"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Matawangkripto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matawangkripto. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mac 2024

Pelabur Malaysia untung RM846 juta daripada mata wang kripto

 2023 adalah tahun pemulihan untuk pasaran mata wang kripto - Foto Reuters

2023 adalah tahun pemulihan untuk pasaran mata wang kripto - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Pasaran mata wang kripto mencatatkan pemulihan pada 2023 dengan pelabur Malaysia dianggarkan meraih untung AS$180 juta (RM846.63 juta), demikian mengikut data Chainalysis.

-ADVERTISEMENT-

Perangkaan yang dikeluarkan oleh platform data blockchain itu memperlihatkan pelabur dari negara ASEAN lain turut mencatatkan keuntungan dalam mata wang kripto diterajui Vietnam sebanyak AS$1.18 bilion (RM5.55 bilion).

Ia kemudian diikuti Indonesia AS$1.06 (RM4.99) bilion, Filipina AS$500 juta (RM2.35 bilion), Thailand AS$330 juta (RM1.55 bilion) dan Singapura AS$320 juta (RM1.5 bilion).

Di peringkat global pula, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan keuntungan mata wang kripto terbesar pada 2023 dengan dianggarkan sebanyak AS$9.36 bilion (RM44.02 bilion), sementara United Kingdom (UK) menduduki tempat kedua dengan keuntungan dianggarkan AS$1.39 bilion (RM6.54 bilion).

"Secara keseluruhan, kami jangka semua pelabur kripto mencapai jumlah keuntungan sebanyak AS$37.6 bilion (RM176.85 bilion) pada 2023.

"Walaupun jumlah ini jauh lebih kecil berbanding keuntungan AS$159.7 bilion (RM751.15 bilion) ketika kenaikan tinggi pasaran pada 2021, ia mewakili pemulihan yang ketara berbanding 2022, yang menyaksikan anggaran kerugian sebanyak AS$127.1 bilion (RM597.81 bilion)," katanya.

Mengulas lanjut prestasi mata wang kripto, Chainalysis berkata, 2023 adalah tahun pemulihan untuk pasaran mata wang kripto, dengan harga aset dan sentimen pasaran bertambah baik sepanjang tahun selepas berdepan 2022 yang mencabar.

Menariknya, ia berkata, jumlah anggaran keuntungan untuk 2023 adalah lebih rendah berbanding 2021, walaupun harga aset kripto meningkat pada kadar yang sama dalam setiap tahun itu.

Katanya, keadaan itu berkemungkinan pelabur pada tahun lalu kurang menukar aset kripto kepada wang tunai, dengan jangkaan bahawa harga akan meningkat lebih tinggi memandangkan ia tidak melepasi paras rekod tertinggi pada 2023, tidak seperti semasa 2021.

"Keuntungan kripto adalah agak konsisten sepanjang tahun sebelum mengalami kerugian dua bulan berturut-turut pada Ogos dan September. Keuntungan meningkat mendadak selepas itu, dengan November dan Disember mengatasi semua bulan sebelumnya," katanya.

Mengenai prestasi pada 2024, Chainalysis berkata, setakat ini, arah aliran positif 2023 telah diteruskan ke 2024, dengan aset kripto terkenal seperti bitcoin mencapai paras tertinggi sepanjang masa berikutan kelulusan Bitcoin ETF dan peningkatan penggunaan institusi.

Katanya, jika aliran itu berterusan, kemungkinan akan melihat keuntungan yang lebih sejajar dengan apa yang dilihat pada 2021.

Sehingga 13 Mac 2024, bitcoin meningkat 65.4 peratus dan ether meningkat 70.2 peratus.

-BH Online 

Isnin, 7 Mac 2022

Apa itu Pi Network ?

 pi netwok, duit free

Assalamualaikum!!! 

Hari ini Admin ingin berkongsi mengenai Pi Network. 

Adakah boleh jana duit poket dengan Pi ni. Jom baca dibawah….

Apa itu Pi Network?

Pi adalah matawangkripto baru untuk diperolehi oleh orang biasa seperti anda yang boleh “melombong” (atau memperoleh) hanya dari telefon bimbit anda.

Matawang kripto adalah bentuk wang digital baru yang dijaga dan dijamin oleh komuniti, bukannya oleh kerajaan atau bank.

Hari ini, anda dapat melombong (atau memperoleh) Pi dengan membantu mengamankan mata wang dengan mengembangkan rangkaian dipercayai Pi secara percuma.

