"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Siti Kassim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siti Kassim. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Disember 2020

Fitnah:Hj Joe bincang tindakan terhadap Siti Kasim


Hj Joe yang menjadi mangsa gambar disunting dan dikaitkan dengan ‘Kempen Basmi Janda’ sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Siti Kasim.

Hj. Joe berkata, ramai peguam telah menghubungi dirinya untuk menawakan perkhidmatan bagi menyaman Siti Kasim selepas aktivis tersebut berkongsi gambar beliau yang disunting sedang memegang sepanduk bertulis ‘Kempen Basmi Janda’.

“Saya sedang berbincang dengan peguam saya untuk tindakan seterusnya. Semoga saya diberi petunjuk oleh Allah dalam menyelesaikannya,” kata Hj. Joe di Facebooknya sebentar tadi.

Menurut beliau, pada mulanya dia hanya beranggapan apa yang dikongsi oleh Siti Kasim di media sosialnya hanyalah satu guruan selepas beberapa rakannya menghubungi untuk bertanya kebenaran perkongsian yang dilakukan oleh Siti Kasim.

Hj Joe berkata, pada waktu itu dia sedang memandu dan hanya mengiyakan bahawa gambar yang dikongsi oleh Siti Kasim adalah wajahnya namun foto tersebut telah disunting.

Bagaimanapun keadaan menjadi tidak terkawal selepas anak, isteri dan saudara maranya turut menghubungi  bertanyakan perkara yang sama.

“Saya anggap ia adalah gurauan di Facebook. Tanpa membaca apa yang ditulis oleh beliau. Malas nak layan. Lagipun saya tengah memandu.

“Anak sulung saya menghubungi saya mengatakan ramai kawan-kawannya menghubungi beliau dan bertanyakan hal yang sama.

“Kemudian di WhatsApp isteri saya, bertalu-talu WhatsApp daripada kawan-kawannya menanyakan hal yang sama.

“Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Bertalu-talu menanyakan hal yang sama,” kata Hj. Joe.

Tidak sedap hati dengan kejadian itu dia kemudiannya memberhentikan kenderaan untuk membaca hantaran yang dibuat oleh Siti Kasim.

Hj. Joe berkata, dia berasa diri dan keluarganya telah diaibkan selepas dia melihat apa yang ditulis oleh Siti Kasim dan membaca komen-komen dalam hantaran tersebut.

“Saya “screenshot” tulisan dan komen dalam hantaran tersebut.

“Saya hubungi Siti Kasim melalui mesengger beliau dan mohon beliau padamkan hantaran tersebut. Tidak berjawab.

“Kemudian saya tulis hantaran di facebook menawarkan peguam untuk mewakili saya untuk menyaman Siti Kasim. Bertalu-talu peguam menawarkan diri. Siti Kasim ada menjawab keesokan harinya di mesengger,” kata Hj. Joe.

 Pada 22 Disember lalu, Siti Kasim telah berkongsi gambar Hj. Joe sedang memegang sepanduk yang bertulis ‘Kempen Basmi Janda’ dengan logo seorang lelaki dewasa memegang tangan tiga orang kanan-kanak bersama dua wanita dewasa.

Gambar asli adalah foto Hj Joe sedang memegang sepanduk bertulis ‘Jangan Zalimi Felda’.

Dalam hantaran asal yang telah dipadam namun sempat ditangkap layar itu, Siti Kasim telah membuat kritikan.

“Bukan nak cakap apalah kan… aku ingat janda pon tak nak muka-muka lahabau ni. Haha… dia orang ingat janda sekarang desperate ke or janda aka kelas mata dia orang buta ker… hahaha.

“Bodow punya jantan-jantan Melayu… tak ada mende lain dia orang nak pikir kan? Sengal,” kata Siti Kasim.

Bagaimanapun selepas menyedari kesilapannya, Siti Kasim meminta maaf secara terbuka kepada Hj Joe hari ini melalui Facebooknya.

Menurut Siti Kasim, dia telah mengambil gambar itu dari ciapan seorang pengguna di Twitter tanpa memeriksa keaslian foto tersebut.

