"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Allahyarham Muhammad Adib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Allahyarham Muhammad Adib. Papar semua catatan

Khamis, 26 November 2020

Cari dan siasat segera pembunuh Adib - Bapa

 MUHAMMAD Adib Mohd Kassim

MUHAMMAD Adib Mohd Kassim

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap siasatan mencari penjenayah yang menyebabkan kematian anaknya dapat dilakukan segera berikutan sudah terlalu lama menunggu.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata beliau masih tidak berpuas hati dan kecewa apabila pihak bertanggungjawab tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk membela kematian arwah Adib.

"Sebelum ini, Mahkamah Koroner sudah putuskan kematian Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali, mahkamah itu juga turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal rusuhan juga menyumbang kematian anak saya.

"Peguam keluarga saya sendiri sudah minta polis segerakan siasatan selanjutnya, sampai sekarang tak nampak apa-apa tangkapan lagi.

"Polis tidak berhubung dengan saya untuk memberitahu sebarang perkembangan terkini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Kassim, berkata beliau tahu lagi untuk menggambarkan perasaan kecewanya, namun tidak pernah berhenti berharap suatu hari nanti kematian Adib terbela.

Beliau sentiasa berdoa penjenayah yang membunuh anaknya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

"Saya tak pernah lupa menziarahi pusara Adib, selain berdoa dan membuat majlis tahlil," katanya.

Pada Ogos lalu, Mohd Kassim pernah meluahkan perasaan kecewa apabila kertas siasatan arwah anaknya dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara, pada 23 Julai lalu dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib, pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain turut dikemukakan adalah membuka semula inkues untuk siasatan jika mendapat persetujuan Peguam Negara.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa.

Allahyarham meninggal dunia, 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

-BH Online

Ahad, 15 November 2020

Imbas:Apa kesudahan kes Mohd Adib?

 Kes jenayah terhadap Adib, kakitangan kerajaan yang beruniform yang telah dibelasah ketika bertugas pada 27 November 2018, masih segar dalam ingatan.

Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018.

Ayah dan ahli keluarga allahyarham Adib masih menghubungi kami memohon bantuan dan pembelaan terhadap kes berprofil tinggi tersebut.

Saya dan rakan-rakan saya hanya marhein yang tidak punyai apa-apa posisi. Nak tanya YB Mujahid pun, beliau kini berada di kerusi pembangkang.

Apakah YB-YB yang kini berada dalam kerajaan masih sudi dan bersedia untuk membantu keluarga Adib ?

(Teringat keratan akhbar YB Ismail Sabri - UMNO dan YB Fadhli Shaari - PAS)

Semoga dianugerahi arwah Adib, syurgaNya bersama para solehin dan  siddiqin.

[ t.me/zainurrashid ]

Jumaat, 9 Oktober 2020

Perbezaan di antara Kugan dan Arwah Adib Di Malaysia.

 Di antara Kugan dan Arwah Adib.


Kugan Ananthan adalah seorang penjenayah berprofil tinggi yang telah ditangkap kerana aktiviti samun. Kerugian yang dialami oleh mangsanya menjangkau jutaan ringgit.

Namun Kugan didapati mati ketika tahanan dan didapati mengidap paru-paru berair. Seorang anggota PDRM telah dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun kerana memukul Kugan.

Mahkamah Tinggi memutuskan agar ibu Kugan diberikan pampasan berjumlah RM 851,700.00. Kugan dan keluarganya diangkat sebagai hero dan pejuang hak asasi manusia oleh Hindraf dan pembangkang ketika itu.

Adib pula adalah seorang penjawat awam beruniform, yang terbunuh ketika menjalankan tugasnya untuk menyelamatkan orang ramai.

Namun sehingga kini, pembunuhnya masih bebas dan bersukaria menikmati hari-harinya.

Mereka yang suatu ketika dahulu vokal melaungkan nasib Adib dan keluarganya, namun kini senyap membisu tanpa kedengaran suara memperjuangkan hak agama, bangsa dan negara.

Apakah nilai sebuah perjuangan sebegini ?

[ t.me/zainurrashid ]

Rabu, 7 Oktober 2020

Kematian Adib Bukti Murahnya Nyawa Penjawat Awam Malaysia

 

BANGI, 19 Safar 1442H, Rabu – Seolah-olah tiada pembelaan dan keadilan isu kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memperlihatkan betapa murahnya nyawa seorang penjawat awam di Malaysia.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) – gerakan yang lantang memperjuangkan isu-isu rakyat -, Haji Aminuddin Yahaya berkata, insiden kematian membabitkan penjawat awam ketika bertugas akibat dibunuh bukan satu perkara kecil.

Beliau berkata, kematian anggota bomba dan penyelamat itu seharusnya diberikan pembelaan yang sewajarnya, ini kerana Allahyarham berjuang untuk menjaga keamanan negara sewaktu insiden rusuhan pada November 2018.

“Orang ramai bertanya kenapa kita (ISMA) beria-ia membela kematian Adib, sedangkan ramai sahaja penjawat awam yang meninggal dunia ketika bertugas.

“Bagi saya, isu Muhammad Adib ini sangat signifikan dalam konteks keadilan kepada penjawat awam.

“Tetapi, jika soal ini tidak diberi pembelaan oleh pihak tertentu, di mana keadilan yang berlaku di Malaysia ini?,” katanya.

Aminuddin berkata, seolah-olah ada kepentingan tertentu yang sedang dilindungi, tetapi nyawa seorang penjawat awam yang terkorban tiada pembelaan.

“Bagi ISMA, kami sentiasa berpegang kepada lima teras utama terutamanya ‘Peduli’, yang mana kita peka dan prihatin terhadap permasalahan serta kepentingan ummah dan bangkit membela nasib rakyat serta mengamalkan ihsan dan keadilan sejagat.

“Jadi, membela nasib rakyat seperti keluarga Encik Mohd Kassim dan Puan Asma Abdul Aziz yang kematian anak tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya menjadi tumpuan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran buku fotobiografi ‘Muhammad Adib’ di Ibu Pejabat ISMA, di sini hari ini.

Buku yang ditulis sendiri oleh adik Allahyarham, Siti Aishah Mohd Kassim bakal berada di pasaran bermula minggu hadapan.

“Kelahiran buku ini tepat pada masanya untuk kita mengenal dengan lebih dekat siapa susuk tubuh lelaki ini dan mengenang kembali Allahyarham Adib sebagai hero yang tidak didendang.

“Tahniah kepada penulis iaitu Siti Aishah yang juga merupakan adik Allahyarham dan penerbit yang bertungkus-lumus menyiapkan buku ini.

“Saya yakin bukan sahaja penulis, tetapi juga keluarga dan seluruh keluarga besar pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia akan berasa dekat apabila membaca buku ini nanti,” katanya.-Ismaweb