Kuala Lumpur: Peluang yang lebih cerah punca utama kebanyakan 948 pakar perubatan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta sejak 2016 sehingga Jun lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (KKM), perincian perincian doktor yang meletak jawatan ialah 158 orang pada 2016; 170 (2017); 198 (2018); 229 2019); 161 2020) dan 32 orang sehingga Jun lalu.Khamis, 16 September 2021
Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?
Isnin, 26 Julai 2021
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah

Doktor di Indonesia bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit walaupun dilaporkan lebih 600 daripada mereka meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Tetapi, doktor-doktor kontrak di Malaysia bersikap sebaliknya dengan mahu melancarkan mogok tidak mahu bekerja selama sehari, hari ini. - Gambar Reuters
Jam 11 pagi ini ribuan doktor kontrak di Malaysia dijangka akan menyertai mogok umum yang mereka namakan ‘Hartal Doktor Kontrak’ (Mogok Umum Doktor Kontrak) – penggunaan perkataan ‘hartal’ untuk menunjukkan mereka masih ada etika dan moral dalam profesion kedoktoran.
Malah penggunaan perkataan ‘hartal’ itu juga untuk mengelirukan rakyat Malaysia apabila ramai yang tertanya-tanya mengenai maksud sebenarnya.
Mungkin ramai yang keliru apa dimaksukan dengan ‘hartal’. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘hartal’ yang kedua ialah pemogokan umum sebagai bantahan terhadap sesuatu. Hartal pertama ialah sejenis bedah basah berwarna kuning.
Mudah dibuat telahan kenapa perkataan ‘hartal’ digunakan. Jika menggunakan perkataan ‘mogok’ ia akan dilihat sebagai tindakan yang keras dengan tidak mahu bekerja jika tuntutan pemogok tidak dipenuhi.
Penganjur ‘Mogok Doktor Kontrak’ ingin menunjukkan kepada umum bahawa mereka kini terpaksa mengetepikan sumpah, etika dan moral kedoktoran, kerana ingin mengejar wang dan pangkat.
Apa lagi tatkala negara memerlukan khidmat mereka bagi berdepan penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat sekarang ini. Beretikakah dan bermoralkan seorang doktor meninggalkan tugas ketika pesakit sedang mengelupur di atas katil di dalam wad?
Etika perubatan mempunyai penyelesaian yang fleksibel. Ini berdasarkan fakta dan logik, dan bukan doktrin agama atau politik.
Anda masih boleh mempunyai pendapat politik dan kepercayaan, tetapi anda harus mengetepikannya ketika etika memerlukan anda melaksanakan tanggungjawab dan sumpah yang telah diangkat – ‘primum non nocere’.
‘Pertamanya jangan lakukan sesuatu yang buruk’ atau ketidakadilan terhadap pesakit mereka. Itu yang dimaksudkan dengan ‘primum non nocere’ sebagaimana diberitahu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang turut menggesa doktor kontrak terbabit tidak melancarkan mogok umum hari ini.
Mogok itu boleh membahayakan nyawa manusia dan juga kerjaya doktor berkenaan.
“Kami faham pada ketika anda mahu untuk terus bertugas dengan kementerian (Kementerian Kesihatan) secara tetap, pada masa ini kerajaan telah mengumumkan penambahan kontrak jawatan dua tahun untuk mereka.
“Ini akan memberikan masa untuk pindaan dilakukan kepada Akta Pencen, supaya jawatan tetap boleh dibenarkan untuk mencarum dengan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), sebagai contohnya, tanpa pilihan untuk pencen,” katanya.
Beliau turut menjelaskan yang kerajaan akan membenarkan mereka berjawatan secara kontrak dibenarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana, walaupun pada ketika berjawatan kontrak dan akan ditawarkan ke jawatan tetap dengan KWSP apabila ia dibenarkan.
“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan kita. Ingatlah kepada sumpah yang kita ambil secara ikhlas dan untuk berada bersama pesakit anda pada ketika mereka dan negara anda amat perlukan.
“Kitalah barisan pertahanan terakhir untuk memberikan rawatan kepada pesakit kita dan setiap nyawa adalah penting,” katanya.
Tetapi ada sesuatu yang kelihatan agak pelik apabila kumpulan doktor-doktor kontrak itu mahu melancarkan mogok ketika ini. Semakin pelik apabila penganjurnya mengarahkan doktor yang menyertai mogok itu merakam gambar dan video untuk dimuatkan ke dalam media sosial.
Kenapa waktu ini? Waktu di mana kes Covid-19 sedang meningkat dan mendapat perhatian dunia? Kenapa gambar dan video itu mahu ditularkan di dalam media sosial.
