"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Gipsi Laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gipsi Laut. Papar semua catatan

Selasa, 2 Februari 2021

Majoriti Bajau Laut, Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah

 


"Kami sebenarnya tidak terkejut bila dengar Ustaz Ebit Lew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan "mengislamkan sekampung" .. tulis Abu Muhammad Al-Izz dilaman facebook miliknya.

"Kami rasa gembira kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini.

"Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah.

"Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.

"Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam.

.. Mufti Sabah juga mengatakan mereka sememangnya beragama Islam sebelum kedatangan Ustaz Ebit Lew lagi..

KOTA KINABALU, 2 Feb — Badan agama Islam Sabah memuji tindakan pendakwah terkenal Ebit Lew mengIslamkan masyarakat Bajau Laut secara beramai-ramai, namun menjelaskan etnik itu kebanyakannya sudah pun beragama Islam sebelumnya.

Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengklasifikasikan etnik Bajau Laut sebagai masyarakat Islam berdasarkan laporan dan kaji selidik.

“Setakat yang saya tahu, Bajau Laut atau masyarakat Pala’u dianggap sebagai orang Islam. Berdasarkan kaji selidik JHEAINS beberapa tahun lalu, mereka diklasifikasikan sebagai Islam,” katanya ketika dihubungi.

Bungsu berkata, beliau sedar tentang kedatangan Ebit Lew ke Sabah kecuali majlis pengIslaman yang dipercayainya perkara yang tidak dirancang.

Namun katanya pengIslaman itu masih sah selagi mereka mengucapkan shahadah dan percaya dengan Allah.

“Masuk Islam itu mudah, seseorang hanya perlu percaya kepada Allah, ikhlas dan yakin tidak ada tuhan selain-Nya, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, kemudian lafaz shahadah.

“Dari pandangan agama, mereka sudah memeluk Islam,” katanya ketika ditanya tentang prosedur yang diperlukan untuk mengIslamkan masyarakat secara beramai-ramai.

Namun katanya proses pendaftaran agama melibatkan komuniti terbabit mungkin melibatkan hal berbeza memandangkan kebanyakan 157 penduduk Pulau Tatagan di Semporna dipercayai tidak memilki dokumen ekoran hidup mereka yang nomad.

“Biasanya saudara baru perlu datang ke pejabat untuk proses pentadbiran, iaitu dengan mendaftar, ambil foto, dan beberapa prosedur lain.

“Tetapi jika mereka tidak ada dokumen atau tidak ada kerakyatan, prosesnya menjadi lebih rumit,” katanya.

Katanya isu itu pula melibatkan agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) laporan penuh sila baca di Malay Mail

Jadi.. kenapa mereka tidak berterus terang dengan Ustaz Ebit Lew mengatakan mereka sebenarnya memang beragama Islam?..

Bacalah..



Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. 

Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini. 

Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. 

Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. 

Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut. Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. 

Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat. 

Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kpd orang di didarat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. 

Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa "dikerumuni bot" mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan. 

Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan "gula²". 

Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang. Kamu bagi mereka "gula²", mereka akan bersyahadah kembali. 

Begitu saja berulang dan berulang. 

Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini. 


Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. 

Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak² malah orang dewasa juga terlibat sama. 

 Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan² NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. 

Teruskan buat kerja amal. Allah SWT

, إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." 

Dipetik dari Facebook Ustaz Abu Muhammad Al-Izz

-Anak Sungai Derhaka

Isnin, 1 Februari 2021

Alhamdulillah...Satu kampung masyarakat Gipsi Laut,Ustaz Ebit Lew berjaya Islamkan.

Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam. 

 Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah. 

 “Ya Allah, menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. 

 “Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara. 

 “Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” ceritanya. 

 Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu turut memberitahu beliau berasa sebak sejurus ramai daripada mereka tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan.

 “Saya dengan penterjemah tanya, pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tidak tahu. Tolong beritahu kami. 

Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.

 “Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” ujarnya. 

 Dalam masa sama, Ustaz Ebit memberi jaminan akan terus membantu menyalurkan bantuan makanan untuk seluruh masyarakat kampung di atas laut itu. 

 Beliau turut sedang merancang untuk membina sekolah dan mencari guru agama untuk mengajar mereka. 

 “Ya Allah, bantulah mudahkan diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” tambah Ustaz Ebit lagi.

-Dialog Rakyat