"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sumud Nusantara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumud Nusantara. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2026

Sumud Flotilla:Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin

 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin:

Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin mengalu-alukan Sumud Flotilla, yang kini berlayar dari pelabuhan antarabangsa dalam satu usaha baharu untuk memecahkan sekatan tidak adil yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, sebagai satu mesej kemanusiaan yang mulia yang membawa makna solidariti dan kebebasan bersama rakyat Palestin.

Inisiatif antarabangsa ini hadir pada saat rakyat kami terus berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik serta dasar kebuluran yang berbahaya, apabila seramai 757 syahid telah gugur sejak pengumuman gencatan senjata pada Oktober lalu, dalam satu pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Kami menegaskan bahawa inisiatif ini menyentuh hati seluruh rakyat Gaza, yang menanti dengan penuh harapan setiap bantuan yang dihulurkan kepada mereka, serta setiap suara bebas yang menyeru hak mereka untuk hidup dengan bermaruah dan menikmati kebebasan.

Kepada semua peserta Sumud Flotilla, kami berkata: Kami menanti kehadiran anda dengan penuh harapan, kami amat menghargai usaha dan pengorbanan anda, dan kami menilai tinggi mesej kemanusiaan yang anda bawa, yang mencerminkan suara hati dunia yang masih hidup.

Kami juga menyeru seluruh insan yang cintakan kebebasan di seluruh dunia, serta institusi kemanusiaan dan hak asasi manusia, agar bersatu dalam menyokong inisiatif ini, dan turut serta secara aktif dalam usaha memecahkan sekatan serta menamatkan penderitaan rakyat kami.

Hidup Palestin yang bebas dan bermaruah,

Dan hidup kehendak rakyat yang merdeka. 

#globalsumudflotilla #sumudnusantara

Source: ZRA Strim 

Selasa, 23 September 2025

Apakah efek Global Sumud Flotilla kepada Gaza, Palestine..

 


Ada yang persoal, apa efek flotilla ni? Saya jawab, sejak 2 tahun lepas tak ada apa-apa tindakan yang membawa perubahan.

Hari ini, hasil semua tekanan termasuk dengan himpitan dan hebahan pelayaran GSF, negara-negara yang dulunya berkepit dengan penjajah ini merubah pendirian. Kalian ukurkan sendiri.

Saya kongsikan penulisan Ketua Command Centre Sumud Nusantara kita di Malaysia untuk menyejukkan hati kalian dan titipan buat kami peserta misi,

ALHAMDULILLAH 

ALHAMDULILLAH 

ALHAMDULILLAH 

Hari ini, 

Sejarah ditulis dalam lembaran kebenaran dan permulaan kemenangan!

Sesuatu yang selama ini dikira mustahil akhirnya berlaku dimana pihak bersekutu rejim 'berpaling tadah' dan buat pertama kalinya, mengiktiraf Palestin secara rasmi atas kesedaran kemanusiaan yang solid dan bold.

Hari ini sejarah

menulis United Kingdom, Canada, Australia iktiraf Palestin secara rasmi dan berdaulat. Besok mungkin diikuti oleh Perancis dan negara lainnya

Maka semakin dekat firasat Sheikh Ahmad Yassin menyatakan israel akan terkubur pada 2027. mungkin kita sedang masuk zaman akhir yang bakal kacau dan gila untuk melihat dunia bertarung dengan orang-orang yang angkuh dan sombong ini! 

Sahabatku 

Delegasi Malaysia, kalian adalah denyut nadi peralihan zaman ini. 

Dari doa qunut nazilah yang basah di sejadah, dari solat hajat di surau kecil hingga perhimpunan besar di jalanan, dari seruan boikot yang pernah diejek cerca ,semuanya telah menjadi gelombang besar yang menghentak benteng keangkuhan dunia. Ditambah dengan suara kepimpinan negara dan misi gila Sumud Nusantara dan Flotilla kita, akhirnya Allah izinkan dalam zaman ini kita melihat perubahan gila yang menjadi sejarah besar dunia!

Ingatlah, 

mereka merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Lagi diasak, lagi tekad iman kita

Kejayaan ini bukan milik satu nama atau satu pasukan; ia adalah milik seluruh umat yang tidak berhenti percaya bahawa Gaza akan bebas dan Palestina akan merdeka! Bezanya kalianlah penghidupnya

Kepada semua delegasi di kapal, pasukan di darat, dan pewakaf diri yang disebut mahupun yang tidak disebut, kalian adalah tinta sejarah yang menulis kemenangan penting hari ini. 

Terus mara, 

kerana Palestin belum merdeka sepenuhnya. Namun detik ini membuktikan, segala yang mustahil sedang runtuh satu demi satu.

Kebangkitan itu sedang berlaku dan alhamdulillah kita menjadi salah satu titik yang menghubungkan garis penting sejarah dunia untuk Palestina

Sani Araby


Source