Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Sebanyak 98 peratus daripada 10 juta populasi Tajikistan merupakan penganut agama Islam. (FOTO: CABAR.Asia)
NEW YORK: Pertubuhan hak sivil dan advokasi sivil Islam terbesar di Amerika, Council on American-Islamic Relations (CAIR), mengecam undang-undang baharu Tajikistan yang bertujuan melarang pemakaian hijab dalam kalangan wanita di negara tersebut.
Pengarah Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Corey Saylor, menyatakan kebimbangan terhadap implikasi undang-undang sedemikian, mengecamnya dalam satu kenyataan pada Jumaat, waktu tempatan, melabelkannya sebagai ‘pelanggaran serius kebebasan beragama’.
“Mengharamkan hijab adalah pencabulan kebebasan beragama dan larangan seperti itu terhadap pakaian keagamaan tidak sepatutnya mendapat tempat di mana-mana negara yang menghormati hak rakyatnya,” kata Saylor.
Sehubungan itu, beliau menekankan komitmen CAIR yang tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan hak umat Islam di dalam dan di luar negara AS, lapor TRT World.
“Kami mengecam undang-undang yang zalim dan menindas ini dan menggesa kerajaan Tajikistan untuk membatalkan keputusan ini,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, menurut laporan media, di bawah undang-undang yang baharu digubal, individu yang memakai tudung atau pakaian agama terlarang lain di Tajikistan boleh didenda sehingga 7,920 somoni (kira-kira RM3,298).
Sementara, syarikat yang membenarkan pekerja memakai pakaian terlarang itu berdepan penalti sebanyak 39,500 somonis (RM16,492).
Pegawai kerajaan pula tertakluk kepada denda yang lebih tinggi antara 54,000 hingga 57,600 somonis (RM22,618 hingga RM24,031) jika didapati melanggar undang-undang sekatan berkenaan.
Daripada populasi Tajikistan yang berjumlah kira-kira 10 juta orang, menurut penyelidikan oleh Pew g Group, 98 peratus dikenal pasti sebagai Muslim. – HARAKAHDAILY 22/6/2024
Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Seorang isteri mendapat panggilan haji pada tahun tersebut dan dia berhasrat untuk menunaikannya setelah mendapat keizinan suami. Dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, suaminya meninggal dunia. Persoalannya, bolehkah isteri tersebut meneruskan haji atau dia perlu pulang semula kerana dia berada dalam tempoh iddah? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Ringkasan jawapan
Secara asasnya, wanita yang menjalani iddah kematian suami tidak boleh melaksanakan haji kerana perkara ini memerlukan dirinya bermusafir dan keluar daripada rumah. Namun, sekiranya wanita itu sudah berada dalam perjalanan haji atau sudah tiba di Tanah Haram, maka dia dibenarkan untuk meneruskan ibadah haji. Hal ini kerana, kesukaran yang dialami jika dia pulang ke rumah mungkin lebih besar daripada dia meneruskan ibadah haji. Semasa tempoh tersebut, wanita wajib menjaga adab dan segala larangan ihdad (berkabung) semampu mungkin seperti membataskan diri dengan melakukan perkara wajib haji dan rukunnya sahaja, meninggalkan perjalanan ziarah serta perhiasan diri, tidak solat berjemaah di masjid, tidak keluar membeli belah dan sebagainya.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Antara kewajipan yang ditetapkan oleh syarak kepada wanita yang diceraikan oleh suami sama ada dicerai hidup atau berpisah mati adalah beriddah dalam tempoh tertentu. Tempoh iddah bagi isteri kematian suami adalah empat bulan sepuluh hari sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya:“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
Surah al-Baqarah (234)
Para ulama menyatakan bahawa wanita yang beriddah wajib kekal menetap di rumah kediamannya selama tempoh tersebut, malah berdosa hukumnya jika mereka keluar tanpa sebarang keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab binti Ka’ab bin ‘Ujrah berkenaan Furai’ah binti Malik Ibn Sinan, yang mana beliau telah kematian suaminya lalu berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya berkenaan dirinya sama ada dia dibenarkan untuk pulang ke pangkuan ahli keluarganya di Bani Khudrah ataupun tidak. Kemudian, baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan (selesai tempoh iddah).”
(Riwayat Abu Daud)
Batasan-batasan hukum yang mesti dipatuhi oleh wanita yang beriddah kematian suami, antaranya[1]:
Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan.
Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.
