"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ultra Kiasu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ultra Kiasu. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mac 2024

Amaran kepada Ultra Kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina

Oleh: 

_Tee Chuan Seng_

(Ridhuan Tee)

__________________

Jika kamu tidak tahu apa-apa tentang Islam lebih baik kamu DIAM.

Jika kamu mungkin tahu tentang Islam, lebih baik kamu juga DIAM.

Jika kamu ragu-ragu tentang Islam, lebih baik kamu bertanya atau terus DIAM. Jika kamu sengaja menguji kami (test market), kamu sedang cari nahas.

Ini amaran aku terhadap kamu. Bukan sahaja aku, tetapi mungkin juga aku turut mewakili orang Islam yang lain, kerana aku tahu sensitiviti mereka. Jika aku tidak Islam sekalipun, aku sebagai warga Malaysia, akan cuba memahami mereka, kerana aku tahu, asal-usul aku adalah pendatang. Aku bukan penduduk asal atau peribumi, di bumi bertuah ini. Aku sedar siapa diri aku. 

Kami, orang Islam, termasuk saya, Cina Islam, tidak pernah sama sekali campurtangan dalam perkara berkaitan dengan ajaran (agama) kamu, walaupun ajaran kamu itu sangat tidak logik. Tetapi kami diajar dalam Islam, kami diberikan amaran dalam al-Quran supaya sentiasa menghormati ajaran atau agama orang lain.

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari ALLAH, kerana mereka kelak, akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan (Surah Al-An’am Ayat 108)

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata:

“Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada ALLAH dalam keadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran ALLAH S.W.T.

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w;

“Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka ALLAH menurunkan laranganNya ini.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327):

“Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada ALLAH dan Rasulnya”.

Inilah ajaran agama kami, kami dengar dan kami sentiasa patuh. Inilah kami, umat Islam. Sebab itu kamu tidak pernah dengar (jarang sama sekali) orang Islam negara ini, malah seluruh dunia menghina agama kamu, bukan Islam. Malah, patung-patung kamu yang sangat menyakitkan mata, menghalang kemudahan awam, terletak di tanah awam, membahayakan pengguna jalan raya, tetap tidak dirobohkan, kerana kami diajar menghormati kamu. Kadangkala, patung-patung kamu yang selerak, tidak ada penyembahnya, pun tidak diganggu, dibiarkan, tidak dirobohkan. Atas dasar menghormati kamu.  

Kenapa kamu, orang bukan Islam, ultra kiasu, tidak pernah sedar diri. Siapa kamu? Asal usul, dari mana datang kamu? Siapa yang mengutip kamu dan membenarkan kamu tinggal di bumi bertuah ini? Kamu telah lupa sejarah ini. 

Kenapa kamu begitu kurang ajar, campurtangan atau bercakap dan menghina agama kami. Apakah kamu tidak tahu atau takut dengan akibatnya.

Upacara penyembahan patung dan upacara kematian kamu, sangat tidak masuk akal, jika saya mahu bercakap dan menghina, berdasarkan pengalaman, pernah menjadi bukan Islam, memang akan porak-peranda jadinya, tetapi kami tetap diam, kerana kami diajar supaya tidak kurang ajar. 

Paling tidak masuk akal, dalam ajaran dam sembahan kamu, ada yang sanggup sembah Tuhan dan nenek moyang, minta kena nombor ekor. Menjamu sembahyang dan nenek moyang (mati) makanan dan buah-buahan plastik. Ini belum lagi upacara kematian dan sembahan kuburan. Bukan sahaja tidak logik, malah langsung tidak masuk akal sehingga merendahkan martabat kita sebagai manusia. 

Sangat kelakar dan sangat tidak logik, tetapi kami tetap diam, kerana al-Quran ajar kami menghormati orang lain (ajaran/agama kamu). Saya tidak mahu cakap perkara itu kerana Islam melarang merendah-rendahkan agama (sembahan) agama lain.

Kenapa kamu masih tidak sedar diri, sedangkan kamu sendiri sedar, bahawa kamu semua, termasuk saya, adalah pendatang di bumi bertuah ini. 

Orang Islam (Melayu) tatang kamu, jaga kamu, sehingga kamu menjadi kaya raya dan dapat hidup senang lenang, mewah, malah lebih hebat dari Melayu dan bumiputera itu sendiri di bumi mereka sendiri, tetapi kamu tidak bersyukur dan belajar untuk menghormati.. saya tidak pernah jumpa manusia seperti kamu di dunia ini, kecuali di sini.

Saya warga Malaysia yang cintakan keamanan dan cintakan kamu, meskipun kamu bukan Islam, saya merayu, terutama kepada ultra kiasu (DAP), kamu jangan saban hari menjadi semakin kurang ajar, menghina kami, umat Islam. 

Ini belum termasuk lagi, banyak isu lain berkaitan Islam yang kamu bangkitkan dan hina. Contoh, kamu mahu menjadi panel penasihat syariah Islam di negara ini, meskipun kamu tahu itu amat mustahil, sehingga akhirnya kamu terpaksa memohon maaf, kerana keceluparan itu. Itupun setelah Sultan Selangor, keluarkan kenyataan. Jika tidak kamu terus menjadi kurang ajar dan bangsat.

Saya tidak kata semua Cina seperti kamu. Ramai lagi Cina yang baik-baik, tidak ultra kiasu, seperti Porf Teo Kok Siong, Apek Cina, kawan dan jiran saya dan lain-lain. Mereka ini semua baik. 