Walaupun kebanyakan cryptocurrency (seperti Bitcoin) sangat sukar untuk digunakan dan diakses oleh setiap hari, Pi meletakkan kekuatan matawangkripto ke telapak tangan anda dengan menggunakan aplikasi Pi secara percuma melalui telefon bimbit anda.

Bagaimana untuk gunakan aplikasi ni? Dan macam mana untuk dapatkan lebih banyak?

Aplikasi ini membolehkan anda memperoleh Pi dengan memberikan sumbangan sederhana kepada komuniti Pi. Semakin banyak anda menyumbang, semakin banyak Pi yang anda perolehi.

Untuk mula memperoleh Pi, daftar masuk setiap 24 jam dan tekan butang kilat untuk memulakan perlombongan.

 Setelah melombong, anda dapat meningkatkan kadar setiap jam dengan menjemput rakan dan keluarga yang dipercayai untuk menyertai komuniti.

Selepas 3 hari perlombongan, anda dapat meningkatkan pendapatan anda dengan membina lingkaran keselamatan anda, yang menyumbang kepada keselamatan keseluruhan rangkaian.

Perlu diingat, anggota lombong rangkaian yang lebih awal pada kadar yang lebih tinggi daripada yang datang selepas mereka.

Adakah saya perlu membiarkan aplikasi terbuka untuk saya? Adakah aplikasi menghabiskan bateri atau data telefon bimbit saya?

Anda tidak perlu membiarkan aplikasi sentiasa terbuka. Aplikasi Pi tidak mempengaruhi prestasi telefon anda, menghabiskan bateri anda, atau menggunakan data rangkaian anda. Setelah anda menekan butang kilat, anda bahkan boleh menutup aplikasinya dan anda akan terus melombong Pi.

Bilakah Pi bernilai sesuatu? Bilakah saya boleh mengubah Pi menjadi wang “sebenar”?

Pemegang Pi akan dapat mengubah Pi menjadi wang “nyata” apabila mereka membeli barang dan perkhidmatan di pasar Pi atau menukar Pi dengan mata wang fiat.

Berapakah nilai Pi?

Hari ini Pi bernilai kira-kira 0 dolar / euro dan lain-lain seperti Bitcoin pada tahun 2008. Nilai Pi akan disokong oleh masa, perhatian, barang, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anggota rangkaian yang lain.

Adakah aplikasi ini dompet? Adakah kita akan menyimpan kunci peribadi / awam kita sendiri? Dan bolehkah kita menggunakan dompet luaran untuk menyimpan Pi kita di masa depan?

Ya, telefon anda akan berfungsi sebagai dompet cryptocurrency yang akan dihubungkan ke akaun semasa anda (nombor / Facebook).

Cara nak pasang aplikasi Pi Network?

  1. Pergi ke Google PlayStore download app dia

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.blockchainvault&hl=en

2. Apabila dah habis download, Buka aplikasi dan daftar dan klik Continue with phone number

*Nak senang daftar dengan FB tapi tunjuk cara daftar guna nombor fon

PI-1

 

2.1 Pilih negara dan letak nombor telefon, kemudian Klik Go untuk pengesahan nombor telefon

PI-2

2.2 Setkan password anda, kemudian tekan submit

PI-3

 

2.3 Masukkan nama dan usernama dan klik submit

PI-4

2.4 Masukkan kod jemputan : PAKLONG001


Anda sudah siap pasang aplikasi

3.0 Perolehi Duit Pi Harian 

-Apabila dah selesai pasang app, Tekan ‘Get Started’

PI-7

-Tekan butang Kilat untuk mulakan menggali Coin Pi, Anda boleh tutup aplikasi untuk terus menggali Coin Pi

PI-8

Okay Goodluck Gais, Selamat Mencuba

Khamis, 15 April 2021

Lamaran 2 bitcoin satukan pasangan ini


TENRI bersama suaminya.
TENRI bersama suaminya.

Jakarta: Seorang wanita dari Bulukumba, Sulawesi Selatan dilamar menggunakan dua unit bitcoin bernilai 1.6 bilion rupiah (kira-kira RM451,000).

Ia sebenarnya permintaan, Bau Tenri Abeng, 31, kepada suaminya Raja Muhammad Hasbi, 47, kerana harga mata wang digital itu dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.

Kompas melaporkan, kisah lamaran menggunakan mata wang kripto itu dikongsikan pemilik akaun Facebook, Milmaya Alkhaerat, pada 6 April lalu yang juga juruacara dalam majlis pernikahan itu.

"Ya, Tenri dilamar dengan dua unit bitcoin sebagai hadiah. Selain itu, dia turut diberikan tiga bar emas dan perhiasan emas serta persalinan solat," katanya.

