"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2024

Keropok beracun:'Jiran telefon minta maaf, beritahu anak dia yang letak racun'

 

Nurain
Nurain

GEORGE TOWN - Jiran kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus ada menghubungi ibu kepada mangsa pada malam Selasa.

Nurain Hasnorizal, 25 berkata, ibu kepada jirannya itu menghubunginya pada jam 10 malam untuk meminta maaf terhadap kejadian berkenaan.

"Jiran ada telefon, 10 malam tadi (Selasa). Mak dia telefon minta maaf semua, beritahu anak dia yang letak racun tu.

"Saya kata tak apa lah, benda dah jadi, nak buat macam mana. Saya tak tahu nak kata apa, harap benda yang baik-baik saja.

"Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh dalam keadaan macam ini. Kadang-kadang mak saya telefon pun (saya) tak sempat nak angkat sebab ada di dalam wad," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nurain berkata, dia juga reda apabila orang ramai menyalahkan dirinya dalam kejadian berkenaan.

"Biar la apa orang nak kata dalam tu (media sosial), kita saja tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang komen-komen saja, mereka tak tahu.

"Anak saya hanya bermain di luar rumah saja, kita tak biar anak-anak," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Nurain dilaporkan berkata, dia masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.

Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, sebelum ini dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun yang bertujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun pagi Rabu, Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

-SH Online 

Isnin, 8 Julai 2024

Ibu rayu titipkan doa, 2 beradik kritikal makan keropok ada racun

 

GEORGETOWN: "Saya rayu orang ramai titipkan doa buat dua beradik ini semoga segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.

"Terima kasih dan semoga ada doa dalam kalangan kalian yang dikabulkan Allah SWT."

Begitu rayuan Nurain Hasnorizal, 25, mengenai perkembangan dua anaknya yang kini kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus.

Keropok beracun yang digantung di pagar kebun untuk memerangkap monyet dimakan dua beradik. - Foto ihsan polis
Keropok beracun yang digantung di pagar kebun untuk memerangkap monyet dimakan dua beradik. - Foto ihsan polis

Dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah itu, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun masih tidak sedarkan diri.

Doktor tak beri harapan anak sulung pulih

Katanya, doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya tetapi mereka akan cuba yang terbaik.

"Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya tidak stabil.

"Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah 'teruk'," katanya ditemui di perkarangan HPP, hari ini.

Mengenai perkembangan Muhammad Luth Syauqi pula, Nurain berkata, anak keduanya itu masih koma.

"Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma.

"Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya," katanya yang juga operator kilang.

Nurain berkata, ketika kejadian dia menyedari anaknya masuk ke rumah dan tidak lama kemudian, anak bongsunya diserang sawan. Dia turut memeriksa keadaan anak sulungnya yang dalam keadaan serupa selain mulut berbuih.

"Saya lihat ada plastik makanan ringan dan yakin mereka sudah termakan keropok dicampur racun tikus itu yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet.

"Berikutan keadaan kritikal, mereka dipindahkan dari Hospital Kulim (HK) ke HPP," katanya.

Turut kelihatan di perkarangan HPP adalah sanak saudara mangsa yang menemani Nurain.

Keropok beracun yang digantung di pagar kebun dimakan dua beradik yang kini kritikal di hospital. - Foto ihsan polis
Keropok beracun yang digantung di pagar kebun dimakan dua beradik yang kini kritikal di hospital. - Foto ihsan polis

Lokasi kejadian dua beradik termakan makanan ringan yang mengandungi racun digantung pada pagar. - Foto ihsan polis
Lokasi kejadian dua beradik termakan makanan ringan yang mengandungi racun digantung pada pagar. - Foto ihsan polis

-BH Online 

Jumaat, 7 Januari 2022

Pengemis Rohingya: Budak 'kurang asam' ganggu orang ramai

 ANTARA rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak warga Rohingya yang meminda sedekah di jalanan di ibu kota. FOTO MEDIA SOSIAL

ANTARA rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak warga Rohingya yang meminda sedekah di jalanan di ibu kota. FOTO MEDIA SOSIAL

Kuala Lumpur: Usia mereka mungkin di bawah 12 tahun namun lagak berani ditunjukkan kanak-kanak dipercayai warga Rohingya ketika meminta sedekah di ibu kota mengundang reaksi pelbagai masyarakat.

