"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label KDA FC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KDA FC. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2024

Liga Super:𝟯,𝟮𝟴𝟭 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 '𝗕𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀'

 𝟯,𝟮𝟴𝟭 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 '𝗕𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀'

Suatu kejutan. Tatkala ramai menyangkakan bola sepak Kedah Darul Aman (𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝) di ambang ‘𝙢𝙖𝙪𝙩’ dalam dunia bola sepak tempatan, pasukan ini kekal mencipta magis tersendiri.

Jaringan tunggal daripada bintang Brazil, Cleylton dos Santos pada penghujung separuh masa pertama menggamatkan seketika suasana di Stadium Darul Aman (𝙎𝘿𝘼) untuk meletakkan mereka di hadapan Terengganu.

Namun, tidak ramai yang menyangka gol daripada pertahanan import itu sebenarnya memastikan nama Sang Kenari terus ‘𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥’ di saingan Liga Malaysia (𝙇𝙞𝙜𝙖 𝙈) ketika ini.

Jaringan tunggal pertahanan dari Brazil itu nyata memastikan Kedah berjaya meraih tiga mata yang dirindui dalam saingan Liga Super setelah kali terakhir mereka merasainya pada 12 Julai lalu.

Gelap tidak bermakna tiada sebarang titik cahaya akan tersirna, begitulah jua buat Kedah yang setelah sekian lama hanya berkisarkan perkara negatif, akhirnya mereka kembali meraih kejayaan.

Satu jaringan itu dipertahankan sebaik mungkin dalam setiap pemain sehingga ke wisel penamat biarpun mereka mendapat tentangan cukup sengit daripada Sang Penyu.

Sebut sahaja nama Ifwat, Cleylton, Sony Norde, termasuk Milos Gordic jelas masing-masing berusaha sehabis baik walaupun semua memiliki masalah tersendiri yang usah untuk disebut lagi.

Menang, tiga mata, serta tidak bolos, menjadi kombinasi yang dirindui para penyokong kepada Sang Kenari sejak sekian lama.

Buat kem Kedah sendiri, sudah tentu kesakitan mereka sebenarnya sedikit terubat akan keputusan positif itu selain sokongan padu diberikan penyokong yang berjumlah 3,281 semalam.

Penulis percaya, jumlah kehadiran itu menjadi titik perubahan besar untuk menarik kembali lebih ramai penyokong selepas ini ke stadium demi menolak Kedah dari lembah kehancuran.

Jika dilihat pada aksi semalam, setiap pemain tampil dengan aksi cukup bertenaga untuk membuktikan mereka masih ada dan sedia terus pertahankan nama pasukan tersebut.

Aksi seterusnya menyaksikan Kedah bakal beraksi di lokasi sama pada 25 Oktober untuk menerima tentangan PDRM pula dan sudah tentu kehadiran lebih ramai penyokong ditagih pasukan berkenaan.

Kami di Semuanya BOLA mengharapkan bukan sahaja keputusan positif kita dengar membabitkan Kedah di atas padang, tetapi isu dalaman mereka juga turut kedengaran demi memastikan Sang Kenari terus bernafas.

𝗔𝗿𝘁𝗸𝗲𝗹 : 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗕𝗢𝗟𝗔 - Afiq Rowley


.

Rabu, 10 Julai 2024

[VIDEO] Hanya kerana kena kad merah berdepan Kedah, keluarga Fairuz Zakaria jadi sasaran cacian

  

Fairuz dikesan melakukan isyarat lucah selepas dibuang padang dalam aksi Piala FA menentang KDA FC. — Facebook/Penang FC

KEKALAHAN tipis 0-1 secara agregat menyaksikan  Penang FC dalam saingan Piala FA terhenti di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC di peringkat suku akhir.

Mereka yang tewas di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Jun lalu gagal melakukan kebangkitan dalam aksi kedua yang berlangsung Jumaat lalu.

Penyingkiran berkenaan sudah tentu sukar diterima rata-rata penyokong skuad Harimau Kumbang memandangkan pasukan itu ditunjukkan jalan keluar oleh seteru utama.

