"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Analisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analisa. Papar semua catatan

Rabu, 7 Februari 2024

BOLASEPAK:PANDANGLAH KE TIMUR, JEPUN SPESIFIKNYA

 PANDANGLAH KE TIMUR, JEPUN SPESIFIKNYA

Oleh: Hafiz Mansor 

Aku ada terbaca satu penulisan yang dikongsi berkenaan kejayaan pasukan bola sepak Jepun. Tulisan ni panjang sikit. 

Katanya depa juga mengambil naturalisasi sepertimana yang dilakukan oleh MFL dan sekutunya, FAM dan naturalisasi menjadi faktor kekuatan pasukan kebangsaan Jepun.

Secara peribadi part naturalisasi dalam penulisan tersebut sedikit misleading.

Sukan bola sepak Jepun tidak bangkit dengan menaturalisasi pemain luar tetapi sebenaqnya pada kekuatan pool talents yang depa bangunkan melalui revolusi J-League pada 1992. 

Sini key point utama yang kita kena tau. Bukan naturalisasi. 

Cuma adakah Jepun tidak pernah menaturalisasi pemain? Jawapannya pernah. 

Aku buat carian jumpa dengan nama Yonashiro yang dinaturalisasi dalam skuad kebangsaan Jepun pada 1985. Ini paling awal kot rasanya. 

Nama lain macam Yoshimura (Brazil, 1970), Augusto Lopes (Brazil, 1997), Alex (Brazil, 2002). Semua yang dinaturalisasi berasal daripada Brazil dan ada beberapa negara lain lagi. 

Pemain naturalisasi ramai tetapi bukan semua untuk skuad kebangsaan dan sebenaqnya tak ramai pun. 

Jepun tidak naturalisasi pemain luaq setiap tahun macam Malaysia. Jadi, kat mana yang kata sama macam kita? 

Kita setiap tahun naturalisasi pemain baru sampai tahap jadi membazir sebab selepas setahun dah tidak berfungsi. Local talent pula semakin terpinggir. 

Kita kena faham satu benda; revolusi liga di Jepun (J-League) pada 1992 adalah tentang merakyatkan sukan ini di peringkat komuniti serta paling utama adalah pembangunan bakat. 

Sebab tu nama pasukan diubah. Matsushita Electric Industrial Co. Ltd jadi Gamba Osaka, Mitsubishi Heavy Industries jadi Urawa Red Diamonds, Sumitomo Metal Industries jadi Kashima Antlers. 

Cabaran Jepun masa tu adalah bola sepak bukanlah sukan nombor satu negara. Orang lebih berminat bercakap pasai baseball, sumo dan judo berbanding bola sepak. 

Kalau rakyat tak suka bola, macam mana hang nak cungkil bakat. Berbeza dengan Malaysia sekarang. Bola ni ada saja kat pelbagai peringkat. Budak PASTI pun main bola haha

Jadi, depa bangunkan J-League - revised strategy daripada liga semi pro - supaya orang Jepun ambil tahu dan minat dengan bola sepak. Participate dengan game. Key result area depa adalah jumlah penonton hadir ke stadium. 

Beberapa tahun lepas tu Jepun berhadapan dengan bumper dalam krisis ekonomi. Kemudian depa bangkit sekali lagi dengan Visi Seratus Tahun iaitu menjadi juara Piala Dunia 2092 dan memiliki 100 pasukan bola sepak profesional. 

J-League yang jadi tunjang utama kepada pasukan bola sepak kebangsaan Jepun. Depa bina jambatan untuk pemain berbakat develop sampai boleh bersaing di Eropah.

Kita kena ambil pengajaran yang betui daripada J-League. Bina sistem yang betul untuk bangunkan bakat daripada akar umbi dan eksport pemain beraksi di luaq khususnya Jerman sebab DNA bola sepak.  

Kalau tengok laman web soccerway.com, ada lebih 30-40 pemain kelahiran Jepun beraksi di Liga Eropah dan negara lain khususnya Bundesliga. 

Adakah ia akan bagi kesan kepada kelab domestik? Ya dan tidak.

Bila ramai player depa main di luaq secara tidak langsung teknikal dan taktikal pemain itu akan improve. Kualiti permainan jadi meningkat. Tidak kurang juga yang main di peringkat liga domestik. 

Kesan negatif ramai star keluaq menyebabkan depa terpaksa cari talent baru untuk attract fans. Tapi depa tidak ketandusan bakat baru saban tahun.

Aku cakap ni untuk team Kedah sama yang kelihatan semakin ketandusan bakat muda untuk diserap ke pasukan utama. Satgi depa kata aku kata kat team depa pulak haha

Kalau sapa yang paham penulisan aku, aku bukannya tolak terus dengan naturalisasi mahupun pemain import. 

