"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label MySejahtera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MySejahtera. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2022

'Perlu muat naik gambar keputusan ujian COVID-19'

 Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengguna aplikasi MySejahtera kini perlu memuat naik gambar keputusan ujian COVID-19 ketika mengemas kini status laporan kendiri jangkitan itu.

Gambar itu perlu menunjukkan di mana dan bila ujian COVID-19 dibuat, selain keputusannya sama ada positif atau negatif.

Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengisi borang di aplikasi itu dengan mengesahkan sama ada positif, negatif atau ujian tidak sah selepas membuat ujian jangkitan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan supaya ujian saringan kendiri dibuat sebelum merancang untuk berkumpul, berkunjung sempena cuti perayaan atau menyertai sebarang acara awam.

Individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak perlu menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat.

-BH Online

Khamis, 8 April 2021

Aplikasi KKMM : MySejahtera Mampu Diperluaskan Menjadi “Super App” – Meliputi E-Dagang, Pendidikan, Dan Lain-Lain


 MySejahtera merupakan salah satu aplikasi popular digunakan ramai pengguna tempatan, kerana keperluan mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki sesuatu premis. Disamping itu, aplikasi berkenaan juga digunakan untuk tujuan pendaftaran vaksin.

Terkini, bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut berkongsi berkaitan kemampuan MySejahtera yang boleh diperluaskan penggunaannya.

MySejahtera kini digunakan hampir 25 juta rakyat Malaysia, dan dikatakan mampu menjadi “Super App” atau Pusat Sehenti untuk pelbagai perkhidmatan bagi rakyat Malaysiia, termasuk meliputi sektor seperti e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran, dan lain-lain.

Buat masa ini, ia sekadar diberikan gambaran berkenaan kemampuan MySejahtera yang boleh diperluaskan melangkaui perkhidmatan kesihatan – dan tidak diketahui sama ada akan benar-benar dilaksanakan atau sebaliknya.

Sebelum ini juga, MySejahtera sedia digunakan utuk pengesahan sebelum pemberian kredit dompet digital.

Bagi anda sendiri, apa pendapat anda berkenaan perluasan skop MySejahtera meliputi ciri-ciri lain?

-amanz.my