"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Jumaat, 27 September 2024

PMX perlu saman Bloomberg untuk elak pelabur lari keluar dari Malaysia

 


Oleh:Isham Jalil

Beberapa bulan lalu saya ada buat laporan SPRM, laporan polis, dan laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti berkenaan kes pembelian saham Heitech Padu oleh Farhash Salvador iaitu kenalan rapat PMX Anwar Ibrahim. 

Saya juga minta SPRM supaya keluarkan perintah isytihar harta kepada Farhash Salvador. Namun sehingga hari ini saya tidak dengar apa-apa tindakan dibuat ke atas kes ini. Jika ada sila beritahu. Yang saya dengar daripada laporan portal MalaysiaNow dan sumber dari Bloomberg ialah “Anwar arah bos SPRM jangan siasat Farhash isu pembelian saham, kata laporan”. 

Saya sudah sarankan kepada PMX semalam supaya dia saman Bloomberg jika perkara ini fitnah. Sebab ini perkara yang amat serius dan ia melibatkan kredibiliti Perdana Menteri dan negara kita, pelabur akan lari jika PMX terlibat rasuah atau dilihat cakap tidak serupa bikin. Sebab itu PMX perlu saman Bloomberg secepat mungkin. YAB Dato’ Sri Anwar, samanlah Bloomberg demi negara kita dan demi menentang rasuah seperti yang anda selalu kata.

Jika SPRM boleh keluarkan perintah isytihar harta kepada pemimpin-pemimpin pembangkang atau anak-anak mereka untuk siasat kes semasa mereka berkuasa dulu, saya lihat SPRM juga boleh keluarkan perintah yang sama kepada orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa kini terutama apabila ia mengaitkan dana awam berbillion ringgit, ini lebih penting sebab ia melibatkan pemimpin yang berkuasa sekarang. SPRM perlu dilihat adil.

Saya ingin sarankan supaya agensi-agensi penguatkuasaan ini memberi status perkembangan atau update berkenaan kes ini kepada rakyat kerana ia adalah kes berprofil tinggi yang melibatkan kenalan rapat Perdana Menteri dan bekas pegawai atau setiausaha politiknya dan juga ia berkaitan proses pemberian kontrak menggunakan dana awam yang amat besar iaitu sebanyak RM1 billion. 

Jika tidak ada apa-apa tindakan diambil pun silalah maklumkan rakyat. Atau jika ada orang arah jangan siasat pun beritahu lah rakyat. Rakyat ingin tahu.

Kan PMX sudah berkali-kali kata tatakelola itu penting dan dia ingin basuh dan cuci rasuah. 

P/S: Jika kita ingin basuh dan cuci, kita cuci yang paling dekat dan sebelah kita dulu. Salam

Source 

Anwar arahkan bos SPRM jangan siasat Farhash isu pembelian saham, kata laporan

 Sebaliknya, perdana menteri mengarahkan Azam Baki untuk memulakan siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya serta bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, menurut sumber Bloomberg.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador. Gambar: Facebook

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan sistem imigresen baharu bernilai satu bilion ringgit, lapor Bloomberg yang memetik tiga sumber yang disifatkan arif mengenai perkara itu.

Memetik sumber, akhbar kewangan itu turut melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberitahu pegawainya bahawa siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad, tiga anak lelakinya dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin telah dilancarkan atas arahan Anwar.

Kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dalam laporan itu yang diterbitkan hari ini.

Pada Mac, Farhash dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk projek membangunkan sistem imigresen baharu yang menelan belanja satu bilion ringgit.

Pemimpin PKR berusia 41 tahun itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Menurut Farhash, Rosetta Partners merupakan anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Pembelian dalam HeiTech Padu dilakukan sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.

Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.

HeiTech Padu ialah salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.

Sementara itu, Bloomberg dalam laporannya hari ini berkata kakitangan SPRM turut diarahkan untuk menggambarkan siasatan ke atas Mahathir dan Daim sebagai sebahagian daripada "penyiasatan berterusan terhadap pendedahan mengenai dua kebocoran besar dokumen ", merujuk kepada pendedahan Kertas Pandora dan Panama.

Menurut laporan itu, tindakan Anwar sejak dilantik perdana menteri dilihat bercanggah dengan janjinya ketika memimpin gerakan reformasi selama lebih dua dekad.

Ia berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, sebaliknya menggunakan undang-undang itu terhadap musuh politiknya termasuk Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.

"Beliau berdepan masalah kredibiliti yang semakin meningkat," laporan itu memetik pemerhati politik Bridget Welsh.

"Kekecewaan (terhadap Anwar) lebih besar disebabkan harapan yang tinggi," tambahnya.

-MalaysiaNow 

Khamis, 26 September 2024

Aku nak tanyalah, serendah itukah nilai UMNO dalam Kerajaan Madani?

 Aku nak tanyalah, serendah itukah nilai UMNO dalam Kerajaan Madani?

Presiden UMNO cuba redakan ketegangan UMNO dan DAP dalam isu pensijilan halal. 5 hari lepas, dia kata perang mulut YB Akmal dan YB Teresa Kok tamat. 

Tiba-tiba, 2 hari lepas, DAP Johor desak YB Akmal mohon maaf kepada YB Teresa Kok. Aik kata dah tamat?

Semalam, YB Teresa Kok kata dia tak akan kongsi pentas ceramah dengan YB Akmal. 

Maksudnya apa tuan-tuan. Kata-kata Presiden UMNO, ahli DAP diperingkat cawangan pun tak respek. 

“Lu sapa?” kata mereka.

