"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan

Selasa, 16 Julai 2024

Reezal Merican tersinggung video promosi George Town Festival

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 16, 2024 
Walaupun penganjur Festival George Town 2024 telah menurunkan video promosi mereka dan memohon maaf namun Reezal Merican,Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno masih tidak berpuas hati.

Tegasnya, video itu seolah-olah mahu menafikan sumbangan orang-orang Melayu kepada warisan dan sejarah Pulau Pinang

"Video itu telah menyinggung perasaan dan membangkitkan rasa tidak senang orang-orang Melayu, kaum terawal yang mendiami Pulau Pinang.

"Adalah tidak wajar pihak-pihak yang terlibat langsung dengan penganjuran GTF 2024, iaitu Pejabat Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang terlepas pandang perkara sedemikian.
"Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan anggota pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan, suka saya mengingatkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sebagai penjaga (custodian) seni dan budaya semua kaum di negara ini, supaya berperanan lebih proaktif dalam memberikan input dan panduan kepada penganjur GTF2024," kata bekas menteri belia dan sukan pada hantaran di media sosial.

Reezal juga menggesa Kerajaan Pulau Pinang dan penganjur George Town Festival 2024 yang dilantik supaya lebih peka dan sensitif dengan kepelbagaian seni dan budaya kaum-kaum yang ada di Pulau Pinang.

"Khilaf sudah berlaku dan sukar dilupakan walaupun video sudah diturunkan. Harap tidak berlaku lagi di masa depan," katanya lagi.

Semalam, PAS Pulau Pinang menyatakan kekesalan yang teramat sangat atas pengeluaran video promosi Festival George Town 2024 selama 10 hari yang akan bermula Jumaat ini.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohamad Jan malah mencadangkan nama George Town ditukar kepada nama asalnya Tanjung Penaga bagi mencerminkan "identiti" kebangsaan.

Terdahulu, bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan bekas pengerusi TV3 Abdul Rahman Maidin (gambar bawah) membantah video promosi itu, menyifatkannya tidak menjaga sensitiviti masyarakat Melayu.

“Video itu tidak langsung (menjaga) sensitif kepada wujudnya kaum Melayu di Pulau Pinang ini.

“Kalau tengok video itu, tiada satu pun (unsur) yang berkait dengan Melayu.
“Seolah-olah Melayu tiada di Pulau Pinang ini,” katanya yang juga pengerusi Institut Kesedaran Rakyat (IKR).

Penganjur telah memohon maaf dan memadamkan video itu selain menegaskan mereka cuba melibatkan semua pihak dan masyarakat berbilang bangsa.

-Wak Labu Farm 

Rabu, 5 Jun 2024

Tragedi Berdarah & Separuh Harta Yang Tidak Diketahui

 Tragedi Berdarah & Separuh Harta Yang Tidak Diketahui

Cara raja-raja Melayu Tanah Melayu menyimpan dan 

mengembangkan aset... lebih kurang sama dengan method raja-raja Melayu di Sumatera.

Terkawal, bijak dan berdisiplin. Mereka faham hukum 'compounding'.

Aset raja-raja Melayu Sumatera akhirnya diketahui setelah tragedi yang meragut nyawa mereka (al-fatihah kepada yang telah gugur).

Pusat kuasa raja: rakyat, telah hilang dek hasutan pihak komunis. Sementara raja-raja Melayu di semenanjung selamat kerana rakyat berpegang teguh di belakang raja, komunis pun gagal menembusi kesetiaan Melayu kepada raja mereka.

Selepas tragedi yang menyayatkan hati itu, berebutlah sebuah negara baru itu dengan British tinggalan harta karun raja-raja Melayu Sumatera. Kenapa British? Haha Kingsman! Again!

Tapi...tapi...

Aset raja-raja Melayu di semenanjung masih misteri.

Mereka tahu sikit 'gambarannya' bila salah seorang raja hulur duit untuk HMS Malaya. 

Kemudian raja tu hulur lagi untuk projek pelabuhan tentera laut di Singapura! Jutaan p · £!