Insiden yang menyaksikan Fairuz Zakaria dibuang padang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Malah, sebilangan anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut dijadikan tumpuan, seperti Nabil Ahmad Latpi dan Rodrigo Dias yang gagal menampilkan persembahan terbaik dalam kedua-dua perlawanan.

Bagaimanapun, ada daripada penyokong yang bertindak keterlaluan dengan melontarkan kata-kata cacian terhadap bek kiri Penang FC, Fairuz Zakaria.

Dalam satu hantaran di Instastory peribadinya, pemain berkenaan menceritakan bagaimana terdapat penyokong bertindak menghina keluarganya.

"Assalamualaikum, saya Mohammad Fairuz Zakaria nak minta maaf kepada semua kalau ada kelakuan saya tidak sopan sebelum ini.

WhatsApp Image 2024-07-10 at 11.10.13 AM

Luahan kekecewaan dibuat Fairuz di akaun Instagram peribadinya.

"Terima kasih yang mana ada mesej saya dan menghina anak saya muka (seperti) anjing dan lain-lain lagi. Saya maafkan orang yang menghina anak dan keluarga saya yang tiada kaitan dengan bola sepak, terima kasih," katanya.

Fairuz dilayangkan kad merah pada minit ke-88 ketika aksi di tempat sendiri setelah menerima dua kad kuning sebelum didapati melakukan isyarat lucah ke arah penjaga garisan.

Selain itu, pemain berusia 27 tahun berkenaan dilihat melepaskan tumbukan ke arah wajah pemain Kedah, Habib Haroon ketika melakukan protes ke arah keputusan tersebut.

Tindakan sedemikian membuatkannya berkemungkinan dikenakan hukuman lebih berat, namun masih belum terdapat sebarang keputusan dibuat terhadapnya.

WhatsApp Image 2024-07-10 at 11.46.44 AM

Ultras Panthers menempelak tindakan penyokong yang mengaibkan keluarga Fairuz Zakaria. — Twitter/UP11

Luahan dibuat bekas pemain itu menerima respons penyokong yang beranggapan tindakan memberikan kata-kata cacian itu sepatutnya tidak berlaku.

Antara yang mempertikaikan perkara berkenaan adalah kumpulan penyokong Ultras Panthers yang menyatakan solidariti terhadap Fairuz.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya individu yang menghina paras rupa anak dan keluarga! Walau apa pun terjadi dalam padang, jangan sesekali main isu hinaan kepada paras rupa anak, isteri serta keluarga!" tulisnya.

Setakat ini, tempoh penggantungan dihadapi Fairuz masih belum dipastikan dengan dia sudah terlepas aksi timbal balik Piala FA di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat lalu. — Majoriti

Rabu, 5 Jun 2024

Penyokong Kedah berang waktu perlawanan bertembung dengan solat Maghrib

 Pemain Kedah menjalani latihan menjelang aksi Piala FA menentang BTFC.

Pemain Kedah menjalani latihan menjelang aksi Piala FA menentang BTFC.

ALOR SETAR: Penyokong bola sepak Kedah kurang senang di atas ketetapan waktu perlawanan Piala FA membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang kelab Bukit Tambun FC (BTFC) di Stadium Darul Aman, 14 Jun ini.

Ini berikutan waktu perlawanan tersebut yang akan bermula pada jam 6.30 petang dianggap kurang sesuai untuk disaksikan kerana bertindih dengan waktu solat Maghrib.

Terdahulu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi pusingan 16 terbaik membabitkan kedua-dua pasukan itu bakal berlangsung pada jam 6.30 petang.

Menurut jurucakap Kelab Penyokong Setia Hijau Kuning (PSHK) Mohd Zahari Che Ros, isu waktu ini perlu ditangani oleh MFL dengan mengambil kira sensitiviti penyokong yang jelas kurang senang dengan jadual perlawanan tersebut.

"Kami memohon agar pihak MFL lebih peka dan sensitif dengan waktu perlawanan yang bertindih dengan waktu solat Maghrib yang akan menyebabkan surau di stadium menjadi sesak semasa dan sebaik tamat perlawanan itu nanti.

"Waktu sepak mula pada jam 5 petang atau 9 malam lebih sesuai kerana ia waktu kebiasaan setiap aksi perlawanan yang berlangsung selama ini.

