"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Jeniri Amir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeniri Amir. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Julai 2021

UMNO Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan PN – Penganalisis Politik


 KUALA LUMPUR: UMNO akan dilihat rakyat sebagai parti yang tamak kuasa dan tidak boleh bergantung harap jika bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berkata, tindakan sedemikian juga boleh mengundang kecaman dan dipandang negatif rakyat yang melihat sepatutnya sekarang parti itu membantu menyelamatkan negara berdepan COVID-19.

“Jangan salahkan rakyat kalau mereka terus melihat pemimpin politik kita sebagai orang tidak boleh bergantung harap. UMNO sepatutnya membantu menyelamatkan negara tetapi mereka dilihat cuba meruntuhkan negara.

“Jadi, jangan burukkan lagi keadaan. Ini masa untuk mereka memperagakan personaliti dan watak yang unggul, harus menjauhi kepentingan peribadi dan politik,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Ahli Parlimen PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, pembentukan jajaran baharu UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) sama ada boleh berlaku dalam tempoh terdekat atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Ahmad Zahid boleh membuat keputusan menggunakan Majlis Tertinggi (MT) untuk meminta ahli-ahli Parlimen UMNO keluar daripada kerajaan sekiranya tuntutan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar sidang Parlimen dipanggil dalam tempoh 14 hari tidak dipenuhi.

Dalam pada itu, Jeniri berkata, sekarang bukanlah masa untuk mana-mana parti politik mengganggu keadaan politik negara lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi.

“Permainan politik ketika ini digerakkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi untuk menyelamatkan dirinya bukan untuk menyelamatkan kepentingan negara.

“Jadi sepatutnya kita selamatkan kepentingan negara, ketepikan kepentingan peribadi dan puak bagi meletakkan kita berada atas landasan betul dan memepercepatkan langkah vaksinasi.

“Pastikan angka COVID-19 diturunkan dan dapat beri fokus inisiatif baharu kerajaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) membabitkan wang begitu banyak,” katanya.

UMNO baru-baru ini memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memutuskan tarikh Parlimen bersidang, membayangkan tindakan keluar kerajaan jika ia tidak berlaku.

– Astro Awani