DAP tahu, Menteri UMNO dalam Kabinet tak berani angkat kepala pun nak pertahan diri mereka. Apatah lagi nak pertahankan isu berkait orang Islam seperti sijil halal. 

Kesian gak tengok YB Dr Akmal. Bersungguh dia lawan YB Teresa Kok sampai kena saman kat mahkamah. Dia siap buat video cakap “bring it on”. 

Last-last Presiden parti dia macam suruh tarik handbrake bila dia kata isu ni dah “reda”. Sebab nak jaga hati DAP kot. 

Yelah, bising-bising, nanti DAP suruh PMX keluarkan UMNO dari kerajaan macamana? Tak bolehlah Presiden UMNO jadi Timbalan Perdana Menteri. 

Sekarang aku nak tengok. YB Akmal nak ikut bos dia untuk tamatkan? atau nak terus desak dan pertahan cadangan pensijilan halal. 

Bukan apa, orang kata YB Akmal buat bising nak raih populariti. Bukan nak pertahan sangat cadangan pensijilan halal tu. 

Pemuda UMNO macamana? nak bersama YB Akmal atau nak ikut Presiden korang suruh “tamat”. Bersuaralah sikit, pertahan Ketua korang. 

Salam Hormat,

Nurul Islam Mohamed Yusoff




Sabtu, 21 September 2024

BANDUAN KES LIWAT ADALAH BANDUAN TERHORMAT

 BANDUAN KES LIWAT ADALAH BANDUAN TERHORMAT

1. Anwar Ibrahim, bukan Nelson Mandela, tetapi adalah bekas banduan penjenayah liwat dan bekas banduan penjenayah rasuah salah guna kuasa. 

2. Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun kerana jenayah rasuah salah guna kuasa pada tahun 1999. [Nota: Pada April 1999, berikutan perbicaraan, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun. Dua bulan kemudian, dia dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun, yang dia telah diarahkan untuk berkhidmat selepas beliau menamatkan hukuman enam tahun bagi kes liwat.]

3. Anwar juga telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana jenayah liwat pada tahun 2015. Kes telah dibuktikan melalui pembuktian saintifik dan keterangan pakar.

4. Anwar juga mempunyai satu lagi kes SERANGAN SEKSUAL ke atas seorang lelaki, iaitu Yusoff Rawther dan sepatutnya akan dibicarakan pada bulan Jun 2025.

5. Ahli-ahli Umno semua percaya Anwar adalah seorang peliwat, lebih-lebih lagi Lokman Adam.

6. Harap Rora, para mufti dan para agamawan mengeluarkan pandangan dan fatwa, adakah banduan jenayah liwat adalah banduan terhormat.

Berikut adalah pertuduhan-pertuduhan pada tahun 1999:

1. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

2. "Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

3. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

4. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Lima Tuduhan Salah Laku Seks Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim

6. "Bahawa kamu, pada satu malam April 1994 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Hukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

7. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

8. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

9. "Bahawa kamu, pada satu malam bulan Mac 1993 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan."

10. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758 di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak bin Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

HUKUMAN

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.

Source 

Burung Ababil dan Fire Hawk: Keajaiban Ciptaan Allah yang Melampaui Akal Manusia

 "Burung Ababil dan Fire Hawk: Keajaiban Ciptaan Allah yang Melampaui Akal Manusia" 

MasyaAllah, betapa agungnya ciptaan Allah SWT yang tidak terbatas. Dari kisah burung Ababil dalam Al-Quran hingga penemuan burung helang api (fire hawk) di Australia, kita dapat menyaksikan kebesaran Allah yang melampaui pemahaman akal manusia. Mari kita renungkan bersama-sama keajaiban ini dan mengambil pengajaran daripadanya.

Dalam Surah Al-Fil, Allah SWT menceritakan peristiwa besar yang berlaku pada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah, gabenor dari Yaman, berniat untuk menyerang dan memusnahkan Kaabah. Namun, Allah SWT menghantar burung Ababil yang membawa batu-batu kecil dari tanah liat yang dibakar untuk menghancurkan tentera tersebut.

Allah SWT berfirman: "Tidakkah kamu mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan rancangan mereka sia-sia, dan Dia menghantarkan kepada mereka burung-burung yang melemparkan kepada mereka batu-batu dari tanah liat yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat?" (Surah Al-Fil, ayat 1-5)

Peristiwa ini menimbulkan pelbagai persoalan: Adakah burung Ababil ini benar-benar wujud sebagai sejenis burung, atau ia hanya sekumpulan burung yang diutuskan oleh Allah dengan keajaiban-Nya? Dari sudut bahasa Arab, 'Ababil' bukanlah nama khusus untuk sejenis burung. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Ababil merujuk kepada "sekumpulan burung" yang diutuskan Allah. Ini menggambarkan betapa Maha Berkuasanya Allah dalam mencipta sekumpulan burung yang menghancurkan tentera Abrahah dengan izin-Nya.

Para ulama seperti Ibn Kathir dan Imam Al-Qurtubi menegaskan bahawa kekuatan dan kebesaran Allah SWT dalam peristiwa ini tidak bergantung kepada burung itu sendiri, tetapi kepada keajaiban yang dikehendaki oleh-Nya. Sama ada burung itu kecil atau besar, kuat atau lemah, Allah mampu menjadikannya sebagai alat untuk melaksanakan kehendak-Nya.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa batu yang dibawa oleh burung Ababil bukanlah batu biasa. Ia mungkin membawa api dari neraka yang telah dikurangkan suhunya oleh Allah SWT, cukup untuk menghancurkan tentera Abrahah tetapi tidak memusnahkan bumi. Jika api neraka yang sebenar diturunkan ke bumi, pasti seluruh alam ini akan musnah kerana panasnya yang tidak dapat ditandingi.