"Selain itu waktu perlawanan 6.30 petang itu dianggap tidak sesuai kerana boleh mengundang kesan kurang sambutan buat penyokong yang mahu hadir menyaksikan aksi berkenaan.

"Tambahan pula pihak tuan rumah sudah pasti mahukan jumlah kehadiran penyokong yang besar pada aksi sulung Piala FA di laman sendiri," katanya.

Zahari bagaimanapun menegaskan MFL masih belum terlambat untuk mempertimbangkan penukaran masa yang lebih sesuai demi kebaikan dan keselesaan semua pihak.

-BH Online 

Ahad, 12 Mei 2024

Gol terpantas:Syafiq Ahmad hanya perlukan 33 saat jaring gol terpantas Liga Super 2024-25

 Syafiq Ahmad hanya perlukan 33 saat jaring gol terpantas Liga Super 2024-25

Hanya 33 saat diperlukan pemain Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad membuka jaringan bagi saingan Liga Super ketika berdepan PDRM dalam aksi yang berlangsung di Stadium MP Selayang.
Seawal minit pertama, Kedah berjaya meledak jaringan pada minit pertama menerusi Syafiq, menjadi gol terpantas musim ini.

Ahad, 14 April 2024

Tak adil, rugi 'tendang keluar' Kedah dari Liga Super

 Pemain Kedah kembali menjalani latihan semalam selepas cuti Aidilfitri. - Foto KDA FC

Pemain Kedah kembali menjalani latihan semalam selepas cuti Aidilfitri. - Foto KDA FC

KUALA LUMPUR: Jika Kedah Darul Aman (KDA) FC 'ditendang keluar' dari saingan Liga Super ketika sepak mula musim 2024/25 berbaki kurang sebulan lagi, ia dianggap sebagai satu keputusan kurang cekap pengurusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Justeru, pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menjangkakan skuad 'Kenari' akan terus 'bernyawa' dalam saingan utama bola sepak negara meskipun nasib mereka ketika ini 'bagai telur di hujung tanduk' susulan isu tunggakan yang perlu diselesaikan pada 20 April ini.

Tegas Pekan, penyingkiran KDA FC ketika ini adalah satu tindakan yang tidak adil apatah lagi satu kerugian jika KDA FC sebagai 'pasukan legasi' tidak lagi bersaing dalam Liga Super bagi musim ini.

"Tidak adil nak buang KDA FC sekarang kerana Liga Super akan bermula bulan depan. Jadi, keputusan (singkirkan pasukan) perlu tegas dan konsisten kerana kalau betul ada masalah, singkirkan awal-awal lagi seperti yang dikenakan kepada Kelantan FC sebelum ini.

"KDA FC pun sudah siapkan pasukan, pemain import pun sudah sampai. Jadi saya tak nampak KDA FC akan digugurkan walaupun kita tahu situasi yang dihadapi mereka ketika ini. Kalau buang sekarang, pemain juga teraniaya dan sudah tentu ada pertikaian nanti.

"Lagipun, kita perlu akui kita perlukan kehadiran pasukan legasi seperti KDA FC yang ada sejarahnya, ada reputasinya dan kelompok penyokong yang besar bagi merancakkan lagi saingan domestik," kata Pekan.

Bagaimanapun, Pekan mengharapkan KDA FC menggunakan peluang diberikan untuk menyelesaikan isu dihadapi selepas MFL sudahpun memberi 'muka' kepada mereka sehingga 20 April untuk memastikan penyelesaian penuh tunggakan itu dapat dicapai.

Malah, isyarat ini perlu dilihat sebagai amaran terakhir buat KDA FC di mana jika masalah sama tetap berulang bagi musim 2024/25, tindakan penyingkiran wajar dilakukan serta-merta pada musim seterusnya.

"Saya berpendapat dengan tarikh akhir yang beberapa kali dianjakkan (untuk selesaikan masalah), MFL cuba memberi peluang kerana mereka pun tidak mahu pasukan ini disingkirkan daripada Liga Super.

"Cuma dengan kelonggaran diberikan, sudah pasti MFL mengharapkan KDA FC ada inisiatif serius untuk selesaikan masalah dengan dengan apa cara sekalipun. Jadi saya harap ia dapat berlaku supaya KDA FC dapat terus bersaing di Liga Super.

