"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ulasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2025

Siapakah Penunggang Agama Sebenar?

 Siapakah Penunggang Agama Sebenar?

1. Ada yang menyatakan bahawa mereka mengagumi Umar Abdul Aziz dalam perihal kecekapan urus tadbir dan integriti sehingga menjadikan beliau sebagai contoh ikutan. Namun, dalam urusan yang lain tidak pula mereka menuruti Umar Abdul Aziz. Adakah ini dinamakan penunggang agama yang sebenar?

2. Menurut Sheikh Muhammad Abu Zahrah, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah bertekad untuk melarang arak dan babi ke atas orang bukan Islam tetapi ditegur oleh al-Hasan al-Basri (Syariah al-Quran, 55). Sikap tegas Umar Abdul Aziz terhadap larangan babi ini tidak pula diikuti oleh mereka? Malah mereka mempertahankan babi pula.

3. Bahkan Umar al-Khattab pula pernah meminta agar dijauhkan kandang babi dari kawasan Muslim. Al-Imam Abdul Razak meriwayatkan:

كَتَبَ إِلَيْنَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: «لَا يُجَاوِرَنَّكُمْ خِنْزِيرٌ، وَلَا يُرْفَعْ فِيكُمْ صَلِيبٌ

“Umar al-Khattab pernah menulis kepada para gabenornya berpesan agar: Janganlah (kawasan) kamu berdekatan dengan babi dan tidak diangkat lambang salib dalam kalangan kamu.” (Musannaf Abdul Razzaq, no: 10003)

4. Begitu juga Umar Umar Abdul Aziz mengarahkan orang kafir supaya tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (bukan Islam) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

 كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (orang bukan Islam) tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

5. Hari ini kita melihat mereka bukan sekadar mempertahankan babi dan arak, malah melabelkan bodoh pula bagi mereka yang bersikap tegas seperti Umar Abdul Aziz ini. Sekiranya Umar Abdul Aziz masih hidup, apakah mereka akan melabelkan bodoh kepada beliau?

6. Lebih malang lagi apabila ada dalam kalangan kaum Muslimin sendiri yang mendukung dan menyanjungi mereka sedangkan Allah mencela golongan yang lebih mengutamakan orang-orang kafir daripada orang beriman itu sendiri. Firman Allah:

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

(Mereka) orang-orang (munafik) mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (al-Nisa: 139)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Selasa, 15 Jun 2021

Bekas Atlet Gimnas Negara Dr Farrah Hani jika dibandingkan dengan Dr Amalina macam langit dengan bumi

 



Kalau ada yang belum tahu, sebelum Farah Ann atau El Regina Tajuddin memukau peminat gimnastik, negara kita terlebih dahulu melahirkan sebutir permata bernama Farrah Hani Imran.

Farrah Hani merupakan pelapis kepada legasi Faiznur Miskin. Sukan SEA Manila 1991, beliau memberikan Malaysia emas individu dan juga emas berpasukan.

Bukan itu saja, beliau merupakan ahli gimnastik pertama dalam sejarah negara yang layak sertai kejohanan dunia pada 1993 di Sepanyol.

Yang sebenarnya saya bukan nak cerita tentang kehidupan atlet Farrah Hani, tetapi lebih kepada siapa beliau selepas menjadi atlet.

Kehidupan Dr. Farrah Hani selepas tidak lagi menjadi atlet

Untuk pengetahuan, seperti di pangkal namanya tertera Dr. Farrah Hani ialah pemegang ijazah kedoktoran perubatan dari medicine University antara yang terbaik di dunia, Royal College of Surgeons Ireland pada tahun 2002.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian MRCS Surgery di University yang sama sehingga tahun 2005.

Berjaya dapat degree doktor yang hebat dengan title atlet pingat emas, Farrah Hani tidak tinggal terus di United Kingdom (UK) sebaliknya beliau terus pulang ke Malaysia.

Mengenangkan bidang kedoktoran pembedahan plastik masih belum berkembang di Malaysia, bermula tahun 2006 beliau sambung pula pelajaran di USM dalam pengkhususan Plastic & Reconstructive Surgery.

Pada masa yang sama juga beliau telah pun bertugas sebagai doktor dan pensyarah di UKM bermula tahun 2006.

Kalau kita rujuk CV Farrah Hani ni, ada tercatat yang beliau menjadi rakyat Malaysia pertama dapat dua pengiktirafan penting dalam bidang perubatan iaitu Constable Fellowship Award, American plastic surgery association dan. Association of Graduates Medal by the Royal College of Surgeons in Ireland.

Apa jasa Dr. Farrah Hani di UKM?

Selain menjadi doktor dan pensyarah kanan perubatan, Farrah Hani turut memikul beberapa tanggungjawab penting di UKM:
  1. Head of Plastic and Reconstructive Surgery
  2. Head of Burns Unit
  3. Head of Wound Care Team
  4. Head of Surgical Module/ Surgical Co-ordinator
  5. Head of Surgical Module & Mentor

Dr. Farrah Hani juga baru dilantik ke jawatan Professor Madya.

Dalam segala kesibukan, beliau turut menyumbang semula kepada pasukan gimnastik negara. Sukan SEA 2017 beliau jadi pengurus pasukan gimnastic dan berjaya bawa pulang 8 pingat emas.

Dalam CV beliau juga ada remark tertulis “Team Manager, Malaysian Rhythmic Gymnastics National Team (Pro-Bono Voluntary Work)“.

Pro Bono ni mudah faham maksudnya percuma. Ya, beliau buat kerja percuma untuk negara.

Masuk tahun ini, sudah 15 tahun Farrah Hani memberi khidmat kepada UKM dan menurut CV beliau juga ada tertulis yang beliau dalam fasa akhir siapkan PhD dari University College, Dublin.

Ini contoh doktor cerdik pandai yang mencurahkan semula jasa kepada nusa bangsa.