Kita perlu sedar bahawa tidak semua perkara boleh dijelaskan dengan akal dan sains. Seperti yang dinyatakan, "Kebesaran Allah tidak boleh dijelaskan dengan akal dan sains semata-mata. Kalau semua boleh dijelaskan dan dikaji, maka itu bukanlah Tuhan. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar." Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 255: "Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya."

Walaupun kisah burung Ababil melampaui pemahaman sains, alam semula jadi masih menyimpan keajaiban yang menakjubkan. Salah satunya adalah fenomena burung helang api atau fire hawk yang ditemui di Australia. Fire hawk merujuk kepada beberapa spesies burung pemangsa di Australia yang telah diperhatikan membawa ranting-ranting yang terbakar dari satu tempat kebakaran ke tempat lain. Antara spesies yang terlibat adalah Helang Hitam (Milvus migrans), Helang Penghijrah (Haliastur sphenurus), dan Helang Kuning (Falco berigora).

Burung-burung ini menggunakan api sebagai alat untuk membantu mereka memburu. Mereka akan terbang rendah di kawasan yang terbakar, mengawasi pergerakan haiwan-haiwan kecil yang melarikan diri daripada api. Yang lebih menakjubkan, burung-burung ini sebenarnya membantu menyebarkan kebakaran! Mereka akan mengambil ranting atau bahan-bahan yang sedang terbakar dengan menggunakan kuku mereka, dan membawanya ke kawasan lain yang masih belum terbakar. Mereka kemudian menjatuhkan ranting yang terbakar ini untuk mencetuskan kebakaran baru, memaksa lebih banyak haiwan kecil keluar dari tempat persembunyian mereka.

Tindakan burung helang api dalam menyebarkan kebakaran secara tidak langsung membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem. Kebakaran yang disebabkan oleh burung helang api biasanya terkawal dan tidak menyebabkan kemusnahan besar. Ia membantu membersihkan kawasan tumbuhan yang tebal, merangsang pertumbuhan baru, dan memberi ruang kepada spesies lain untuk berkembang.

Walaupun burung Ababil dan fire hawk mempunyai perbezaan yang ketara, kedua-duanya menunjukkan kebesaran Allah SWT dalam ciptaan-Nya. Burung Ababil menunjukkan kuasa Allah yang mutlak, di mana Dia boleh menggunakan apa sahaja ciptaan-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya. Fire hawk pula menunjukkan kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada makhluk-Nya, membolehkan mereka menggunakan unsur alam untuk kelangsungan hidup. Kedua-dua fenomena ini mengingatkan kita bahawa alam semesta ini penuh dengan tanda-tanda kebesaran Allah yang tidak terhingga.

MasyaAllah, betapa agungnya ciptaan Allah SWT. Dari kisah burung Ababil yang melampaui pemahaman manusia, hingga ke penemuan saintifik tentang burung helang api, semuanya menunjukkan kebesaran Allah yang tidak terbatas. Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa mengagumi dan bersyukur atas nikmat-Nya. Walaupun kita diberi akal untuk berfikir dan mengkaji, kita juga perlu sedar bahawa ada perkara-perkara yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Ini seharusnya menambahkan keimanan kita kepada-Nya.

Semoga artikel ini dapat membuka mata dan hati kita untuk terus mengkaji, memahami, dan menghargai keajaiban ciptaan Allah. Sama ada melalui kisah dalam Al-Quran atau penemuan saintifik, semuanya kembali kepada satu hakikat: Allah adalah pencipta yang Maha Hebat dan Maha Bijaksana.

Pujian yang tidak terhingga kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang telah mencipta segala-galanya dengan penuh hikmah dan keindahan. Semoga kita sentiasa diberi hidayah untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan mengambil pengajaran dari setiap ciptaan-Nya.

Source 

Jumaat, 20 September 2024

Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat Ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah..!!

 Mohon izin share 1 cerita di hujung hidup seorang manusia yg sangat mencintai kita semua :

Allahuma Solli'alaa Sayyidina Muhammad

Wa'AlaAli Sayyidina Muhammad. 

😭😭😭😭😭😭😭

Cerita yang tak pernah ada bosannya 

Mohon Baca yaa...

Sangat Mengharukan...

😭😭😭😭😭

Assalamu'Alaikum Wr. Wb...

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.

Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga keadaan baginda sangat lemah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua Sahabat datang ke Masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah Masjid dgn para Sahabat.

Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt Taushiyah dari Rasulullah SAW.

Baginda duduk dgn lemah di atas mimbar. Wajahnya terlihat pucat,menahan sakit yg tengah dideritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu,

bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah?"

Semua Sahabat menjwb dgn suara bersemangat,

"Benar wahai Rasulullah,

Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

"Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi,

dan setiap apa yg Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah pada satu pertanyaan yg menjadikan para Sahabat sedih dan terharu. 

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya,

aku akan pergi menemui Allah SWT,

Dan sblm aku pergi,

aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia.

Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua.

Adakah aku berhutang kepada kalian?

Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.

Karena aku tidak mau bertemu dgn Allah SWT dalam keadaan berhutang dgn manusia."

Ketika itu semua para Sahabat diam,

dan dalam hati masing2 berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita? Kamilah yg banyak berhutang kepada Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba2 bangun seorang lelaki yg bernama UKASYAH,

seorg sahabat, bekas samseng sblm masuk Islam, dan dia berkata:

"Ya Rasulullah...

Aku ingin sampaikan masalah ini.

