"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label M40. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label M40. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2024

Rumah Mampu Milik untuk B40 & M40 : 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air

 Inisiatif Rumah Mampu Milik untuk B40 & M40: Mohon Sekarang untuk Rumah Impian Anda dengan Harga Tak Tertandingi

Rumah Mampu Milik untuk B40

Kerajaan Malaysia, bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad, akan meneruskan bantuan projek perumahan yang direka khas untuk individu layak dalam kumpulan pendapatan B40 & M40, mengikut semua kriteria yang telah ditetapkan.

Program ini menawarkan inisiatif Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan menyediakan rumah berharga antara RM 75,000 hingga RM 85,000. Disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, lebih dari 85,000 rumah telah berjaya disiapkan di bawah skim ini.

RUMAH MAMPU MILIK UNTUK B40

Inisiatif Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

Inisiatif RMR bertujuan untuk membantu pendapatan rendh termasuk nelayan, petani, dan keluarga tanpa rumah atau yang tinggal di rumah uzur tetapi memiliki tanah yang sesuai untuk membina kediaman yang baru dan selesa.

Penerima RMR akan mendapat manfaat dari subsidi pembinaan sehingga RM20,000, dengan bangunan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Ciri-ciri RMR 2023

Rumah RMR, yang berbeza harganya mengikut negeri dan wilayah, mengekalkan reka bentuk standard: sebuah tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Butiran khusus termasuk:

  • Di Semenanjung Malaysia, rumah seluas 750 kaki persegi ini dihargai RM75,000 dengan subsidi pembinaan RM20,000, menyebabkan pinjaman RM55,000. Bayaran bulanan yang dijangkakan untuk tempoh 16 tahun adalah sekitar RM300.
  • Di pulau-pulau Semenanjung, harganya meningkat menjadi RM85,000, dengan angka subsidi dan pinjaman yang serupa disesuaikan kepada harga baru, menyebabkan bayaran bulanan yang sedikit lebih tinggi sekitar RM350.
  • Di Sabah, Sarawak, dan Labuan, harga berada dalam lingkungan RM75,000 hingga RM106,000, dengan penyesuaian berkaitan dalam pinjaman dan bayaran.

Kriteria Kelayakan untuk RMR

Pemohon yang layak mesti:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang tidak sesuai untuk didiami.
  • Memiliki tanah yang sesuai untuk pembinaan, bebas daripada halangan. Jika pemohon bukan pemilik tanah, kebenaran daripada pemilik diperlukan.
  • Pastikan saiz tanah memenuhi keperluan minimum yang ditetapkan oleh reka bentuk projek.

Proses Permohonan untuk RMR

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web SPNB atau secara manual dengan mendapatkan borang dari mana-mana cawangan SPNB.

Dokumen yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan kad pengenalan diri mereka serta, jika berkenaan, pasangan dan pemilik tanah, bersama dengan surat hak milik tanah terkini, dokumen pengesahan pendapatan, deklarasi ketiadaan pemilikan rumah yang sesuai, dan kebenaran pemilik tanah jika diperlukan.

Tempoh Pinjaman dan Pembinaan

Maklum balas kelulusan akan diberikan dalam masa tiga bulan, bergantung kepada peruntukan kewangan tahunan. Tempoh pembinaan diperuntukkan 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon bertanggungjawab untuk melengkapkan borang permohonan, menyediakan tapak mengikut spesifikasi, dan memastikan kemudahan utiliti disambung. Jika perlu, mengurus pinjaman daripada bank atau institusi kewangan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang RMR SPNB, hubungi:

  • Ibu Pejabat: Syarikat Perumahan Negara Berhad, Tingkat 1, Blok C, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020, Emel: aduan@spnb.com.my.
  • Cawangan: Maklumat untuk cawangan tertentu, seperti Kedah dan Melaka, beserta dengan butiran hubungan mereka, disediakan untuk mereka yang mencari bantuan tempatan.

Sumber 

Khamis, 24 Jun 2021

'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40

'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40
Siti Suzanne menyara lima anaknya berdepan kesukaran apabila kehilangan kerja lapan bulan lalu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun, Siti Suzanne Anton, yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali.
Lapan bulan lalu, dia kehilangan pekerjaan. Lantaran itu, kehidupannya terus berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40.
Hanya berbekalkan bantuan zakat RM500, hidup perlu diteruskan bagi ibu tunggal lima anak ini meskipun tidak mendapat bantuan lain.
"Ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya di mana boleh dapatkan beras.
"Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan.
"Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya.
Siti Suzanne Anton, 45, bekas Penganalisis di syarikat cari gali yang dahulunya dari golongan M40 kini bertukar ke B40. Gambar: Astro Awani
Siti Suzanne Anton, 45, bekas Penganalisis di syarikat cari gali yang dahulunya dari golongan M40 kini bertukar ke B40. Gambar: Astro Awani
Lima anaknya berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun, masing-masing masih bersekolah sementara anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih di sebuah syarikat.
Kisah Siti Suzanne mengusik hati penulis, pilu melihat bagaimana pandemik ini boleh mengubah kehidupan seseorang.
Lebih meruntun jiwa, dia yang menghidap penyakit jantung mendahulukan wang yang ada demi memastikan makanan tersedia buat anak-anaknya dan bukan ubat-ubatan yang diperlukannya.
Siti Suzanne berharap agar nasibnya terbela. Gambar: Astro Awani
Siti Suzanne berharap agar nasibnya terbela. Gambar: Astro Awani
"Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.
"Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat.
"Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal," kata Siti Suzanne lagi.
Ketika menceritakan keadaannya, air matanya berlinang mengenang nasib anak-anaknya.
Astro Awani bertemu Siti Suzanne dihadapan rumahnya di Petaling Jaya. Gambar: Astro Awani
Astro Awani bertemu Siti Suzanne dihadapan rumahnya di Petaling Jaya. Gambar: Astro Awani
Tekad mahu bangkit, Siti Suzanne terus berusaha mendapatkan pekerjaan meskipun lebih lapan kali permohonannya tidak berhasil.
"Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu.
"Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu.
"Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini," jelasnya.
Meskipun terpaksa melalui hari-hari sukar, Siti Suzanne tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana dia masih dikategorikan sebagai M40.
Apa yang diharapkan, ada pihak yang dapat membantunya meringankan beban.
Ini realiti kehidupan golongan M40 yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415.
-Astro Awani

