"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Selasa, 9 April 2024

Al-hamdulillah, aidil-fitri dalam perang -Selamat Hari Raya

 Selamat Hari Raya Aidil-fitri

Al-hamdulillah, aidil-fitri dalam perang..
HAMAS, samada menang atau syahid
Syahid juga menang, di akhirat atau di dunia. 
Berkata Presiden PAS: 
"HUKUM Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah Allah (Baitullah) di Makkah mewajibkan seluruh umat berjihad mempertahankan Bait al-Maqdis, 
kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Isra’ Rasulullah SAW, dan bermulanya Mi‘raj,
 
kecuali kalangan penganut Islam yang memisahkan agama dan politik 
dengan memandang jihad itu suatu perkara yang remeh-temeh.
 
Hal ini demikian kerana, kiblat politiknya menghadap Rumah Putih (White House) di Washington, 
walaupun masing-masing melaksanakan solat, haji, dan umrahnya menghadap Rumah Allah di Makkah. 

Inilah bencana aqidah yang sedang menimpa umat Islam.
(Lanjut, sila rujuk 'Wajib berjihad mempertahankan Bait Al-Maqdis– HARAKAHDAILY 5/4/2024

-Ibnu Hasyim 

Rabu, 12 Mei 2021

PKP: 3 sesi solat sunat Aidilfitri di Pulau Pinang esok

GEORGETOWN: Seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang dibenarkan melaksanakan solat sunat Aidilfitri esok secara penggiliran melibatkan tiga sesi dengan setiap sesi selama 45 minit.

Sesi pertama akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 9.15 pagi; sesi kedua pada 9.45 pagi hingga 10.30 pagi manakala sesi ketiga pada 11 pagi hingga 11.45 pagi.

Selang masa selama 30 minit bagi setiap sesi itu pula adalah bagi tujuan proses sanitasi dan persediaan jemaah untuk sesi solat sunat Aidilfitri seterusnya.

Selain itu, imam yang ditentukan oleh pihak pengurusan masjid pula perlu imam yang berlainan bagi setiap sesi manakala perhimpunan sama ada selepas atau sebelum setiap sesi adalah tidak dibenarkan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Bagaimanapun menurut beliau, penggiliran sesi solat sunat Aidilfitri itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (PKP) 3.0 yang diumumkan Kerajaan Pusat sebelum ini iaitu hanya 50 jemaah di masjid dan 20 jemaah di surau bagi setiap sesi.

Tambahnya, ahli-ahli kariah boleh berhubung dengan pihak pengurusan masjid dan surau masing-masing bagi tujuan pendaftaran dan penentuan sesi penggiliran untuk solat sunat Aidilfitri tersebut. – UTUSAN ONLINE

Syarikat telekomunikasi sedia kemudahan panggilan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri

[KENYATAAN MEDIA] Syarikat telekomunikasi sedia kemudahan panggilan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri YB Dato Saifuddin Abdullah Menteri Komunikasi dan Multimedia 12 Mei 2021



AIDILFITRI: Rezeki terima tempahan 55,000 batang lemang

SHARUDDIN menyusun buluh selepas menerima tempahan 55,000 batang lemang sempena Aidilfitri. FOTO AZHAR RAMLI
SHARUDDIN menyusun buluh selepas menerima tempahan 55,000 batang lemang sempena Aidilfitri. FOTO AZHAR RAMLI

Kajang: Kedatangan Syawal memberi rezeki berganda buat Sharuddin Mohd Rahim apabila menerima tempahan 55,000 batang lemang pada tahun ini.

Sharuddin, 50 berkata, jumlah itu meningkat berbanding 40,000 tempahan diterima tahun lalu dan 20,000 pada 2019.

Bapa kepada enam anak itu berkata, selain pelanggan tetap, tempahan itu diterima daripada orang ramai menerusi laman sosial iaitu Facebook (FB) dan Instagram (IG).

Katanya, ada pelanggan datang secara terus ke gerainya untuk membeli lemang dijualnya dengan harga RM13 bagi saiz M, RM15 untuk L dan RM17 (XL).

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan pada masa sama terkejut apabila menerima tempahan lebih banyak pada tahun ini.

"Peningkatan jumlah tempahan itu kemungkinan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana jualan lemang saya mula memberangsangkan sejak tahun lalu.

"Rata-rata pelanggan membeli kerana tahu saya berniaga di sini setiap hari, bukan ketika Ramadan saja selain mahu menikmati lemang di pagi raya walaupun tidak pulang ke kampung.

"Ini dinamakan rezeki buat saya, keluarga dan kakitangan menjelang Syawal," katanya ketika ditemui di gerainya yang dinamakan Lomang Paneh Nogori di Sungai Merab, di sini.

Sharuddin berkata, pengalaman tahun lalu menyebabkan dia lebih bersedia untuk menyiapkan tempahan yang banyak pada tahun ini.

Menurutnya, dia dibantu 17 individu terdiri daripada ahli keluarga dan kakitangan.

"Kerja menyediakan dan membakar lemang bermula 7.30 pagi semalam dan akan diteruskan sehingga 10 malam esok.

"Selain menyiapkan tempahan, saya turut menyediakan 18,000 batang lemang untuk pelanggan yang datang terus ke gerai, cuma jumlah itu terhad jadi siapa cepat, dia yang dapat.

"Selain menjual lemang, saya turut menjual rendang ayam, daging lembu dan maman pada harga RM10, RM12 dan 14 untuk 200 gram," katanya yang berniaga lemang sejak 17 tahun lalu.-myMetro