Menurutnya, majlis resepsi diadakan di Makassar dan hanya dihadiri saudara terdekat dan kenalan rapat.

Sementara itu, Tenri berkata, dia pernah gagal menjadi calon ahli legislatif wilayah Sulawesi Selatan bagi penggal 2019-2024.

 "Selepas mengetahui saya tidak mendapat jumlah sokongan cukup, saya berlepas ke Jakarta," katanya.

Ketika di Jakarta, dia diajak seorang rakan untuk menceburi perniagaan mata wang kripto.

Di situ, dia bertemu dengan suaminya dan dilamar selepas berkenalan selama lebih setahun.

Tenri mengikut suaminya tinggal di Jakarta dan pasangan itu merancang berbulan madu di Jogjakarta.

-myMetro

Selasa, 23 Februari 2021

Curi karan lombong matawang kripto untuk jadi jutawan?


Mesin yang digunakan untuk melombong matawang kripto

Kuala Lumpur: Mahu bergelar 'jutawan segera' menerusi aktiviti melombong mata wang kripto sehingga sanggup mencuri bekalan elektrik supaya mesin perlombongan boleh dihidupkan 24 jam tanpa menanggung kos elektrik yang tinggi.

Malah, perbuatan tidak bertanggungjawab itu juga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) difahamkan terpaksa menanggung kerugian hampir RM1 bilion di antara 2018 dan 2020 lalu.

Keadaan itu dipercayai berlaku kerana nilai tukaran mata wang kripto masa kini adalah yang tertinggi dalam sejarah apabila merekodkan 1BTC iaitu hampir bersamaan dengan RM230,000.

Trend kenaikan nilai tukaran itu dilihat akan berterusan untuk tempoh beberapa bulan akan datang, sekali gus menjejaskan industri perkakasan komputer terutama untuk perbekalan unit pemproses grafik (GPU) di pasaran.

Secara asasnya, lebih banyak mesin perlombongan berkenaan, maka lebih tinggi peluang untuk mendapat ganjaran hasil daripada penyelesaian proses perkomputeran kompleks yang berlaku di ruang maya.

Pelombong mata wang digital ini akan diberikan ganjaran dengan nilai tertentu apabila mampu menyelesaikan masalah pengiraan perkomputeran kompleks yang dipanggil sebagai Blockchain.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, proses perlombongan wang digital itu membabitkan proses pengiraan komputasi yang sangat kompleks.

"Proses berkenaan sememangnya berlaku 24 jam dan setiap pelombong kripto ini akan menyelesaikan masalah komputasi.

"Ia umpama menyelesaikan teka silang kata secara maya menerusi kuasa pemproses sesebuah pelombong (miner) dan ganjaran akan diberikan berupa mata wang kripto kepada pemilik akaun kripto yang berjaya menyelesaikan masalah itu," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau menyatakan alat berkenaan terdiri daripada unit pemproses grafik (GPU), bekalan kuasa (PSU) dan papan induk untuk melaksanakan proses penyelesaian komputasi itu.

Katanya, jika seseorang pelombong itu mempunyai lebih banyak mesin, maka urusan penyelesaian komputasi menjadi lebih mudah jika dibandingkan dengan pengguna yang hanya bergantung kepada satu mesin perlombongan saja.

"Sebagai contoh, jika seorang individu menggunakan GPU berprestasi tinggi berharga ribuan ringgit, ia hanya mewakili lebih kurang 0.001 peratus kuasa perkomputeran.

"Dengan bahasa mudah, lebih banyak perkakas ini digunakan, lebih tinggi peluang untuk mendapat ganjaran dan lebih tinggi kos bekalan elektrik yang terpaksa ditanggung.

"Jika ada pihak yang menyatakan bahawa kaedah itu membolehkan mereka menjadi 'jutawan', ia bukan semudah itu kerana membabitkan banyak aspek termasuk persaingan antara pelombong maya," katanya.

-myMetro

Isnin, 28 Disember 2020

Nilai Bitcoin Melangkaui Angka RM100K Seunit

Pada penghujung tahun, nilai Bitcoin sering memperlihatkan peningkatan, tetapi untuk tahun 2020 ini, ia memperlihatkan peningkatan lebih drastik berbanding kebiasaan.


Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin telah mencapai nilai RM107,866 – nilai tertinggi yang pernah dicatatkan sehingga ke hari ini.

Seperti ramai sedia maklum, Bitcoin adalah salah satu kriptowang yang diterima beberapa pihak – lebih meluas jikalau dibandingkan dengan beberapa kriptowang yang lain.

-amanz.my