Ada satu dokumen di CO yang memerihalkan misteri ini.

(kemaskini buku: proses ISBN dan validate manuskrip)

~Srikandi

Dayang Angin of Lower Perak

Jumaat, 23 Februari 2024

Sinopsis Filem:TIGER STRIPES (2023)

 TIGER STRIPES (2023)

1. Pengarah filem Tiger Stripes, Amanda Nell Eu ada menulis hantaran di FBnya yang dikongsi oleh Malaysiakini (Oktober 20, 2023) di mana Amanda menyatakan kekecewaan apabila filem arahannya telah banyak dipotong oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia. Amanda turut membuat penegasan dengan ayat berikut: “The film that will be shown in local cinemas is not the film that we made and it is not the film that won the Grand Price of Critics Week in Cannes”.

2. LPF telah mengarahkan banyak babak dalam filem tersebut dipotong. Filem ini telah ditayangkan di GSC Mid Valley Kuala Lumpur pada Oktober 2023.

3. Saya telah menonton filem ini di Netflix malam tadi. Selepas menontonnya barulah saya nampak dan faham kenapa LPF memotong banyak babak dalam filem ini. Saya percaya versi di Netflix adalah versi asal. Kandungan cerita ini jelas menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 

4. Secara peribadi kandungan filem ini telah menyinggung perasaan beragama dan Melayu saya. 

5. Sinopsis – kisah Zaffan 12 tahun budak perempuan sekolah rendah yang nakal hadapi trauma apabila datang bulan buat kali pertama ketika capai akil baligh. Akhir cerita Zaffan buang telekung dan lari masuk ke dalam hutan dan menari-nari kegembiraan di anak sungai tanpa menutup aurat. 

6. Isu budak perempuan atau remaja wanita datang bulan adalah satu isu besar dalam masyarakat Melayu Islam. Selemah-lemah iman seorang ibu Melayu akan mengambil berat kepada anak perempuan mereka yang mengalami ‘datang bulan’ kali pertama. Ibu Melayu akan beritahu anak-anak perempuan mereka tentang syariat ‘datang bulan’. Antaranya tentang mandi wajib dan menjaga kebersihan diri. Ibu Melayu juga akan fahamkan kepada anak-anak mereka datang bulan bukanlah sesuatu yang hina. Cuma aib dan malu untuk bercerita secara terbuka kepada orang lelaki walaupun kepada adik beradik lelaki atau bapa sendiri. Hatta di sekolah sekali pun para guru akan membantu dan mendidik anak murid mereka yang tiba-tiba datang bulan. 

7. Tapi dalam filem ini tidak digambarkan institusi keluarga Melayu dan sekolah Melayu membantu dan mendidik isu ‘datang bulan’ ini. 

8. Tidak salah untuk mengangkat cerita tentang budak Melayu ‘datang bulan’. Tapi bila Melayu dan masyarakat Melayu yang dijadikan bahan dan konflik cerita, naratif penceritaan harus dilihat dari sudut pandang (point of view) masyarakat Melayu Islam. Kandungan filem ini tidak memberi gambaran sebenar tentang syariat ‘datang bulan’ orang Melayu dan tentunya ianya akan ‘mislead’ penonton antarabangsa.

9. Tidak boleh ianya datang dari sudut pandang pengarah dan penulis lakon layar seorang bukan Islam yang tidak faham dan tidak mendalami syariat Islam. 

10. Penggunaan elemen metafora di mana Zaffan kena rasuk dan bertukar menjadi harimau jadian akibat dari pengalaman pertama ‘datang bulan’ itu juga adalah sesuatu yang excessive dan melampau. 

11. Tegasnya, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. 

12. Kandungan filem ini memaparkan secara buruk seolah-olah masyarakat Melayu beranggapan datang bulan adalah sesuatu yang kotor dan hina. Jalan cerita memaparkan bagaimana kotor, busuk dan penyakit yang berpunca dari datang bulan itu menjadi punca beberapa pelajar perempuan Melayu diserang histeria adalah satu exegeratian (berlebih-lebihan). Babak akhir dan penutup Zaffan menari-nari di anak sungai tanpa menutup aurat juga adalah exegeration. 