Kena paham betui-betui especially segelintir fans tanah hujung yang suka baca sekerat paham sekerat pahtu tala ikut suka.

Kita terbuka nak belajaq dengan sapa pun. Jepun sendiri awai dulu 'jemput' coach luaq macam Arsene Wenger even player luaq yang top-top bermain di J-League.

Target depa untuk transfer knowledge selain tarik minat local fans dengan J-League. Sebaliknya kita amik player import, asal cukup syarat terus nak amik main kebangsaan. 

Point aku kita ambil jalan pertengahan dan bina legasi kita sendiri. Bina sistem dan identiti kita. Itu yang mustahak. 

Kita kena bina liga yang boleh jadi pool talent kepada players tempatan menyerlah. Kena fikir tambah pasukan yang kompetitif, bukan pikiaq nasik pasukan tertentu tinggai kerak kat pasukan lain.

J-League sekarang dah achieve 60 pasukan untuk ketiga-tiga division daripada belasan team ja awal-awal. Bakat tempatan bersepah hari ini. 

Kita boleh tiru macam Jepun tapi mesti melihat kepada bagaimana depa bina liga awal dulu, bukan yang dah establish macam la. 

MFL ubah peraturan hampir setiap musim. Apa blueprint sebenaqnya ni? Orang makin hilang minat dengan liga domestik.

Kalau kita nak ukuq pasukan Urawa Reds yang ada 7 import susah la. Depa local yang develop dah ramai dalam dan luaq negara Jepun. Kita? 

Pemain local Malaysia nak main di mana kalau import dah seramai tu? Liga bawahan? Peraturan liga berubah setiap tahun sejak feeder club yang dibuat untuk kenyangkan pasukan tertentu. 

Ada orang argue - bersaing la dengan pemain import untuk maju. 

Tak semudah itu. Kita kena pikiaq macam mana nak tingkatkan kualiti pemain tempatan dengan minit permainan, teknikal dan taktikal awareness. 

Aku selalu juga kritik coach Kedah kekalkan Ifedayo atas padang walaupun tidak lagi efektif as No.9. 

Last-last pool talent kita semakin kecik. Liga komuniti nampam meriah tapi takat situ ja la. Bakat tak berkembang ke peringkat lebih tinggi. Sebab di atas hanya nampak muka mat saleh nak isi skuad kebangsaan.

Kita tambah import - naturalisasi - main kebangsaan. Sampai 100 tahun pun tak berkembang. 

Dah sampai masa kita pandang ke Timur. Nilai pada sisi yang menjadi asas kebangkitan depa dan adun ikut acuan kita. 

Ni pandangan peribadi aku. Last sekali kita kena tanya, macam mana liga domestik akan jadi pemangkin kepada bola sepak Malaysia?

Sumber

Rabu, 6 Julai 2022

Dalang bencana Ladang Musang King? Tuduhan liar makan diri

 


SETIAP kali berlaku bencana, tuduhan liar akan terus muncul. Muncul daripada orang yang malas menyemak fakta atau berniat jahat. 

Wartawan Sinar Harian, Roslinda Hashim pada 8 April 2021 telah menulis satu kronologi dalam laporan berita bertajuk ‘Kaji Semula Projek Musang King’.


Berikut adalah kronologi yang ditulis. Sesiapa yang membaca kronologi secara adil maka pasti nampak siapa ‘dalang’ dan siapa penyelamat sebenarnya. 

Kronologi

21 November 2018 – Kerja-kerja membuat teres di Gunung Inas giat dijalankan. Antaranya dibina rumah pekerja, sistem kumbahan yang terus disalurkan ke sungai yang menjadi bekalan air bersih 17 kampung melibatkan 21,000 penduduk. Terdapat kesan minyak mengalir ke dalam sungai serta sisa plastik tidak diurus secara sistematik.

27 November 2018 – Laporan rasmi ke Jabatan Alam Sekitar susulan banjir lumpur dibuat oleh penduduk kampung dan Peka Kedah.

3 Januari 2019 – Penduduk terlibat dalam pembinaan empangan air di kompartmen 8 Gunung Inas mahu sumber minuman utama itu diselamatkan daripada pencemaran pembalakan dan projek Musang King. Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Asas Tani Kedah, Azman Nasrudin memberitahu kerajaan telah arahkan pemaju perbaiki semula empangan air masyarakat yang terjejas.

