"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Selasa, 28 September 2021

Plot twist beri izin ‘suami orang’ nikah lain, lawak ngeri undang tular

 

Drama pendek lakonan Adza yang menjawab telefon milik orang lain itu tular sehingga mencecah lebih 1.2 juta tontonan.

Tertinggal telefon mudah alih memang satu pengalaman yang menakutkan. Tapi apa yang lebih mengerikan lagi apabila ada pula yang memandai ‘tolong’ menjawab panggilan bagi pihak anda.

Demikian perkongsian drama pendek di akaun TikTok milik penulis skrip terkenal Adza_Irda yang pendek kata, mujur hanya lakonan semata-mata, kalau betul-betul kejadian, memang haru dibuatnya.

Berlatar suasana di sebuah kedai mamak, Adza dilihat sedang menunggu minuman pesanannya untuk di bawa pulang.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. Wajah Adza kelihatan agak pelik, namun tetap yakin menjawab panggilan tersebut.

Rupanya, pemanggil ingin meminta izin untuk berkahwin lagi. Tanpa berfikir panjang Adza terus memberi kebenaran dan memutuskan perbualan sebelum sempat pemanggil habis berbicara.

Tidak lama kemudian seorang wanita menghampiri dan bertanyakan sesuatu kepada Adza.

Wanita: “Adik. Adik ada nampak handphone akak tak?

Adza: “Oh handphone akak eh? Oh tertinggal eh? Ada orang call tadi tak tau apa,” jawab Adza selamba seperti tiada apa yang berlaku.

Plot kelakar seram yang cukup menggelikan hati ini mengundang tular dan ditonton lebih 1.2 juta kali. Malah ia turut dikongsi semula di pelbagai platform media sosial.

Adza yang juga pengacara Hurr.TV turut meminta pandangan warganet wajarkah kisah ini diteruskan dan apakah kesudahannya.

Menjenguk ke rungan komen, rata-rata warganet langsung tidak menyangka plot twist drama tersebut berakhir sedemikian.

“Uishh, mantap la plot twist dia,” kata seorang pembaca.

“Weyhhh, moral of the story (pengajaran cerita ini), phone jangan letak merata,” komen Syaza Amira.

“Tercengang aku tengok plot twist tu. Siutlah,” kongsi nurin.

“Bahahahahah adoii patut selamber dia jawab,” kata K@klin tergelak.-FMT

Sabtu, 25 September 2021

Inspirasi: Jutawan hartanah berjiwa kampung

 MOTOSIKAL  digunakan Mohamad Azlan dalam menjalani kehidupan seharian.

MOTOSIKAL digunakan Mohamad Azlan dalam menjalani kehidupan seharian.

Besut: Sebut sahaja Jutawan Pengutip Sampah pasti ramai terbayang susuk tubuh seorang lelaki berjanggut yang bergerak dengan helikopter dari rumah ke kedai kopi dan pelbagai sikap merendah diri lelaki ini.

Ramai yang teruja melihat kejayaan anak muda berusia 34 tahun dari Kampung Tok Raja, Besut itu yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.

Terbaru tular videonya menaiki helikopter dan mengambil bapanya di rumah untuk bersarapan di kedai kopi di Kuala Besut sehingga mencapai 1.6 juta tontonan di Facebook.

Hakikatnya, masyarakat hanya lihat sisi mewahnya di media sosial namun terlepas pandang akan sisi sederhana Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin yang tidak kekok menjalani kehidupan biasa selain menguruskan ternakan lembunya biarpun kini memiliki aset puluhan jutaan ringgit.

Tanpa berselindung Mohamad Azlan mengakui lebih selesa menjalani kehidupan di kampung sambil menguruskan ternakan lembu.

"Orang kenali saya dengan penampilan korporat dan menaiki helikopter di media sosial, tetapi hakikat sebenar hanya orang kampung yang bergelumang dengan lumpur dan najis lembu.

"Berkain pelekat dan berbaju t-shirt putih ialah pakaian kegemaran saya pada setiap masa. Jika boleh ketika hadir ke mesyuarat juga ingin pakaian seperti itu.

"Kita bekerja dengan masyarakat dan perlu ikut peraturan dan kesesuaian masa dan tempat," katanya.

