"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan

Khamis, 25 Februari 2021

Rupanya ada lagi 'jebon' dalam Pas, kata Mahfuz


Datuk Mahfuz Omar 

POKOK SENA - "Dulu depa kata kami 'jebon', saya ingat 'jebon' dah mati habis dah. Rupanya ada lagi dalam Pas, saya terkejut juga apabila ada lagi 'jebon' yang mahu menjatuhkan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar. 

 Menurutnya, parti itu perlu menjelaskan situasi tersebut sama ada terdapat kumpulan yang anti kepada Abdul Hadi wujud ataupun sebaliknya.

 "Tetapi penafian-penafian daripada Pas itu adalah perkara biasa. Dulu mereka nafi ada hubungan dengan UMNO walaupun sebenarnya memang ada. 

 "Saya dengar dari kawan-kawan lama dalam Pas, mereka akui gelisah dengan perkembangan dan pergeseran yang sedang berlaku ini," katanya pada sidang akhbar selepas penyampaian sumbangan kembali ke sekolah oleh Pasaraya Econsave Pokok Sena pada Khamis. 

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pergeseran yang kononnya kini sedang berlaku dalam kepimpinan Pas. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pergeseran yang berlaku dalam parti tersebut sudah lama dan menjadi antara faktor beliau dan pemimpin lain keluar daripada Pas kerana hala tujunya telah menyimpang. 

 Sinar Harian melaporkan Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Rabu menganggap bahawa dua kumpulan dikenali sebagai 'Geng Publika' dan 'Geng Ustaz' dalam parti itu tidak wujud. 

 Malah Ahli Parlimen Bachok itu juga enggan mengulas lanjut dakwaan yang mengaitkan beliau menjadi antara empat ahli ‘Geng Ustaz’ kononnya memihak kepada UMNO dan dikatakan cuba menukar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

 Tular di satu kumpulan WhatsApp politik beberapa hari lalu mengaitkan Pas berdepan perpecahan dalaman parti susulan kewujudan 'Geng Publika' yang dikatakan pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 'Geng Ustaz' yang didakwa memihak kepada UMNO serta dikatakan cuba menukar Abdul Hadi. -SH Online

Khamis, 24 Disember 2020

Salahuddin Ayub Buka Pekong Pakatan Harapan

 


Selama ini Pakatan Harapan, khususnya DAP, sangat kuat mengutuk tindakan mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti lain dan tindakan Ahli-Ahli Parlimen melompat parti ke parti-parti lain sehingga ke tahap mahu akta anti lompat parti digubal bagi menghalangnya.

Menariknya, malam tadi, Timbalan Presiden AMANAH merangkap Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Salahuddin Ayub, tiga kali mengakui secara terbuka mengenai keaktifan Pakatan Harapan berusaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti lain.

Kali pertama disebut adalah mengenai “usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan daripada sebelah sana beberapa kerusi lagi” yang didedah merupakan “keputusan yang kita telah capai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan”.

Kali kedua disebut adalah mengenai “as a leader di dalam Pakatan Harapan kita mesti menggamit mereka” walaupun dikatakan bahawa “hari ini mungkin tak suka, hari ini mungkin mereka tidak berapa gembira, hari ini mungkin mereka ada masalah dengan kita”.

Paling menarik ialah pengakuan “untuk belah sana datang kepada kita, walaupun telah diusahakan, tak dapat lagi, sehingga ke akhir Hari Selasa tak boleh lagi, nak mintak mereka tak datang ke Parlimen pun tak boleh lagi, maknanya usaha dah dibuat tapi tak berjaya lagi.”

Jelas di sini Pakatan Harapan telah berusaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan, cuma ia “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi”.

Perlu diingat, ungkapan “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi” menggambarkan bahawa usaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen adalah sesuatu yang berterusan.

Tidak menghairankan jika usaha Pakatan Harapan mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha Pakatan Harapan meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen akan dilipatgandakan lagi hingga “dapat” dan “berjaya”.

Shame on you, Pakatan Harapan, kerana mengecam tindakan Ahli-Ahli Parlimen BERSATU dan PKR berpindah menubuhkan kerajaan baru sedangkan ia dibuat secara sukarela tetapi kamu pada masa yang sama aktif mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan!