Justeru, difahami daripada hujah di atas bahawa wanita yang beriddah kematian suami adalah dilarang daripada menunaikan ibadah haji dan perlu menangguhkan perjalanannya sekiranya masih berada di tanah air. Namun, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum haji bagi wanita beriddah yang sedang berada dalam perjalanan permusafiran atau sudah tiba di tanah suci.
Imam al-Nawawi menyatakan dalam hal ini:
ولو أذن في الانتقال إلى بلد فكمسكن أو سفر حج أو تجارة ثم وجبت في الطريق فلها الرجوع والمضي
Maksudnya: “Jika isteri diberi keizinan (oleh suami) untuk berpindah ke satu negara lain seperti tempat tinggal atau melakukan perjalanan haji atau menjalankan perniagaan, kemudian dia diwajibkan (beriddah) semasa perjalanan itu, maka dibenarkan baginya untuk pulang atau meneruskan perjalanan.”[2]
Syeikh Khatib al-Syirbini kemudiannya menghuraikan pendapat yang membenarkan wanita iddah meneruskan permusafirannya. Beliau menyebutkan bahawa keharusan perjalanan ini adalah untuk menghilangkan kesusahan (masyaqqah) yang mungkin dialami oleh wanita iddah jika dia diwajibkan pulang ke rumah kediamannya dalam tempoh permusafiran itu. Lebih-lebih lagi apabila jarak permusafiran itu sudah jauh daripada negaranya dan perasaan khuatir jika dia terpisah daripada kumpulan musafirnya. Akan tetapi, wanita dalam situasi ini lebih afdal jika dia pulang ke kediaman suaminya menurut pandangan Syeikh Abu Hamid.
Akan tetapi, sekiranya isteri itu kematian suami sebelum dia sempat keluar bermusafir, maka dia diharamkan untuk keluar bermusafir. Adapun, sekiranya isteri itu kematian suami semasa dia baru memulakan perjalanan musafir dan belum melepasi kawasan pemukiman, maka dia wajib pulang ke rumah dan beriddah.[3]
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa wanita yang memilih untuk meneruskan perjalanan musafir dan menetap di suatu negara lain, maka mereka wajib membataskan pergerakan dengan melakukan perkara-perkara penting dan berkeperluan sahaja. Selepas selesai keperluannya dan masih terdapat baki tempoh iddah, maka wajib bersegera untuk pulang bagi menyempurnakan iddah di rumah kediaman kerana hukum asal tersebut masih lagi tertanggung atas wanita tersebut[4].
Kesimpulan
Secara asasnya, wanita yang menjalani iddah kematian suami tidak boleh melaksanakan haji kerana itu memerlukan dia bermusafir dan keluar daripada rumahnya.
Namun, sekiranya wanita tersebut sudah berada dalam perjalanan haji atau sudah tiba di Tanah Haram, maka dia dibenarkan untuk meneruskan ibadah haji. Hal ini kerana, kesukaran yang dialami jika dia pulang ke rumahnya mungkin lebih besar daripada dia meneruskan ibadah haji.
Semasa tempoh tersebut, wanita wajib menjaga adab dan segala larangan dalam tempoh berkabung (ihdad) semampu mungkin seperti membataskan diri dengan melakukan perkara wajib haji dan rukunnya sahaja, meninggalkan perjalanan ziarah, meninggalkan perhiasan diri, tidak keluar solat berjemaah di masjid, tidak keluar membeli belah dan sebagainya.
PETALING JAYA – Trend beriadah dengan menunggang basikal sudah menjadi pilihan bagi rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.
Bukan menjadi halangan mahupun masalah bagi yang betul-betul meminati riadah cara ini apabila harga basikal mencecah ribuan ringgit di pasaran.
Bukan hanya diminati oleh golangan lelaki, malah orang wanita juga turut meminati cara riadah berbasikal ini.
Namun apa yang menjadi pendebatan di media sosial adalah cara pemakaian golongan wanita yang dilihat sedikit ketat seperti ingin menunjuk bentuk tubuh mereka.
Rata-rata orang ramai menyifatkan golongan ini sebenarnya bukan betul-betul untuk beriadah namun hanya untuk menunjukkan ‘body’ mereka semata-mata.
“Memang aku pelik, beriadah naik basikal bukan jauh sangat, jumpa tiang api berhenti ambil gambar buat video TikTok.
“Tunjuk dekat sosial media dengan pakai ketatnya lagi, ini kalau suami sendiri pun izinkan memang jadi masalah lah, ingat gambar di media sosial semua orang boleh tengok,” jelas Padilah Nawi.