Rabu, 9 Jun 2021

Bank perlu perjelas secara mendalam mengenai moratorium kepada M40 - Mustapa Mohamed

 Bank perlu perjelas secara mendalam mengenai moratorium kepada M40 - Mustapa

Mustapa berkata pihak bank juga mungkin boleh menyediakan 'helpdesk' bagi kes-kes tertentu supaya mereka yang terkesan dan tidak ada pertimbangan lain dapat membuat aduan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberikan penjelasan secara mendalam mengenai moratorium kepada golongan M40 yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, ramai golongan M40 termasuk usahawan dan para profesional semakin tertekan dan terdesak untuk mendapatkan bantuan.
"Ramai yang mengharapkan moratorium menyeluruh seperti yang dibuat pada tahun lepas...bagi perniagaan kecil dan sederhana serta mikro, mereka tiada masalah (untuk mendapatkan moratorium), tetapi bagi M40 yang terkesan, mengalami kekurangan pendapatan, mereka juga boleh memohon dan pihak bank sudah beri jaminan bahawa ia boleh diluluskan.
"Pihak bank perlu mencari kaedah yang lebih tuntas dalam memberikan pencerahan (mengenai moratorium)," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Bicara Politikonomi - 'Lockdown dan Ekonomi Negara' di saluran televisyen TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa.
Beliau berkata pihak bank juga mungkin boleh menyediakan 'helpdesk' bagi kes-kes tertentu supaya mereka yang terkesan dan tidak ada pertimbangan lain dapat membuat aduan.
"Sudah pasti yang terbaik ialah moratorium automatik, yang tidak melibatkan karenah birokrasi.
"Saya berharap bank-bank akan cuba membantu golongan yang terkesan (yang tidak mendapat moratorium secara automatik) dan yang patut ditolong ini," katanya.
Pandangan itu adalah di kala bank-bank di negara ini secara amnya melaporkan keuntungan yang memberangsangkan, katanya.
Mustapa berkata meskipun pemulihan ekonomi dijangka bertambah baik sejak akhir tahun lepas, namun dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, keadaan kembali 'parah' kerana kebanyakan perniagaan tiada lagi simpanan tunai atau mendapat bantuan lanjut.
Beliau berkata walaupun kerajaan tidak dapat memenuhi kebanyakan permohonan daripada usahawan, namun diharapkan semua pihak termasuk bank dapat terus berbincang dan mencari kemajuan dalam perkara tersebut.
"Tertakluk kepada pihak bank sama ada menerima cadangan ini atau tidak. Saya rasa mungkin Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menjadi orang tengah untuk mencari jalan bagaimana untuk memberi pencerahan agar isu yang dihadapi ini boleh ditangani dengan sewajarnya," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam keadaan yang dinamik dan tidak menentu akibat COVID-19, sukar untuk menjangkakan situasi mengenai pemulihan ekonomi, melainkan kerajaan mempercepat proses vaksinasi COVID-19.
"Kalau ada permohonan daripada syarikat-syarikat swasta untuk beli sendiri vaksinasi, sudah pasti kerajaan boleh mencari jalan bagaimana dapat mempercepat vaksinasi.
"Seterusnya boleh mengembalikan keyakinan pelabur dan ekonomi dapat cepat pulih seperti yang kita lihat di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Australia," katanya.
-- BERNAMA

Khamis, 26 November 2020

Belanjawan 2021:Moratorium automatik untuk B40, peniaga kecil.M40 perlu 'self declaration'

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa lanjutan moratorium disediakan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira golongan.

Menterinya, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bantuan moratorium ini akan disalurkan dalam bentuk penangguhan, pengurangan dan penjadualan semula pinjaman.

Katanya, lanjutan moratorium bank secara automatik akan diberikan kepada golongan B40 dan peniaga kecil sahaja.

Manakala, bagi golongan M40 pula hanya perlu membuat pengisytiharan sendiri tanpa perlu sebarang dokumen.

Sementara, bagi rakyat yang tidak tergolongan dalam segmen berkenaan boleh mendapatkan moratorium dengan memohon kepada pihak bank masing-masing.

 “Prinsip utama adalah tanggungjawab dan keadilan. Adakah adil mereka yang kaya dan lebih dari mampu untuk membayar hutang diberikan moratorium.

“Bukankah baik mereka membayar hutang supaya masuk ke sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman khususnya kepada perniagaan dan industri yang menampung dan mencipta pekerjaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Zafrul, kerajaan akan terus memberi komitmen untuk mengadakan libat urus bersama institusi perbankan bagi memastikan ketersediaan untuk membantu rakyat dan perniagaan sekiranya keadaan bertambah tercabar.

“Saya harap isu lanjutan moratorium mendapat sokongan semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/11/2020