31 Ogos 2019 – Kira-kira 200 penduduk Kampung Sineyek, Baling menerima kesan buruk akibat projek Musang King di Gunung Inas. Kerja-kerja penarahan bukit dan penebangan pokok menyebabkan banjir dari tapak projek membawa hakisan pasir dan lumpur ke kawasan penduduk setiap kali hujan lebat.

4 September 2019 – Kampung Sineyek terus dilanda banjir lumpur dan pasir dari Gunung Inas yang didakwa berpunca daripada projek tanaman Musang King.

8 Jun 2020 – Lebih 750 keluarga di sembilan kampung dalam Mukim Kupang terdedah pencemaran air tidak bersih dipercayai berpunca dari projek Musang King dan pengambilan kayu balak di Kompartment 8, Hutan Simpan Gunung Inas. Antara kampung terjejas adalah Kampung Iboi, Masjid Iboi, Padang Empang, Kubang Katak, Bukit Kawi, Iboi Sekolah, Lata Celak, Bok Bak dan Bukit Iboi.

Julai 2020 – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengarahkan hentikan tanaman Durian Musang King dan kembali kepada tanaman dibenarkan untuk ladang hutan ganti tanah diluluskan.

Sepanjang kronologi yang disusun oleh Wartawan Sinar Harian ini mendedahkan kita mengenai pertanggungjawaban yang diambil oleh pemimpin-pemimpin yang berada di tampuk kuasa untuk negeri Kedah. 

Kehadiran YAB Menteri Besar Kedah yang baru Dato’ Seri Muhammad Sanusi sebenarnya adalah untuk memperbaiki keadaan yang telah dikusutkan berkaitan polemik penanaman Musang King di kawasan Gunung Inas berdekatan hulu Sungai Kupang. 

Pada Julai tahun 2020 yang lalu, sebulan selepas mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), sempena Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan di Baling, Dato’ Seri Muhammad Sanusi telah mengarahkan projek tanaman durian yang didakwa menyebabkan banjir itu dihentikan.

Ini bermakna jika tidak berlaku perubahan kerajaan maka Projek Ladang Durian Musang King (LDMK) itu akan tetap diteruskan oleh kepimpinan Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Mukhriz Mahathir. 

Sewaktu Dato’ Seri Muhammad Sanusi mengarahkan pemberhentian Projek LDMK tersebut, 2,000 ekar telah ditanam. Ini bermakna betapa kuatkannya kedudukan syarikat pengusaha ladang ini ketika era PH memerintah. Keluh kesah rakyat di sana seperti tak dihiraukan.

Jika kerajaan tersebut terus bertahan, entah berapa ekar lagi tanah habis untuk Durian Musang King. Namun kini, tiba-tiba hari ada komen-komen liar daripada penyokong PH menyalahkan Menteri Besar Kedah sekarang.

Bagaikan mabuk ketum dibuatnya. Setelah puas buang najis bertaburan di tengah jalan, akhirnya orang yang tolong cuci pula dipersalahkan. Sungguh pelik bin ajaib!

Sewajarnya pada waktu ini, bukan masanya bagi penyokong PH untuk membuat komen liar sebegini mempersalahkan kepimpinan Menteri Besar Kedah sekarang. 

Ketika mana Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi dan tim beliau sedang kalut menyantuni mangsa-mangsa terjejas di Kampung Iboi, sebahagian penyokong PH pula memilih untuk buat kerja fitnah kotor. 

Ketika mana seluruh tim ejensi Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan dikerahkan membantu ketika bencana yang berlaku, ada pula pihak sibuk menangguk modal basi yang akhirnya makan diri. 

Tak cukup dengan itu, seluruh jentera PAS, NGO dan ejensi bawah PAS seperti Jabatan Amal Malaysia juga telah bertungkus lumus di lapangan melakukan operasi cuci rumah, dapur rakyat memberi makan mangsa serta petugas sukarelawan dan sebagainya. 

Cukuplah itu. Kalau tak mahu membantu pun, hentikan fitnah dan tuduhan liar yang tak bertanggungjawab tersebut. Rakyat di bawah akan terus menilai…

ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 6/7/2022

Ahad, 4 Oktober 2020

Bersaing dalam muafakat sukarkan laluan PN

 


UMUM menyedari politik Malaysia didominasi Barisan Nasional (BN) sejak awal merdeka. Namun, kemenangan luar jangka Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuka lembaran baharu dalam lipatan sejarah politik negara.

Kejayaan PH juga membuka jalan kepada permuafakatan politik secara formal dan serius antara dua parti Melayu terbesar, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebelum disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebelum PRU-14, sebahagian besar penganalisis politik Malaysia berpandangan sistem demokrasi negara bersifat permuafakatan.