"Tetapi MFL perlu jadikan ini sebagai amaran terakhir buat KDA FC. Kalau isu sama berulang lagi, singkirkan terus sebelum musim depan bermula," katanya.

-BH Online 

Khamis, 29 Februari 2024

KENYATAAN MEDIA KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB

 KENYATAAN MEDIA

KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB

Tarikh: 29 Februari 2024

STATUS SEMASA KELAB DAN HALA TUJU DI MUSIM 2024-2025

1. Ahli Lembaga Pengarah sebulat suara bersetuju untuk berkongsi status terkini kelab terutamanya halatuju Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) dalam pentadbiran, kewangan dan perancangan musim 2024-2025. 

2. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, pemilik majoriti, Lembaga Pengarah dan pengurusan KDA FC mengambil tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam menangani isu berbangkit terutamanya aspek kelestarian kewangan dengan ketelusan dan rasa tanggungjawab. 

3. Berikut maklumbalas berkenaan status kelab di musim 2024-2025:

A. Pihak pengurusan KDA FC telah menerima makluman dari Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) bahawasanya KDA FC diberikan tempoh sehingga 5 haribulan Mac 2024 sebagai tarikh akhir penyelesaian gaji tertunggak bagi tahun kewangan 2023 iaitu sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) MFL pada 6 haribulan Mac 2024;

B. Dalam perkembangan terkini untuk penyelesaian tunggakan gaji tersebut, pengurusan KDA FC yang diketuai Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah mendapat kelulusan pembiayaan dana dari institusi tertentu untuk tujuan penyelesaian tunggakan tersebut. Namun, dana tersebut hanya akan ditunaikan seawal bulan April;

C. Rentetan dari kekangan untuk memenuhi keperluan sebelum tarikh akhir penyelesaian yang diputuskan oleh Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB), KDA FC sedang bertungkus lumus mendapatkan dana pendahuluan bagi tujuan pembayaran segera kepada semua pemain dan pegawai semua pasukan KDA FC yang bertanding dalam Liga Malaysia, serta staf pentadbiran kelab;

D. Walaupun kelab bergelut dengan isu kelestarian kewangan musim lepas, pihak pengurusan tetap fokus melakukan segala persiapan pasukan-pasukan KDA FC untuk musim 2024-2025. Proses persiapan kini sudah mencapai tahap 85% namun segala langkah yang diatur bergantung kepada keutamaan penyelesaian tunggakan kewangan tahun 2023. Justeru, pengumuman berkenaan pasukan serta penajaan hanya akan dilakukan selepas isu utama diselesaikan;

E. Pasukan Liga Super KDA FC merancang untuk mula berlatih bagi pra-musim 2024-2025 pada minggu hadapan.

4. Lembaga Pengarah berasa amat terharu dengan komitmen yang diberikan oleh semua individu yang terlibat dengan isu kewangan ini kerana terus komited, masih setia bersama KDA FC. Kerjasama diberikan dan memahami situasi semasa kelab, mengekalkan keharmonian bersama pengurusan, pemain dan pegawai serta staf pentadbiran dalam isu ini memberi motivasi dan petanda positif untuk penyelesaian kemelut yang berlaku.

5. Komunikasi antara pihak pengurusan KDA FC dengan semua pihak merupakan keutamaan dan sering diadakan dengan pihak berkaitan bagi menyampaikan status perkembangan penyelesaian tunggakan terkini melalui wakil pemain, pegawai serta staf kelab, dan juga makluman lisan dan bertulis kepada pemegang taruh Liga Malaysia iaitu pihak MFL dan FAM.

6. Selain dari membuka ruang kerjasama melalui pelaburan, penajaan dan usahasama bagi musim 2024-2025, KDA FC sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membantu memberikan cadangan jalan penyelesaian segera melalui saluran serta kaedah yang sesuai supaya tidak mengundang kepada tanggapan serong kepada urusan pentadbiran KDA FC. Segala sumbangan perlulah melalui prosedur berlandaskan urus tadbir  kewangan yang betul. Cadangan amatlah dialu-alukan bagi membuka lebih banyak idea-idea baru bagi mengatasi isu kewangan semasa kelab.