TANGKAP layar video tular menunjukkan Mohamad Azlan membawa bapanya bersarapan menaiki helikopter.
TANGKAP layar video tular menunjukkan Mohamad Azlan membawa bapanya bersarapan menaiki helikopter.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka videonya menaiki helikopter dan pulang ke rumah mengambil ayahnya, Abdullah @ Ali Ahmad, 74, untuk ke kedai kopi menjadi tular.

"Saya menjalankan perniagaan hartanah dan kaedan pengangkutan udara iaitu helikopter diperlukan untuk meninjau tanah daripada pandangan udara.

"Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk cuma helikopter itu satu keperluan dalam kerjaya saya. Apabila tindakan saya pulang ke rumah dengan helikopter, ia sesuatu yang pelik kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

"Bagaimanapun, bagus juga tular kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk bangkit berjaya seperti saya," katanya.

Tambahnya, dia tidak memiliki kemewahan seperti yang disangka ramai dan lebih selesa hidup sederhana.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kejayaannya dalam bidang hartanah dan perniagaan termasuk produk kesihatan yang dijalankan menjadi inspirasi kepada orang ramai.

MOHAMAD Azlan sedang menguruskan lembu miliknya di kandang.
MOHAMAD Azlan sedang menguruskan lembu miliknya di kandang.
-myMetro

Jumaat, 24 September 2021

Betul ke Pulau Pinang masih milik Kedah?

 Georgetown ibu negeri Pulau Pinang.

Georgetown ibu negeri Pulau Pinang.

Alor Setar: Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini, didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, dokumen yang dipamerkan itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Jelasnya, Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

"Perkara ini sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan R Bonney di dalam bukunya 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence' bahawa tidak ada perjanjian pajakan tetapi kita masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

"Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja, sepatutnya perkara ini dijelaskan kepada semua pihak bahawa tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, dokumen dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah terbabit ada dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain turut disimpan pihak Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Katanya, pihaknya mencadangkan naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetul supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

"Berpandukan hujah pada buku 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence', kami mendapati tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

"Berdasarkan hujah itu juga, kami mengambil pendirian menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini," katanya.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak Kedah selain meminta agar negeri itu tidak campur tangan dalam hal berkaitan negeri ini.

-myMetro

Cukai LHDN: Tunggakan cukai Sandro, Liridon tertinggi

 

ALOR SETAR: Tunggakan cukai gandingan Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi adalah yang tertinggi daripada keseluruhan RM10.4 juta dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurut Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor, tunggakan cukai Sandro berjumlah RM2.3 juta, manakala Liridon pula RM1.78 juta.

Katanya, pengurusan KFA terdahulu didapati memotong gaji pemain serta jurulatih terlibat, namun gagal melunaskan bayaran cukai kepada LHDN.

“Selain Sandro dan Liridon, tunggakan cukai tertinggi turut melibatkan Bang Seung Hwan RM935,000, Ken Ilso Larson (RM470,000), Chidi Edeh (RM434,000) dan Carlos Kahe (RM346,000)

“Tuntutan tunggakan cukai itu turut melibatkan barisan jurulatih import antaranya Ian Gillan dan Stefano Impagliazzo,” katanya selepas berakhir Sidang DUN Kedah di sini semalam.

Terdahulu ketika membuat penggulungan di Sidang DUN tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad mendedahkan KFA berdepan tuntutan cukai lebih RM10 juta setelah LHDN me­lakukan semakan semula.

Menurut Mohd. Firdaus, berbanding tuntutan untuk tempoh 2016 hingga 2019 dikemukakan LHDN yang berjumlah RM3.4 juta sebelum ini, badan berkanun itu kemudian menghantar satu lagi notis tuntutan selepas me­lakukan semakan semula yang mengambil kira dari 2014 hingga 2019 bernilai lebih RM10 juta.

Muhammad Sanusi menambah, LHDN sepatutnya membuat tuntutan pada tahun sama.

“Sepatutnya kalau ada tunggakan pada 2018 atau 2017, tuntutlah pada tahun itu juga tetapi mereka kata pada masa itu pengurusan KFA lama tidak memberi kerjasama.

“Sekarang bila pengurusan baharu beri kerjasama, maka mereka datang longgok semua atas ‘kepala’ kita. Kalau macam itu, teruklah kita kerana KFA bukan badan membuat keuntungan sebaliknya bergerak memajukan sukan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat,” kata­nya.

Katanya, perbincangan akan terus dibuat bersama LHDN supaya tunggakan itu dihapus kira berikutan kegagalan badan berkanun tersebut membuat kutipan pada tahun sepatutnya.