Ada yang mengibaratkan golongan kecil itu sebagai samseng dan tidak kurang juga mengutuk kegiatan kanak-kanak berkenaan serta mendesak tindakan tegas diambil kerajaan.

Dalam video tular di media sosial, baru-baru ini, pengemis cilik itu kelihatan meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat di bandar raya ini termasuk di Jalan Sultan Ismail dengan mendekati kenderaan pengguna jalan.

Ketika ada pemandu yang merakam perbuatan mereka, terdapat kanak-kanak itu yang dilihat berang, malah mengetuk pintu kenderaan terbabit dan menunjukkan isyarat jari tanda marah.

Rakaman yang tular itu memperlihatkan situasi berbeza dialami orang berlainan namun masih membabitkan kelompok pengemis kanak-kanak itu.

Tinjauan di media sosial mendapati banyak kecaman diterima daripada warganet terhadap aktiviti pengemis cilik itu, malah mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.


Seorang pengguna Facebook (FB) berkongsi pengalaman buruknya berdepan kanak-kanak terbabit.

"Dulu butik saya di Seksyen 7, Shah Alam. Ramai mereka ini (pengemis cilik). Siap masuk butik kita minta duit. Kalau tak bagi dia keluar, ambil batu dan baling cermin pintu kedai kita.

"Memang dah melampau. Kerajaan kena pantau la. Kalau sudah bagi masuk (Malaysia), hantar la (warga Rohingya) buat kerja ke apa yang berfaedah," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menyedari kegiatan golongan itu yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi berlainan.

Katanya, tindakan segera akan diambil bersama agensi berkaitan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu pihaknya.

"Setakat ini kita tidak terima laporan daripada mana-mana pihak (termasuk individu mendakwa didekati pengemis cilik Rohingya)," katanya.-myMetro

Sabtu, 27 Mac 2021

Guru tadika campak murid, tampil mohon maaf selepas dikecam ramai natizen.

Seorang guru tadika dikecam netizen selepas videonya mencampakkan seorang anak murid tular di media sosial.


Berikutan itu, pihak tadika telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memberhentikan guru terbabit serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan oleh bapa kepada salah seorang murid di tadika itu, sebentar tadi.

Pihak sekolah akan ambil tindakan sewajarnya dan guru itu akan diberhentikan serta merta selain laporan polis telah dibuat,” katanya.

Menurut satu laporan, selepas diserang oleh netizen dengan komen-komen kecaman, guru terbabit  dikatakan tampil memohon maaf kepada ibu bapa murid tersebut dan juga kepada semua orang atas tindakannya itu.

Isnin, 1 Februari 2021

Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan



Kawan kepada ibu kandung arwah adik Amir yang dipercayai mati akibat didera telah tampil menceritakan mengenai keadaan suspek ketika tempoh perkenalan mereka.

Menurut kawannya itu, suspek memang ada sedikit masalah psaikologi. Dia juga turut terkejut bila mendengar mengenai berita kematian Amir kerana sebelum ini dia berfikir mungkin sahabatnya itu sudah berubah.

Ibu kandung Amir juga pernah memuatnaik status yang menceritakan bahawa anak-anaknya dipukul oleh bapa tiri. Ketika itu kawannya mengambil pendekatan untuk menasihati suspek kerana tidak tahu cerita sebenar dan tidak mahu masuk campur masalah rumah tangga orang lain.

Berikut adalah perbualan pada setahun yang lalu antara kawan tersebut dengan suspek iaitu Zuraida Atan, di Facebook:


"Jaga Amir baik-baik, baik budak tu" nasihat kawannya:


Gambar dan akaun Facebook bapa tiri arwah didedahkan:


Ibu kandung arwah Amir ada masalah mental:


Ibu Amir dikatakan pernah kongsi status di Facebook mendakwa anak-anak yang lain juga pernah didera oleh bapa tirinya dengan batang mop dan putung rokok:


Polis dah banyak kali tangkap suspek dan ada "kad":


Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah )JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, Bili Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak mereka lemas di dalam tong air di rumahnya.


Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan daripada itu ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun telah ditahan lokap untuk siasatan. 