Beliau tidak duduk kerja oversea kemudian tunjuk semua beliau pandai di media sosial. Beliau hebat. She serves her country well!

Saranan buat doktor-doktor Malaysia yang bekerja oversea

Doktor-doktor Malaysia yang kerja oversea boleh ambil Farrah Hani sebagai contoh. Tanpa alasan dan just do it.

Enam tahun lepas saya ada backup seorang doktor yang menetap di UK semasa beliau kena bash dengan netizen mengenai isu tudung. Saya tulis “duduk sahajalah UK tak payah balik”

Akan tetapi bila makin lama makin kerap komen Malaysia macam-macam jadi tak kena pula. Makin merepek.

Kalau nak duduk kerja oversea, pergi lah tetapi jangan rajin nak komen urusan rakyat di Malaysia. Itu tak kena, ini tak kena, itu tak betul ini pulak salah. No! You don’t do that.

Nak jadi hero komen macam-macam pasal politik ekonomi masyarakat, by all means balik Malaysia dan berjuang dengan kami di sini.

Tengok Dr. Farrah Hani, tidak pernah buat isu viral di Twitter dan Facebook dan jasa beliau pada anak bangsa tetap menyerlah.

Ibarat kata pujangga; “Ular menyusur akar, tidak akan pernah hilang bisanya”. – Vocket







Sumber: Cinca

Selasa, 8 Jun 2021

Sangat munasabah harga minyak masak RM30 bagi setiap 5kg - Khairuddin


ULASAN | Minyak masak sawit berada di bawah pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun sebagai menteri yang menjaga sawit saya terpanggil untuk menjelaskan isu kenaikan harga minyak sawit mentah yang memberi kesan pada harga minyak masak.

Harga minyak sawit mentah di pasaran dunia sekarang ialah antara RM4,000 hingga RM4,500 bagi setiap satu tan berbanding hanya sekitar RM2,000 pada 2019 dan sebelumnya.

Kesannya harga buah tandan segar di ladang naik sekitar RM1,000 per tan berbanding RM300 per tan dulu yang meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit dalam kategori miskin.

Dengan kenaikan harga ini sekarang mereka bertukar status daripada B40 yang berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik yang mencukupi untuk sara hidup sekeluarga.

Ahli keluarga mereka lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia.

Untuk makluman, purata harga minyak sawit mentah untuk 2021 adalah seperti berikut:

  • Jan RM3,748
  • Feb RM3,895
  • Mac RM4,041
  • April RM4,220
  • Mei RM4,572

Cuba bandingkan dengan purata harga pada 2020. Purata Harga Minyak Sawit Mentah 2020:

  • Jan RM3,013
  • Feb RM2,714
  • Mac RM2,382
  • April RM2,299
  • Mei RM2,074
  • Jun RM2,411
  • Julai RM2,519
  • Ogos RM2,815
  • Sep RM2,924
  • Okt RM2,979
  • Nov RM3,422
  • Dis RM3,620

Purata harga minyak sawit mentah pada 2019 ialah RM2,079 per tan. Dengan harga minyak sawit mentah sekitar RM2,000 pekebun kecil menjual buah sawit di ladang dengan harga RM300 sahaja. Ia tidak cukup untuk menampung kos keringat dan baja mereka.

Tetapi dengan harga RM4,000 pekebun kecil menikmati harga di ladang sehingga RM1,000 per tan menjadikan purata pendapatan bulanan pekebun kecil dengan 4 hektar sawit antara RM5,000 hingga RM6,000.

Ditambah kos baja dan lain-lain

Kenaikan harga inilah yang menguntungkan 3 juta rakyat miskin dari kalangan keluarga peneroka dan pekebun kecil sawit. Alhamdulillah sawit anugerah Tuhan.

Ekoran kenaikan harga minyak sawit mentah berlakulah kenaikan harga pada minyak sawit bertapis atau minyak masak. Harga minyak masak bertapis lebih tinggi iaitu sekitar RM5,000 per tan berbanding harga minyak sawit mentah.

Oleh itu, dengan harga minyak sawit mentah antara RM4,000 hingga RM4,500 purata kos harga minyak masak di kilang ialah RM4.50 hingga RM5 bagi setiap kg. Kalau 5kg sekitar RM25. Belum dikira kos pembungkusan dan lain-lain.

Dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit, sangat munasabah harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi setiap 5kg.

Sudah lama rakyat M40 dan T20 (60 peratus rakyat Malaysia) yang kaya menikmati harga minyak masak dengan harga rendah di atas kudrat dan keringat para pekebun kecil yang berpendapatan kecil.

Golongan kaya menikmati harga minyak masak sekitar RM20 untuk 5kg. Kos proses di kilang sekitar RM3 per kg termasuk botol dan pembungkusan.

Ditambah dengan keuntungan pembekal, pemborong dan peruncit menjadi RM20 untuk 5kg. Sangat murah, tetapi pekebun kecil di kampung-kampung tidak cukup makan kerana harga sawit yang rendah ditambah dengan kos baja dan lainnya.

Ramai pekebun kecil terpaksa membiarkan kebun sawit terbiar kerana kos kerja tidak setimpal dengan pendapatan. Tetapi tidak lagi sekarang dengan harga minyak sawit mentah di antara RM4,000 hingga RM4,500 per tan.

Untuk 12 juta rakyat miskin kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 dengan pek 1kg meskipun harga modal di kilang menjangkau RM5. Kerajaan membayar untuk subsidi purata 720,000 tan setahun atau sebanyak 720 juta pek minyak masak 1kg dikeluarkan.

Bukan hanya cukup untuk 12 juta rakyat B40 malah dengan angka rakyat Malaysia 32 juta, setiap orang boleh menikmati 1.8 kg minyak sebulan dengan harga subsidi.

Kalau keluarga dengan 5 orang bererti satu keluarga boleh menikmati purata 9kg minyak masak bersubsidi sebulan.