Justeru, wawasan dan personaliti Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO selalunya banyak membentuk corak dan rupa bentuk politik Malaysia.

Gagasan BN dilihat satu formula sangat berkesan dalam membendung gejala kebencian dan persaingan politik berlatarkan isu perkauman.

Konsep perkongsian kuasa antara kaum dalam parti komponen diurus dengan baik melalui pembahagian jawatan menteri dan keanggotaan dalam Kabinet.

Dalam rangka hubungan kaum bersifat terpisah, aspek persaingan tidak dapat dielakkan. Justeru, hubungan yang wujud lebih bersifat 'memampas'.

Aspek pampasan ini mampu mengendurkan semangat persaingan berlebihan. Kuasa politik didominasi Melayu menerusi UMNO melalui instrumen paksaan negara seperti polis dan tentera berhasil membentuk kestabilan politik.

Taburan kerusi pada peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga ditentukan pucuk pimpinan tertinggi BN dikuasai UMNO.

Bagi elit politik daripada parti komponen bukan Melayu, mereka menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mengagihkan sumber bagi menaungi kaum masing-masing.

Selepas enam dekad, keputusan PRU-14 menyaksikan UMNO tidak lagi menjadi parti dominan dalam Kerajaan Persekutuan.

Hari ini, UMNO bersama beberapa parti lain sekali lagi membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan dan kali ini dengan majoriti sangat tipis di Dewan Rakyat, iaitu 113 kerusi berbanding 109 kerusi yang dikuasai PH.

Kedudukan ini mendatangkan masalah dalam soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya seterusnya.

Jika mana-mana parti komponen menarik diri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), maka negara berkemungkinan berhadapan pilihan raya dan kerajaan sekali lagi berada dalam keadaan tergantung.

Gabungan PN tidak mempunyai parti yang benar-benar dominan. Justeru, sesetengah penganalisis mengatakan pembentukan PN hanya semata-mata untuk kestabilan politik negara.

Hubungan terbentuk adalah persefahaman menstabilkan politik negara susulan kemelut politik dicetuskan kelompok elit tertentu daripada dalam dan luar PH.

UMNO turut bertegas, bahawa ia tidak mempunyai sebarang ikat janji dengan mana-mana parti lain dalam PN, termasuklah BERSATU dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun, UMNO mempunyai kerjasama teratur dengan PAS untuk membentuk gabungan mantap bagi memenangi pilihan raya. Dua parti ini mempunyai kekuatan seimbang di negeri majoriti Melayu seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Cabaran mungkin berlaku dalam soal pembahagian kerusi menjelang pilihan raya. PAS turut membuat perkiraan untuk bertanding di 40 kawasan Parlimen merangkumi negeri majoriti Melayu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tiada ruang diberikan kepada parti itu disebabkan faktor landskap politik yang dikira tidak begitu mesra kepada parti itu.

PAS turut bertegas supaya rakan komponen PN turut bertolak ansur soal pembahagian kerusi dalam PRU-15 nanti.

UMNO, PAS dan BERSATU mempunyai segmen pengundi sama, iaitu Melayu-Islam. Justeru, kemungkinan untuk berlaku bibit konflik pasti wujud.

PN masih gabungan yang rapuh. Ternyata, kejayaan mengurus ancaman pandemik COVID-19 menyelamatkan gabungan ini buat sementara waktu.

Ada kemungkinan akan berlakunya konflik antara parti gabungan selepas berakhirnya COVID-19 khususnya hal berkait perebutan kuasa.

Memandangkan setiap parti ada kekuatan hampir setara, elemen 'memampas' tidak lagi berkesan bagi meredakan persaingan sesama rakan komponen.

Sekiranya terdapat mana-mana parti memilih jalan keluar daripada gabungan, maka PN mungkin runtuh seperti runtuhnya PH.

Pembentukan kerajaan PN dirasakan masih gagal menyelesaikan krisis perebutan kuasa antara elit politik.

Lantas, perjalanan PN tidak mudah kerana terpaksa berkongsi kuasa tanpa ada suatu pun parti dominan.

Setiap parti cuba menuntut keistimewaan dan hak lebih khususnya membabitkan pelantikan menteri dalam Kabinet.

Hal ini berbeza sama sekali dengan formula BN selama enam dekad lalu yang menyaksikan bagaimana UMNO begitu dominan dalam menyusun atur pecahan kerusi dalam pilihan raya dan jawatan Kabinet secara pampasan dengan parti komponen lebih kecil, sekali gus berjaya mengelakkan persaingan.

Dr Ilyas Abdullah
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Raub

Rabu, 26 Ogos 2020

Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Realiti ?


