"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Wira Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wira Negara. Papar semua catatan

Rabu, 24 Jun 2026

Liku-liku kejayaan pelumba cilik Hakim Danish juarai Moto3 Grand Prix Republik Czech

 

Ada satu benda yang menarik tentang kemenangan Hakim Danish ni. Dia tidak menang dalam keadaan semuanya mudah.

Muhammad Hakim Danish Ramli, anak muda dari Terengganu, baru sahaja menang Moto3 Grand Prix Republik Czech di Litar Brno. Bukan menang biasa-biasa.

Dia sepatutnya bermula di petak hadapan, tetapi dikenakan penalti dan terpaksa mula dari petak ke-14. Dari belakang, dia kejar satu demi satu pelumba dunia, masuk kelompok depan, tunggu masa, pilih ruang, kemudian sailang pada saat paling tepat.

"Tak kosong" orang kata.

Hakim Danish bukan muncul tiba-tiba dari langit. Dia datang daripada sistem pembangunan yang panjang. Asia Talent Cup. Red Bull Rookies Cup. JuniorGP. SIC. ZK Racing. AEON Credit-MT Helmets-MSI. Terengganu Inc. Semua ini bahagian penting dalam cerita dia.

Dalam sukan permotoran, orang selalu nampak pelumba sahaja. Tapi di belakang seorang pelumba, ada satu pasukan yang hidup dalam tekanan.

Ada mekanik yang tak tidur lena. Ada jurutera yang baca data sampai pening kepala. Ada jurulatih yang tegur benda kecil. Ada pengurus pasukan yang pening cari dana. Ada penaja yang percaya sebelum budak itu jadi berita besar.

Kita jangan lupa orang-orang yang percaya ketika dia belum menang. Sebab percaya sebelum menang itu mahal. 

Sebelum ini KBS pernah sahkan tiada dana khusus untuk Hakim mengharungi Moto3 musim ini. Selepas dia naik podium, barulah disebut pintu sokongan sentiasa terbuka.

Alhamdulillah, pintu terbuka.

Sukan permotoran bukan sukan murah. Untuk bawa Jalur Gemilang ke pentas dunia, bakat sahaja tidak cukup. Perlu duit. Perlu logistik. Perlu mesin. Perlu pasukan. Perlu kalender perlumbaan. Perlu latihan luar negara. Perlu keberanian institusi untuk melabur sebelum keputusan datang.

Kalau tunggu atlet menang baru hendak nampak, itu bukan pembangunan. Itu menumpang cahaya (limelight).

Satu lagi yang saya hormat, Hakim Danish bukan sahaja bawa nama Malaysia. Dia juga bawa prinsip dirinya.

Ketika podium di Itali sebelum ini, dia dilihat meninggalkan pentas lebih awal untuk mengelak semburan champagne. Untuk seorang anak muda Muslim, itu "statement" yang besar.

Sewaktu di pentas kemenangan di Republik Czech ni pula, awal-awal lagi pengurus dia dah ketepikan botol champagne dari podium. Maknanya pasukan dia pun faham dengan prinsip itu.

Itu indah.

Hari ini kita raikan Hakim Danish. Kita raikan pasukannya. Kita raikan semua orang yang bekerja dalam senyap sampai Jalur Gemilang naik di pentas dunia.

Bakat seperti ini mungkin datang 10 tahun sekali. Jangan tunggu dia sudah sampai podium baru kita berebut mahu berdiri di sebelahnya.

Tahniah Hakim Danish.

Source 

Tambahan dari komen netizen

ADA SEPEKARA LAGI YANG KALIAN PERLU TAHU👇

Majoriti pelumba rookie (pelumba baharu) di Moto3 memang tidak dibayar gaji pokok langsung oleh pasukan mereka.

Malah, dalam kebanyakan kes, situasinya adalah terbalik. Pelumba rookie yang perlu membayar pasukan untuk mendapatkan tempat (seat) bagi berlumba dalam musim tersebut.

Mengapa Rookie Moto3 Tiada Gaji Pokok? 

Sistem Pay Rider 

Pasukan Moto3 mempunyai bajet yang sangat terhad. Kos operasi satu pasukan Moto3 je boleh mencecah RM7 juta hingga RM10 juta semusim. 

