"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ulama'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulama'. Papar semua catatan

Selasa, 30 Julai 2024

MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI

 MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI

Berkata Saidina Abdullah bin Umar Al-Khattab radhiyallahu anhuma:

استحب أن يقرأ على القبر بعد الدفن أول سورة البقرة وخاتمتها

"Sunat membacakan awal dan akhir surah Al-Baqarah di atas kubur selepas dikebumikan jenazah" (HR. al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, 4/93)

Penilaian ulama:

1) Berkata Imam Nawawi di dalam Al l-Azkar ia adalah hasan.

2) Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ia adalah hasan.

3) Berkata As-Syeikh Mansur Al-Bahuti, telah sahih ia daripada Ibnu Umar bahawa mewasiatkan ia apabila dikebumikan agar dibacakan di sisi kuburnya pembuka dan penutup surah Al-Baqarah.

4) Berkata Abd Al Haq, Imam Ahmad mengingkari riwayat ini dan kemudian menarik balik kerana telah sampai sanad tersebut kepadanya.

Sokongan ulama:

1) Bertanya Imam Al Hasan bin Muhammad Al Za'farani kepada Imam As-Syafie mengenai bacaan Al-Quran di sisi kubur. Imam Al Syafie jawab: "Dibolehkan."

2) Berkata Imam Asy-Sya'biy: "Bahawa kaum Al-Anshar, apabila berlaku kematian di kalangan mereka. Maka mereke bergiliran ke kubur untuk membacakan Al-Quran di kubur."

3) Berkata Imam As-Syafie:

ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرءان وان ختموت القرءان كله كان حسنا

"Dan disunatkan membacakan sebahagian Al-Quran di kubur dan sekiranya dikhatamkan keseluruhannya adalah lebih baik." 

(Dinaqalkan oleh Imam An Nawawi melalui kitab Riyadh As-Solihin, ms. 386)

Kesimpulan:

Imam Ibnu Qudamah menyatakan bawa amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran adalah bermanfaat kepada si mati dengan ijmak kaum muslimin:

وَالدَلِيلُ لَنَا مَا ذَكَرْنَاهُ وَأَنَّهُ اجْمَاعُ الْمُسْلِمِينَ فَإِنَّهُمْ فِي كُلَّ عَصْرٍ وَمِصْرٍ يَجْتَمِعُونَ وَيَقْرَأُونَ الْقُرْآنَ وَيَهْدُونَ ثَوَابَهُ إِلَى مَوْتَاهُمْ مِنْ غَيْرِ نَكِيرٍ، وَلِأَنَّ الْحَدِيثَ صَحَّ عَنِ النَبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم "إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ"

“Dalilnya itu ialah barang yang kami telah sebutkan dahulu itu. Dan juga bahawasanya itu adalah ijmak kaum muslimin. Maka, walau waktu bila dan di mana pun mereka berkumpul dan membaca al-Quran dan mereka menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang sudah mati daripada kalangan mereka dengan tiada sesiapa yang mengingkarinya. Dan kerana hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya si mati itu diazabkan dengan tangisan daripada keluarga kepadanya”.” (Rujuk al-Mughni Ibnu Qudamah)

Disediakan oleh: 

Ust HAZA Official

Ahad, 12 November 2023

Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani:Mujahid di bumi Palestin pencinta Hadis Sahih Al-Bukhari

 Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari.

Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس. Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:

1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.

2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.

3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.

4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.

5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.

Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.

Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan). 

Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:

Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah - kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.

Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.

Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009). Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.

Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga.

Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.

Credit: Facebook 

Ahad, 20 Jun 2021

Innalillahiwainnalillahirajiun: Ulama besar keturunan Sayyidina Umar meninggal dunia.

Mendapat khabar sedih 😭

Lagi wafatnya Ulama

انا لله وانا اليه راجعون

Madinah al-Munawwarah - Allahu..mendapat berita sedih dari bumi kinanah bahawa telah wafatnya antara Ulama tertua mereka iaitu Syeikh Muhiy al-Din (Mempunyai jalur dari keturunan Sayyidina Umar ibn al-Khattab) pada hari ini Sabtu, 19 Jun 2021 dalam usia lebih 115tahun. 

Didoakan beliau diberikan dengan kematian husnul khatimah dan semoga Allah SWT mengangkat derajat dan martabat beliau ke Syurga paling tinggi bersama Kekasih Agung Sayyidina Rasulullah SAW dan disamping Datuknya juga Sayyidina Umar Al-Khattab inshaAllah ameen.

Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatehah buat Almarhum Syeikh Muhiy.

Semoga ALLAH merahmati roh Auliya dan kekasihNya

#WafatnyaUlama

Selasa, 6 Oktober 2020

Ketua AMANAH Kawasan makin biadap

 


Atas sifat kasih kepada ulama dan bertanggung jawab sebagai ahli, penyokong dan pendokong PAS ... Omak dan PAS Kawasan Shah Alam terdiri dari. Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim - SU PAS Kawasan Shah Alam, Habib Halil - Ketua PAS Cawangan Kg Kuantan, Shah Alam dan Ustaz Amin kini berada di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor untuk buat 3 laporan polis terhadap biadap melampau seorang ahli PAN berjawatan Ketua PAN Ledang, Johor terhadap YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS.

Perbuatan melampau sejijik ini mesti dihentikan dan diambil tindakan melalui lunas undang-undang negara bersesuaian dengan Rukun Negara yang ketiga dan keempat Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Negara kita adalah Negara Hukum yang berdaulat. Hanya kerana perbezaan fahaman politik sampai sanggup lakukan kerja terkutuk ini mesti dihentikan serta merta.

MR :  AMANAH kini hilang sifat keislaman mereka, tingkahlaku sama dengan RBA DAP yang tak ada agama

Sumber: Mediarakyat