Pertama untuk memalukan kerajaan Malaysia dan kedua untuk menarik perhatian masyarakat. Pastinya tindakan tidak bermoral doktor-doktor kontrak yang menyertai mogok itu akan mendapat perhatian media antarabangsa sekali gus membuat laporan negatif mengenai Malaysia.
Pastinya juga ahli politik blok pembangkang dan sekutu mereka gembira dan menyokong doktor-doktor kontrak ini melakukan mogok. Mereka akan mengeksploitasi isu itu untuk menunjukkan kelemahan kerajaan.
Tidak boleh juga ditolak kemungkinan penganjur ‘Mogok Doktor Kontrak’ itu telah diserap dengan ideologi politik pembangkang. Mungkin ibu bapa atau bapa saudara mereka orang kuat pembangkang dan menyuruh mereka melakukan mogok demi kepentingan politik.
Semua kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja. Namun, apa pun doktor-doktor yang menyertai MOGOK hari ini sememangnya sudah tidak bermoral lagi dan seharusnya mereka meletak jawatan.
Bukan tidak boleh memiliki ideologi politik sendiri, tetapi tatkala rakyat memerlukan anda, jangan anda pula menolak ‘primum non nocere’
Sebelum ini media melaporkan kira-kira 23,000 doktor berjawatan kontrak akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara pada 26 Julai, selepas pelbagai usaha kumpulan itu untuk mendapatkan penyerapan ke jawatan tetap masih gagal membuahkan hasil.
Bagaimanapun pada 23 Julai, kerajaan telah bersetuju supaya lantikan kontrak kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk ditawarkan kontrak perkhidmatan dua tahun, sebaik tamat tempoh khidmat wajib mereka.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.
Perdana Menteri berkata, Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun, bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.
Namun, MOGOK DOKTOR KONTRAK tetap mahu dilaksanakan juga dengan mengetepikan nyawa pesakit.
Justeru, hari ini rakyat akan memerhati mana satu doktor yang tidak beretika dan sudah hilang moral sebagai insan yang mengangkat sumpah untuk menyelamatkan nyawa walau seekor anjing sekalipun.
-Agenda Daily
Ahad, 14 Februari 2021
Doktor maut selepas terima dos kedua vaksin Covid-19

NASHVILLE: Seorang doktor dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 yang dipasarkan oleh syarikat perdagangan farmaseutikal, Big Pharma.
Vaksin Covid-19 itu dipercayai masih dalam peringkat kajian, tidak mendapat kelulusan dan tahap keselamatannya tidak jelas serta disahkan.
Lapor portal Before It’s News, Dr.J.Barton Williams, 37, yang merupakan pakar bedah dari Memphis, Tennessee meninggal dunia selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19.
Williams disahkan meninggal dunia di Hospital Baptist Memorial di Memphis akibat sindrom keradangan multi-sistem.
Jelas laporan itu, Williams jatuh sakit beberapa minggu lalu dan dirawat oleh Dr. Stephen Threlkeld di hospital tersebut.
Menurut Threlkeld, pakar bedah itu meninggal dunia pada 8 Februari lalu kerana sindrom keradangan multi-sistem, suatu keadaan yang biasanya menjejaskan sistem daya lawan jangkitan (imun) dalam kalangan kanak-kanak.
“Sistem imun menyerang tubuh badan menerusi pelbagai cara dan mengakibatkan kegagalan pelbagai organ.
“Ia menjejaskan jantung, saluran gastrousus dan bahagian lain,” katanya.
Jelas beliau, William disahkan positif Covid-19 dalam ujian antibodi.
“Ini bermakna dia dijangkiti Covid-19 pada suatu masa tetapi tidak pernah mengetahuinya.
“William kemudian menerima suntikan kedua dos vaksin Covid-19 hanya beberapa minggu sebelum kematiannya,” katanya.
-utusanonline
Ahad, 10 Januari 2021
Doktor maut 2 minggu selepas terima suntikan vaksin Pfizer
SEORANG doktor berusia 56 tahun dilaporkan meninggal dunia 16 hari selepas menerima suntikan vaksin Pfizer. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kematiannya.
Gregory Michael merupakan seorang doktor pakar kelahiran (obstetrik), yang bertugas di Mount Sinai Medical Centre di Pantai Miami. Identiti doktor itu didedahkan oleh isterinya menerusi kiriman di akaun Facebook.
Michael kemudiannya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami trombositopenia (keadaan darah yang kekurangan platlet) akibat tindak balas badannya terhadap vaksin Pfizer yang diterimanya sebelum ini.
Katanya kejadian itu "telah memusnahkan satu kehidupan yang indah, sebuah keluarga yang sempurna, dan menjejaskan begitu ramai orang dalam komuniti,"
Sumber — https://www.milosuam.net/