Seandainya ini dianggap hutang,

Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa2".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita:

"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, suatu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.

Tetapi cemeti tsb tidak kena pada belakang kuda,

Tapi terkena pada dadaku,

Kerana ketika itu aku berdiri di belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu,

Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau,

Maka hari ini aku akan terima hal yg sama."

Dengan suara yang agak tinggi,

Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah se akan2 tidak merasa bersalah mengatakan demikian. 

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah kepada Ukasyah. 

"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah Baginda sedang sakit..!!?

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu.

Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah Fatimah, anaknya.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah,

Kemudian Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjwb dengan nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah."

Terperanjat dan menangislah Fatimah, seraya berkata:

"Kenapa Ukasyah hendak memukul Ayahku Rasulullah?

Ayahku sedang sakit,

kalau mau memukul,

pukullah aku anaknya".

Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke Masjid lalu diberikannya kepada Ukasyah.

Setelah mengambil cemeti itu,

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. 

Tiba2, Abu Bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil

berkata: "Ukasyah... kalau kamu hendak memukul,

pukullah aku..!!

Aku adalah orang yang pertama beriman dgn apa yg Rasulullah SAW sampaikan.

Akulah sahabatnya di kala suka dan duka.

Kalau engkau hendak memukul,

maka pukullah aku".

Rasulullah SAW bersabda: "Duduklah wahai Abu Bakar.

Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah SAW. Kemudian Umar bin Khattab berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah...

kalau engkau mau mukul, pukullah aku.

Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad,

bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya.

Itu dulu. Sekarang, tidak boleh ada seorang pun yg boleh menyakiti Rasulullah Muhammad SAW.

Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,

maka langkahi dulu mayatku..!!"

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:

"Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah, dan tiba2 berdirilah Ali bin Abu Talib, sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja.

Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:

"Duduklah wahai Ali,

ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah semakin dekat dgn Rasulullah SAW. Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW yaitu Hasan dan Husen. 

Mereka berdua memegangi tangan Ukasyah sambil memohon...

"Wahai Pak Cik,

pukullah kami Pak Cik, nenda kami sedang sakit,

Pukullah kami saja wahai Pak Cik,

sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah SAW.

Dengan memukul kami, sesungguhnya itu sama dengan menyakiti nenda kami... wahai Pak Cik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai Cucu2 kesayanganku, duduklah kalian.

Ini urusan nenda dengan Pak Cik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar,

dengan lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mau memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mau aku pukul, maka turunlah ke bawah sini..!!"

Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah. Rasulullah SAW didudukkan pada sebuah kursi,

lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju,

Ya Rasulullah."

Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah.

Tanpa berlengah2 dalam keadaan lemah, Rasulullah SAW membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah; tetapi ada beberapa ketul batu terikat di perut Rasulullah, pertanda Rasulullah sedang menahan lapar...

Kemudian Rasulullah SAW berkata:

"Wahai Ukasyah,

Segeralah dan janganlah kamu berlebih2an.

Nanti Allah SWT akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW.. Cemeti di tangannya di buangnya jauh2. Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya,, sambil menangis se mahu2nya...lalu ia berkata:

"Ya Rasulullah, Ampunilah aku,

Maafkanlah aku;

Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukan ini, agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu...

Karena Engkau pernah mengatakan "Barang siapa yang kulitnya pernah bersentuhan denganku, maka diharamkan api neraka atasnya."

Seumur hidupku aku bercita2 dapat memelukmu.

Karena sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. 

Dan sungguhnya aku amat takut dengan api neraka.

Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

*"Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat Ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah..!!"*

Semua sahabat menitikkan air mata. Kemudian para sahabat berganti ganti memeluk Rasulullah SAW.

SEMOGA dengan membaca ini, Apabila Air mata Anda Menitis, ini membuktikan Kecintaan kita kepada Kekasih Allah SWT...

Dan Semoga Menjadi Saksi Kelak Di Hadapan Rasulullah

Bahawasanya Kita Cinta Kepada Beliau👇👇👇

*Allahumma Solli 'alaa Sayyidina Muhammad.* 

*Wa'AlaAli Sayyidina Muhammad*

Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua. Aamiin...

Mari kita posting di Whatsapp tentang Keagungan Rasulullah SAW...

Jangan sampai kisah ini kalah populariti di-bandingkan dgn berita2 yang ada pada saat ini..!! 

                                                                               Seluruh dunia mencintai Nabi SAW.

KITA SEMUA UMAT

RASULULLAH SAW..!!!

 *ALLAHUMMA SHALLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD,*

*WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD*

Kirim kepada semua teman Muslim dan IN SYAA ALLAH dalam beberapa minit nanti ramailah orang bersama-sama membaca Keindahan dan Keagungan Kepribadian Rasulullah SAW, Sang Manusia Agung Kekasih Allah SWT.

TOLONG teruskan message ini..!!

Anggaplah sebagai sedekah Jariyah..!!

*Jangan lupa untuk menghantarkannya kepada rakan2 anda...!!*

Tolonglah... walaupun anda tak mau membacanya secara tuntas... hanya menghantarnya kpd rakan2 yg lain ... sudah cukup..!!

Selesai membacanya, kirimkanlah kepada teman2 kita yang lainnya. Dalam beberapa minit, berjuta org akan membacanya..!! Anda tak akan rugi apa2 pun; biarkan Cerita tentang Manusia Agung Kekasih Allah SWT ini senantiasa berjalan..!!!

اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ❤

Rabu, 18 September 2024

Kabinet kekal dasar sedia ada, Sijil Pengesahan Halal secara sukarela

 

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah bersifat sukarela.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar sedia ada itu kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Melalui SPHM yang diperolehi tersebut, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Terdahulu, Kabinet membuat pertimbangan itu selepas Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membentangkan isu berkaitan pensijilan Halal Malaysia dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Susulan itu, Jakim menggesa pemain industri agar memohon SPHM memandangkan ianya boleh memberi jaminan dan menarik pelanggan beragama Islam untuk makan tanpa keraguan di premis berkenaan.

“Bagi menggalakkan pihak industri memohon SPHM khususnya dalam kalangan industri mikro dan kecil, pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi pembimbing usahawan di peringkat persekutuan, negeri dan swasta telah menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif.

“Ia ditawarkan dalam bentuk latihan dan bimbingan serta geran kepada pihak industri untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh dipersijilkan halal,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pada masa sama, Jakim turut memperkenalkan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia untuk mempercepatkan pengurusan pensijilan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari.

“Statistik menunjukkan di antara Januari hingga Julai 2024, sebanyak 96 peratus permohonan berjaya diuruskan dalam
tempoh 30 hari tersebut.

“Usaha proaktif ini berupaya menjadi salah satu tarikan kepada pihak industri untuk memohon SPHM,” jelasnya. 

– KOSMO! ONLINE

"Bukan Malaysia, Bukan Indonesia. Batik Berasal Dari Mesir Purba?"

 "Bukan Malaysia, Bukan Indonesia. Batik Berasal Dari Mesir Purba?"

Oleh: Azizul Farhan

Bergoncang di seluruh Nusantara apabila IShowSpeed pakai baju Batik di Malaysia. Ramai juga yang komen sampai Speed keliru pasal Batik Malaysia dan Indonesia.

Tapi tau tak sebenarnya Batik ni berasal dari Mesir Purba?

Tak dinafikan Malaysia atau Indonesia memang terkenal dengan keunikan dan keindahan batik. 

Tapi, siapa sangka, rupa-rupanya batik ini ada asal-usul yang jauh lebih tua, lebih misteri dan lebih megah berpunca dari tamadun Mesir Purba! 

Batik bukan sekadar seni kraf tradisional Asia Tenggara, tapi ia pernah menghiasi kehidupan seharian bangsa Mesir ribuan tahun dahulu.

[Batik Mesir Purba: Fayoumi yang Hilang Dalam Lipatan Sejarah]

Sejarah batik Mesir Purba yang juga dikenali sebagai “Fayoumi” bermula sekitar 5,000 tahun yang lalu pada zaman kegemilangan Mesir Purba di Kota Faiyum, Mesir.

Zaman di mana piramid menjulang megah dan firaun memerintah dengan kuasa mutlak. 

Ketika inilah kain batik Fayoumi menjadi simbol keanggunan, kekayaan dan status sosial yang tidak tertanding.

Namun, batik Fayoumi bukan sekadar simbol kekayaan. Ia membawa makna yang jauh lebih mendalam. 

Setiap corak dan motif yang dihasilkan menceritakan kisah tentang kepercayaan, keseimbangan dan hubungan manusia dengan alam dan spiritualiti. 

Batik ini bukan sekadar kain biasa. Ia adalah lambang filosofi hidup yang sangat kompleks, menggabungkan keindahan, kekuatan dan harmoni dalam satu helaian kain.

[Keanggunan dan Kekuatan Tersirat Dalam Setiap Helai]

Pada puncak kejayaannya, terutamanya pada zaman Dinasti ke-18 (1550-1292 SM), batik Mesir Purba menjadi pilihan utama di kalangan rakyat. 

Dari firaun hinggalah ke rakyat biasa, semua tertarik dengan keindahan dan simbolisme yang dibawa batik ini. 

Corak-corak geometrik seperti segitiga, lingkaran dan garis-garis yang halus membawa makna tersirat melambangkan keseimbangan antara kekuatan dan keanggunan yang diperlukan dalam hidup.


Namun, segalanya berubah apabila Mesir mula membuka pintu kepada dunia luar. 

Pada zaman Dinasti ke-19 (1292-1189 SM), batik Fayoumi mula digantikan dengan kain-kain import yang lebih mewah seperti sutera dan linen. 

Popularitinya semakin pudar dan ia hampir hilang dari budaya masyarakat Mesir.

[Kebangkitan Semula Fayoumi]

Menariknya, batik Fayoumi tidak tenggelam begitu sahaja. Pada zaman Dinasti ke-26 (664-525 SM), batik ini kembali menyinari Mesir, kali ini sebagai simbol kebanggaan nasional. 

Seperti phoenix yang bangkit dari abu, Fayoumi muncul semula dengan penuh kebanggaan. Namun, kebangkitan ini tidak lama. 

Kejatuhan batik Mesir Purba berlaku apabila tamadun Yunani dan Rom mula berkuasa, membawa bersama budaya dan tekstil mereka yang lebih digemari masyarakat pada masa itu.

Batik Fayoumi akhirnya hampir lenyap sepenuhnya dengan kedatangan Islam di Mesir. 

Dengan perubahan budaya dan keperluan, seni batik ini seakan-akan hilang ditelan zaman. 

Namun begitu, sisa-sisa keindahannya masih dapat dilihat dalam peninggalan sejarah dan artifak yang berjaya ditemui.

[Filosofi di Sebalik Setiap Motif]

Apa yang menjadikan batik Fayoumi ini begitu istimewa adalah filosofi yang dibawa dalam setiap motifnya. 

Kain ini bukan sekadar hiasan mata, tapi ia melambangkan prinsip hidup bangsa Mesir Purba yang sangat menghargai keseimbangan dan harmoni. 