Menguntungkan 3 juta rakyat

Minyak masak pek 2kg dan 5kg beredar di pasaran sekitar 300,000 tan. Minyak masak pek bersubsidi 1kg beredar di pasaran sekitar 720,000 tan. Sementara itu 19 juta tan dipasarkan di pasaran antarabangsa menerusi eksport.

Dalam keadaan minyak 1kg bersubsidi dikeluarkan, berlaku penyelewengan penipuan subsidi di pasaran. Mereka mengumpulkan minyak bersubsidi RM2.50 dan dipek semula menjadi minyak pek 5kg serta dijual dengan harga pasaran dulu RM20 dan sekarang RM30.

Sangat besar keuntungan daripada penyelewengan ini.

Sekiranya subsidi diperluaskan kepada minyak masak 5kg untuk kegunaan M40 dan T20 penyelewengan boleh berlaku lagi dengan sekala lagi besar dan memerlukan penguatkuasaan lebih ketat oleh kerajaan menerusi KPDNHEP.

Kerajaan menikmati hasil cukai yang tinggi dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Sebanyak 19 juta tan minyak sawit dieksport berbanding 1 juta sahaja kegunaan dalam negara.

Hasil cukai itu dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai cara antaranya Bantuan Prihatin RM1,200 hingga RM1,800 setahun kepada keluarga B40 disamping bantuan-bantuan lain.

Ia juga membantu mereka memenuhi keperluan kenaikan harga minyak masak jika minyak masak pek 2kg atau pek 5kg yang mereka mahu gunakan bukannya pek 1kg bersubsidi.

Kerajaan Sabah menikmati hasil cukai jualan hampir RM1 bilion pada 2020 ekoran kenaikan harga minyak sawit. Untuk lima bulan pertama 2021 pula dianggarkan kerajaan Sabah mendapat hampir RM500 juta.

Inilah antara sumber utama kerajaan Sabah sekarang. Begitu juga Sarawak mendapat cukai jualan sawit yang tinggi juga meskipun lebih rendah daripada Sabah.

Kerajaan Malaysia pula dijangka menikmati levi cukai keuntungan luar biasa untuk 2021 lebih RM1 bilion.

Kesimpulannya ialah kenaikan harga minyak sawit menguntungkan 3 juta rakyat Malaysia dan mengeluarkan mereka daripada status miskin. Kesan kenaikan harga sawit ditanggung oleh M40 dan T20 yang cukup makan dan kaya namun ia memulangkan nilai keringat sebenar pekebun kecil yang telah lama diabaikan.

Hasil cukai daripada kenaikan minyak sawit dipulangkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk yang dapat dirasai oleh semua rakyat. Negeri seperti Sabah dan Sarawak menikmati pendapatan tinggi kerana kenaikan harga sawit.

Diharap penjelasan ini merasionalkan isu yang dibangkitkan melibatkan kenaikan harga minyak masak.


MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ialah menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi, juga ahli parlimen Kuala Nerus dari PAS.

-mKini

Ahad, 16 Mei 2021

Shebby: JDT Tetap No.1 ,Pasukan Lain No.2 Jadi lah


 Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh tidak melihat dominasi Johor Darul Takzim akan tergugat meskipun pasukan itu belum menunjukkan prestasi yang boleh disifatkan cemerlang dalam saingan Liga Super 2021.

Tidak seperti musim-musim terdahulu apabila JDT memecut laju meninggalkan pasukan lain dengan beza mata yang terlalu jauh untuk dikejar selepas separuh aksi liga, tahun ini mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata di puncak mengatasi Terengganu FC selepas 13 perlawanan.

Keyakinan Serbegeth atau dikenali sebagai Shebby bagaimanapun cukup tinggi kejuaraan Liga Super akan kekal menjadi milik JDT buat musim kelapan berturut-turut, ini ditambah dengan hakikat bahawa pasukan pencabar lain tidak menunjukkan aksi konsisten.JDT akan kekal juara kerana pasukan lain tidak konsisten. Walaupun ada masa JDT main tak berapa bagus, contohnya sebelum ini kalah dengan Terengganu FC, namun selepas itu Terengganu FC pula kalah dengan Penang.

Sama juga dengan pasukan seperti Kedah sebelum ini apabila tewas kepada JDT di tempat sendiri, kalau mereka menang tempoh hari sudah boleh pintas ataupun rapatkan mata dan memberi tekanan kepada JDT. Namun itu tidak berlaku.

Saya memang percaya JDT akan kekal juara, kalau pasukan lain tidak konsisten maka berebut tempat kedua sahajalah. Nak jadi juara ada dua perkara penting, pertama persembahan kita sendiri dan kedua prestasi pasukan lawan, kata Shebby seperti dilaporkan BH Sukan.Kata-kata Shebby ada asasnya kerana setiap kali berpeluang memintas atau merapatkan jurang dengan JDT, pencabar mereka akan tercicir mata.

Kedah sepatutnya boleh merampas kedudukan pendahulu jika menang di Stadium Darul Aman tetapi malangnya tewas 0-1 menerusi penalti masa kecedraan Bergson Da Silva, dan kini berada empat mata di belakang.Terengganu FC pula jika tidak kerana diaibkan Penang FC selepas kemenangan sensasi ke atas JDT, ketika ini mereka pastinya berkongsi kedudukan pendahulu Liga Super.

Manakala Penang FC, selepas tamat pusingan pertama mereka cuma berada dua mata di belakang skuad bimbingan Benjamin Mora itu (24-22) namun tiba-tiba tewas mengejut di tangan Kuala Lumpur City dan kemudian tewas kepada JDT di laman sendiri.

-bawangviral.com

Sabtu, 12 September 2020

Kajian Segera Mengapa Penguasa Melayu Gemar Menindas Bangsa Sendiri

Tragedi demi tragedi yang berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain ketika ini memerlukan kajian saintifik segera bagi mencari punca-punca mengapa berlakunya fenomena para penguatkuasa, penguasa dan ahli politik Melayu begitu gemar dan senang sekali menindas bangsanya sendiri.