13. Keseluruhan cerita tidak ada nilai murni yang boleh diambil. Tidak ada elemen ilmu malah yang jelasnya ia sebuah filem yang menggambarkan betapa teruknya sikap dan cara masyarakat Melayu mengendalikan isu datang bulan ini. Dan akhiran cerita ini juga tidak ada solusi yang jelas. 

14. Saya galakkan masyarakat Melayu menonton filem ini di Netflix dan buat penilaian sendiri. Kita boleh berbeza pendapat dan boleh tidak bersetuju dengan saya.

15. Selepas tonton ‘tepuk dada tanya iman’. 

16. Selepas saya tepuk dada tanya iman, saya sangat tersinggung dengan opening scene Zaffan pakai tudung dan ending scene Zaffan buka aurat dipaparkan menari-nari di anak sungai memakai singlet dan seluar pendek. Secara semiotik dalam subtext babak ini memperlekeh dan memperleceh syariat Islam.

Sumber: Fb Zabidi Mohamed 

Selasa, 6 April 2021

Ramai Cina kaya raya hasil pengkhianatan UMNO terhadap bangsa sendiri

 


Selesai baca buku Riwayat Lim Goh Tong, bertajuk CERITA SAYA.  Berjaya menjadi pemilik Gunung Ulu Kali selepas memohon daripada kerajaan Pahang 4,940 hektar dan Selangor 1,110 hektar. Tanah tanah itu, dia dapat percuma dengan status hak milik kekal dengan bantuan Tan Sri Noah, bapa mertua 2 Perdana Menteri. Dia juga berjaya dapat subsidi kerajaan sebanyak RM 900,000. Zaman itu, jumlah itu sangat lumayan nilainya.

Lesen Kasino pula diluluskan oleh kabinet hanya selepas 6 jam permohonan di hantar sebelum mesyuarat kabinet berlangsung. Kementerian kewangan pula membenarkan bayaran Lesen dibuat secara ansuran.

Kelulusan Lesen kasino pantas dan sebulat suara dalam mesyuarat kabinet membuatkan Taukey Kasino di Macau Stanley Ho pun tak percaya bagaimana lesen kasino di Malaysia diluluskan begitu cepat. Mendapat taraf perintis 5 tahun + 1 tahun (pengecualian cukai selama 6 tahun).

Kita semua pasrah hanya dengan nyayian lagu anak kecil bermain api dan semestinya ada pihak yg dikambing hitamkan atas tergadainya semua ini.

#HidupMelayu

Ini yg Tan Sri Nordin Kadri mantan KP BTN, mantan Naib Canselor UUM cipta lagu Anak Kecil Main Api, rupanya ada  kaitan dgn penyerahan tanah yg luas  kpd Lim Goh Tong.  Bukan setakat tanah di Gunung Ulu Kali shj yg parti pemerintahan bangsa Melayu gadaikan kpd bukan Melayu malah banyak lagi sehingga Tanah Simpanan Melayu seluas 12 juta hektar sekarang hanya tinggal 1 juta. hektat shj atau 12 peratus. 

Ini harus jadi renungan kita sbb sejarah tak boleh ditipu dgn setakat slogan ketuanan Melayu dan Islam tapi dlm masa yg sama pemimpin yg diberi amanah, khianat kpd  bangsa sendiri.

MelayuAntiUMNO


Komen :  Orang Melayu nak tanah sejengkal nak bina rumah pun payah tapi taukeh judi keparat ni senang² dapat percuma dan bagi bantuan lagi...hidup Melayu!!!

-mindarakyat

Ahad, 4 April 2021

Naratif baru politik Malaysia: KEBERANIAN

 


Menjelang PRU15, yang ramai menjangkakan akan diadakan pada tahun ini selepas habisnya tempoh darurat, maka rakyat telah dihidangkan pelbagai retorik politik oleh parti-parti yang ada. Isu yang sering digembar-gemburkan ialah mengenai 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. 