Sekali lagi saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di Tanah Air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.

Ia bukan isu rasis atau perkauman, sebagaimana MCA, DAP, Gerakan, Dong Zhong, Hua Zong dan Dewan Perniagaan Cina boleh bersatu demi  masa depan bangsa mereka di bumi bertuah yang bernama Malaysia.

Perkara yang dibincangkan ini bukan isu Barisan Nasional atau bukan isu Pakatan Harapan atau isu Perikatan Nasional. Ia bukan isu DS Najib, Tun Mahathir dan DS Anwar atau isu TS Muhyiddin Yassin tetapi ini adalah isu kesejahteraan dan keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya sekali-kali tidak mengangkat tajuk ini atas alasan untuk membina tahap kebencian kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau menganggapnya sebagai musuh, selagi semuanya mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 63  tahun yang lalu.

1. Tanah Melayu pernah disebut beberapa kali sebagai sebahagian daripada wilayah ke-20 Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938). {Anwar Abdullah - Biografi Dato Onn – 2004 - UKM}.

2. Saya sangat 'concern' dengan kesejahteraan dan masa depan negara dengan berlakunya lambakan ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

3. Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu. Di antara tahun 2016 - 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati sebanyak 76,258 (95.6 peratus) kes tidak mempunyai rekod tarikh keluar. {Sinar Harian 3 Dis 2019}

4. Saban minggu kita mendengar berita warga China ditangkap di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka, Puchong, Ampang dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Kebanyakan mereka terlibat dengan industri perjudian atas talian dan industry pelacuran. Ia adalah satu 'open-secret'. {Sinar Harian 12 Dis 2019}

5. JPN mendedahkan bahawa dalam tempoh 2011-2015 sahaja sebanyak lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan yang tidak didaftarkan. {Astroawani – 21 Mac 2016}

6. Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan passport yang telah berlaku kepada warga asing terutamanya dari tanah besar China. {The Star 30 Oct 2019}

7. Ini tidak termasuk ribuan pekerja warga China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM. Di antara projek-projek mega tersebut adalah Forest City (Johor), Malacca Gateway, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Sepanggar (Sabah), Perlis Inland Port, ECRL, Terowong Pulau Pinang, Pelabuhan Pulau Carey (Selangor), Sarawak Steel Plant dan puluhan projek yang lain.  {PenChinaan Malaysia - 2018 - IRIS}.

8. Rakyat China merupakan warga asing yang paling ramai membeli rumah di Malaysia melalui program Malaysia My Second Home {UKM e-journal}. . Bahkan inisiatif kerajaan China menggalakkan warganya menetap di Malaysia dengan memberi kemudahan pinjaman peribadi melalui China Bank of China cawangan Malysia. {PenChinaan Malaysia - 2018 - IRIS}.

9. Pemilikan dokumen rasmi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan passport yang pernah didedahkan dahulu merupakan kemuncak kepada kerisauan kerana ia membuktikan wujudnya pengkhianat dan petualang negara yang terdiri daripada orang dalam agensi kerajaan. {Berita Harian 12 Nov 2019}

10. Rakyat malaysia juga sangat risau dengan perkembangan di Laut China Selatan dengan pelbagai cubaan kapal pengintip, kapal nelayan dan armada laut China yang menceroboh perairan Malaysia dan telah membina persiapan ketenteraan mereka secara besar-besaran di Laut China Selatan. { Asyraf Farique - Landskap Mei 2020 - IRIS}

11. Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain akibat berhutang kepada negara China. {NY Times 25 June 2018}

12. Rakyat Malaysia juga ‘concern’ dengan siri cubaan dari dalam negara untuk menghidupkan ideologi komunis, contohnya dengan kes menyeludup masuk debu mayat mendiang Chin Peng (Ketua PKM) ke Perak pada September 2019. {Astroawani 28 Nov 2019}

13. Ada juga di kalangan rakyat Malaysia termasuk ahli politik yang turut memperjuangkan agenda komunis secara terbuka dengan menghadiri perhimpunan seramai lebih 300 orang bekas anggota komunis Malaya di Kole New Era Kajang. {Berita Harian 1 Dis 2019}

Saya menyarankan agar para YB Menteri dari PN dan semua  Ahli Parlimen dari kalangan orang Melayu dan umat Islam untuk mengkaji isu ini serta memperjuangkannya bersama di Dewan Rakyat.

Ini bukan isu BN atau PH atau isu PN tetapi ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara Malaysia yang tercinta. Setiap yang mengaku sebagai rakyat Malaysia mesti membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara yang tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Bersambung : [ t.me/zainurrashid ]