“Tunggakan ini berlaku pada masa lalu, tak bolehlah kutip sekarang. Justeru saya berunding dengan LHDN untuk memohon hapus kira di atas kegagalan mereka membuat kutipan pada masa lalu,” katanya.

-Utusan Online

Khamis, 23 September 2021

Covid19: Kes baharu turun tetapi Perlis catat tiga angka

 

Data 23 September 2021.

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan penurunan, tetapi lapan negeri mencatat peningkatan , dengan Perlis mencecah tiga angka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 13,754 kes baharu dikesan, menjadikan keseluruhannya 2,156,678 kes direkodkan sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu.

Beliau berkata, Perlis hari ini merekodkan tiga angka apabila jangkitan meningkat daripada 97 kes semalam kepada 113 kes hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga tujuh lagi negeri mencatat peningkatan kes baharu.

Johor merekodkan 1,913 jangkitan baharu berbanding 1,880 kes semalam; Sarawak (1,766 kes hari ini, 1,712 semalam); Sabah (1,629 kes hari ini, 1,199 semalam); Pahang (869 kes hari ini, 688 semalam); Kuala Lumpur (383 kes hari ini, 338 semalam); Negeri Sembilan (175 kes hari ini, 170 semalam); dan Labuan (8 kes hari ini, 3 semalam).

Selangor, walaupun merekodkan penurunan jangkitan, namun masih mencatat kes tertinggi dengan 1,985 kes berbanding 2,414 semalam.

-Agenda Daily

Vaksin berkesan, kadar kematian kes Covid19 dos lengkap 0.01 peratus: Khairy

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin meninjau pelaksanaan PICK Remaja di SMK Putrajaya Persint 8 (1). - Gambar kredit KKM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan vaksin yang diberikan kepada orang ramai berkesan dalam memberi perlindungan daripada Covid-19, malah kadar kematian bagi individu yang lengkap dos juga rendah.

Menteri Kesihatan berkata kadar kematian dalam kalangan 14 juta individu yang menerima dos vaksin lengkap adalah 0.01 peratus atau 1,400 kes. Kadar tersebut tidak tidak mengambil kira jenis vaksin yang diberikan.

Jelasnya, kajian populasi kendalian Institut Kesihatan Nasional (NIH) itu turut menunjukkan kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah imunisasi lengkap ialah 0.007 peratus atau 980 kes.

“Ini menunjukkan walaupun ada kematian direkodkan dalam kalangan mereka yang sudah lengkap suntikan imunisasi, vaksin masih berkesan.

“Perlu diingat vaksin bukan perlindungan 100 peratus, tetapi ia mampu membendung seseorang mengalami risiko gejala teruk dan kematian apabila dijangkiti.

“Keberkesanan vaksin ini dicatatkan meskipun berlaku penularan jangkitan disebabkan varian membimbangkan (VOC) seperti delta,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Februari lalu sudah mencapai sasaran awal apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Dalam melawan penularan Covid-19, kerajaan giat melaksanakan program vaksin besar-besaran bagi mencapai imuniti berkelompok dengan segera dengan memastikan semua rakyat menerima dos lengkap vaksin.