Kalau sebelum ini ada parti yang tak kisah sangat pasal orang Melayu kerana mereka menganggap itu rasis. Mereka kononnya memperjuangkan semua kaum kerana yakin dengan dokongan semua kaum mereka boleh mendapat tampuk kepimpinan negara. Namun segalanya berubah apabila berlakunya Himpunan Tolak ICERD pada 8 Disember 2019 yang akhirnya menyebabkan PH jatuh dan kerajaan PN dibentuk. 

Himpunan yang bersejarah ini telah menyaksikan perpaduan orang-orang Melayu merentasi parti yang bimbang dengan sikap kerajaan PH ketika itu. Melihat perhimpunan yang begitu besar dan bersejarah di kalangan orang-orang Melayu dan diikuti dengan kekalahan PH dlm beberapa pilihanraya kecil, maka pandangan parti-parti tanahair terhadap orang Melayu mula berubah.

Kekuatan penyatuan ini menyebabkan parti-parti terpaksa mengungkap konon sikap keperihatinan mereka terhadap bangsa Melayu termasuk parti chauvinis DAP. Maknanya mereka mula menyedari dalam sebuah negara demokrasi, kekuatan bangsa majoriti tidak harus dipandang enteng walaupun bangsa minority juga ada peranan penting.

Kini negara sudah diketuai oleh sebuah kerajaan yang ramai mengistilahkan sebagai 'Kerajaan Melayu'. Mungkin di sana-sini ada kenyataan-kenyataan seolah-olah ada perpecahan sesama mereka tetapi saya yakin itu hanya gimik politik. Tidak dapat di nafikan orang-orang Melayu meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada kerajaan Melayu ini agar nasib agama dan bangsa dapat di bela setelah di robek-robek oleh PH. 

Namun sehingga hari ini harapan itu masih tinggal harapan apabila isu-isu besar yang dihadapi oleh orang Melayu masih terbiar dan ada ketika dilihat semakin meruncing. Mungkin ada yang beralasan bahawa kerajaan ini baru dan negara menghadapi pandemik COVID-19 tetapi kalau diteliti barisan kabinet, ramai diantara mereka bukan orang baru tetapi berpengalaman belaka. 

Kalaupun ada yang baru memegang jawatan kabinet, tetapi mereka bukan baru dalam arena politik. Persoalannya, kenapa ini berlaku? Bagi saya punca kepada semua ini bukan disebabkan tiada PERPADUAN tetapi disebabkan tiada 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 di kalangan pemimpin Melayu. 

Ini noktah yang harus dibicarakan kerana isu perpaduan sudah usang dan terbukti tidak banyak membawa apa-apa kebaikan kepada agama dan bangsa, jika tidak ada keberanian. Saban hari kita mendengar kenyataan yang menyantuni bangsa lain; kita perlu berkompromi, perlu menjaga semua bangsa, perlu ada toleransi dan pelbagai lagi. Akhirnya, atas sikap sebegini secara berlebih-lebihanlah nasib bangsa Melayu terus dipinggirkan, agama boleh jadi bahan mainan, undang-undang sentiasa di cabar, perlembagaan semakin tidak dihormati. 

Kalau orang Melayu terbuat silap sedikit, maka bergegarlah negara tetapi apabila pemandu mabuk melanggar maut 5 orang anak muda Melayu, negara sunyi sepi. Kematian Beng Hock diangkat oleh pemimpin bangsa lain bertahun-tahun sehingga mendapat balasan pampasan yang terlalu banyak tetapi kematian Adib pemimpin Melayu semua menjauhkan diri. 

Walaupun kerajaan Melayu yang ada hari ini diasaskan atas perpaduan Melayu tetapi tidak ada seorang pemimpin melayu pun yang betul-betul 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜. 

Apalah erti perpaduan kalau ia tidak membawa apa-apa kebaikan akhirnya?