Corak-corak abstrak pada batik Fayoumi mengajarkan kita pentingnya mencari keseimbangan dalam hidup iaitu antara keindahan dan kekuatan, antara manusia dan alam, antara jasad dan spiritualiti.

Motif-motif yang sering menghiasi batik Fayoumi seperti matahari, bintang dan tumbuhan membawa maksud mendalam. 

Ia menghubungkan manusia dengan alam semesta, memberi peringatan bahawa kita semua adalah sebahagian daripada keseimbangan yang lebih besar. 

Dalam setiap helaian kain ini, terdapat nilai spiritual yang tidak ternilai.

[Batik Mesir: Warisan Yang Tak Ternilai]

Walaupun batik Mesir Purba telah lama hilang daripada pandangan mata, warisannya tetap hidup dalam sejarah dan budaya Mesir.

Ia adalah bukti nyata tentang keindahan dan kreativiti bangsa yang pernah membina tamadun terhebat dalam sejarah manusia. 

Setiap motif, setiap warna dan setiap garis yang menghiasi batik Fayoumi adalah saksi kepada kekayaan budaya Mesir Purba.

Sekarang, Batik pun dah menghiasi Nusantara. Tapi tak perlulah sampai bergaduh. Raikan perbezaan. Itu yang lebih baik.

Source 

___

Faiyum juga terkenal dengan pembuatan tembikar! Nak tahu kenapa? Jom kita kenali budaya Mesir Purba bersama KITAB TAMADUN MESIR PURBA! Dapatkan segera sementara stok masih ada!


https://s.shopee.com.my/7KeHpresU1

Sabtu, 14 September 2024

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.KISAH NABI MUSA JADI PENGAJARAN

 AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.

Khamis, 12 September 2024

Pemuda PAS lulus usul gesa Anwar letak jawatan

 

MUKTAMAR PAS l Pemuda PAS hari ini meluluskan usul bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatannya atau diturunkan dengan kadar segera.

Usul tersebut dibawa dan dibentangkan perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Abdul Abidi Mohd Maznan yang kemudiannya dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara.

Dalam pembentangannya Abdul Abidi antara lain berkata tujuan usul tersebut bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, dan negara perlu memiliki kepimpinan baharu yang benar-benar kompeten serta mempunyai akauntabiliti untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Jelasnya, sudah cukup tempoh selama dua tahun diberikan kepada kepimpinan Anwar untuk melaksanakan dasar dan janji yang selama ini mereka laungkan.

“Namun, setakat ini satu persatu janji manis dilanggar. Bukan itu sahaja, kepimpinan PMX (perdana menteri ke-10) tidak pernah cuba menjadi kerajaan yang matang dan bertanggungjawab dalam mentadbir.

“Sikap kepura-puraan dalam mentadbir serta keengganan mengambil tanggungjawab terhadap masalah ekonomi dihadapi negara menyebabkan rakyat makin meluat dengan pentadbiran PMX,” katanya pada sesi pembentangan usul Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh, hari ini.

Abdul Abidi turut mengemukakan empat asas pertimbangan isu membabitkan usul berkenaan.

Pertama katanya kerana kegagalan Anwar melunaskan janji-janji yang dilaungkan semasa kempen PRU dahulu.
“Kedua kegagalan PMX dalam menghapuskan rasuah, malah melepaskan perasuah dan diangkat sebagai orang kanan beliau.

“Ketiga, kegagalannya menyelesaikan isu kos sara hidup yang membebankan rakyat dari hari ke hari dan terakhir penindasan yang dilakukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang dengan menafikan peruntukan,” jelasnya.

Perwakilan Pemuda PAS dari Pokok Sena, Hamadah Syauqi kemudian tampil menyokong usul yang mendesak Anwar supaya segera berundur.

“Kita bagi tempoh kepada beliau wahai ketua pemuda, kalau sebulan dia tak letak, dua bulan dia tak letak, setahun dia tak letak, kita akan memimpin kebangkitan rakyat turun ke jalan raya,” katanya.

Selain itu, usul lain turut diluluskan dalam muktamar agung tahunan tersebut membabitkan cadangan sejarah Palestin diangkat sebagai silibus dalam sistem pendidikan di bawah PAS.

Pemuda PAS turut menerima usul tergempar mengutuk campur tangan DAP dalam urusan umat Islam dan ia kemudiannya diluluskan sebulat suara.

-Wak Labu Farm 

Sabtu, 7 September 2024

'Kalau kamu tak tahu agama kami, jangan cakap, kamu diam lebih elok',tempelak Dr Akmal kepada Teresa Kok

 bharian.com.my

Oleh Zanariah Abd Mutalib 
zanariah_mutalib@bh.com.my
Muhamad Akmal Saleh (kiri) dan Teresa Kok.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menempelak tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban kepada peniaga.

Dr Muhamad Akmal menegaskan perolehan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan saja membabitkan larangan kandungan arak dan babi tetapi merangkumi bagaimana sesuatu makanan itu disediakan dan sumber penyediaannya.

"Saya nak beritahu... sijil halal dulu berbulan nak dapat. Hari ini, kita sudah pendekkan sehingga 23 hari saja, sudah dapat sijil halal.

"Jadi, apa masalah kamu dengan sijil halal ini. Kalau kamu tidak suka, ia tidak membabitkan kamu pun," kata beliau melalui TikToknya, hari ini.

Semalam, media melaporkan, Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Naib Pengerusi DAP itu mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil, selain bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya dan mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, kelmarin yang JAKIM mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Dr Muhamad Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mendakwa tindakan Teresa itu yang sebenarnya memalukan negara, yang disifatkan beliau sering mengganggu gugat keharmonian.

