"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Suapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suapan. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2020

Terima suapan RM170,000: Bekas pengurus kanan Tabung Haji didakwa.

Malaysiakini - Rasuah: Pegawai kanan Tabung Haji dibebaskan dari reman
KUALA LUMPUR: Bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM170,477 pada 2015 dan 2018.

Zaharuddin Hamid, 47, yang merupakan bekas Pengurus Kanan Teknikal (Seksyen Pembangunan Hartanah) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.


Bagi semua pertuduhan, Zaharuddin didakwa secara rasuah menerima suapan daripada Yusaidi Mohd melalui syarikat Amaneez Creative Solution menggunakan cek yang didepositkan ke dalam akaun Maybank milik kakaknya, Zanita Hamid berjumlah RM170,477 sebagai upah mencadangkan syarikat Consoline Sdn Bhd dan Syarikat MNB Engineering Sdn Bhd bagi kerja ubah suai pejabat TH Ipoh (IFiC), Perak dan tiga di Johor iaitu TH Muar, TH Batu Pahat serta TH Kluang.

Dia dituduh melakukan tiga kesalahan itu di Maybank Desa Pandan, di sini, antara 5 Okt 2015 dan 24 Mei 2018 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Rashid Sulaiman menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Ibu Pejabat SPRM sebulan sekali.

“Kesalahan ini adalah kesalahan yang serius, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Selain itu, kedudukan tertuduh di dalam Tabung Haji sebagai pengurus kanan juga perlu diambil kira,” kata Abdul Rashid.

Peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan sekitar RM40,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada SPRM.

“Tertuduh kini tidak bekerja dan sejak ditahan SPRM, anak guam saya juga mengalami kemurungan. Pihak kami bersedia jika mahkamah mengenakan sebarang syarat tambahan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Sept depan.
-- BERNAMA