-Agenda Daily

Hutan bandar tangani kesan rumah hijau di bandar

 Hutan bandar tangani kesan rumah hijau di bandar

Usaha pemuliharaan dan penanaman pokok melalui konsep hutan bandar, perlu sentiasa diteruskan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kawasan bandar merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida yang menjadi punca utama kesan rumah hijau, justeru adalah penting untuk mewujudkan hutan bandar bagi menangani masalah ini.
Ketua Program Eko Pelancongan dan Hutan Bandar, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Ahmad Azaruddin Mohd Noor berkata usaha pemuliharaan dan penanaman pokok melalui konsep hutan bandar, perlu sentiasa diteruskan dan diperluaskan termasuk di kawasan perumahan dan pembangunan baharu.
"Hutan bandar memainkan peranan dari segi ekologi dan fungsi dalam membina suasana alam sekitar yang bersih dan selesa, untuk kesejahteraan manusia dan hidupan lain di bandar. Selain itu, hutan bandar juga turut berperanan meningkatkan kualiti struktur dan reka bentuk kawasan bandar serta mempertingkatkan nilai estetik landskap bandar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hutan bandar adalah kawasan hijau yang menampung tumbuh-tumbuhan sama ada pokok sedia ada atau ditanam secara sistematik di persekitaran bandar, yang menyumbang kepada persekitaran hijau dan bersih, hidup yang sihat dan ceria serta menjadikan bandar tempat tinggal yang selesa.
Katanya hutan bandar membabitkan perancangan dan pengurusan yang merangkumi penanaman pokok yang sesuai di tapak yang sesuai dan tidak memerlukan keluasan tanah yang spesifik, kerana yang penting adalah ruang untuk menanam pokok
"Bagi menjamin kesesuaian penyediaan hutan bandar di sesuatu kawasan, pihak FRIM menawarkan khidmat nasihat, perundingan dan latihan berkaitan pengurusan serta penjagaan pokok kepada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Azaruddin berkata FRIM memiliki kepakaran termasuk ahli arboris yang bertauliah bagi tujuan memberi khidmat nasihat berkaitan pemilihan dan penanaman pokok, kaedah penjagaan mengikut amalan baik arborikultur serta penilaian risiko pokok.
"Sebelum ini banyak pokok eksotik luar negara dibawa masuk sebagai pokok hiasan landskap atau pokok teduhan, namun dalam usaha membawa pokok hutan ke dalam kawasan bandar pelbagai spesis tempatan boleh diketengahkan," katanya.
Beliau berkata penanaman hutan bandar dengan spesis tempatan seperti Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan, Jelutong, Damar minyak, Gelam, Pelawan, Geronggang, Kelat, Perupok dan Kayu Arang, sekali gus dapat mempromosikan kepentingan dan keunikan pokok hutan kepada masyarakat
Katanya ciri-ciri pokok yang ditanam bukan sahaja perlu dipilih daripada spesis yang sesuai, berupaya untuk tumbuh di persekitaran bandar yang kurang kondusif, malah pokok yang ditanam perlu diurus agar tidak mendatangkan risiko kepada orang ramai.
"Selain itu, pokok yang ditanam juga boleh menarik kehadiran hidupan liar seperti burung, serangga dan mamalia kecil, bagi mencipta suasana hutan di bandar," katanya.
Ahmad Azaruddin berkata, pokok hutan yang ditanam boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar, mahupun orang ramai yang berminat untuk mengetahui khazanah hutan negara.
"Mereka dapat mengenali spesis pokok hutan yang wujud di negara ini yang merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian spesis paling tinggi di dunia.
"Pokok hutan kita juga mempunyai keunikan tersendiri yang perlu dihayati dan hutan bandar mampu memberi peluang kepada penanaman pokok hutan daripada spesis hampir pupus atau spesis yang jarang dijumpai sebagai usaha pemuliharaan secara ex situ," katanya.
Beliau berkata lazimnya pengurusan dan penjagaan kawasan hutan bandar dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT), bertujuan memelihara dan meningkatkan kualiti alam semulajadi serta menyediakan kemudahan rekreasi kepada warga bandar khususnya.
Katanya mewujudkan kawasan hijau bandar kini bukan sahaja tanggungjawab PBT, tetapi juga komuniti bandar dan pihak swasta turut digalakkan menanam lebih banyak pokok di premis masing-masing.
"Sumber yang terhad ini amat penting untuk dilindungi dan dikekalkan supaya faedah dan peranannya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA

Rabu, 22 September 2021

Covid19: Kes baharu turun, Selangor kembali catat jangkitan tertinggi

 

Pecahan jangkitan mengikut negeri dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi 22 September 2021. - Sumber KKM

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit, namun beberapa negeri mencatatkan lonjakan ketara dengan Selangor kini kembali menjadi penyumbang terbanyak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 14,990 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 15,759 kes direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Menurutnya, angka itu menjadikan kumulatif kes sejak awal pandemik Covid-19 di negara ini Mac tahun lalu kepada lebih 2.14 juta kes.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, lapan negeri merekodkan peningkatan ketara jangkitan Covid-19.

Selangor mencatat 2,414 kes hari ini berbanding 1,934 kes semalam; Kelantan (1,573 kes hari ini, 1338 semalam); Perak (1,490 hari ini, 1,184 semalam); Kedah (1,007 hari ini, 786 semalam); Terengganu (852 hari ini, 592 semalam); Melaka (313 hari ini, 264 semalam); Negeri Sembilan (170 hari ini, 127 semalam); dan Perlis (97 hari ini, 23 semalam).

