"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Rezeki Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki Allah. Papar semua catatan

Rabu, 9 Jun 2021

Subhanallah:Hamil 10 bayi serentak

GOSIAME Thamara Sithole. FOTO Agensi
GOSIAME Thamara Sithole. FOTO Agensi

Cape Town: Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa akan melahirkan 10 bayi kembar serentak.

Ibu berusia 37 tahun itu berkata, dia akan menjalani proses kelahiran di sebuah hospital di Bandar Pretoria bulan ini.

Gosiame Thamara Sithole percaya dia akan melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan secara normal.

Jika benar, kelahiran itu akan memadam rekod yang pernah dicatat Halima Cisse dari Mali yang melahirkan sembilan bayi di sebuah hospital di Maghribi pada Mei lalu.

Namun, kandungan itu masih belum disahkan doktor atau Guinness World Records.

Doktor memaklumkan wanita itu dijangka melahirkan enam bayi, namun jumlah itu meningkat kepada lapan berdasarkan imbasan terkini.

Ibu yang berasal dari Thembisa di Ekurhuleni itu bekerja sebagai pengurus stor sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun.

Pada awal tahun ini, wanita itu memaklumkan dia mengandung namun berdepan kesukaran dan sakit pada kaki dan pedih ulu hati.

Dia juga bimbang kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berisiko tinggi untuk mengandung.

Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan kelak akan diletakkan beberapa bulan dalam inkubator sebelum dia dan suami Teboho Tsotetsi boleh membawa anak mereka pulang.

Tehebo menganggap dirinya gembira dan beremosi dengan kelahiran ini.

Media sebelum ini melaporkan dalam kes Cisse, doktor pada awalnya menjangka wanita itu hamil tujuh anak.

Tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada dua lagi bayi ketika wanita itu melahirkan anak menerusi pembedahan.

Cisse melahirkan bayi lima perempuan dan empat lelaki itu mengikut jangkaan dan berkeadaan baik.

Wanita itu sudah mempunyai anak bersama suaminya Kader Arby terbang ke Maghribi pada Mac untuk mendapatkan rawatan pakar selepas kerajaan Mali tidak mempunyai kepakaran.-myMetro

Sabtu, 21 November 2020

Siput laut serah diri di pantai Rusila, kawasan Tok Guru Abdul Hadi?

 

Siput laut mendarat di Pantai Rusila

Marang: Isinya sedap seperti sotong dan cengkerangnya yang cantik boleh dibuat hiasan, menyebabkan Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di sini menjadi tumpuan orang ramai, untuk mencari siput laut yang banyak terdampar pada musim tengkujuh kali ini.

Kebanyakan penduduk berusia lebih 50 tahun yang ditemui Bernama mendakwa, siput laut itu hanya pernah dilihat ketika mereka masih kecil kira-kira 40 tahun lalu dan tidak pasti apakah nama atau spesis sebenar siput itu.

Kamariah Mohammad, 64, berkata, kemunculan semula siput laut itu sejak dua hari lalu, mengimbau kembali kenangannya sewaktu kecil dan dia teruja dapat menikmati isi hidupan laut itu yang sangat enak untuk dimakan dengan pelbagai jenis masakan.

"Mak cik saja datang ke pantai ini sebab tengok makin ramai cari siput laut, lagipun rumah dekat sahaja. Tak sangka pula, siput laut ini masih wujud sebab sudah lebih 50 tahun tak nampak.

"Kebanyakan yang datang cari siput laut ini tidak jual sebab mereka nak rasa sendiri... Ada yang agihkan kepada penduduk kampung dengan niat berkongsi rezeki," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Tahun lalu, Pantai Rusila menjadi tumpuan orang ramai disebabkan fenomena kerang bulu yang terdampar dalam jumlah banyak, namun pada musim tengkujuh kali ini, jumlah siput laut pula lebih banyak ditemui berbanding kerang.

Seorang lagi penduduk Kampung Rhu Dua Muhammad Nasaruddin Ramli, 26, berkata, dia memperoleh hampir tujuh kilogram (kg) siput laut, setelah mencari hampir tiga jam.

"Semalam dapat hanya tiga kg dan keluarga kata sedap dibuat gulai masak lemak serta masak tumis serai. Saya niat hendak sedekah pada saudara dan jiran yang tidak berkesempatan datang hari ini," katanya yang tidak pernah melihat siput itu sebelum ini.

PENDUDUK tempatan mencari siput laut yang banyak terdampar di Pantai Rusila, Kampung Rhu Dua. FOTO Bernama.

Selain mencari siput laut, pengunjung yang datang juga tidak melepaskan peluang bermandi-manda dan bersantai bersama keluarga berikutan cuaca yang agak baik, namun pada masa sama mereka mengakui sangat berhati-hati dan menetapkan had jarak agar tidak terlalu jauh ke tengah laut.

Seorang lagi penduduk, El Gamillo Habibun Tan, 40, berkata, dia ke pantai itu sejak petang semalam selepas dimaklumkan sahabatnya mengenai fenomena unik yang jarang terjadi sebelum ini.

"Alhamdulillah, musim tengkujuh di Terengganu kali ini terus memberi pelbagai rezeki dan nikmat kepada penduduk, terutama penggemar makanan eksotik. Semalam ramai ke Pantai Pandak dekat Chendering untuk mencari kerang dan hari ini, Pantai Rusila pula jadi tumpuan.

"Ada rakan saya di Sabah kata siput ini dikenali sebagai 'sikad-sikad' dan mudah ditemui di perairannya. Saya ke sini untuk merakam foto dan video, kerana mahu menyimpannya sebagai kenangan berharga sepanjang bertugas di Terengganu," katanya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang.

Sementara itu Pensyarah Kanan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan Universiti Malaysia Terengganu Norainy Mohd Husin berkata, beliau akan ke Pantai Rusila untuk melihat sendiri siput laut yang didakwa sudah berpuluh tahun tidak ditemui.

"Berdasarkan gambar dan video yang saya lihat, nama saintifik siput ini ialah Margistrombus dan ia boleh dimakan.

"Siput ini banyak terdapat di perairan Indo-Pasifik termasuk Sabah dan Johor. Cuma di Terengganu, kemunculannya mungkin disebabkan beberapa faktor semula jadi yang perlukan kajian lanjut," katanya. BERNAMA


Kredit:ibnuHasyim.com