Oleh itu, kebiasaannya pasukan terpaksa menjual slot perlumbaan kedua mereka kepada pelumba rookie yang mampu membawa dana penajaan untuk membantu menampung kos operasi pasukan.

Contohnya macam kes Hakim Danish.

Beliau ialah pelumba rookie, pelumba baru yang belum ada nama.  Bermaksud beliau juga ialah pelumba kedua bagi pasukan MT Helmets – MSI.

Apabila pasukan tidak tahu keupayaan sebenar seorang pelumba, mereka tak akan mengambil risiko untuk menghabiskan jutaan ringgit setahun kepada pelumba tersebut.

Jadi untuk mendapatkan seat pelumba kedua, Hakim Danish perlu "membayar" kos operasi yang pasukan tetapkan.

Dalam situasi ini, AEON Credit Service (M) Berhad sudi masuk sebagai penaja utama untuk menyokong slot rider kedua tersebut.

Kemasukan syarikat gergasi kewangan itu telah menyelesaikan isu dana perlumbaan Hakim Danish yang mencecah RM4 juta semusim, sekali gus mengubah nama pasukan kepada AEON Credit MT Helmets - MSI.

Tetapi perkara yang bagusnya ialah..

Pelumba Kedua lebih bagus dari Pelumba Utama.

Dalam contoh kes pasukan AEON Credit MT Helmets - MSI, pelumba kedua (Hakim Danish) lebih menyerlah dan lebih hebat berbanding pelumba utama iaitu Ryusei Yamanaka.

Jika perkara ini berterusan, Hakim Danish bakal dinaikkan pangkat menjadi pelumba utama pasukan (musim hadapan) Itu bermakna pasukan MSI mungkin akan mengurangkan jumlah yuran slot (seat cost) yang perlu dibawa oleh Hakim.

Pasukan juga sanggup membayar gaji pokok peribadi yang jauh lebih lumayan. Berserta dengan bonus perlumbaan yang lebih tinggi.

Malah penaja tidak lagi perlu "dicari", sebaliknya jenama-jenama korporat besar pula yang akan beratur untuk menaja Hakim kerana nilai komersialnya yang sudah melonjak tinggi.

Perkara ini bukan berlaku ke atas pelumba Moto3 sahaja. Ia perkara sama yang perlu dilalui oleh pelumba-pelumba kelas atasan yang lain seperti Moto2 dan MotoGP.

Bilakah Pelumba Langsung Tidak Perlu Membawa Penaja?

Pelumba hanya akan bebas 100% daripada bebanan membawa penaja komersial apabila mereka berjaya melangkah masuk ke dalam pasukan kilang (factory team)

Pada tahap premium tersebut, pengeluar motosikal gergasi dunia itu yang akan membayar gaji serta bonus yang mahal kepada pelumba. Tak perlu pening fikir pasal penaja lagi.

Dan ada ura-ura mulai tahun 2027, semua pelumba MotoGP akan menerima gaji minimum tahunan berjumlah €500 ribu atau RM2.4 juta.

Angka €500,000 ini dirancang sebagai had gaji paling sedikit setahun untuk pelumba kelas utama MotoGP mulai musim 2027 bagi memastikan tiada pelumba di kelas premium tersebut yang dibayar terlalu rendah.

Berita tersebut sangat bagus untuk pelumba-pelumba masa hadapan dan kita doakan semoga prestasi Hakim Danish sentiasa cemerlang dan terbilang bagi menghadapi mana-mana perlumbaan kelak.

Supaya beban mencari dana tajaan tidak terasa dan ada gaji dan bonus yang mencukupi untuk kegunaan beliau sendiri dan keluarga.

Ahad, 7 Mac 2021

Sjn polis redah api:Ibu berkorban untuk anak, polis untuk masyarakat

REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan nekad untuk meredah api setelah melihat seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anaknya dalam tragedi kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Maimunah Mohd Shah, 81, masuk semula ke dalam rumah di bahagian pintu dapur bagi menarik keluar anaknya Zaidi Zainudin, 46, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga ke tangga dapur.