“Saya dengan tulus ikhlas, meminta maaf kepada Hj Joe atas pengeposan yang saya buat dua hari yang lalu berkenaan ‘Selamatkan Janda’.


“Apabila beliau memberitahu saya bahawa gambar tersebut telah diedit, saya menurun gambar tersebut dengan serta-merta.

“Saya tidak ada keraguan untuk meminta maaf sekiranya saya melakukan kesilapan,” kata Siti Kasim.

Menurut Siti Kasmi dia sendiri telah menjadi mangsa oleh pihak tertentu yang telah menyunting gambarnya dan telah dipanggil dengan pelbagai nama.

“Saya hanya manusia biasa dan saya membuat kesilapan dengan tidak memeriksa kebenaran foto tersebut.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada Hj Joe dengan kesilapan saya,” kata Siti Kasim. – SM






Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/

Khamis, 24 Disember 2020

Siti Kasim kantoi muatnaik gambar fitnah akhirnya tampil buat permohonan maaf

 


PENGUMUMAN AWAM – MEMOHON MAAF

Oleh Siti Kasim

Saya dengan tulus ikhlas, meminta maaf kepada Hj Joe atas pengeposan yang saya buat 2 hari yang lalu berkenaan ‘Selamatkan Janda’.


Apabila beliau memberitahu saya bahawa gambar tersebut telah di edit, saya menurun gambar tersebut dengan serta-merta.

Saya mengambil gambar itu dari twit yang dibuat oleh seorang lelaki yang mana saya mempercayai bahawa ia benar.

Saya tidak ada keraguan untuk meminta maaf sekiranya saya melakukan kesilapan.

Seperti yang anda semua ketahui, saya sendiri menjadi mangsa dengan gambar yang diedit dan dipanggil nama pelbagai jenis. Saya hanya manusia biasa dan saya membuat kesilapan dengan tidak memeriksa kebenaran foto tersebut.

Sekali lagi, saya memohon maaf kepada Hj Joe dengan kesilapan saya.

Permohonan maaf ini disiarkan di akaun FB Siti Kassim.


ps:tau takut ye


-shahalamku.com

Rabu, 26 Ogos 2020

Melayu Bongok Yang Percaya PAS Pejuang Islam, Bangang – Siti Kasim


Cyberjaya – Peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim menyifatkan orang Melayu yang percaya parti PAS sebagai pejuang Islam sebagai bongok dan bangang.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim turut menyifatkan hasrat PAS dalam isu Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 adalah untuk menaikkan imej pemimpin parti itu.
“Nampak tak Melayu oiii, muslihat parti PIS ni? Ko ingat dia cadangkan nak naik hukuman Mahkamah Syariah pasal nak memperkasakan Islam ke?
“Nak memperkasakan dia oranglah. Nak tunjuk dia oranglah pejuang Islam. Yang Melayu bongok dok percaya, kena tipu bulat-bulat. Bangang,” katanya.
Dia berkata demikian melalui satu muatnaik di laman Facebook pada Ahad, ketika mengulas kenyataan pembikin filem, Norhayati Kaprawi.
Terdahulu Norhayati mendakwa perjuangan menteri dari PAS berhubung RUU 335 hanya untuk menaikkan hukuman dan kadar denda berbanding sebelum ini.
“Ini yang Menteri pejuang RUU 355 itu perjuangkan:
i) Penjara maksima 3 tahun dinaikkan kepada kepada Penjara maksima 30 tahun.
ii) Denda maksima RM5,000 dinaikkan pada maksima RM100,000.00.
iii) Sebatan maksima 6 kali kepada Sebatan maksima 100 kali.
“Tapi bila kat diaorang sendiri, dia mahu hukuman seringan-ringannya. (Itu pun lepas dah jenuh cari akal nak elak dari dihukum),” sindirnya berhubung kenyataan seorang menteri dari PAS yang di katakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.
Terdahulu Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali memohon maaf atas kesilapannya itu.
Ekoran itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Khairuddin kerana gagal mematuhi peraturan berkaitan pencegahan Covid-19.
Dalam kenyataan medianya Khairuddin turut menyatakan hasrat untuk memulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri. – SuaraTV