Manakala yang bukan bangsanya diberi keistimewaan dan pelepasan atau pemutihan atau peluang atau apa saja yang menyebelahi kepentingan mereka. Bayangkan di Majlis Perbandaran Selayang saja ada 308 kilang haram. Belum lagi di kawasan lain.

"Macam mana mereka (kilang) ini boleh dapat sambungan air dan elektrik? Bagaimana prosedur yang dilakukan mereka dalam proses mendapatkan bekalan ini?

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dah tau operasi itu haram, kenapa tidak ambil tindakan?".

Baca: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/728785/308-kilang-haram-kenapa-pbt-tak-ambil-tindakan

Bahkan kilang-kilang haram ini DITAWARKAN program pemutihan! Baca: https://www.malaysiakini.com/news/541925

Malah kilang-kilang haram ini diberi PELUANG! Baca: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/728749/kilang-haram-beroperasi-dalam-tempoh-pemutihan

PEMUTIHAN, adalah perkataan yang berlaku juga kepada pekebun haram Musang King!

Pemutihan, tawaran, peluang, tempoh dilanjutkan, menang-menang... hanya dianugerahkan kepada manusia selain Melayu. Mengapa? Ini pelik. Adakah kita boleh terus kepada kesimpulan bahawa semua penguasa Melayu ini telah dirasuah? Mungkin juga anak bini mereka diugut? Ini yang mesti kita siasat. Galak benar menindas bangsa sendiri, ape ke hei

Malah penguasa Melayu amat takut dengan kilang haram!

"Keadaan itu menyukarkan MPS menyemak dokumen berkaitan. Dalam laporan gerak kerja kita buat catitan tidak mendapat kerjasama yang baik dari pemilik.

"Kita tak boleh pecah masuk premis. Kalau kita hon, dia (pemilik) tak buka pintu pagar, kita tak boleh masuk."

Baca: https://www.sinarharian.com.my/article/100159/EDISI/Selangor-KL/Pemilik-kilang-enggan-buka-pintu-pagar

Kalau premis orang Melayu, cepat benar mereka robohkan, takde ok ek ok ek lagi. Jentolak, jengkaut semua jalan terus. No fear.

Pelik bin ajaib, malah kilang haram tu dah terbukti buang kotoran toksik bagai dalam sungai sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tak kira kaum menderita susah tak dapat air! Apakah jin ifrit iblis puaka kepunden parang sekeperrr yang dipasang oleh kilang haram ini sampai tahap begini sekali penguasa Melayu menjadi pondan bapuk lembek lemah gemalai mati pucuk bagai.

Mungkin KILANG HARAM boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam senarai azimat ampuh untuk melindungi orang Melayu dari penguasa Melayu berat sebelah dan menindas ini selain pokok durian musang king, kuil, kedai mesin kuda dan kedai warga asing.

Mengapa kesalahan berbeza-beza cara menghukumnya, mengikut jenis kaum?

Semua penindasan setaraf Israel Zionisme ini berlaku di depan batang hidung orang Melayu bukanlah di zaman penjajah British. Anehnya ia berlaku di zaman internet, android bagai. Dah merdeka 63 tahun pun.

Srikandi juga ingin mengingatkan kepada RAJA-RAJA MELAYU, ambil serius perkara ini. Sebab daulat kalian semua 100% berada di bawah telapak kaki RAKYAT MELAYU. Kalau rakyat Melayu semuanya miskin pupus jahanam, takde siapa dalam dunia ni terhegeh-hegeh nak berajakan raja Melayu. Habis orang Melayu, habislah daulat raja Melayu.

Sementara kajian dijalankan, eloklah kalian orang Melayu menghafal nama-nama menteri, politikus dan penguasa yang menjadi kitol ini supaya di masa akan datang, ketika pilihanraya nanti, kalian boleh memastikan muka-muka mereka ini tidak lagi berada di puncak kuasa.

~Srikandi
fight for your rights

DI MANA KAH KEADILAN DI NEGARA INI...


pemandu cina mabuk langgar bangsa melayu sampai mati korang tak nak cari secepat mungkin..dan hanya di jatuhkan hukuman ringan sahaja

Budak yang bawa kereta dalam kawasan hutan yang korang kejar sampai dapat..

===sebab apa korang cari budak ni sampai dapat di kawasan hutan dengan kadar segera...sebab mak bapak budak ni bangsa melayu..pihak berkuasa di negara ini hanya berani dengan bangsa melayu sahaja===

===Malaysia mengamalkan undang2 sampah masyarakat===

Sumber: Whatsapp

Isnin, 7 September 2020

Selagi rambut Saddiq masih lebat bergaya

ULASAN | Saya memang cemburu dengan rambut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lebat bersinar. Saya sudah hampir tiada rambut, maklumlah; tua meski baru 36 tahun usia. Ditambah dengan faktor keguguran rambut seawal tingkatan satu kerana sentiasa perlu bersongkok di sekolah.
Tapi itulah dia, rambut Saddiq lawa. Dan itulah juga tempat letak kesaktian seorang Syed Saddiq. Sepertimana kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah terletak pada huruf “ta”.
“Oleh kerana huruf ‘ta’-lah yang menguatkan ejaan Tuah; ta, wau, alif, ha. Cuba huruf ‘ta’ digantikan dengan huruf ‘ba’?” soal Seniman Negara Tan Sri P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang .
“Hang Buah,” jawab ahli nujum negara Masai.