7. Ahli Lembaga Pengarah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada peminat setia, pemain yang memberikan segalanya di atas padang, dan kepada kakitangan yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tanpa sokongan dan usaha bersama, kita tidak akan mencapai tahap dan kemajuan yang telah kita nikmati selama ini.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan oleh,

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Kedah Darul Aman Football Club


-----------


MEDIA STATEMENT

KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB

Date: January 29, 2024

CURRENT STATUS OF THE CLUB AND DIRECTION IN THE 2024-2025 SEASON

1. The Board of Directors unanimously agreed to share the current status of the club, particularly the direction of Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC), in terms of administration, finance, and planning for the 2024-2025 season.

2. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, majority owner, the Board of Directors, and the management of KDA FC assume full responsibility with dedication in addressing emerging issues, especially financial sustainability, with transparency and a sense of responsibility.

3. The following feedback pertaining to the club's status in the 2024-2025 season:

A.  The management of KDA FC has been informed by the MFL First Instance Body (FIB) Club Licensing that KDA FC has been granted until March 5, 2024, as the deadline for settling outstanding salaries for the 2023 financial year, before the MFL Board of Directors (BOD) Meeting on March 6, 2024.

B.  In the recent development concerning the settlement of salary arrears, the management of KDA FC, led by Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, has secured approval of fund financing from relevant institution to address the outstanding payments. However, the funds will only be disbursed in April;

C.  In light of the constraints to meet the requirements before the deadline set by the MFL First Instance Body (FIB), KDA FC is diligently working to obtain advance funding for the immediate payment to all players and staff of the KDA FC teams participating in the Malaysian League, as well as the club's administrative staff.

D.  Despite grappling with financial sustainability issues last season, the management remains focused on preparing KDA FC teams for the 2024-2025 season. The preparation process has reached 85%, but all steps are contingent on resolving the financial arrears of the 2023 year. Therefore, announcements regarding the teams and sponsorship will only be made after the main issue is resolved.

E.  The KDA FC Super League team plans to commence pre-season training for 2024-2025 in the coming week.

4. The Board of Directors is deeply moved by the commitment shown by all individuals involved in this financial issue, as they continue to be committed and loyal to KDA FC. Cooperation and understanding of the current situation, maintaining harmony with the management, players, and staff in this matter, provide motivation and positive signs for resolving the ongoing crisis.

5. Communication between the management of KDA FC and all parties is a priority and is regularly conducted with relevant parties to convey the current progress status of settling outstanding payments through representatives of players, club officials, and both verbal and written communications to the stakeholders of the Malaysian League, namely MFL and FAM.

6. Besides fostering collaboration through investments, sponsorship, and partnerships for the 2024-2025 season, KDA FC consistently opens its doors to any interested parties willing to propose immediate resolution pathways through suitable channels and methods, avoiding any negative assumptions about the club's administration. All contributions must follow the proper procedures and financial governance. Suggestions are highly welcomed to generate more new ideas to overcome the current financial issues facing the club.

7. The Board of Directors extends millions of thanks to the loyal fans, players who give their all on the field, and the dedicated staff performing their duties. Without the support and collective effort, we would not have achieved the level of progress and success that we have enjoyed so far.

Thank you.

Issued by,

Acting Chief Executive Officer

Kedah Darul Aman Football Club




#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2425Season #membinaimpianmengupayalegasi #pressrelease

Sumber:Fb Kedah Darul Aman FC

Sabtu, 26 Ogos 2023

Siaran Lansung Live Kedah vs JDT Liga Super (LS21) 26 Ogos 2023

 Perlawanan Kedah FC vs Johor Darul Ta'zim, JDT merupakan perlawanan tumpuan dalam aksi saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh satu (LS21). JDT akan bertandang ke Kedah Darul Aman bagi meraih 3 mata penting dalam saingan Liga Super.

Kedah vs JDT

Perlawanan antara pasukan Kedah FC menentang pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT dijadualkan berlansung pada 26 Ogos 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Kedah.

