"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengangkutan Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengangkutan Awam. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2021

Tambang feri percuma ke Pulau Pinang bermula 1 Julai

Penumpang pejalan kaki warga tempatan akan menikmati kemudahan tambang feri percuma mulai 1 Julai depan.

GEORGETOWN - Bermula 1 Julai depan semua penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia akan menikmati tambang feri secara percuma sehingga hujung tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, keputusan itu dibuat kerajaan negeri selaras dengan usaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta meringankan beban rakyat tatkala dibelenggui pandemik Covid-19 di Pulau Pinang.

Menurutnya, bagi tujuan itu kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri bagi semua penumpang pejalan kaki berstatus warganegara Malaysia.

"Pembiayaan ini akan bermula pada 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 dan semua rakyat Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan OKU adalah layak untuk menikmati perkhidmatan ini secara percuma.

"Cadangan ini adalah susulan kepada perkhidmatan pas perjalanan My30 yang telah dilancarkan pada 1 Mac yang lalu, di mana kerajaan negeri turut membiayai perkhidmatan bas awam milik Rapid Penang secara percuma kepada semua penumpang yang melanggan pas tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Selasa.

Zairil berkata, dengan pembiayaan tambang feri ini, jaringan pengangkutan awam melalui air dan darat secara menyeluruh dapat digunakan secara percuma oleh pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Katanya, penumpang hanya perlu membawa MyKad mereka dan perlu menyentuh (tap) di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sebelum menaiki feri.

"Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan.

"Jumlah keseluruhan peruntukan adalah dianggarkan sebanyak RM468,000," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap dengan pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ini sedikit banyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.

-SH Online