Salah satu babak dalam filem Nujum Pak Belalang
Begitulah juga halnya dengan rambut Syed Saddiq. Seandainya beliau botak, hilanglah saktinya. Justeru selagi masih ada rambut yang lebat bergaya itu, selagi itulah beliau dikira muda dan memiliki aura yang menjadi kesukaan ramai.
Dan selagi itu lah Saddiq boleh menjuarai politik kaum muda.
Muda lawan tua
Pertembungan pemikiran tua-muda bukanlah perkara baharu bahkan telah berlangsung sejak zaman berzaman apabila berlakunya transisi antara generasi. Pada zaman prakemerdekaan misalnya, kita telah melihat pertembungan ini berlaku antara gerombolan ulama tanah air dalam soal kaedah dan pendekatan fikah yang berbeza-beza.
Pertembungan ini kemudiannya berkemuncak dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada 1948 pimpinan Abu Bakar Al-Baqir, yang kemudiannya diharamkan British. Untuk menyelamatkan diri daripada tindakan British, ada anggota parti itu yang menyertai Umno, dan kemudiannya bertindak keluar parti bagi menubuhkan Parti Islam Se-Malaya, PAS.


Kerjasama Umno-PAS diabadikan dalam bentuk lukisan
PAS menyertai kerajaan BN pada tahun 1974, malah merupakan salah satu parti pengasas BN setelah negara pulih daripada tragedi 13 Mei 1969. Pun begitu, PAS hanya bertahan selama empat tahun sahaja dan memutuskan untuk meninggalkan BN pada tahun 1978.
Nak dijadikan cerita, PAS kini kembali berada dalam dakapan BN dan sedang selesa memfaraid jawatan GLC dalam struktur kerajaan persekutuan pimpinan Muhyiddin Yassin, 42, selepas ia memutuskan hubungan dengan parti yang dimusuhinya sedemikian lama.
Dalam menuju kursi kuasa bersama BN-Umno itu pula, PAS juga melalui pertembungan tua muda antara pasukan ‘Erdogan’ dengan pasukan konservatifnya; yang berakhir dengan perpecahan parti itu dan penubuhan parti Amanah.
Pertembungan ternyata melahirkan pembaharuan. Tetapi penting untuk kita belajar menguruskan pertembungan tersebut supaya hasilnya adalah sesuatu yang benar-benar memberi manfaat. Bukan main langgar sahaja.
Parti muda Syed Saddiq
Terbaharu dalam persoalan pertembungan tua-muda ini adalah kemunculan sebuah pergerakan anak muda yang mahu merangkul semangat zaman dan menyatakan kesediaan untuk mengambil alih tugas membaiki negara daripada tangan-tangan tua yang telah puluhan tahun membawa tiada lain bahkan kerosakan kepada tanah air tercinta.
Setidak-tidaknya begitulah falsafah yang dikemukakan di media sosial. Ikuti sahaja tanda pagar #MasaKita untuk menanggapi usaha anak-anak muda ini menyusun gerakan bagi membentuk sebuah platform perjuangan sendiri, tanpa campur tangan orang tua-tua yang pada mereka adalah punca segala punca.
Di Indonesia, usaha Saddiq dan kawan-kawan boleh juga ditemukan dalam penubuhan parti politik muda seperti Partai Solidaritas Indonesia (PSI) (bawah).


PSI dipimpin orang muda juga, walaupun sekarang sudah sudah tidak begitu muda. Ketua Umumnya, Grace Natalie adalah seorang personaliti televisyen. Pimpinannya dibarisi wajah-wajah tampan bergaya dari segala macam demografi termasuk santri, feminis, usahawan, peguam, mahasiswa segala bagai.
Semuanya juga tidak boleh terpalit rasuah, atau punya rakam jejak dalam parti politik lainnya. Muda, segar dan bergaya; demikianlah PSI, sebuah parti yang menggunakan panggilan “bro” dan “sis” sesama mereka.
Tetapi itu PSI-lah. Parti politik yang dilihat sekadar satu wadah baharu untuk mereka yang mendukung Jokowi tanpa perlu dibayangi bagasi korupsi parti-parti politik sedia ada.
Di Malaysia tentunya sama sekali berbeza. Walaupun sebenarnya lebih kurang sama.
Andaikan kita mahu tubuhkan sebuah parti politik baharu, di tengah-tengah kemelut politik yang telah menghabiskan lebih separuh tahun 2020 ini; apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan?
Antara lain, yang memerlukan konsiderasi panjang ialah orang bagaimanakah yang akan menyokong parti kita itu, tidak kira sokongan secara politik, kata-kata semangat, ataupun dukungan kewangan.
Itu belum lagi kita memikirkan pasaran pengundi mana yang ingin diterokai, dan untuk tujuan apa kita secara spesifik mahu meneroka kelompok pengundi tersebut; dan apakah kebarangkalian penerimaan (atau penolakan) kelompok tersebut terhadap parti kita yang baharu itu.
Bukan senang sebenarnya mahu buat parti politik baharu. Nampak sahaja mudah, tapi pergelutan di sebalik tabir bagi memberi nyawa kepada sebuah organisasi politik bukanlah seperti menubuhkan sebuah kelab mengumpul setem atau persatuan guli di kampung-kampung.
Masalah-masalahnya
Yang menjadi masalah dengan parti khusus usia atau generasi adalah betapa terhadnya khalayak yang menjadi sasarannya; ini termasuklah sebagai rekrut anggota, kader kepimpinan, pengundi, aktivis dan sukarelawan parti dan lain-lain lagi. Ini sebabnya ramai bertanya soal had usia (jika ada) dan apa terjadi apabila had itu dicapai.
Sepatutnya sebarang pendekatan politik dalam tahun-tahun mendatang adalah lebih inklusif, ketimbang memisah-misahkan masyarakat dengan sempadan-sempadan usia.
Kemudian timbul soal kerusi. Dan kemudian soal dana.
Sebagai sebuah parti baharu, yang khabarnya akan menjadi sekutu Pakatan Harapan; tentunya akan ada ramai anak muda penuh cita-cita yang akan mahu bertanding dan tidak mahu kalah. Takkanlah masuk parti anak muda kerana hanya mahu berbincang soal kebijakan negara. Mestilah bertanding dalam pilihan raya kan?
Soalnya siapa yang akan perlu mengorbankan kerusi mereka untuk memberi ruang dan peluang kepada bakat-bakat muda ini? Adakah parti-parti sedia ada tidak mempunyai kader pimpinan muda masing-masing untuk diketengahkan?
Daripada 222 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan, gabungan PH Plus sendiri pun tentunya mempunyai senarai panjang bakal calonnya untuk ditempatkan di kerusi-kerusi boleh menang. Sekiranya parti Saddiq mengemukakan senarai calon muda aktivis sosial “Gelembung Bangsar” yang lebih selesa berbahasa Inggeris, adakah semuanya akan diletakkan di kerusi-kerusi urban?
Manifestasi Gelembung Bangsar dalam bentuk sebuah parti politik adalah perkara terakhir yang diperlukan dalam usaha menawan kerusi-kerusi majoriti Melayu dan mencairkan pengaruh sentimen kosmetik “perpaduan Melayu-Islam” yang menjadi modal mudah politik kerajaan Muhyiddin.