Ini merupakan perlawanan tumpuan yang sengit antara pendahulu liga, JDT bertemu pasukan Kedah yang berada di tempat ketiga liga. Dalam 5 perlawanan terakhir, prestasi Skuad Sang Kenari terus cemerlang mencipta kemenangan demi kemenangan. 

Manakala Skuad Harimau Selatan, JDT terus unggul di persada liga di tangga teratas dengan beza 17 mata dengan pasukan Kedah FC. 

Pada pertemuan pertama JDT vs Kedah LS8, pasukan Kedah dibelasah teruk dengan bolos 6 gol hasil ledakan Fernando Forestieri, Feroz Baharudin, Óscar Arribas, Bérgson, Arif Aiman Hanapi dan Leandro Velázquez tanpa balasan gol.

Pasukan JDT sudah terus akan terus memburu kemenangan bagi mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang liga berlansung. 

Dengan kemenangan perlawanan berturut-turut akan menjadikan suntikan semangat buat pasukan Kedah dan bersedia menentang pendahulu liga, JDT.

Kedah vs JDT (LS21)

Waktu siaran : Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Darul Aman, Kedah
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka
Link streaming : Link 1, Link 2

Siaran Lansung Live Kedah vs JDT Liga Super (LS21) 26 Ogos 2023

Info Tiket perlawanan Kedah FC vs Johor Darul Ta'zim, JDT

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah FC dan Johor Darul Ta'zim, JDT yang berlansung pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 9:00 malam di Stadium Darul Aman, boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Harga Tiket

Teres (Terbuka) : RM 15
Pavilion (Berbumbung) : RM25
Grandstand (Astaka) : RM35

Harga Tiket kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)

Zon Teres & Pavilion (Kaunter B & Kaunter F) : RM10
Zon Grandstand (Terhad 200 tiket sahaja) (Kaunter F Sahaja) : RM20
*Semua kanak-kanak akan dikenakan tiket

Siaran Langsung Live Streaming Kedah FC vs JDT Liga Super 26 Ogos 2023 LS21

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung antara Kedah vs JDT dari Stadium Darul Aman, Kedah menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro GO.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Kedah vs JDT Liga Super 2023 (LS21)

Keputusan perlawanan antara Kedah vs JDT dalam saingan LS21 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan

Keputusan Penuh
KEDAH FC/ KDA (3) - (3) JOHOR DARUL TA'ZIM FC/ JDT

Jumaat, 20 Mei 2022

Isu ‘Tokong’ punca Syafiq pulang awal ke pangkuan JDT?

 


Dunia bola sepak negara dikejutkan hari ini selepas Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan melalui satu kenyataan bahawa pemain mereka yang dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan mereka semula.

Isu ‘Tokong’ punca Syafiq pulang awal ke pangkuan JDT?

Namun disebalik kembalinya Syafiq ke JDT, ada berita kurang enak didengari. Ini kerana, tempoh pinjaman Syafiq ke KDA FC adalah selama satu musim namun ianya tidak terjadi apabila JDT memanggil semula Syafiq hanya selepas setengah musim bersama KDA FC.

Melalui satu ciapan twitter dari seorang pemerhati bola sepak, Juan Budiman, berkemungkinan besar Syafiq kembali disebabkan satu kenyataan seorang individu berpengaruh di Kedah yang melabel mengesyaki ada ‘tokong’ di Liga Malaysia.

Individu tersebut memberikan contoh perlawanan yang melibatkan JDT dan Negeri Sembilan FC minggu lepas yang menyaksikan pengadil memberikan tambahan 10 minit sehingga pasukan JDT berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Juan Budiman juga seperti mengiyakan punca utama kembalinya Syafiq Ahmad ke JDT. Beliau menyebut, “Kerana tokong, badan binasa.

aManakala seorang lagi wartawan sukan, T. Avineshwaran turut memuat naik satu ciapan twitter yang telah mempamerkan statistik Syafiq di Kedah dan memberi bayangan bahawa hanya kerana satu kenyataan, segalanya berakhir buat Syafiq di Kedah.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris juga memberikan komen “Haha” dalam ruangan komen instagram Johor Southern Tigers yang mengumumkan kembalinya Syafiq Ahmad ke JDT.