Jangkitan positif di Sarawak pula turun mendadak daripada 3,732 kes yang direkodkan semalam, kepada 1,712 hari ini.

Semalam, 12 negeri dan wilayah mencatat peningkatan jangkitan baharu iaitu Sarawak, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, Perak, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, dan Labuan.

-Agenda Daily

Sanusi ingatkan Pulau Pinang adalah negeri dipajak Kedah

 MUHAMAD Sanusi. FOTO Arkib NSTP

MUHAMAD Sanusi. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah hari ini, 'hangat' apabila Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah.

Sanusi (Pas-Jeneri) berkata, beliau faham mengenai kebimbangan Pulau Pinang terhadap beberapa projek mega diumumkan Kedah, yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran itu.

Tegasnya, sejarah bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah perlu sentiasa diingat dengan Pulau Pinang tidak sepatutnya masuk campur dan menegur urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Pulau Pinang bukan negeri yang wujud dengan sendirinya, dalam sejarah Malaysia sendiri ada dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah.

"Jangan pula kita pajak tanah orang, kemudian kita marah pula kepada tuan tanah yang kita pajak itu. Itu tidak patut," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (Pas-Sg Limau) yang ingin mengetahui mengenai strategi kerajaan negeri dalam menangani rasa cemburu negeri jiran susulan pengumuman beberapa projek berimpak tinggi.

Sanusi berkata, bagaimanapun sebagai jiran yang baik, kerajaan negeri Kedah memberi jaminan Pulau Pinang akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak perlu bersaing dengan Kedah.

Beliau berkata, sebagai contoh projek pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) dibina dengan tujuan menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

"Semua pihak mengetahui usaha untuk menaik taraf LTAPP tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana faktor kekangan tanah dialaminya. Jadi KXP ini akan menjadi pelengkap kepada LTAPP dan bukannya pesaing kepada Pulau Pinang.

"Disebabkan itu, kita akan kekal berbuat kebaikan supaya negeri jiran berasa selamat kerana di dalam Islam, inilah yang dianjurkan kepada umatnya," katanya.

Terdahulu, Sanusi menjawab soalan lisan Mohd Azam yang bertanya mengenai status projek berimpak tinggi Kedah iaitu KXP, Bandar Getah Kedah (KRC), Taman Teknologi dan Sains Kedah dan Hab Logistik, Pengeluaran dan Aeroangkasa Sidam (SLAM).

Beliau berkata, semua projek berimpak tinggi itu akan membawa perubahan besar kepada Kedah selain berupaya mengubah landskap ekonomi negeri secara lebih meluas.

-myMetro

Isnin, 20 September 2021

Hidayah: Minta diajar kalimah syahadah sebelum ditidurkan

 

Wanita warga emas ini dikatakan semakin beransur sihat.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat dijangkiti Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum dia ditidurkan di sebuah hospital di Sabah baru-baru ini.

Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.

Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah.

Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.

“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya.

Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu.

“Moga Allah permudahkan beliau untuk mendalami ilmu agama. Semoga dipermudahakan segala urusan. Terima kasih barisan hadapan. Jasa anda amat besar ganjaranya,” komen Mohd Pilus.

“Mak cik umpama bayi yang suci baru lahir. Alhamdulillah. Tahniah mak cik. Semoga sembuh dan sihat daripada Covid-19,” kata Iziza Absha.

“Apa yang penting bersihkan hati selalu. Sebab hati yang menentukan bagaimana pengakhiran seseorang bukan asalnya. Moga kita semua mendapat khusnul khatimah (pengakhiran yang baik),” tulis Ann Fardan. – K! ONLINE

Sabtu, 18 September 2021

Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000

Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000

 Peningkatan kos haji dan umrah pada masa depan adalah situasi yang tidak dapat dielakkan berikutan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik COVID-19

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan saringan COVID-19.

“Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila dihadkan kepada dua orang, sudah tentu kos penginapan akan meningkat kepada setiap jemaah.

“Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos,” katanya kepada BH, hari ini.

Tabung Haji (TH) menjangka kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan SOP ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Razali berkata, sekiranya kos haji naik secara mendadak, antara kesan yang membimbangkan adalah ramai jemaah terlepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak berkemampuan.

“Sebelum COVID-19, kos bagi seorang jemaah adalah RM20,000 dengan subsidi diberikan TH sebanyak RM10,000.