Kawasan kejiranan Bangsar, gambar hiasan
Hakikatnya pengundi di Malaysia tidak melihat sesuatu yang baharu sebagai sesuatu yang pasti dan ‘solid’ justeru mereka tidak berahi memilih pembaharuan. Demikian sebabnya kita melihat kekalahan Pejuang di PRK Slim, dan kekalahan Amanah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar beberapa tahun lalu.
Bukannya mustahil untuk kita menjual sebuah produk baharu, namun ia akan mengambil masa dan memakan sumber -- yang belum tentu kita ada. Paling tidak pun Saddiq dan kawan-kawan akan harus menunggu lima tahun lagi. Sementara menunggu, yang muda pun sudah perlahan-lahan beransur tua.
Sebenarnya parti Saddiq hanya boleh berkembang biak selagi mana rambutnya lebat bergaya, dan mampu bertegas untuk tidak menerima dana mahupun nasihat daripada ‘kaum tua’ yang tidak disukainya, dan bermain dalam kerangka politik tua.
Bukanlah maksudnya parti Saddiq ini langsung tidak ada potensi. Namun untuk memberi kesan yang besar dalam sela masa yang singkat, Saddiq dan kawan-kawan belum menemukan x factor yang diperlukan.
Adalah lebih baik barangkali bagi Saddiq untuk isi borang DAP sahaja.

IZMIL AMRI ialah penulis dan pemerhati politik.
sumber.malaysiakini

Jumaat, 21 Ogos 2020

Wang tak dituntut sebagai sumber baru kerajaan?

Gambar Hiasan

ULASAN | Mencari sumber pendapatan baharu kerajaan kian mencabar dalam mengharungi pandemik Covid-19 apabila kerajaan digesa untuk meningkatkan perbelanjaan berbanding sebelum ini untuk tujuan pengekalan pekerjaan,subsidi upah dan insentif kewangan.

Namun begitu, terdapat satu sumber sedia ada yang boleh digunakan iaitu wang tidak dituntut di bawah amanah Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (AGD) di tingkat 42 Menara Maybank, Jalan Tun Perak.

Akauntan Negara juga merupakan Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Sistem Maklumat Wang Tak Dituntut Kerajaan Elektronik (eGUMIS) telah diaktifkan pada tahun 2018 bagi membolehkan orang ramai memeriksa wang yang tidak dituntut.

Wang yang tidak dituntut merangkumi:

gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain yang dibuat kepada pekerja

dividen dan keuntungan diisytiharkan untuk pengagihan

tuntutan insurans

simpanan tetap matang dan

baki kredit simpanan tidak aktif

Pada tahun 2019, terdapat kira-kira hampir RM9 bilion wang yang tidak dituntut.

Sebagai perbandingan, jumlah itu menghampiri suntikan langsung Penjana (Rancangan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek) sebanyak RM10 bilion.

Ia juga merupakan satu perlima daripada jumlah keseluruhan suntikan kumulatif, iaitu RM45 bilion.

Bahkan, Dana Kontingensi Nasional di bawah Artikel 11(3) Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana Menteri Kewangan diberi kuasa untuk membuat pendahuluan perbelanjaan masih tidak mencukupi.

Belanjawan 2020 memperuntukkan hanya RM2 bilion kepada Dana Kontingensi Nasional.

Untuk membuka sumber pendapatan yang berpotensi ini, Akta Wang Tak Dituntut (1965) perlu dipinda dan diganti dengan rang undang-undang baharu.

Ini bagi membolehkan Akauntan-Negara merangkap Pendaftar Wang Tak Dituntut memindahkan wang yang tidak dituntut kepada dana kerajaan secara sah.

Tarikh luput

Selain itu, ketiadaan tarikh luput juga merupakan halangan undang-undang yang perlu dimansuhkan bagi memudahkan proses pemindahan wang.

Namun demikian, sememangnya akan ada bantahan mengenai tindakan perampasan sebegini yang dianggap bercanggah dengan perlembagaan dan menceroboh hak asasi manusia serta berbentuk “pencurian”.

Hakikatnya, wang yang akan dipindahkan tetap tidak dituntut dan terbiar.

Di bawah Akta Wang Tak Dituntut (1965), wang ini berada di bawah jagaan kerajaan melalui penjawat Pendaftar Wang Tak Dituntut, di mana kerajaan merupakan pemegang amanah, bukannya badan swasta.

Oleh itu, berdasarkan prinsip common law, kerajaan berhak secara sah mengguna atau mengurus wang yang tidak dituntut dengan apa cara sekalipun, asalkan dianggap sesuai dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, kepentingan awam atau hal-ehwal moral.

Ini adalah wajar dengan proses pindaan yang tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk perintah menteri iaitu pembuatan undang-undang oleh Eksekutif di bawah Akta induk – Akta Wang Tak Dituntut (1965).

Pindaan termaktub dalam rang undang-undang (RUU) baharu akan dibahaskan di parlimen dan tertakluk kepada persetujuan Parlimen.