Kamarul Yusoff

-mindarakyat

Selasa, 22 Disember 2020

Surat Terbuka Kepada Mat Sabu Dan Kepimpinan Amanah

 


Kepada Ayahnda Abg Mat, Kepimpinan AMANAH serta rakan2 dan Sahabat².

Assalamualaikum Warohmatullah Hiwabarokatuh

Saya Aqila Umairah Binti Khan sebagai ahli Amanah dan sayap AWAN dalam parti Amanah terpanggil ingin membuat sesikit teguran/pandangan/cadangan kepada kepimpinan.

Aqila jarang membuat teguran secara terbuka malah lebih kepada Silent Reader atau CCTV dalam melihat kemelut politik muktahir ini kerana sebagai ahli parti yang akur keputusan parti sebelum menjadi kerajaan, selepas menjadi kerajaan dan kembali menjadi pembangkang kami tetap setia dengan mulia wadah ini.

Saya antara yang terawal menyertai AMANAH dan sebelumya PASMA kerana mahu melihat dinamika politik negara yang lebih inklusif, prograsif mengikut neraca Politik Siyasah sebenar menuntut agar politik jummud dan extrime perlu di ketepikan.

Ramai yang menyertai AMANAH kerana dipimpin oleh pemimpin2 Senior walaupun parti baru setahun jagung. Kepimpinan selalu mengigatkan supaya kita mengikis sifat jummud dan wala mengkhinzir buta.

Atas ijtihad politik yang lebih inklusif memilih supaya sifatnya berbeza berbanding parti sejarah (malas nak ulas bab parti sejarah)

Jika di selusuri sejarah awal penubuhan, ketika bergelar pembangkang kita TEGUH bersama membuat keputusan, apa juga perancangan di bincangkan daripada bawah sehingga ke peringkat tertinggi parti.

Tidak kurang juga pandangan² Ulama seperti Ust Ahmad Awang dan Ust Ghani sebagai rujukan.

Malah kenyataan RASMI parti hanya di keluarkan oleh SU Parti Pakngah Anwar Tahir. Tetapi Sekarang 360⁰ berubah .

Sekarang amat² berbeza. Banyak keputusan, kenyatan media, kenyataan parti tidak melalui saluran, ada yang keluar drpd presiden parti tanpa membuat perbincangan dengan Majlis Tertinggi Parti,

Tidak melalui lagi SUA parti, malah yang menyedihkan kami, parti kini langsung tidak merujuk kepada Ulama yg ada dlm parti.

Apa fungsi mereka sekarang bagi parti?seolah² mereka terus di pinggirkan begitu sahaja. tidak kira lagi kejadian memalukan parti dalam pengundian menolak bajet kerajaan tebuk atap? ada yg bangun ada yg duduk.

Perancangan pincang dan tidak sistematik mengambarkan sistem penyampaian parti hancur.

Teguran Dato Husam juga tidak di ambil serius dan diambil kira. Presiden kebanyakkannya membuat keputusan hanya berbincaang dgn SUA DAP tetapi tidak dengan parti

Sehinggakan beliau merajuk dan meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti. Apa guna parti mempunyai MT tetapi lebih banyak berbincang dengan parti lain dalam membuat keputusan parti?

Yang terbaru kenyataan bersama presiden parti dan SUA DAP saudara Lim Guang Eng. Media dahulunya mesra Pakatan kini dilihat mula memetik berita dengan tajuk mengelirukan dan merugikan parti.

Malah boleh mengguris perasaan sahabat kita yang dahulunya bersama² berjuang menentang Kleptokrasi kuno sehingga terpenjara dan di inaya berulang kali. tidak salah hendak membuat keputusan tetapi berbincanglah dengan parti.

Jangan menambah dan membuatkan ahli menjadi keliru dengan setiap keputusan parti melalui hanya melalui kenyataan prasiden parti. Kami ahli di ajar jangan wala membuta tuli dalam sebarang hal.

Sikap Pemimpin juga di lihat tidak mengindahkan percakaran antara CT Amanah dan CT sahabat² lain. Tiada Arahan supaya ia di hentikan malah di lihat seolah² merelakan percakaran ini berterusan.

