"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label MoU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MoU. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2022

60,000 rakan penghantar foodpanda bakal terima manfaat skim perlindungan Perkeso

Manfaat ini dicapai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di antara foodpanda Malaysia dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). - FOTO Perkeso
Manfaat ini dicapai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di antara foodpanda Malaysia dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). - FOTO Perkeso

INISIATIF SPS Padanan Caruman untuk perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan memanfaatkan kepada lebih 60,000 penunggang penyedia perkhidmatan penghantaran dalam talian, foodpanda Malaysia.

Manfaat ini dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara foodpanda Malaysia dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyedia dan memperluaskan liputan perlindungan sosial kepada lebih 60,000 rakan penghantarnya. 

MoU yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Urusan foodpanda Malaysia Sayantan Das turut disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan. 

Image

Saravanan berkata, SPS Padanan Caruman di bawah peruntukan Bajet 2022 merupakan satu insentif yang ditawarkan kepada orang bekerja sendiri (OBS) termasuk pekerja-pekerja gig bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa menjalankan tugas.

"SKSPS merupakan satu skim yang memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri daripada bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti bekerja," katanya.

Antara faedah yang ditawarkan seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pendidikan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional.

Menurut Mohammed Azman Aziz Mohammed, inisiatif SPS Padanan Caruman yang dilaksanakan Perkeso akan menawarkan 80 peratus (RM186.20) bantuan bersubsidi kepada OBS melalui SKSPS Perkeso untuk tempoh perlindungan setahun, manakala OBS hanya perlu membayar baki 20 peratus (RM46.60) sahaja. 

Tambah Das, menerusi kolaborasi strategik ini, foodpanda Malaysia turut menawarkan bantuan subsidi tambahan sebanyak 50 peratus yang perlu dibayar oleh rakan penghantarnya yang berjumlah RM23.30 bagi setiap individu, untuk tempoh perlindungan selama setahun.

"Kami berazam untuk melindungi rakan penghantar memandangkan mereka terdedah kepada persekitaran kerja yang berbahaya setiap hari. 

"Sebagai sebuah platform penghantaran terkemuka di Asia Pasifik dengan lebih 12.5 juta pelanggan dan 60,000 rakan restoran, foodpanda Malaysia berharap inisiatif yang diperkenalkan ini akan membantu mengurangkan bebanan mereka untuk membayar caruman bagi skim perlindungan Perkeso. 

"Misi kami adalah untuk menambah baik kualiti kehidupan komuniti B40 dengan menambah pendapatan melalui platform foodpanda sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menerusi galakan digital dan teknologi, serta menjadi peneraju dalam ekonomi digital," tambah Das.

-myMetro

Khamis, 14 April 2022

Umno putuskan MOU k'jaan dengan PH tak akan dilanjutkan


 Umno hari ini memutuskan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai antara kerajaan dan PH yang akan berakhir 31 Julai ini untuk tidak diteruskan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang dipengerusikan presiden, Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Kedudukan MOU di antara kerajaan persekutuan dan PH yang berakhir 31 Julal 2022 diputuskan tidak akan diteruskan lagi," kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataan selepas mesyuarat itu hari ini.

Selain itu, Ahmad berkata mesyuarat turut memutuskan agar satu perhimpunan agung khas diadakan pada 14 Mei ini bagi meminda Perlembagaan Umno mengenai tempoh pemilihan parti.

Mesyuarat hari ini turut menggesa pembentangan akta antilompat parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa kompromi dengan "gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk mengubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain."

"Umno berpendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati," katanya lagi.

MOU itu ditandatangani bagi mengembalikan kestabilan politik setelah perubahan kerajaan pada Ogos tahun lalu.

Secara asasnya, dengan pemeteraian itu, PH tidak akan menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat yang boleh membawa kesan terhadap survivalnya, seperti belanjawan.

Sebagai pertukaran, kerajaan akan mengusahakan sejumlah pembaharuan dan dasar yang sebelum ini dibawa PH.

Antara yang terkandung adalah penggubalan undang-undang bagi antilompat parti yang semakin diperkatakan, terutama setelah Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang mengakibatkan runtuhnya kerajaan PH.

Pada 11 April kerajaan membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan untuk memperkenalkan klausa yang akan membolehkan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani wakil rakyat yang melompat parti.

Seterusnya Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen akan memperhalusi perkara itu sebelum satu lagi sidang khas Dewan Rakyat diadakan.

Dengan tarikh tamat MOU semakin hampir, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini berkata PH boleh meneruskan kerjasama itu melalui MoU kedua sehingga penggal parlimen tamat pada 2023.

Loke berkata dengan sokongan PH, Ismail Sabri boleh mengabaikan tekanan daripada kem Zahid untuk pilihan raya mengejut sdan meminta Parlimen menamat penggalnya sehingga 2023.

Namun Zahid menolak cadangan itu dengan mendakwa ia hanya untuk memberi PH lebih masa untuk menyusun serta membaiki semula kelemahan.

-malaysiakini

Selasa, 14 September 2021

MoU Kerajaan Dan PH, Jaminan Buat Ismail Sabri, Kata Penganalisis

MEMORANDUM persefahaman (MoU) antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak, tetapi juga “jaminan” untuk perdana menteri baru, kata penganalisis.

“Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemerintah dan pembangkang bersetuju untuk bekerjasama dalam hal perundangan untuk kebaikan bersama,” kata Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Tetapi dengan hanya dua majoriti, kerajaan Ismail Sabri rapuh,” kata pensyarah sains politik.

Ismail Sabri kini disokong oleh 114 ahli Parlimen dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan GPS, sementara blok PH mempunyai 89 ahli Parlimen. Baki ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang terdiri daripada 220 orang adalah dari parti pembangkang yang lain.

Walaupun begitu, dokumen itu, yang disebut MOU mengenai transformasi dan kestabilan politik, akan membawa kestabilan politik yang lebih besar kepada Malaysia setelah lebih setahun bergolak, kata Tunku Mohar, penganalisis dan ahli politik lain.

“Persefahaman yang paling signifikan adalah usaha untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat parti.

“Kedua-dua Umno dan Pakatan Harapan (terutama PKR) terjejas teruk oleh pembelotan sejak pilihan raya umum lalu. Pengenalan undang-undang ini akan membantu kestabilan politik di masa depan,” kata Tunku Mohar.

Beliau berkata Ismail Sabri akan kelihatan baik sebagai pemimpin yang dapat bekerjasama dengan semua orang di Parlimen.

Sementara itu, apa yang PH dapat adalah jalan pintas untuk beberapa pembaharuan yang selama ini diperjuangkannya, kata Tunku Mohar.

MOU itu ditandatangani petang semalam di Parlimen. Ismail menandatangani bagi pihak kerajaan sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden Pertubuhan Kinabalu Progresiuf Bersatu (UPKO) Wilfred Madius Tangau mewakili PH.

Ia disaksikan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Sementara itu penganalisis Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata perjanjian itu boleh dibuat atas kerelaan kedua-dua kerajaan dan pembangkang.

“Rakyat, termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja, turut menggesa hentikan perebutan kuasa.

“Perjanjian asas ini akan membolehkan PH menyokong kerajaan manakala kerajaan akan melayan pembangkang dengan lebih baik,” kata pensyarah sains politik.

Beliau menganggapnya “luar biasa” kerana pembangkang telah menolak tawaran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu. 

“Dengan taruhan yang sangat tinggi, terutama kritikan daripada penyokong, diharapkan pihak pembangkang akan menuntut lebih banyak dan kerajaan akan lebih banyak akur.”

 Tambah Kamarul Zaman kerajaan perlu menyediakan rangka masa spesifik untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan.

“Selagi perjanjian damai tidak mempengaruhi persamaan kuasa, perkara lain yang tidak menyentuh prinsip-prinsip asas setiap pihak seharusnya tidak mempunyai masalah untuk disepakati.”

Kamarul Zaman berharap perjanjian damai itu akan membolehkan kerajaan untuk fokus menangani Covid-19 dan membangun kembali negara, tanpa perlu bimbang kemungkinan kehilangan kuasa.

“Kelemahan bagi pembangkang adalah, ia mungkin akan berpecah lagi kerana perjanjian itu hanya ditandatangani dengan PH bukan dengan parti pembangkang yang lain,” tambahnya.

Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman menerusi Twitter menyatakan pihaknya ditinggalkan dari peringkat awal perundingan memorandum dan hanya dijemput ketika hendak ditandatangani.

Sementara itu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir memberitahu Berita Harian bahawa pihaknya tidak mahu terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Credit:Anak Sungai Derhaka