juga beliau memiliki hubungan rapat dengan komuniti Sulu di Lahad Datu. 

Maklumat awal serangan dan pencerobohan yang di sembunyikan oleh Hassan. 

Seperti yang kita semua tahu insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku pada 11 Februari 2013 namun Hassan sebenarnya menerima maklumat ancaman seawal Januari 2013, beliau telah bertemu dengan seorang informer atau pemberi maklumat di sebuah kedai ais krim di Lahad Datu. Maklumat tersebut sangat penting dan signifikan kerana Informer tersebut telah melaporkan seramai, 1,500 orang yang setia dengan Datu Esmail Kiram telah berkumpul di Pulau Simunul berdekatan Bungao, Filipina. Dan kumpulan ini bersenjata dan berniat untuk menawan Sabah.  Hassan mencatatkan maklumat ini diatas kertas.

Pemberi maklumat tersebut mendapat informasi mengenai ancaman tersebut ketika menjual ikan di  Bungao Filipina di mana beliau bertemu dengan sekumpulan lelaki beruniform  ala tentera dengan patch bertulis “Royal Sulu Force” pada uniform mereka. Kumpulan lelaki ini ingin menumpang bot si pemberi maklumat tersebut kerana sangkakan beliau mahu ke Pulau Simunul. Ketika itulah pemberi maklumat tersebut mendengar perbualan mereka dimana mereka berkata:

(i) 1,500 orang telah berkumpul di Pulau Simunul; dan

(ii) mereka merancang untuk menceroboh dan claim Sabah.

Maklumat yang amat penting ini langsung tidak di sampaikan kepada SB.  Malah tiga hari kemudian pemberi maklumat tersebut telah berhubung sekali lagi dengan Hassan dan kini dengan maklumat bahawa empat  ‘pintel’ (bot kecil) telah pun tiba di Bangkuran, Lahad Datu. Maklumat yang penting ini juga telah di senyapkan oleh Hassan.

Kemudian pada 2 Mac 2013 sekali lagi maklumat penting di sampaikan iaitu   400 lagi lelaki bersenjata bersiap sedia memasuki Sabah sebagai backup forces bagi membantu Royal Sulu Forces yang telah pun memasuki Kampung Tanduo. Pasukan tambahan ini ialah dari Mindanao National Liberation Front (MNLF) dan tentera kepada Sultan of Sulu forces. Sekali lagi maklumat ini tidak dilaporkan.

Niat sebenar Hassan terdedah

Akhirnya niat Hassan sebagai pengkhianat terdedah dalam satu pintasan komunikasi telefon oleh pihak SB keatas Datu Amir Bahar dan Raja Muda Agbimudin, yang mana keduanya merupakan protagonis utama dalam pencerobohan di  Lahad Datu. Pintasan ini berlaku pada 25 Februari 2013, di mana kedua2 nya berbincang mengenai Hassan yang telah menyampaikan maklumat pergerakan pasukan keselamatan kepada Kiram.  

Pintasan Komunikasi telefon antara  Datu Amir Bahar and Raja Muda Agbimudin

"Pada 25 Februari 2013 jam 22.31 Datuk Amir Bahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota Polis yang mana pihak berkuasa Malaysia akan masuk jam 12.00 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia. Datu Amir Bahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik beradik dan mereka juga merupakan ahli ‘keluarga kita’. Raja maklum dan beritahu mereka telah bersedia"

Rakaman pintasan telefon ini merupakan bukti kukuh dimana Hassan memang berniat jahat dan terlibat secara langsung dengan pencerobohan Lahad Datu, dia merupakan pengkhianat dan musuh dalam selimut yang sengaja meletakkan rakan sepasukan dalam bahaya dengan membocorkan maklumat pergerakan Vat69 yang dipercayai membawa kepada pertempuran antara VAT69 dan pengganas Kiram pada 1 Mac 2013 yang mengorbankan Korporal Sabaruddin bin Daud dan Inspektor Zulkifli bin Mamat .