Masing² menghala senjata ke arah sesama sendiri dengan laras bahasa yang dilihat bukan bahasa yang baik² lagi. Maki hamun dan mengelar sesama rakan sekutu sudah melampaui semangat persahabatan sehingga saya lihat benarkah mereka sahabat atau seteru?

Pemimpin harus TEGAS mengawal ahli jika di biarkan berterusan kita bakal mencipta musuh dalam pakatan bukan menambah kawan. kini siapakah musuh kita sebenarnya? ahli pun dah keliru.

Saya menyeru kawan2 dan kepimpinan kembali muhasabah, kembali melihat bagaimana susah payah kita membina parti ini, mengikat persahabatan, memupuk persefahaman, meperkukuhkan Pakatan Harapan sepertimana semangat kita mula2 bina dahulu.

Usah di cari jurang perbezaan kerana perbezaan tetap akan wujud. jika kita cari titik persamaan, jurang yang luas kita boleh rapatkan. Bulatkan tekad, Kuatkan kesatuan. kita bakal berdepan cabaran PRU 15. jika iktibar ini tidak di peduli jangan gundah, kita kekal sebagai pembangkang lagi dan jgn bermimpi nak tawan putrajaya.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Wallahuaklam

Aqila Umairah Khan.

-detikdailyonline

Khamis, 27 Ogos 2020

PRK Slim - Parti Amanah Yakin Veteran PAS Sokong Calon PEJUANG.Yakinnya Kamu


Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar mendakwa kononnya penyokong veteran PAS di DUN itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan kerjasama parti itu dengan Umno.

Mahfuz berkata, penyokong PAS yang berusia lebih 50 tahun mudah dikelirukan dengan maklumat dendam dengan UMNO dan mereka akan menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

"Ini kali keempat saya datang (ke Slim). Secara umumnya, penyokong PAS generasi berusia 50 tahun mudah dikelirukan  dan nampak akan beri sokongan jelas kepada Amir. Ini akan dilihat semasa pengundian nanti.

"Saya pun terkejut, ada yang sudah lama dengan PAS tiba-tiba datang untuk ingatkan saya tentang peristiwa lama (perseteruan dengan Umno) dan menyatakan komitmen untuk beri undi (kepada Amir).

"Walaupun tak isytihar keluar PAS, mereka tak gembira dengan PAS kini bersama Umno dan sokong kleptokrat," katanya ketika sidang media di Slim, hari ini.

Amir yang disokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan berdepan dengan calon BN Mohd Zaidi Aziz. Seorang lagi calon ialah bekas guru, S Santharasekaran yang bertanding atas tiket bebas.

PRK Slim diadakan selepas penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia bulan lalu. Allahyarham menjadi Adun di situ selama empat penggal.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula menggesa penyokong PAS untuk mengingat kembali insiden kerajaan negeri Pakatan Rakyat ditumbangkan pada 2009, hanya setelah 11 bulan mentadbir negeri, ekoran beberapa Adun yang melompat parti.

"Ramai ahli PAS yang tak selesa dengan hala tuju PAS sekarang. Apa yang berlaku di Perak (pada 2009) dikutuk oleh Almarhum Nik Aziz dulu.

"Atas semangat hormat kepada Nik Aziz, kita menyeru PAS kembali kepada pendirian dan dasar politik berakhlak, bermaruah dan menolak calon BN," katanya.

PRK uji ahli PAS, Umno

Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula, PRK kali ini akan menjadi medan ujian untuk penyokong PAS dan Umno.

"Berdasarkan pengalaman kami...telah lama dengan PAS. Fitrah penyokong PAS ini tak boleh sokong Umno, begitu juga (penyokong) Umno tak boleh sokong PAS.

"Pasti ada penyokong PAS yang tak menyokong calon Umno," katanya lagi.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata jentera parti itu akan berusaha agar penyokong PAS tidak akan keluar mengundi Mohd Zaidi.

"Ini kita telah lakukan dengan beberapa cara dan kita dapati banyak kesan positif. Kita akan beri laluan mudah (kepada BN)," katanya lagi.

Dulu ada kuasa, Dah ada kewangan banyak (3 SU Sulit dikesan curi duit), kononnya ada profesional tapi masih harap ahli-ahli PAS untuk dikencing. Mana ahli yang dikatakan 10,000 orang setiap bulan?

-Minda Rakyat