“Bagaimanapun, persoalannya jika jumlah subsidi TH pada kadar sama, tentu ramai tidak mampu menanggung kos dan terpaksa menolak giliran haji,” katanya.

Beliau berharap TH dapat mempertimbangkan untuk menyerap kenaikan kos itu melalui keuntungan daripada pelaburan institusi itu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Sebanyak 28 peratus keuntungan pelaburan TH dikecualikan (daripada cukai pendapatan), jadi jika boleh kita berharap TH tanggung lebihan kos kenaikan ini bagi mengelak ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi.

“Saya kira jika perbelanjaan haji perlu ditanggung seorang jemaah naik dalam kadar munasabah, ia masih boleh diterima dengan syarat kos lain diserap TH,” katanya.

Razali turut yakin TH berupaya menanggung pertambahan kos itu mengambil kira jangkaannya berkemungkinan jemaah haji yang dibenarkan ke Tanah Suci masih dihadkan.

“Saya menjangka disebabkan pandemik masih berlarutan, mungkin kuota haji kurang daripada 10,000 saja jemaah tanah air akan berpeluang mengerjakan ibadat itu,” katanya.

-wrlr

Jumaat, 17 September 2021

[Vide0] ‘Kn0cked out’ selepas terkena sep4kan, wanita teruja dapat jersi dari Cristiano Ronaldo

 

Baru-baru ini, Cristiano Ronaldo baru-baru ini secara tidak sengaja menend4ng bola ke arah salah seorang pegawai keselamatan ketika sedang melakukan aksi pemanasan badan untuk perlawanan diantara Manchester United menentang menentang BSC Young Boys, pada 15 September lalu.

Pemain Manchester United yang berusia 36 tahun itu melakukan sep4kan ke arah gawang namun terkena pegawai keselamatan tersebut yang sedang bersiap-siap untuk perlawanan Liga Juara-Juara, yang berlangung di Switzerland itu.

Susulan kej4dian tersebut, pegawai keselamatan tersebut terj4tuh dan terp4ksa dirawat oleh kakitangan perubatan. Menurut pelbagai sumber, termasuk MailOnline dan DAZN, pegawai keselamatan tersebut pengs4n selepas terkena sepakan dari Ronaldo. 

Video:

Ketika pegawai keselamatan tersebut sedang terbaring dan dikelilingi oleh petugas perubatan, Ronaldo kemudian bergegas ke lokasi kej4dian bagi memastikan keadaannya dan meminta maaf atas tindakan yang tidak disengajakan itu.

Setelah selesai perlawanan antara Manchester United menentang menentang BSC Young Boys , Ronaldo telah memberikan bajunya sebagai tanda permohonan maaf atas tindakannya itu, dan dapat dilihat dari reaksi pegawai keselamatan itu, dia begitu bangga mendapat sehelai baju dari seorang pemain bola sepak berkelas dunia!

Khamis, 16 September 2021

Kenapa Hampir 1,000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta?

 

Kuala Lumpur: Peluang yang lebih cerah punca utama kebanyakan 948 pakar perubatan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta sejak 2016 sehingga Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (KKM), perincian perincian doktor yang meletak jawatan ialah 158 orang pada 2016; 170 (2017); 198 (2018); 229 2019); 161 2020) dan 32 orang sehingga Jun lalu.

Bagi pegawai perubatan lantikan tetap yang meletak jawatan berjumlah 4,028 orang iaitu 874 orang pada 2016, 869 (2017); 734 2018); 915 (2019); 534 (2020) dan 102 orang sehinhga Jun lalu," katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu mengetahui punca kebanyakan pakar perubatan meletak jawatan daripada KKM.

Khairy berkata, faktor mereka meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam adalah peluang di sektor swasta terutama bagi pakar perubatan.

"Walaupun kita cuba meningkatkan elaun pakar dalam perkhidmatan awam, namun ia tidak setanding dengan apa yang mereka dapat di sektor swasta.

"Bagaimanapun, kita memberi kelonggaran kepada pakar kita sehari seminggu untuk mereka melaksanakan tugas di sektor swasta untuk mendapat pendapatan tambahan.

"Kita perlu melihat apa lagi kemudahan kita boleh bagi kepada mereka (pakar) supaya mereka kekal dalam sistem kesihatan awam," katanya.

Menurutnya, kebanyakan pakar perubatan yang masih kekal di perkhidmatan awam kerana mempunyai 'sense of nasional duty'.