Menurut Sarjan Mat Shah Kasim, 57, tanpa memikirkan bahaya yang bakal dihadapinya berikutan keadaan api yang marak, bahang panas dan juga percikan api serta elektrik, dia nekad meredah bahagian dapur rumah yang sedang terbakar berkenaan.

“Saya lihat dari jauh seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anak dan saya fikir, saya juga perlu nekad menyelamatkan dua beranak berkenaan lebih-lebih lagi memang menjadi keutamaan polis bagi membantu masyarakat.

“Alhamdulilah, walaupun keadaan pada masa itu agak bahaya, Allah masih melindungi saya semasa saya membawa mangsa yang melecur keluar sejauh lebih 10 meter dari rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, tadi.

Mat Shah yang merupakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu berkata, ketika kejadian dia kebetulan melalui kawasan berkenaan selepas habis bertugas menghantar pegawainya ke Kedah atas satu urusan rasmi.

“Kedua beranak yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian anggota badan itu di hantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangkakan bakal berhadapan dengan situasi berkenaan sepanjang 39 tahun berkhidmat dalam pasukan polis bermula dengan Pasukan Polis Hutan Batalion 5 pada tahun 1982 dan kemudiannya bertukar ke Pasukan Gerakan Am.

“Pada tahun 2010 saya bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan kini ditempatkan di Cawangan Logistik IPD Rembau,” katanya. – K! ONLINE.

Ahad, 6 Disember 2020

Parah ditembak penyeludup, anggota PGA disambut sebagai wira keluar dari hospital


Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan A/L Tari, 39 yang mengalami kecederaan parah selepas ditembak di pos sempadan Malaysia-Thailand pada 23 November 2020 telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini.

Pada hari kejadian, Koperal Norihan dan seorang lagi anggota PGA, mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54 telah ditembak oleh penyeludup sehingga mengakibatkan Koperal Baharuddin terkorban.

Keluar hospital hari ini

Menerusi perkongsian laman Facebook Batolian 3, Gerakan Am, Koperal Norihan yang dibenarkan keluar daripada wad pada hari ini telah disambut sebagai seorang wira apabila Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Ydh Supt Rosman bin Kasman  bersama Pen Pegawai Pemerintah, Dsp Mazian bin Zainal  serta pegawai-pegawai kanan dan anggota Batalion 3 PGA hadir ke kem tersebut bagi menunggu dan menyambut kepulangan Sarjan Norihan.

Disambut bak wira

Ketibaan masuk kenderaan yang membawa Sarjan Norihan telah disambut dengan lambaian dan sorakan selamat pulang “wira negara” oleh warga Batalion 3 PGA yang menunggu dikiri dan kanan jalan.

 Selain daripada itu, penyerahan Bendera Malaysia sebagai simbolik penghormatan atas penjuangan Sarjan Norihan dalam mempertahankan kedaulatan negara  juga dilakukan.

Seterusnya persembahan Tarian Perang oleh Platun Tracker Batalion 3 PGA telah dipersembahkan sebagai tradisi Senoi Praaq bagi menyambut ketibaan Wira Negara.

Balu mendiang Koperal Baharuddin diberi sumbangan

Selain daripada itu, majlis tersebut turut memberikan sumbangan kepada balu mendiang Koperal Baharuddin yang telah kehilangan suami tercinta ketika sama-sama mempertahankan negara dalam kejadian yang berlaku di sempadan.

Diakhir perkongsian tersebut, pihak Batalion 3 memaklumkan akan sentiasa mengingati dan menghargai sumbangan kedua-dua Wira Negara ini selama-lamanya dan kebajikan keluarga mereka akan sentiasa diberi perhatian.


-ohmymedia.cc

Khamis, 26 November 2020

Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani


Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Pada Selasa, Baharuddin maut ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga memperakukan supaya mendiang Baharuddin dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara posthumous dan Norihan juga dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara medan.
"Saya bagi pihak kerajaan menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda untuk menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada kedua-dua anggota berkenaan."
Hamzah berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan berani dalam mempertahankan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang bertanya perincian mengenai serangan ke atas dua anggota PGA ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand.
Dalam pada itu, Hamzah mewakili kerajaan Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Baharuddin.
Pada Selasa, Baharuddin maut manakala Norihan cedera parah ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar,Perlis -AstroAwani