"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kementerian Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kementerian Pendidikan. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Julai 2021

Sekolah dibuka semula berperingkat mulai 1 September nanti

 Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021. FOTO Aswadi Alias.

Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021. FOTO Aswadi Alias.

Kuala Lumpur: Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

"KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan," menurut kenyataan itu.

Sehingga 16 Julai lalu, 253,366 guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 kakitangan sokongan (46.33 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

"KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka," kata KPM.

-myMetro

Khamis, 10 Jun 2021

Semak Keputusan SPM 2020 Online atau SMS Mulai 10 Jun 2021

 Seperti yang telah diumumkan, harini Khamis 10 Jun 2021 SPM 2020 result release date. SPM 2020 result yang dinantikan oleh calon calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditangguhkan sebelum ni disebabkan COVID-19.

Calon-calon terpaksa menduduki Peperiksaan SPM 2020 pada 22  Feebruari 2021 yang lepas. Dalam satu kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan spm 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) atau melalui SMS.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. SPM akan diambil oleh pelajar Tingkatan 5 yang berumur 17 tahun. Ia juga merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

Objektif utama SPM adalah sebagai syarat untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM (Tingkatan 6), Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Ianya berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang dicapai mengikut kesesuaian dengan kursus yang dipilih.

Semakan keputusan spm 2020 

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2020 online boleh dibuat pada 10 Jun 2021 pada jam 10:00 pagi.


Cara Semak Keputusan SPM 2020 Online atau SMS

2 Cara semak keputusan spm 2020

1. Semak keputusan spm 2020 Online

Klik link https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran.
Klik ‘Semak.’

2. Semak keputusan spm 2020 melalui SMS

Taip SPM <jarak> no kad pengenalan <jarak> angka giliran
Hantar ke 68886.

Perkhidmatan SMS mula diaktifkan bermula jam 10:00 pagi 10 Jun 2021 sehingga jam 6:00 petang 17 Jun 2021.

Setiap SMS akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan SMS.

Sebarang masalah mengenai keputusan SPM ini boleh dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787.

Tahniah buat calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Yang kurang bernasib baik, it's okay teruskan usaha. Gagal SPM atau keputusan tak bagus tak semestinya tak berjaya dimasa depan. Teruskan usaha. Orang yang berusaha pasti ada ganjarannya. 


credit: azhafizah.com

Rabu, 21 April 2021

TERKINI COVID19:KKM kesan 83 kluster libatkan sektor Pendidikan

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 83 kluster Covid-19 dengan jumlah 4,868 kes melibatkan sektor Pendidikan telah dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) bermula dari 1 Januari hingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 59.04 peratus atau 49 kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif manakala 40.96 peratus atau 34 kluster dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.

“Daripada jumlah kluster berkenaan, sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub-kategori Sekolah atau Institusi Kementerian Pendidikan (KPM).

“Selain itu, terdapat 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Tinggi manakala 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adham berkata, keperluan penutupan sementara kelas atau premis akan dipertimbangkan hasil penilaian risiko oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Menurutnya, penutupan sementara itu bertujuan untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga sektor pendidikan termasuk pelajar, guru, pekerja yang bertugas dan selanjutnya kepada komuniti.

“Apabila pihak KKM, sama ada PKD atau Jabatan Kesihatan Negeri menerima laporan atau notifikasi kejadian kes positif Covid-19 atau kluster Covid-19, pasukan kesihatan daripada PKD akan digerakkan untuk menjalankan siasatan, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta penilaian risiko.

“PKD akan menasihatkan pihak pengurusan pendidikan agar pembersihan dan disinfeksi juga dijalankan,” katanya.

Katanya, KKM sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dalam sektor pendidikan dalam pencegahan, kawalan dan menangani penularan jangkitan. -K! ONLINE

Ahad, 8 November 2020

KPM: Semua peperiksaan utama ditunda ke tahun depan

 

Tarikh peperiksaan utama di bawah KPM dipinda susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat hampir di semua negeri.

PETALING JAYA: Semua peperiksaan utama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditunda tahun hadapan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas semua sekolah di bawah kementerian berkenaan ditutup sehingga akhir persekolahan tahun ini susulan pelaksanaaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negara, melainkan Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak.

“Tentunya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 tertanya-tanya sama ada perkembangan situasi ketika ini memberi kesan kepada mereka.

“Mengambil kira situasi semasa, KPM membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan berkaitan.

“Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021, manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

“Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.-FMT