Sebaiknya, RUU ini harus merujuk kepada RUU Covid-19 (Tindakan Sementara) yang akan datang sebagai sumber rujukan bagi memberikan sokongan tambahan. Ini juga bermaksud bahawa Akta Wang Tak Dituntut akan ditetapkan semula setelah jumlah tertunggak selesai.

Oleh itu, keadaan akan kembali normal di bawah peruntukan Akta Wang Tak Dituntut yang sedia ada sekarang.

Malah, penggunakan wang yang tidak dituntut untuk tujuan sosial sebagai "stop-gap" atau tindakan darurat secara sementara, bukanlah hanya cadangan dasar angan-angan (tidak boleh dicapai).

Selagi semuanya dilakukan secara telus, bertanggungjawab, demokratik, dan digunakan untuk merangsang ekonomi, adalah wajar untuk orang ramai tidak mempertikaikanya.

Dalam hal ini, wang tidak dituntut harus digunakan untuk memperluas penerapan Program Subsidi Gaji (WSP) dengan mensasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jika tidak, wang tidak dituntut boleh digunakan untuk menyasarkan isi rumah terutama B40 dengan memberikan baucar sebagai sebahagian subsidi untuk digunakan di lokasi kedai runcit terpilih untuk barang-barang keperluan termasuk peralatan pelindung diri (PPE) seperti topeng muka dan juga sanitiser yang amnya bukan murah.

Akhir kata, memanfaatkan wang tidak dituntut untuk digunakan dengan baik secara sementara menyumbang kepada dana kerajaan kerana setiap sen itu bernilai.

JASON LOH SEONG WEI merupakan ketua bahagian sosial, perundangan dan hak asasi di EMIR Research, sebuah badan pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

-MalaysiaKini

Isnin, 10 Ogos 2020

Apa keperluan Dr Mahathir tubuh parti baru?

Mahathir umum tubuh parti baru
\
SELEPAS Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  menerima permohonan Muhyiddin Yassin  sekaligus menepis saman Dr Mahathir Mohamad dan beberapa yang lain bagi membatalkan tindakan Bersatu memecat mereka daripada parti itu, bekas Perdana Menteri itu telah mengadakan sidang akhbar memberi tahu yang beliau akan tubuhkan sebuah parti politik baru.

Parti baru itu bersifat bebas dan mendukung dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh bekas partinya sebelum ini Bersatu, dan parti baru itu bersifat parti Melayu. Parti itu nanti akan menjadi parti Melayu keempat di negara ini selepas, Umno, Pas, Bersatu. Walaupun Mahathir sebelum ini berkata orang Melayu dipecahkan dengan wujudnya berbagai parti, tetapi beliau sendiri nampaknya lupa kepada apa dikatakan itu. Sudah tua...

Penyakit Melayu sebelum ini yang mudah lupa sudah menghinggapi diri Mahathir pula yang sudah berusia 95 tahun. Mahathir sebagai OT95 sendiri sudah lupa mengenai dirinya, apa yang dikatakan, tetapi ramai di kalangan kita mengingati apa yang pernah diucapkan itu.

Pengumuman rengkas semalam itu yang ditemani beberapa pemimpin Bersatu (MP) yang tidak bersama Muhyiddin bukan mengejutkan kerana itulah pilihan terbaik buat Mahathir dan orang-orang bersamanya bagi meneruskan perjuangan. Tidak ada pilihan lain lagi baginya setelah gagal kekal dalam Bersatu dan gagal menguasainya.

Penubuhan parti baru itu diakui sendiri oleh Mahathir bagi membolehkan beliau serta yang lain mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak lagi akan dibenarkan oleh Bersatu kerana sudah tidak menjadi ahli parti itu. Pengakuan itu menjelaskan semangat Mahathir untuk berkecimpung dalam politik masih kuat dan beliau masih berselera untuk berperang.

Dari sisi lain penubuhan parti baru itu sebagai wadah meneruskan perjuangannya yang tersisa.Ia juga sebagai penawar atau aktiviti riadah untuk dirinya yang mana akan sihat dan bersemangat kalau terus bermain politik. Politik bagi Mahathir bukan sangat untuk mencapai agenda perjuangan, tetapi lebih kepada untuk menyihatkan diri. Politik adalah satu bentuk senaman baginya. 

Justeru tidak hairan kalau dalam suasana dan keadaan politik negara sudah mempunyai banyak pertubuhan politik beliau bercadang untuk menubuh satu lagi parti.  

Difahamkan bakal dilantik jadi presiden parti itu adalah anaknya, Mukhriz manakala beliau sendiri  sebagai pengerusi. Kedudukan atau pun struktur itulah yang dimahui Mahathir sebelum ini dalam Bersatu. Apabila ia gagal maka perlu parti baru dengan struktur yang sama yang tidak tercapai dalam Bersatu itu demi merealisasikan apa yang diangan-angankan. Terlihat semacam penubuhan parti baru itu sebagai bekas untuk anaknya Mukhriz terus berpolitik.

Berbagai telahan.

Ekoran itu orang membuat berbagai telahan dan andaian dengan parti baru Mahathir itu? Apakah ia boleh hidup atau pun sebaliknya. Sesiapa pun bebas membuat ramalan dan menenung nasib parti yang belum dilahirkan itu.

Tetapi apa yang mengejutkan semasa mengumumkan hasratnya itu, Mahathir mengatakan parti baru itu tidak akan bersama mana-mana gabungan sedia ada. Ia tidak akan bergabung dengan PN maupun PH. Parti itu itu akan bergerak sendiri secara bebas. Kesediaan itu menunjukkan Mahathir yakin parti itu boleh survive. Langkah bersendirian itu satu langkah berani.

Saya tidak yakin kalau parti baru itu akan bergerak secara solo dan tanpa kawan yang ia boleh memastikan kelangsungan hayatnya. Kerana itu saya mengira akhirnya kelak, ia akan bergabung juga dengan mana-mana parti lain (atau gabungan) yang lebih besar. Walaupun Mahathir memberi tahu ia tidak akan bergabung dengan mana-mana, tetapi itu adalah kenyataan politik semata-mata yang pernah berlaku sebelum ini dan tidak boleh dipegang. Dalam dunia ini tidak ada satu pun kerja yang boleh dibuat secara bersendiri kecuali berkhayal.

