Ahad, 7 Julai 2024

Pengguna aplikasi GO by Bank Islam stres, dari subuh masih ‘loading’

 

Gangguan perkhidmatan yang dialami pengguna GO by Bank Islam ketika ini

PETALING JAYA – Ramai penggunakan GO by Bank Islam merungut dan tertekan apabila aplikasi perbankan itu mengalami gangguan perkhidmatan sejak awal pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai turut meluahkan rasa kecewa apabila mereka sering berdepan masalah sama setiap bulan.

“Aplikasi GO Bank Islam langsung tak boleh masuk, kesian makcik jual nasi lemak sesak org ramai tak boleh boleh bayar, tolong lah buat sesuatu, kami mahu akses ke duit kami, tolong jangan tahan duit kami,” kata @rozaimikamarudin.

“Berikanlah aku kesabaran menghadapi Bank Islam. Tengah depan kaunter nak bayar kemudian dia keluar ‘sorry, we cannot process your request now’ gelabahnya aku ya Allah,” luah @nimshahar.

“Tolong lah Bank Islam, aku dah lah pergi bengkel motosikal tadi, masa aku nak bayar guna pembayaran QR, kau buat hal, nasiblah tauke tu faham peranggai aplikasi kau ni,” komen @imnotwilldo.

“Tolong lah naik taraf sistem GO by bank islam. Dah tahun 2024 tapi masalah ‘loading’ masih lama, sepatutnya memudahkan pelanggan! Bank lain tak selalu sangat masalah macam ni. Dari tadi cuba log masuk pengguna. Stresssss,” keluh @eqasabri.

Dalam pada itu, Bank Islam menerusi satu kenyataannya di media sosial mengingatkan agar pengguna mengemaskini aplikasi GO by Bank Islam kepada versi terbaharu sebagai alternatif untuk kembali mengakses sistem tersebut.

“Sebagai alternatif, anda disaran untuk mengemaskini aplikasi kepada versi terbaharu (3.3.03) bagi memastikan kesesuaian dan kelancaran penggunaan aplikasi GO by Bank Islam,” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Namun begitu, ada sesetengah pengguna yang sudah siap berbuat sedemikian masih tidak dapat mengakses sistem perbankan tersebut dan terpaksa ke cawangan bank berhampiran untuk pengaktifan.

“Dah kemaskini aplikasi tapi masih tak dapat log masuk, dah jadi kerja lain pula kena pergi ke mesin ATM dan cawangan berhampiran untuk buat pengaktifan semula,” ujar @yenifarhanaali. – KOSMO! ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan