"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pesawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesawat. Papar semua catatan

Sabtu, 20 September 2025

Nahas Hornet TUDM:'Bird Strike' puncak pesawat terhempas -Lembaga Siasatan

 


Ramai yang ketawa bila dengar pesawat pejuang kita terhempas dek kerana seekor bangau. Tapi inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh juruterbang TUDM. 

Hasil siasatan oleh Lembaga Siasatan mengesahkan bahawa seekor burung bangau seberat kira-kira satu kilogram telah dikenal pasti sebagai punca nahas jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Ogos 2025 yang lalu.

Seekor bangau jenis (Purple Heron) telah tersedut masuk ke dalam enjin di bahagian kiri ketika pesawat sedang berlepas.

Terdapat segelintir nurtizen yang cepat melatah. Ada yang menyindir TUDM dengan ayat jet kita “uzur”, malah ada juga yang buat lawak kononnya “baru kena langgar burung dah terhempas, belum guna untuk tempur lagi“, dan juga “Malaysia perlu ternak bangau sebagai barisan hadapan pertahanan udara negara“ dan disertai dengan komen-komen bodoh yang lain, yang mencerminkan tahap pemikiran seseorang individu tersebut. 

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu betapa seriusnya isu ancaman bird strike ini dalam dunia penerbangan sama ada penerbangan komersial mahupun ketenteraan. 

Ancaman Bird Strike bermaksud perlanggaran antara burung dengan pesawat, sama ada ketika berlepas, mendarat, atau sedang terbang rendah. 

Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Burung yang besar seperti bangau atau helang, apabila tersedut masuk ke dalam enjin pesawat, boleh memecahkan bilah kipas, merosakkan turbine, dan menyebabkan enjin gagal berfungsi dalam beberapa saat. 

Situasi seperti ini amat berbahaya terutamanya ketika fasa take off atau landing kerana ketika pesawat sedang berada di altitud rendah dengan kelajuan yang tinggi, dan juruterbang tidak mempunyai banyak masa untuk bertindak.

Insiden seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa. Di seluruh dunia, ribuan kes ancaman bird strike direkodkan setiap tahun, termasuk di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun. 

Malah ada satu insiden terkenal di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai “Miracle on the Hudson”, di mana sebuah kapal terbang komersial jenis Airbus A320-214 milik US Airways yang membawa penumpang terpaksa mendarat cemas di sungai Hudson, New York selepas kedua-dua enjinnya rosak akibat burung.

Bukan hanya TUDM yang pernah berdepan dengan ancaman bird strike. 

Pesawat Pejuang F/A-18D US Marine Corps terhempas pada tahun 2022 kerana burung termasuk ke dalam enjin, pada 22 September 1995,  pesawat E-3 Sentry milik Tentera Udara AS hilang 2 enjin akibat burung angsa semasa pesawat sedang berlepas dari Alaska telah mengorbankan seramai 24 orang, pada 15 Julai 1996, pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules milik Tentera Belgium terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Eindhove, Belanda akibat burung telah mengorbankan seramai 34 orang, 7 orang cedera parah. 

Ini membuktikan bahawa ancaman bird strike sememangnya berbahaya, dan ia tidak mengenal tahap kecanggihan teknologi sesebuah pesawat, dan ia boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, sama ada tentera atau komersial, di mana sahaja di seluruh dunia.

Juruterbang dan jurusensor pesawat TUDM  telah mengikut prosedur keselamatan dengan menggunakan kerusi lenting pada ketinggian 50 meter daripada udara. 

Kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri walaupun berdepan situasi yang kritikal. Perkara ini jelas membuktikan tahap kesiapsiagaan serta profesionalisme juruterbang TUDM kita berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Siasatan juga telah dijalankan dengan telus oleh Lembaga Siasatan disertai tenaga pakar TUDM, Jabatan Kimia, Tentera Laut Amerika Syarikat, Defense Science and Technology Research Institute (STRIDE), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN). 

Susulan laporan pengesahan punca nahas disebabkan terlanggar burung bangau dan bukan disebabkan masalah enjin, TUDM serta-merta membatalkan penggantungan operasi jet pejuang F/A-18D Hornet dan pesawat itu dibenarkan terbang semula.

Komen-komen berbaur sindiran di media sosial dapat memberikan kesan yang amat negatif. Ia bukan sahaja menjatuhkan imej TUDM di mata rakyat, malah boleh melemahkan moral anggota yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi negara. 

BAYANGKAN, selepas melalui pengalaman hampir maut, mereka masih terpaksa membaca komen-komen yang menghina daripada rakyat sendiri. 

Sedangkan di negara lain, insiden sebegini disambut dengan simpati dan dizahirkan ucapan penghargaan terhadap keberanian juruterbang mereka.

Pesawat boleh diganti dengan wang dan masa, tetapi nyawa juruterbang TUDM kita tidak ternilai harganya. Nak melatih seorang juruterbang bukan mudah. 

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana juruterbang kita terselamat hasil daripada latihan dan disiplin yang ketat. Negara luar pun kagum dengan keupayaan juruterbang TUDM kita.

Sindiran liar yang memperlekehkan insiden nahas ini bukan sahaja tidak berasas, malah seperti menghina usaha TUDM yang bertugas menjalani latihan siang dan malam demi mempertahankan ruang udara negara daripada ancaman musuh.-Malaysian Defence (MalDef)

Ahad, 2 Mac 2025

7 Fakta Padu Tentang Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu!

 7 Fakta Padu Tentang Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu! 🛫

Pernah tertanya kenapa tingkap kapal terbang bulat? Atau kenapa semua orang naik dari sebelah kiri? Jom kita bongkar fakta menarik di sebalik keajaiban kejuruteraan paling selamat di dunia ini!

1️⃣ Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bulat? 🔵✈️

Tingkap segi empat boleh menyebabkan tekanan tak sekata dan mudah retak di ketinggian tinggi. Bentuk bulat membantu mengagihkan tekanan dengan lebih baik, menjadikan penerbangan lebih selamat!

2️⃣ Kenapa Sayap Ada ‘Winglets’? 🏁🛫

Hujung sayap melengkung tu bukan sekadar hiasan! Ia mengurangkan seretan udara, menjimatkan minyak, dan buat penerbangan lebih stabil dengan kurang pergolakan udara!

3️⃣ Kenapa Penumpang Naik Dari Sebelah Kiri? 🚪👣

Sebab pilot duduk di sebelah kiri kokpit, jadi lebih mudah untuk mereka parking kapal terbang di jet bridge. Sementara tu, sebelah kanan digunakan untuk isi minyak dan muat naik kargo!

4️⃣ Kenapa Dalam Kapal Terbang Sejuk Gila? 🥶🌡️

Kalau terlalu panas, oksigen kurang dan boleh buat penumpang pening atau pengsan! Jadi, suhu sejuk ni sebenarnya langkah keselamatan untuk elak risiko hipoksia.

5️⃣ Apa Jadi Kalau Petir Sambar Kapal Terbang? ⚡🛩️

Jangan risau! Kapal terbang dibina dengan sistem perlindungan kilat, yang mengalirkan elektrik keluar tanpa bahaya. Kali terakhir kilat buat pesawat terhempas pun dah berpuluh tahun lepas!

6️⃣ Kenapa Banyak Kapal Terbang Warna Putih? 🤍🎨

Putih memantulkan cahaya matahari, buat badan pesawat kurang panas, kurangkan kesan radiasi UV, dan mudah kesan retak atau kerosakan!

7️⃣ Kenapa Tayar Kapal Terbang Tak Pecah Masa Mendarat? 🛬🛞

Tayar pesawat tahan tekanan ekstrem—boleh tanggung berat sampai 38 tan per roda! Lagi power, ia diisi dengan gas nitrogen untuk elak tekanan berubah secara mendadak.

🚀 Fakta Menarik!

Setiap benda dalam kapal terbang ada sebabnya. Jadi, next time naik flight, perhatikan sekeliling—anda sebenarnya berada dalam salah satu mesin paling canggih dan selamat di dunia! 🌍✈️

#Aviation #Engineering #Airlines #Flight #FaktaMenarik

Source 

Rabu, 5 Jun 2024

‘Helang Mara’ terbang bawa 800 penumpang

ILUSTRASI grafik menunjukkan pesawat bercirikan hotel mewah dikenali sebagai 'Helang Mara'. - Foto OVIS DESIGNS

 LONDON – Sebuah projek mega untuk membina pesawat bercirikan hotel yang boleh membawa 800 penumpang di  ruang udara didedahkan kepada umum, lapor akhbar The Sun kelmarin.

‘Pesawat hotel’ itu mempunyai ketinggian  tiga tingkat dan dilengkapi enam enjin saiz gergasi. Ia dikatakan boleh terbang pada altitud 12,192 meter.

Digelar sebagai ‘Helang Mara’, panjang kedua-dua sayapnya jika digabungkan ialah kira-kira 96 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak.

Panjang keseluruhan pesawat itu pula sekitar 80.16 meter.

Kapal terbang itu adalah cetusan idea pereka terkemuka Sepanyol, Oscar Vinals dan jika dicipta, ia akan mengetepikan pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380-800.

Pesawat futuristik itu akan menawarkan kemudahan mewah termasuk restoran, spa, pawagam, kedai dan kasino. – AGENSI

Ahad, 22 November 2020

Pesawat ringan dipandu warga Singapura buat pendaratan cemas di lebuh raya PLUS

 Pesawat ringan dipandu warga Singapura mendarat di lebuh raya PLUS

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Sebuah pesawat ringan telah melakukan pendaratan cemas di lebuh raya PLUS berhampiran Sedenak, pagi tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza yang dikendalikan oleh dua orang juruterbang warga negara Singapura.

“Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor telah menerima panggilan dari pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kerana mengalami masalah teknikal,

“Pesawat persendirian kendalian Premier Air Singapore itu berada dalam penerbangan dari Senai ke Melaka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapter Chester Voo.

Beliau menambah, kedua-dua juruterbang dalam keadaan stabil dan pesawat telah dipindahkan bagi agar tidak menghalang lalulintas.

Pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza bernombor pendaftaran N5045B mengalami masalah teknikal sebelum melakukan pendaratan cemas.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan,

“Siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia,” jelas Chester.

Dalam kejadian berlaku pada pukul 10.40 pagi, sebuah pesawat ringan bernombor pendaftaran N5045B telah melakukan pendarat cemas di Kilometer 47.9 PLUS arah selatan sebelum susur Plaza Tol Sedenak.

Kejadian itu turut mendapat perhatian warga netizen dan tular di media sosial. – airtimes.my

Selasa, 22 September 2020

Lahir dalam pesawat ke London, bayi bertuah dapat tiket penerbangan percuma seumur hidup

Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam pesawat -Foto EGYPTAIR/Twitter


Seorang bayi bertuah dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup ,selepas dilahirkan tanpa dirancang dalam sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari Kaherah,Mesir ke London,United Kingdom pada ketinggian 2000 meter bersama EgyptAir MS777.

Seorang penumpang warga Yaman,Hiyam Nasr Naji Daaban tiba-tiba tidak dapat menahan kesakitan untuk bersalin,ketika dalam penerbangan itu.

Juruterbang bertindak pantas dengan cuba melencongkan pesawat untuk mendarat di Munich,Jerman.

Bagaimanapun,bayi itu telah lahir diawan biru sebelum pesawat mendarat di landasan.

Bayi tersebut bernasib baik kerana kebetulan dalam pesawat terdapat seorang doktor yang membantu memastikan keselamatan bayi tersebut dalam penerbangan.

Melalui akaun laman Twitter,syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa bayi tersebut dihadiahkan tiket  penerbangan kepadanya untuk seumur hidup.