Dalam kondisi rakyat Malaysia yang sudah memahami keperluan politik multi-racial mana-mana parti politik perlu kepada penggabungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak. Hatta parti agama (Pas) sendiri yang sebelum ini, (semasa jadi pembangkang), angkuh untuk kekal bersendirian tanpa bergabung dengan parti bersifat liberal, atau mahu memiliki Syurga seorang diri, tetapi sudah mengubah nada selepas jadi kerajaan, kerana mereka sudah menyedari hakikat yang perlu ditempuhi.

Perhatikan nada para pemimpin Pas sejak menjadi sebahagian daripada kerajaan kini. Isu perkauman seperti sudah dikendurkan, demikian juga dengan sikap obsesinya untuk melaksanakan Hudud juga sudah hanyut ke Laut Cina Selatan dengan berbagai alasan diberikan. Setiap apa yang ditegas dan diperjuangkan sebelum ini sudah tidak kedengaran lagi. Pas sudah jadi macam tikus jatuh ke genak. Semua itu menunjukkan perubahan sikap dan pendekatan politik Pas yang realistik dengan situasi negara ini. (Baguslah, tetapi itu munafik).

Oleh sebab itu parti Mahathir juga nanti terpaksa mencari rakan kongsi. Terlalu awal di sini untuk saya nujum dan memfirasat siapakah bakal menjadi rakan kongsi parti Mahathir nanti. Tetapi yang tidak mustahil, parti itu akan terbuka seperti nasib wanita janda yang akan menerima sesiapa sahaja sebagai semua kerana demi meneruskan kehidupannya. Bila sampai masa Mahathir akan membuat perhitungan dengan parti atau gabungan mana dia harus menyatu.

Untuk melalui pilihan raya secara bersendiri tidak mungkin kerana parti itu tidak ada kekuatan. Kalau sekali pun ramai ahli Bersatu bersama Mahathir dalam parti baru kelak, ia tidak mampu menjelmakan sebuah jentera pilihan raya seperti berlaku dalam PH dahulu. Kemenangan 13 kerusi parlimen Bersatu dalam Piraum lalu adalah menumpang kekuatan jentera pilihan raya PKR dan DAP. 

Pun begitu kehadiran parti baru itu telah dilihat oleh pemimpin pembangkang. Anwar Ibrahim dalam memberi reaksi awalnya walaupun mendengar Mahathir tidak akan bersama mana-mana gabungan tetapi tidak menolak sekiranya ada permohonan daripada Mahathir kelak, ia akan dipertimbangkan untuk bersama PH. Anwar cukup memahami suasana dan kondisi politik bahawa tidak boleh hidup secara bersendirian. 

Cuma perlu dingatkan disini sekiranya Mahathir berjaya menubuh parti dan berhajat untuk berkolaborasi dengan PH, pastikan bahawa beliau (OT95) bukan lagi menjadi kepala atau pun orang yang mempunyai suara untuk memutuskan sesuatu. Mahathir hanya boleh dibenarkan berada dalam PH dengan parti baru itu tetapi jangan diberikan ruang dan kuasa tetapi harus jadi pengikut sahaja. 

Pemerhati sekarang ini melihat apakah kesan penubuhan parti baru itu kepada PN dan PH. Dalam hal ini saya melihat kesan yang mungkin dirasai ialah kepada parti-parti berasaskan Melayu yang sinonim dengan parti baru Mahathir itu. Kalau dalam PN ia adalah parti Bersatu dan Umno. Manakala dalam PH ia tidak memberi kesan kepada baik PKR ataupun DAP, cuma mungkin sedikit terkesan kepada Amanah. 

Kesimpulannya bagi DAP dan PKR, mereka tidak perlu bimbang dan cemas dengan kewujudan parti baru Mahathir itu kerana ia bukan saing mereka sebenarnya, tetapi saingan kecil buat Umno, Pas, Bersatu dan juga Amanah. Parti baru Mahathir itu malahan melabakan mereka. 

Dan tanpa parti baru Mahathir itu bergabung dengan mana-mana parti, amat mustahil ia boleh menjadi king maker bagi menentukan kerajaan akan datang, kerana bukan mudah untuk menang sekurang-kurang 30 kerusi ataupun mengekalkan enam kerusi yang dimiliki sekarang ini. Kerana itu parti baru Mahathir itu kalau secara solo ia hanya pengacau daun sahaja, lebih kurang macam parti Putra Malaysia. 

Ohya dalam pada itu ada juga kemungkinan tindakan Mahathir membentuk parti baru itu sebagai persiapan ke arah pembentukan satu lagi gabungan parti politik. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak. Mahathir tentu membaca masalah dan hambatan yang bakal dihadapi oleh Bersatu dalam PN sekarang ini yang dicemburui oleh Umno. Suasana itu boleh menyebabkan Bersatu tidak akan dilayan dengan sempurna menyebabkan mereka akan ditepis keluar saat pilihan raya nanti. 

Nah, begitu juga dengan kumpulan serpihan PKR (kumpulan 10 budak hitam) pimpinan Azmin Ali. Kumpulan itu juga akan berhadapan dengan masalah bakal ditepi oleh Umno kerana mereka adalah melukut di tepi gantang dalam PN ataupun cebisan sampah di birai sungai politik sahaja. 

Bersatu, kumpulan Azmin akan bercakaran dengan Umno dan Pas dalam perebutan kerusi. Menanti percakaran itu berlakulah maka menyebabkan Mahathir menubuhkan parti baru  berkenaan untuk dijadikan lukah yang akan dipasang di pergentingan untuk mengaut ikan atau sampah takala banjir berlaku. [wm.kl.12:04 pm 08/08/20]