"Semangat mereka yang masih kekal ini untuk memastikan sumbangan diberikan terus kepada orang ramai sedangkan latihan mereka ditanggung semua oleh kerajaan.

"Ini adalah satu semangat terbaik dan perlu dipuji, sebab kebanyakan pakar di Malaysia adalah datang daripada kilang KKM termasuk mereka yang berada di hospital swasta sekarang," katanya.
Menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu Khairy menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak supaya negara tidak mengalami 'brain drained' pada masa akan datang.

Khairy berkata, jumlah Pakar dan Pegawai Perubatan yang berkhidmat bersama KKM berjumlah 55,981 orang.

"Akta Perubatan 1971 menetapkan graduan perubatan yang mendapat pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu diberi peluang untuk menjalani latihan siswazah oleh kerajaan.

"Sebelum 2016, semua graduan perubatan yang menjalani latihan siswazah di KKM dilantik secara tetap kerajaan," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan tekanan tinggi untuk meneruskan pelantikan tetap.

"Sebagai gambaran, antara 2009 hingga 2015, keluaran graduan perubatan hanya sekitar 3,000 setahun, tetapi bermula 2016, jumlah keluaran graduan perubatan adalah antara 5,000 hingga 6,000 orang setiap tahun.

"Berdasarkan perkembangan ini, kerajaan pada 13 Oktober 2016 memutuskan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras dengan obligasi di bawah Akta Perubatan 1971.

"Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap, bagaimanapun berikutan pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan kawalan perbelanjaan kewangan secara berhemah, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan perjawatan yang terhad," katanya.

Katanya, bagi menangani masalah yang dihadapi doktor kontrak, kerajaan pada 14 Julai lalu juga bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang melengkapkan khidmat wajib dua tahun dilanjutkan tempoh kontrak untuk dua tahun lagi bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran.

-Anak Sungai Derhaka

Rabu, 15 September 2021

Mukhriz Bengang Ismail Sabri Perdaya Mahathir?

 


Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mendakwa Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berjanji untuk melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) apabila dia dilantik sebagai perdana menteri baru, menggantikan Muhyiddin Yassin. 

Namun, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mendakwa ia tidak dikotakan meskipun penubuhan MPN pada mulanya adalah cadangan Mahathir.

Mukhriz berkata, parti itu juga memang mencadangkan Mahathir untuk mempengerusikan MPN kerana menurutnya dia tiada sebarang kepentingan politik.

“Beliau (Mahathir) dah umum akan lepaskan jawatan dalam pengerusi Pejuang sekiranya dilantik sebagai pengerusi MPN.

“Malah saya dimaklumkan bahawa Bera (Ismail Sabri) telah berjumpa dengan YB Langkawi (Mahathir) sebelum dilantik menjadi perdana menteri baru-baru ini. (Mahathir) telah dijanjikan bahawa MPN ini akan ditubuhkan sekiranya Bera (Ismail Sabri) jadi perdana menteri dan YB Langkawi (akan) dilantik sebagai pengerusinya.

“Malangnya janji itu tak dikotakan tapi kita rasakan ini masih lagi perkara yang sangat penting jika kita serius ingin tangani krisis yang dihadapi hari ini,” dakwanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 4 September, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan bahawa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik untuk mempengerusikan MPN - satu kedudukan yang bertaraf menteri.

Pada 15 Ogos lalu, Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya mengesahkan Ismail Sabri yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri bertemu Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri baru.


Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu turut melibatkan gesaan Mahathir untuk menubuhkan MPN.

Mahathir sebelum ini membangkitkan idea penubuhan MPN - satu badan seakan Mageran yang mentadbir negara selepas tragedi 13 Mei 1969 sehingga 1971.

Bekas perdana menteri itu turut menyenaraikan nama-nama yang difikirkannya sesuai menganggotai MPN yang melibatkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang merangkumi perubatan, ekonomi, perundangan, pendidikan dan politik.

Mengulas lanjut perkara itu, Mukhriz bagaimanapun berkata apa yang mengejutkan Ismail Sabri sebaliknya melantik Muhyiddin sebagai pengerusi MPN.

Ini dakwa Mukriz walaupun Muhyiddi telah gagal menangani pandemik Covid-19 sewaktu memegang jawatan tertinggi negara.