Oleh itu, selagi kita berbincang tentang perpaduan tetapi tidak difikirkan tentang 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 maka selagi itu kita akan berlegar-legar di ruangan yang sama. Jadi saya menyeru kepada semua rakyat untuk mula membawa naratif baru politik negara iaitu 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 !

Aminuddin Yahaya 

Pengerusi PEMBELA 

28 Mac 2021

Sabtu, 12 September 2020

Kajian Segera Mengapa Penguasa Melayu Gemar Menindas Bangsa Sendiri

Tragedi demi tragedi yang berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain ketika ini memerlukan kajian saintifik segera bagi mencari punca-punca mengapa berlakunya fenomena para penguatkuasa, penguasa dan ahli politik Melayu begitu gemar dan senang sekali menindas bangsanya sendiri.

Manakala yang bukan bangsanya diberi keistimewaan dan pelepasan atau pemutihan atau peluang atau apa saja yang menyebelahi kepentingan mereka. Bayangkan di Majlis Perbandaran Selayang saja ada 308 kilang haram. Belum lagi di kawasan lain.

"Macam mana mereka (kilang) ini boleh dapat sambungan air dan elektrik? Bagaimana prosedur yang dilakukan mereka dalam proses mendapatkan bekalan ini?

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dah tau operasi itu haram, kenapa tidak ambil tindakan?".

Baca: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/728785/308-kilang-haram-kenapa-pbt-tak-ambil-tindakan

Bahkan kilang-kilang haram ini DITAWARKAN program pemutihan! Baca: https://www.malaysiakini.com/news/541925

Malah kilang-kilang haram ini diberi PELUANG! Baca: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/728749/kilang-haram-beroperasi-dalam-tempoh-pemutihan

PEMUTIHAN, adalah perkataan yang berlaku juga kepada pekebun haram Musang King!

Pemutihan, tawaran, peluang, tempoh dilanjutkan, menang-menang... hanya dianugerahkan kepada manusia selain Melayu. Mengapa? Ini pelik. Adakah kita boleh terus kepada kesimpulan bahawa semua penguasa Melayu ini telah dirasuah? Mungkin juga anak bini mereka diugut? Ini yang mesti kita siasat. Galak benar menindas bangsa sendiri, ape ke hei

Malah penguasa Melayu amat takut dengan kilang haram!

"Keadaan itu menyukarkan MPS menyemak dokumen berkaitan. Dalam laporan gerak kerja kita buat catitan tidak mendapat kerjasama yang baik dari pemilik.

"Kita tak boleh pecah masuk premis. Kalau kita hon, dia (pemilik) tak buka pintu pagar, kita tak boleh masuk."

Baca: https://www.sinarharian.com.my/article/100159/EDISI/Selangor-KL/Pemilik-kilang-enggan-buka-pintu-pagar

Kalau premis orang Melayu, cepat benar mereka robohkan, takde ok ek ok ek lagi. Jentolak, jengkaut semua jalan terus. No fear.

Pelik bin ajaib, malah kilang haram tu dah terbukti buang kotoran toksik bagai dalam sungai sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tak kira kaum menderita susah tak dapat air! Apakah jin ifrit iblis puaka kepunden parang sekeperrr yang dipasang oleh kilang haram ini sampai tahap begini sekali penguasa Melayu menjadi pondan bapuk lembek lemah gemalai mati pucuk bagai.

Mungkin KILANG HARAM boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam senarai azimat ampuh untuk melindungi orang Melayu dari penguasa Melayu berat sebelah dan menindas ini selain pokok durian musang king, kuil, kedai mesin kuda dan kedai warga asing.

Mengapa kesalahan berbeza-beza cara menghukumnya, mengikut jenis kaum?

Semua penindasan setaraf Israel Zionisme ini berlaku di depan batang hidung orang Melayu bukanlah di zaman penjajah British. Anehnya ia berlaku di zaman internet, android bagai. Dah merdeka 63 tahun pun.