"Kalau kamu tak tahu mengenai agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok," katanya.

-Wak Labu Farm 

Jumaat, 6 September 2024

ASAL USUL NAMA KAMPUNG JANDA BAIK DI PAHANG

 ASAL USUL NAMA KAMPUNG JANDA BAIK

KETERANGAN GAMBAR : Salah seorang individu yang mula membuka Kampung Janda Baik, Haji Yaseh Daun (berkot hitam) bersama-sama penduduk di atas pelantar masjid pertama di kampung itu pada 1933.

Kisah Tentang Janda Orang Asli (Asal) 

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Namun, cerita di sebalik nama kampung yang unik itu sebenarnya bermula daripada kisah yang disampaikan secara turun-temurun oleh generasi ke generasi penduduk kampung tersebut.

Menurut anak jati kelahiran Kampung Janda Baik, Prof. Dr. Kamaruzaman Moidunny, sebelum orang Melayu dari Kampung Ketari dan Kampung Benus di Bentong berpindah ke Kampung Janda Baik, kawasan itu merupakan hutan belantara yang tidak pernah diteroka oleh sesiapa.

Jelasnya, Orang Asli dari suku kaum Temuan yang diketuai seorang Tok Batin bernama Emok telah mula menduduki sekitar kawasan tersebut.

Kamaruzaman yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Penilaian dan Peperiksaan, Institut Aminuddin Baki berkata, Tok Batin Emok dikisahkan pernah terpikat dengan seorang anak dara dari suku kaum Orang Asli lain yang mendiami Hulu Kenaboi di Negeri Sembilan.

“Kawasan Hulu Kenaboi ini merupakan kawasan yang boleh dilawati dengan menggunakan jalan hutan dari Kampung Janda Baik. Oleh kerana Tok Batin terbabit terlalu mencintai anak dara jelita berasal dari Hulu Kenaboi itu, maka dia pun menceraikan isterinya bernama Endut,” katanya.

Beliau yang pernah menjalankan kajian berkenaan Kampung Janda Baik berkata, setelah Tok Batin Emok berpindah ke Negeri Sembilan untuk tinggal bersama isteri baharunya, bekas isterinya Endut tinggal seorang diri di kampung asal.

Bagaimanapun, Tok Batin Emok yang pada asalnya kaya telah jatuh miskin akibat terlalu mengikut kehendak isteri mudanya yang cantik. Selepas jatuh miskin, isterinya lari ke Jelebu, Negeri Sembilan meninggalkan suaminya.

“Maka pulanglah semula Tok Batin itu ke Kampung Janda Baik. Dia mendapati jandanya tetap menunggunya dengan penuh setia dan sedia menerimanya semula sebagai suami. Mereka pun bersatu kembali dan hiduplah mereka dengan kebahagiaan. Sejak dari itu kampung ini dikenali sebagai ‘Janda Balik’ yang diambil daripada peristiwa seorang janda ‘berbalik’ kepada bekas suaminya,” katanya.

Namun, menurut Kamaruzaman, nama Janda Balik lama-kelamaan telah bertukar menjadi Janda Baik apabila perkataan itu disebut berulang kali secara cepat.

Kemudian katanya, pada 1934, Pegawai Daerah Bentong ketika itu, Orang Kaya Shahbandar Datuk Hussain yang merupakan datuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mahukan kampung tersebut diwartakan.

Katanya, sehubungan itu, orang kampung telah berpakat untuk menetapkan nama dan hasil pungutan suara, mereka telah mencadangkan tiga nama untuk diwartakan secara rasmi.

“Tiga cadangan itu adalah Kampung Tiga Haji, Kampung Hulu Benus dan Kampung Janda Balik. Nama Kampung Tiga Haji dicadangkan berdasarkan tiga orang haji yang membuka kampung ini. Cadangan nama Kampung Hulu Benus pula diambil berdasarkan kedudukan Janda Baik yang terletak di bahagian hulu kepada Kampung Benus Ulu dan Kampung Benus Hilir.

“Manakala cadangan nama Kampung Janda Balik pula diambil berdasarkan peristiwa seorang janda Orang Asli suku Temuan yang berbalik semula ke pangkuan bekas suaminya setelah diceraikan.

“Setelah dibuat pemilihan di antara tiga cadangan nama tadi, maka persetujuan diambil untuk memilih nama Janda Balik sebagai nama kampung. Nama ‘Janda Balik’ ini akhirnya diubah suai sedikit lalu menjadi nama ‘Janda Baik’,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Haji Yaseh, Haji Kadir dan Haji Idris melalui pelbagai cabaran dalam usaha mereka membuka kampung tersebut untuk dijadikan penempatan orang kampung dari Bentong.

Katanya, pada peringkat awal, ketiga-tiga mereka telah meminta kebenaran daripada Pegawai Daerah yang ketika itu adalah orang Inggeris, namun ditolak dengan alasan kawasan tersebut merupakan hutan simpan dan sekiranya diterokai dikhuatiri akan menjejaskan kawasan tersebut.

Setelah beberapa kali ditolak, akhirnya pada 1930, ketiga-tiga mereka mendapat kebenaran untuk mengusahakan penerokaan dan pembukaan Kampung Janda Baik apabila kelulusan diberikan bagi tanah berkeluasan 800 hektar bagi menggantikan kawasan Kampung Benus Ulu dan Benus Hilir yang telah ditenggelami banjir besar sebelum itu.