“Sebaliknya kita dapati apa yang dicadangkan hanyalah 50 peratus anggota MPN kerajaan ini adalah daripada pakar, 25 peratus ahli politik mungkin dari kerajaan, 25 peratus lagi ahli parlimen dari pembangkang.

“Saya tidaklah nak soal keupayaan ahli-ahli parlimen atau orang-orang politik ini untuk sumbang idea tapi ini dah buat pun sebelum ini dan tak berjaya.

“Maka saya rasa paling penting sekarang ni kita serahkan bulat-bulat kepada orang yang pakar dalam bidang untuk cadang pada kerajaan apa langkah-langkah terbaik untuk tangani krisis yang kita hadapi ketika ini,” katanya lapor Malaysiakini

Credit:Anak Sungai Derhaka

Selasa, 14 September 2021

MoU Kerajaan Dan PH, Jaminan Buat Ismail Sabri, Kata Penganalisis

MEMORANDUM persefahaman (MoU) antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak, tetapi juga “jaminan” untuk perdana menteri baru, kata penganalisis.

“Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemerintah dan pembangkang bersetuju untuk bekerjasama dalam hal perundangan untuk kebaikan bersama,” kata Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Tetapi dengan hanya dua majoriti, kerajaan Ismail Sabri rapuh,” kata pensyarah sains politik.

Ismail Sabri kini disokong oleh 114 ahli Parlimen dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan GPS, sementara blok PH mempunyai 89 ahli Parlimen. Baki ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang terdiri daripada 220 orang adalah dari parti pembangkang yang lain.

Walaupun begitu, dokumen itu, yang disebut MOU mengenai transformasi dan kestabilan politik, akan membawa kestabilan politik yang lebih besar kepada Malaysia setelah lebih setahun bergolak, kata Tunku Mohar, penganalisis dan ahli politik lain.

“Persefahaman yang paling signifikan adalah usaha untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat parti.

“Kedua-dua Umno dan Pakatan Harapan (terutama PKR) terjejas teruk oleh pembelotan sejak pilihan raya umum lalu. Pengenalan undang-undang ini akan membantu kestabilan politik di masa depan,” kata Tunku Mohar.

Beliau berkata Ismail Sabri akan kelihatan baik sebagai pemimpin yang dapat bekerjasama dengan semua orang di Parlimen.

Sementara itu, apa yang PH dapat adalah jalan pintas untuk beberapa pembaharuan yang selama ini diperjuangkannya, kata Tunku Mohar.

MOU itu ditandatangani petang semalam di Parlimen. Ismail menandatangani bagi pihak kerajaan sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden Pertubuhan Kinabalu Progresiuf Bersatu (UPKO) Wilfred Madius Tangau mewakili PH.

Ia disaksikan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Sementara itu penganalisis Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata perjanjian itu boleh dibuat atas kerelaan kedua-dua kerajaan dan pembangkang.

“Rakyat, termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja, turut menggesa hentikan perebutan kuasa.

“Perjanjian asas ini akan membolehkan PH menyokong kerajaan manakala kerajaan akan melayan pembangkang dengan lebih baik,” kata pensyarah sains politik.

Beliau menganggapnya “luar biasa” kerana pembangkang telah menolak tawaran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu. 

“Dengan taruhan yang sangat tinggi, terutama kritikan daripada penyokong, diharapkan pihak pembangkang akan menuntut lebih banyak dan kerajaan akan lebih banyak akur.”

 Tambah Kamarul Zaman kerajaan perlu menyediakan rangka masa spesifik untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan.

“Selagi perjanjian damai tidak mempengaruhi persamaan kuasa, perkara lain yang tidak menyentuh prinsip-prinsip asas setiap pihak seharusnya tidak mempunyai masalah untuk disepakati.”

Kamarul Zaman berharap perjanjian damai itu akan membolehkan kerajaan untuk fokus menangani Covid-19 dan membangun kembali negara, tanpa perlu bimbang kemungkinan kehilangan kuasa.

“Kelemahan bagi pembangkang adalah, ia mungkin akan berpecah lagi kerana perjanjian itu hanya ditandatangani dengan PH bukan dengan parti pembangkang yang lain,” tambahnya.

Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman menerusi Twitter menyatakan pihaknya ditinggalkan dari peringkat awal perundingan memorandum dan hanya dijemput ketika hendak ditandatangani.

Sementara itu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir memberitahu Berita Harian bahawa pihaknya tidak mahu terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Credit:Anak Sungai Derhaka