Apapun kes ini masih lagi dalam siasatan. Polis dikatakan bakal membuka kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: FB Awak Si Pencuri Hati


Isnin, 28 Disember 2020

Ryan Kaji, YouTuber Paling Kaya 2020 Yang Baru Berusia 9 Tahun!


Kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS), yang baru sahaja berusia 9 tahun, Ryan Kaji, sekali lagi disenaraikan Youtube sebagai penerima bayaran tertinggi sepanjang tahun 2020 apabila meraih AS$29.5 juta (RM119 juta).


YouTuber

 Dalam Senarai Forbes 2020, pendapatan itu dijana menerusi saluran Youtube iaitu "Ryan's World" yang terkenal dengan video membuka kotak hadiah permainan dengan ulasan menghiburkan serta diikuti kira-kira 41.7 juta peminat.

"Kini, Ryan Kaji juga mempunyai pelbagai barisan barangan berjenama sendiri seperti mainan, ubat gigi dan beg sekolah, yang dijual menerusi Amazon, Target dan Walmart.

"Jualan barangan berkenaan mencecah AS$200 juta (RM807 juta) tahun 2019 lalu selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate," katanya.

Berdasarkan Senarai Forbes, ini bukan pertama kali Ryan Kaji mendahului senarai bayaran tertinggi di Youtube kerana dia pernah tersenarai pada 2018 dan 2019.

Selain itu, video keluarannya, 'Huge Eggs Surprise Toy Challenge', adalah antara 60 video yang paling banyak ditonton di laman sesawang, dengan lebih dua bilion tontonan.

Senarai YouTuber Terkaya 2020

Selain Ryan, pencipta kandungan Youtube yang mencatatkan pendapatan tertinggi adalah:
  • -Mr Beast (Jimmy Donaldson) (AS$24 juta).

  • -Dude Perfect (AS$23 juta).

  • -Rhett and Link (AS$20 juta).

  • -Markiplier (Mark Fischbach) (AS$19.5 juta).

  • -Preston Arsement (AS$19 juta).

  • -Nastya (Anastasia Radzinskaya) (AS$18.5 juta).

  • -Blippi (Stevin John) (AS$17 juta).
  • David Dobrik (AS$15.5 juta) .

  • -Jeffree Star (AS$15 juta).
Difahamkan, Ryan Kaji juga sudah menandatangani perjanjian untuk siri televisyen di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dolar.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/

Khamis, 8 Oktober 2020

Kanak-Kanak Lelaki 5 Tahun Kendali Eskavator Bantuan Selepas Banjir

 

Hebatnya kau dik!

Jakarta: Usianya baru lima tahun namun kelincahan seorang budak lelaki di Kota Ambon, Kepulauan Maluku, Indonesia mengendalikan eskavator (jentera pengorek tanah) mengagumkan orang ramai.

Theo Paays tidak menghabiskan masanya bermain dengan rakan sebaya, sebaliknya membantu membersihkan sungai yang dilitupi sisa kotoran akibat banjir.

Portal Liputan6.com melaporkan, video kehebatan anak kecil di Desa Hutumuri itu sempat dirakam penduduk setempat sebelum ia dikongsi seorang pengguna Facebook (FB), baru-baru ini.

Theo menggunakan jentera berat itu untuk mengalihkan sisa yang tersekat di dalam sungai berhampiran rumahnya selepas banjir surut, pada Ahad lalu.

Selain itu, Theo juga membantu mengangkat batu besar untuk menyekat air banjir daripada mengotori sumber bekalan air bersih penduduk.

Aksi kanak-kanak itu turut mendapat reaksi positif daripada warganet yang turut kagum dengan kemahirannya mengendalikan jentera berat.

"Berkat bantuannya, penduduk kini dapat menikmati air bersih," kata seorang pengguna FB di ruangan komen video berkenaan.

Video berkenaan juga sudah mendapat 2,000 tanda suka daripada warganet.

Sepanjang pengendalian itu, Theo dibantu beberapa penduduk lain yang memberikan bantuan kepadanya untuk mengalihkan sisa dan batu besar di kawasan sungai.

Di dalam video itu juga, Theo sempat menjerit kegembiraan dan bersemangat mengendalikan jentera berat berkenaan. -Agensi


ps:Kalau kat Malaysia sudah pasti bapa atau penjaga budak ni dah kena tindakan dari pihak berkuasa