Pegawai dan anggota polis dan tentera 🇲🇾 yang terkorban semasa ops daulat takkan rakyat Malaysia lupakan sampai bila2, Al-fatihah kepada pahlawan negara... Gambar anggota tentera dan polis ASP Zulkifli Bin Mamat, Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas Bukit Aman) Asisten Supritendan Michael Padel, 36 (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Sabaruddin Bin Daud, Sarjan Baharin Hamid, 49, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah). Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, 42, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau) Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, (Pasukan Gerakan Am PGA), Allahyarham koperal Ahmad hurairah ismail dari batalion ke 7 askar melayu diraja berpangkalan di tawau dan seorang lagi anggota tentera Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dari Batalion Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja yang terkorban akibat kemalangan semasa menghantar makan untuk anggota semasa ops daulat..

Kredit : Ari Rahmat Rosman

#Lovers Of the World Military & Defence 

@everyone

Ahad, 7 November 2021

Pengkhianatan boleh mengancam keselamatan negara

 

GAMBAR HIASAN

Insaflah pengkhianat

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram
MOHD. YUNUS YAKKUB,
WAKIL KOSMO! SELANGOR

TALI barut atau pengkhianat satu terminologi yang wujud sejak dulu lagi sehingga menyebabkan pemerintahan menjadi kucar-kacir lalu musnah.

Rata-rata pengkhianat ini mengejar kemewahan, pangkat atau kemasyhuran menjadikan jiwa mereka hitam tanpa me­nyedari nikmat dunia hanya sementara.

Mengikut sejarah peradaban, pasti ada seorang yang menjadi barua seperti tragedi Tanduo di Lahad Datu, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), dadah dan judi.

Pelakunya bukan sahaja dalam kalangan penjawat awam, malah orang awam sendiri.

Adakah kita mahu anak-anak membesar dengan ‘potret’ daripada keturunan pengkhianat? Jadi, muhasabah diri kepada mereka yang tergerak hati untuk melakukannya atau kekal menjadi antara ‘dilaknat’ oleh masyarakat sekeliling.

Kosmo! baru-baru ini me­laporkan mengenai beberapa kes termasuk melibatkan dua kakitangan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi tali barut sindiket penyeludupan dan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menyeludup PATI.

Malah, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang pegawai imigresen yang mengkhianati negara ketika menjalankan tugas dengan membenarkan pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini setelah didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM1,800.

“Saya sangat kecewa sebab kamu frontliner menjaga pintu masuk Malaysia dan kamu mengkhianati negara kita. Ini merupakan kesalahan yang sangat serius kerana melibatkan isu keselamatan negara,” ujar beliau.

Mereka yang diibaratkan sebagai duri dalam daging ini bagi pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd. Rahim berpunca daripada sikap tamak apabila mendapatkan imbuhan daripada sindiket.

Menurut beliau, taring pengkhianat ini tidak akan dapat menyelesaikan permasalahan walaupun negara mempunyai sistem dan teknologi yang canggih.

“Undang-undang sedia ada sudah cukup ketat dan hukuman juga berat, namun pengkhianat ini sentiasa mencari kelompo­ngan dan ruang yang ada untuk menjalankan aktiviti haram mereka.

“Mana-mana individu atau negara sekalipun tidak mahu musuh dalam selimut dan ‘p­epe­rangan’ untuk menangkap serta membanteras pengkhianat harus dipertingkatkan lagi khususnya dalam agensi penguatkuasaan,” kata beliau.

Shahul Hamid memberitahu, aktiviti pemutihan sepatutnya dilakukan menyeluruh melibatkan semua sektor termasuk dalam perikanan yang berkait dengan tali barut bagi kegiatan kemasukan PATI.

“Apabila semua sektor dilibatkan (pemutihan), maka tiada ketirisan dan kumpulan yang mahu ambil kesempatan. Banyak kali buruan PATI dan program berkaitan dilakukan, tetapi tidak selesai juga.

“Malah selepas pandemik Covid-19 ini, saya fikir tiada laporan data tepat mengenai warga asing di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula menegaskan, golongan pengkhianat tersebut merupakan ciri-ciri orang munafik kerana apabila diberikan tugas atau kepercayaan, mereka khianati.

Jelas beliau, sifat itu amat dilarang dalam Islam.

“Apabila dipanggil munafik mereka marah, tak boleh terima teguran sebab budaya menegur dengan perkataan itu amat keras. Bila berlembut mereka akan me­lakukan apa sahaja.

“Sikap munafik ini sekiranya tidak ditangani atau ditegur mereka akan beranggapan tidak bersalah sekiranya melakukan sesuatu yang ditegah kerana sudah menjadi budaya,” katanya. -K! ONLINE