-kedahkini.com

Ahad, 13 Februari 2022

“Kita Akan Menyamai JDT” – Kedah Bakal Miliki Stadium Baru Bernilai RM70 Juta Di Sungai Petani


 Stadium baharu yang akan dibina di Sungai Petani dengan anggaran kos RM70 juta diyakini mampu menjadikan Kedah Darul Aman FC [KDA FC] menjadi kelab yang sekelas dengan JDT.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu sidang media selepas Majlis Sarapan Silaturahim Jentera Pilihan raya PN Parlimen Pulai pad hari ini.

Kedah Darul Aman
Gambar fail.

“Pasukan kita [KDA FC] menerima sentuhan-sentuhan baharu, kerjasama daripada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang kita lantik telah membina jaringan yang baik,” kata beliau seperti mana yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Selain daripada stadium baharu tersebut, turut berada di dalam perancangan seperti mana didedahkan oleh Sanusi adalah sebuah pusat latihan yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Ini menjadikan keseluruhan pelaburan yang diperlukan untuk membina kedua-dua fasiliti tersebut kini adalah RM90 juta. Pembinaan fasiliti tersebut sekiranya menjadi kenyataan bermakna pasukan KDA FC akan berpusat di Sungai Petani dan bukan lagi di Alor Star seperti sebelum ini.

Namun tidak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar perancangan pembinaan fasilti tersebut bakal dilakukan.

Sumber: Propektus KDAFC 2022.

“Kita sedang sediakan satu kawasan di Sungai Petani untuk bina satu stadium baharu untuk pusat latihan dan kemudahan pasukan.

“Saya yakin usaha yang sedang kita lakukan ini suatu hari nanti, kita akan menyamai JDT, walaupun tidak dapat menewaskan lagi, seri (sama kedudukan) pun ok,” katanya lanjut.

Beliau berkata demikian selepas ditanya oleh wartawan mengenai perkembangan semasa pasukan KDA FC pada musim ini.

Kedah nyata tidak hanya bercakap omong kosong mengenai projek pembinaan fasiliti tersebut. Ini kerana ia juga berada di dalam senarai projek masa akan datang yang tersenarai di dalam propektus 2022 kelab yang boleh dimuat naik melalui laman sesawang rasmi kelab.

Selasa, 11 Mei 2021

Ini Komen Baddrol Bakhtiar Selepas Penyokong Sabah Aj4k Sertai Sabah

 


Pada Sabtu lepas, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berkunjung ke Sabah untuk menent4ng pasukan Sabah FC dalam kejohanan liga super Malaysia.

Perlawan4n ini berkesudah4n dengan kemenang4n untuk pasukan KDA FC dengan jaringan 1-0.

Jaringan gol tunggal pasukan KDA FC dijaringkan oleh pemain import mereka iaitu Kpah Sherman pada pertengahan babak kedua perlawanan.

Perlawan4n sedikit terg4nggu kerana hujan agak l3bat sepanj4ng perlawan4n berlangsung. Perlawan4n ini juga beberapa kali terpaks4 di berhent1kan kerana keadaan padang dibas4hi air yang begitu bany4k.

Ketika pemain-pemain KDA FC ingin memasuki padang Stadium Likas, Sabah untuk melakuk4n latihan sebelum perlawan4n bermula, beberapa penyokong Sabah sempat merak4m aks1 mereka berseloroh bersama pemain KDA FC iaitu Renan Alves, Baddrol Bakhtiar dan Rozaimi Abd Rahman.

Penyokong yang dikenali sebagai @torabolaofficials sempat memberi beberapa ucap4n kepada pemain-pemain KDA FC tersebut.

Dia juga cuba untuk memujuk ketua pasukan KDA FC, agar bersar4 bersama pasukan Sabah.

Baddrol kelihatan tersenyum dengan gurau4n itu, lalu memberi komen terhadap gurau4n itu.

"Jauh"kata Baddrol ringkas.

"Mana ada..2 jam saja"balas penyokong tersebut

Untuk rekod, Baddrol Bakhtiar tel4h bersam4 pasukan KDA FC selam4 hampir 15 tahun. Pada musim ini beliau telah menjar1ngkan 4 gol dal4m kejohanan liga super.

Kredit ig @torabolaofficials dan fb Malayant1gerfans.