Sumber : Utusan Malaysia Edisi 11/4/2015 

#SejarahPahang #GambarKlasikPahang #Pahang06 #Bentong #JandaBaik

Source 

Khamis, 5 September 2024

Dr Akmal pening, samakan Zahid dengan MB Kedah dan Perlis

 Dr Akmal pening, samakan Zahid dengan MB Kedah dan Perlis

Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pemuda Umno Malaysia kelihatannya mempunyai salah faham yang sangat besar berkenaan kuasa MB dengan TPM. Tetapi kita tidak boleh salahkan dia juga sebab dia baru habis belajar pada 2014,10 tahun lalu.

Masa itu telah berlaku apa yang dinamakan sebagai Langkah Kajang di Selangor kerana PKR dengan sokongan DAP, telah melakukan kezaliman dengan memecat allahyarham TS Khalid Ibrahim dengan dakwaan fitnah setebal 91 muka surat.

Dan antara tujuan utama ialah mahu menaikkan PMX sebagai MB Selangor yang pada hemat mereka, mungkin akan dapat memberikan sedikit imuniti sebagai Ketua Eksekutif Negeri.

Ini kerana PMX ketika itu sedang menghadapi saat genting kerana perbicaraan di mahkamah kelihatannya tidak memihak kepada beliau. 

Akhirnya, si suami gagal menjadi MB kerana didapati bersalah meliwat serta disumbat ke dalam penjara dan sang isteri pula menggigit jari, tidak diperkenankan menggantikan TS Khalid.

Yang menang diperkenan istana menjadi MB, ialah orang kanan mereka dahulu. Tetapi jutaan duit rakyat dihabiskan oleh pasangan suami isteri politik itu. Tidak termasuk PRK di Permatang Pauh dan Port Dickson. 

Jadi mungkin Akmal melihat kuasa MB begitu besar atau setaraf dengan TPM, atas kisah Langkah Kajang itu. Lagipun PMX adalah cikgu kepada bos beliau dalam Umno. 

Memang agak pelik saranan Dr Akmal ini kerana yang didakwa ialah anak MB Perlis, bukan MB Perlis. MB Perlis dipanggil memberikan keterangan sahaja bagi siasatan oleh pihak berkuasa. Kes yang didakwa pula sudah turun dari RM600 ribu kepada RM19,000 sahaja. 

Manakala MB Kedah pula sedang menghadapi tuduhan menghasut dalam pemilihan MB Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan bukannya atas kes salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya seperti 47 kes yang kita maklum dilakukan oleh Zahid.

Atau mungkin Dr Akmal selepas melihat tarian mencuci rasuah di perarakan kemerdekaan temohari, menyangkan Umno sudah disucikan daripada rasuah? Tetapi harapnya tidaklah kerana sudah mendapat Datuk, semua kebencian terhadap perasuah kini menjadi sayang. 

Mohd Nasir Abdullah

4 September 2024

Isnin, 2 September 2024

Poskad diterima 121 tahun selepas dipos pada 1903

 Poskad yang diterima selepas 121 tahun diposkan. - Foto ihsan Persatuan Bangunan Swansea

Poskad yang diterima selepas 121 tahun diposkan. - Foto ihsan Persatuan Bangunan Swansea

SWANSEA: Sekeping poskad yang hanya sampai ke destinasinya selepas 121 tahun diposkan, akhirnya mempertemukan generasi seterusnya seorang wanita, Helen Roberts, dengan ahli keluarga lain buat pertama kali.

Awal bulan lalu, poskad yang dipos pada 1903 itu tiba di alamat di Swansea, yang kini menjadi rumah menempatkan Persatuan Bangunan Swansea.

Persatuan Bangunan Swansea berkongsi di media sosial bahawa poskad itu tiba di alamat Cradock Street di Swansea bersama surat lain pada Jumaat.

Roberts masih tinggal di kawasan berkenaan, tidak jauh dari rumah di mana datuknya membesar.

Datuknya adalah adik kepada Ewart, pengirim poskad itu, manakala penerimanya ialah Lydia Davis.

Poskad yang diposkan pada 1903 mengambil masa 121 tahun untuk sampai ke destinasi. - Foto ihsan Persatuan Bangunan Swansea
Poskad yang diposkan pada 1903 mengambil masa 121 tahun untuk sampai ke destinasi. - Foto ihsan Persatuan Bangunan Swansea

Roberts berkata seorang wanita terlihat berita itu dalam media sosial dan meletakkan nama serta alamat tertera pada poskad berkenaan kepada Ancestry, sebuah agensi mengesan salasilah keluarga, yang memaklumkan kepadanya.

"Sebaik sahaja saya melihat alamat dan nama itu, saya terus mengenalinya sebagai rumah keluarga datuk saya ketika kecil dan Lydia sebagai kakaknya," katanya.

Rabu lalu, Roberts dan kakaknya Margaret Spooner bertemu dengan cucu Ewart, Nick Davies, dan cicit Lydia, Faith Reynolds.

Difahamkan, poskad itu dihantar oleh Ewart kepada kakaknya semasa dia tinggal bersama datuk dan nenek mereka di bandar pesisir pantai Fishguard di Pembrokeshire.

"Sangat menyeronokkan dapat bertemu dengan Nick dan Faith yang mempunyai pengetahuan mengenai keluarga mereka sendiri, dan mereka juga mendapat pengetahuan daripada sudut pandang kami.

"Kami terus berhubung dan bertukar e-mel. Semuanya sangat mengagumkan.

"Bukan sahaja hakikat bahawa poskad itu tiba, tetapi bagaimana ia menyambungkan keluarga dan sejauh mana ia tular di seluruh dunia. Ia benar-benar mengagumkan," katanya. - AGENSI