Akhirnya sekali lagi, jika kamu ultra kiasu, idamkan kehidupan yang aman harmoni dan mahu membina kekayaan d bumi Melayu ini, jangan guris hati-hati Melayu dan Bumiputera.

Saya merayu bukan Islam (terutama orang Cina) jangan campurtangan dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Begitu juga dalam mengulas isu seperti ‘haram’ menyimpan anak patung seperti teddy bear.

Sekian, dari anak Cina, yang telah memeluk Islam. Saya masih tetap Cina, bezanya, cuma, kita berlainan ajaran (agama), meskipun sebangsa. Aku Islam, kamu bukan Islam, walaupun kita sebangsa, tetapi tidak seagama. 

Agama dalam kehidupan aku jauh lebih penting dan lebih besar daripada bangsaku. Aku rela kehilangan bangsa daripada agama. Hidup mati aku bersama agama, bukan bangsa. 

Justeru, jangan sama sekali kamu kutuk dan hina agama aku, kerana itulah hidup dan mati aku, walaupun terpaksa menentang bangsaku sendiri. Ingatlah, agamaku mengajarku, bila kepentingan agama, bertembung dengan kepentingan bangsa, maka kepentingan agama mesti didahulukan walaupun nyawa galang gantinya, meskipun mungkin suatu hari ini aku tidak diiktiraf oleh bangsaku sendiri. Aku redha, kerana itulah aku, dari dulu, kini dan selamanya.

Ikhlas dariku, Ridhuan Tee @ Tee Chuan Seng

Isnin, 9 Mei 2022

Duri dalam daging, Ridhuan Tee gesa kerajaan bersihkan lantikan PH dulu

 

Jangan beri muka pada ultra kiasu walau 'pakar' perundangan

BANGI, 8 Syawal 1443H, Isnin – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengesyorkan supaya kerajaan segera membersihkan semua lantikan perkhidmatan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah dahulu.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pemerhati politik itu berkata, mereka ini sangat bahaya dan menjadi duri dalam daging.

“Sejak dahulu lagi, apabila majlis diterajui ultra kiasu, mereka sangat bias dalam tindakan,” katanya.

Pada masa sama, beliau tertanya-tanya berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan cuba mencampuri urusan kehakiman negara ini.

Prof Ridhuan Tee secara sinis berkata, berbanding ketika PH memerintah, pengurusan tertinggi perkhidmatan awam ditukar, ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatan mereka, termasuk kehakiman dan perundangan.

“PH memasukkan orang-orang mereka.

“Paling ketara dan kelakar, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar. Sanggup mengambil orang luar yang bukan dalam kalangan perkhidmatan awam.

“Sebab itu, kita lihat banyak perkara pelik berlaku. Paling kelakar, pakai lencana dan pakaian SPRM pun tidak tahu, sehingga menjadi bahan ketawa,” katanya.

Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan tidak memberi muka kepada ultra kiasu, meskipun mereka mahir dalam selok belok undang-undang.

“Kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang meskipun mereka ini ‘pakar’ perundangan.

“Peguam ultra kiasu ini sangat licik, jika isu menyebelahi mereka, mereka akan didiamkan. Jika tidak, heboh satu dunia. Strategi lapok ini telah mereka pakai sejak dahulu. Sebab itu, sukar untuk peguam muslim tembusi menerajui badan ini,” katanya.

Pautan berkaitan;

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.-Wak Labu Farm

Isnin, 9 November 2020

“Sikit-sikit sekolah vernacular,” Prof Ridhuan Tee berang dengan dasar ultra kiasu

 


Belanjawan yang memahami keutamaan, barulah win…. Ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular?

Apabila kerajaan tidak sebut nama sekolah vernakular dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) secara spesifik dalam Belanjawan 2021, maka melompatlah ultra kiasu, seperti katak kepanasan. Dakwanya, ultra kiasu sekolah vernakular dipinggir.

Selepas ini NGO ultra kiasu pasti akan desak kerajaan pimpinan PN. Adakah kerajaan akan tunduk?

Sejak bila sekolah vernakular dipinggirkan kerajaan? Apa hak Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mendapat peruntukan belanjawan kerajaan?

SMPC hanya melahirkan lebih ramai ultra kiasu berkiblatkan Taiwan (China).

Saya tidak mahu sentuh soal sekolah vernakular seperti SJKC/T, kerana sekolah ini memang sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya sama seperti sekolah aliran kebangsaan. Peruntukan memang ada seperti biasa, cuma tidak ada peruntukan tambahan mungkin.

Justeru, apa masalahnya? Dasar ultra kiasu, tidak pernah puas, asyik nak lebih?

SKJC sudah mempunyai kemudahan seperti sekolah berasrama penuh, nak bagi belanjawan tambahan apa lagi? Lagipun kewujudan sekolah ini tidak berperlembagaan. Semakin dibantu, semakin ultra kiasu mereka. Semakin mereka tidak mengundi PN. Percayalah.

Kenapa perlu bantu SMPC? Saban tahun sekolah ini terus membesar, dengan bangunan tambahan baharu dengan kelengkapan serba canggih. Jika tidak percaya, pergi tengok sendiri 60 SMPC seluruh negara, sudah menjadi seperti sebuah universiti. Tidak puas lagi.

Baca sejarah SMPC. Dahulu kerajaan bagi pilihan, sama ada mahu diserapkan dalam sekolah bantuan kerajaan menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), atau kekal menjadi sekolah persendirian.

-detikdailyonline