Srikandi juga ingin mengingatkan kepada RAJA-RAJA MELAYU, ambil serius perkara ini. Sebab daulat kalian semua 100% berada di bawah telapak kaki RAKYAT MELAYU. Kalau rakyat Melayu semuanya miskin pupus jahanam, takde siapa dalam dunia ni terhegeh-hegeh nak berajakan raja Melayu. Habis orang Melayu, habislah daulat raja Melayu.

Sementara kajian dijalankan, eloklah kalian orang Melayu menghafal nama-nama menteri, politikus dan penguasa yang menjadi kitol ini supaya di masa akan datang, ketika pilihanraya nanti, kalian boleh memastikan muka-muka mereka ini tidak lagi berada di puncak kuasa.

~Srikandi
fight for your rights

DI MANA KAH KEADILAN DI NEGARA INI...


pemandu cina mabuk langgar bangsa melayu sampai mati korang tak nak cari secepat mungkin..dan hanya di jatuhkan hukuman ringan sahaja

Budak yang bawa kereta dalam kawasan hutan yang korang kejar sampai dapat..

===sebab apa korang cari budak ni sampai dapat di kawasan hutan dengan kadar segera...sebab mak bapak budak ni bangsa melayu..pihak berkuasa di negara ini hanya berani dengan bangsa melayu sahaja===

===Malaysia mengamalkan undang2 sampah masyarakat===

Sumber: Whatsapp

Selasa, 1 September 2020

Apa maksud "MALAYS - IA" sebenarnya?

Rupert Emerson telah menulis buku berjudul "Malaysia" pada tahun 1924 tetapi nama itu ditentang hebat oleh bekas-bekas pentadbir British di Malaya seperti Sir Frank Swettenham yang mengatakan nama itu "INSULTING".

Apakah maksud "IA" itu yang memungkinkan ianya mereka katakan "Insulting" itu?

Kalau kita kaji nama negara-negara yang ada di dunia ini, terdapat nama-nama negara yang berakhir dengan "LAND - dari Bahasa Inggeris/Eropah", "TAN - dari Bahasa Farsi" dan "IA - dalam Bahasa Latin."

Semua "Land", "Tan" dan "Ia" itu mempunyai maksud yang sama iaitu bererti "TANAH". Hampir separuh nama-nama negara di dunia ini berakhir dengan perkataan "ia" di hujungnya.

Antaranya termasuk Russia (bermaksud Tanah bangsa Russ), Somalia (bermaksud Tanah Bangsa Somali), Algeria (bermaksud Tanah bangsa Algers), Bolivia (bermaksud Tanah bangsa Bolivars), India (bermaksud Tanah Sungai Indus), Columbia (bermaksud Tanah Columbus), Mongolia (bermaksud Tanah bangsa Mongols), Ethiopia (bermaksud Tanah Bangsa Kulit Hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama "MALAYSIA" itu adalah versi 'latinised' berpangkalkan kepada perkataan "MALAYS" dalam bahasa Inggerisnya yang merujuk kepada perkataan "MALAYU".


Kesimpulannya,

 MALAYS-IA itu bermaksud "LAND OF THE MALAYS", atau lebih tepatnya disebut sebagai "TANAH BANGSA MELAYU".

Sebarkan fakta ini seluasnya
agar kamu tak terkeliru dan tidak lagi diperbodohkan oleh puak pendatang Cina Komunis Dan India Tamil

Sabtu, 25 Julai 2020

Usaha menukar nama Bukit St Paul berusia 500 tahun kepada Bukit Melaka

سعاجا ساي لتاكن ڤتيكن اخبار اين سوڤايا منجادي بوكتي ڤرتي  اني راسيس. اليه دميكيان جعنله كيتا معوندي ڤرتي يع راسيس. مريكا مپوكوع UEC دان سكوله ۏرناكولر.

اومت اسلم واجب برساتو.
هاپا كيتا ممڤو لكوكن ڤروباهن.

Klik Di Sini Bukti Parti Rasis:
https://www.facebook.com/107127424044978/posts/283169673107418/