“Dah jadi trend benda ni, apa yang nak ditunjuk pun aku tak tahu. Ada je orang pakai longgar sikit. Tak perlu nak pakai ketat sangat.
“Cuba tahu dosa sikit, ni ada juga orang perempuan yang ‘ride’ bersama kawan-kawan lelaki, lagi ‘syok’ la kawan-kawan dia,” jelas Aiman Ripin. – Kosmo! online.
Wanita warga emas ini dikatakan semakin beransur sihat.
PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat dijangkiti Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum dia ditidurkan di sebuah hospital di Sabah baru-baru ini.
Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.
Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah.
Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.
“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya.
Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu.
“Moga Allah permudahkan beliau untuk mendalami ilmu agama. Semoga dipermudahakan segala urusan. Terima kasih barisan hadapan. Jasa anda amat besar ganjaranya,” komen Mohd Pilus.
“Mak cik umpama bayi yang suci baru lahir. Alhamdulillah. Tahniah mak cik. Semoga sembuh dan sihat daripada Covid-19,” kata Iziza Absha.
“Apa yang penting bersihkan hati selalu. Sebab hati yang menentukan bagaimana pengakhiran seseorang bukan asalnya. Moga kita semua mendapat khusnul khatimah (pengakhiran yang baik),” tulis Ann Fardan. – K! ONLINE
Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.
Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.
Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.
Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.
Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat.
Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa 'cantik' & bersih. Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.
Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.
Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?
1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.
2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.
Bahan² untuk buat rendaman faraj :
1. Garam bukit
2. Air rebusan sireh
3. Asam keping
Siapa perlu buat rendaman faraj?
1. Ibu hamil - Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab
2. Ibu berpantang - Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.
3. Gadis & sesiapa saja - Boleh dijadikan amalan mingguan.
Khasiat merendam faraj :
1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.
2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.
3. Memantapkan cengkaman faraj.
Untuk ibu2 yang nak dapatkan banyak lagi perkongsian info dan tips penjagaan kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan boleh cuba Aplikasi Mama Net : http://www.mamanet.co/link/appmmn(PERCUMA SAHAJA)
Cape Town: Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa akan melahirkan 10 bayi kembar serentak.
Ibu berusia 37 tahun itu berkata, dia akan menjalani proses kelahiran di sebuah hospital di Bandar Pretoria bulan ini.
Gosiame Thamara Sithole percaya dia akan melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan secara normal.
Jika benar, kelahiran itu akan memadam rekod yang pernah dicatat Halima Cisse dari Mali yang melahirkan sembilan bayi di sebuah hospital di Maghribi pada Mei lalu.
Namun, kandungan itu masih belum disahkan doktor atau Guinness World Records.
Doktor memaklumkan wanita itu dijangka melahirkan enam bayi, namun jumlah itu meningkat kepada lapan berdasarkan imbasan terkini.
Ibu yang berasal dari Thembisa di Ekurhuleni itu bekerja sebagai pengurus stor sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun.
Pada awal tahun ini, wanita itu memaklumkan dia mengandung namun berdepan kesukaran dan sakit pada kaki dan pedih ulu hati.
Dia juga bimbang kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berisiko tinggi untuk mengandung.
Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan kelak akan diletakkan beberapa bulan dalam inkubator sebelum dia dan suami Teboho Tsotetsi boleh membawa anak mereka pulang.
Tehebo menganggap dirinya gembira dan beremosi dengan kelahiran ini.
Media sebelum ini melaporkan dalam kes Cisse, doktor pada awalnya menjangka wanita itu hamil tujuh anak.
Tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada dua lagi bayi ketika wanita itu melahirkan anak menerusi pembedahan.
Cisse melahirkan bayi lima perempuan dan empat lelaki itu mengikut jangkaan dan berkeadaan baik.
Wanita itu sudah mempunyai anak bersama suaminya Kader Arby terbang ke Maghribi pada Mac untuk mendapatkan rawatan pakar selepas kerajaan Mali tidak mempunyai kepakaran.-myMetro
Bachok: Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri dari kampung itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dipercayai untuk menyambut Aidilfitri, sehingga wabak Covid-19 merebak kepada tujuh individu lain.
Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata, warga emas itu disahkan positif Covid-19 pada hari raya kedua.
"Sebaik mendapati warga emas itu tiada dalam kampung itu sedangkan namanya terdapat dalam senarai, kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.
"Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.
"Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif Covid-19," katanya pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan PKPD mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan.
GAMBAR hiasan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.
Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas itu, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.
Beliau berkata, pihaknya mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendapat tahu kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD selain mahu menyambut Aidilfitiri.
Katanya, setakat ini, pihaknya masih mengesan kontak rapat warga emas itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.-myMetro
WANITA yang selamat melahirkan kembar sembilan. FOTO Facebook
Bamako: Seorang wanita di Mali melahirkan bayi kembar sembilan dan semuanya 'dalam keadaan baik', kata pihak berkuasa.
Pihak berkuasa Mali menerbangkan Halima Cisse, 25, tahun dari utara negara miskin Afrika Barat itu ke Maghribi pada 30 Mac lalu supaya ibu berkenaan mendapat penjagaan yang lebih baik.
Pada awalnya, wanita itu dipercayai mengandungkan bayi kembar tujuh.
Kes membabitkan wanita yang berjaya mengandungkan kembar tujuh adalah amat jarang, tetapi kembar sembilan adalah sangat luar biasa.
Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi Rachid Koudhari berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kelahiran kembar dalam jumlah itu di salah satu hospital negara berkenaan.
Tetapi, kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata, Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki.
"Ibu dan semua bayi itu dalam keadaan baik setakat ini, kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby kepada AFP, sambil menambah beliau diberitahu oleh doktor Mali yang mengiringi Cisse ke Maghribi.
Menurutnya, bayi dan kembar sembilan itu akan kembali ke tanah air dalam beberapa minggu lagi.
Doktor sebelum ini khuatir akan kesihatan Cisse, menurut laporan media tempatan, termasuk peluang bayi itu untuk selamat.
Kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan ultrabunyi di Mali dan Maghribi pada mulanya menunjukkan wanita itu mengandung kembar tujuh.
Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi yang membantu proses kelahiran bayi kembar berkenaan.
Nozaki (kiri) dan kanan (Sudo). FOTO NHK World Japan
Tokyo: Mahu menjadi wanita terakhir dalam hidup suaminya. Itu pengakuan berani seorang wanita di Jepun yang tergamak meracuni suami sendiri.
Saki Sudo, 25, ditahan Rabu lalu kerana dakwaan membunuh suaminya, seorang jutawan yang pernah menulis buku dengan membayangkan dirinya sebagai Don Juan.
Japan Times melaporkan, wanita itu didakwa meracuni suaminya, Kosuke Nozaki, 77, pada 2018 kira-kira tiga bulan selepas perkahwinan mereka.
Menurut laporan itu, Sudo didakwa menyuntik jutawan hartanah itu dengan sejenis racun selepas makan malam di rumah mereka di Tanabe.
Polis turut mengesahkan, suspek membuat penyelidikan di Internet tentang bahan yang membuatkan seseorang boleh maut.
Dilaporkan Nozaki berbangga dapat meniduri 4,000 wanita dan menulis buku berjudul 'Don Juan of Wakayama' pada 2016.Dalam tulisannya dia menyebut tujuannya mengumpul kekayaan menerusi hartanah, pertanian dan pinjaman wang itu bagi berjanji temu dengan wanita cantik.
Malah, dalam sebuah buku ditulis pada 2018, Nozaki mendedahkan dia menemui seorang wanita dipercayai Sudo apabila membantunya selepas terjatuh di lapangan terbang Tokyo.
Sudo juga dilaporkan memberitahu keluarganya dia berpindah dari Sapporo untuk bekerja dengan rakannya yang menjalankan perniagaan hartanah, namun tidak mendedahkan dia berkahwin dengan Nozaki.
Pada Mei 2018, Nozaki ditemui mati oleh Sudo di atas sofa di kediaman mereka sebelum polis mencurigai kematiannya apabila mengesan dadah dalam badan jutawan berkenaan.
Katriana mengenakan busana tradisi suku Temuan yang dimodenkan.
SEREMBAN - Siapa sangka, hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang gadis keturunan orang asli dari suku Temuan ini akhirnya menjadikan masyarakat kaum itu mula dikenali.
Kecantikan dan keistimewaan masyarakat kaum suku Temuan ini mula terserlah apabila gadis muda bernama, Katriana Aziz, 22, berani tampil menunjukkan kejelitaannya melalui video TikTok yang kini mula tular di media sosial.
Sekali pandang, raut wajah anak muda ini persis wanita Melayu yang mempunyai kacukan Cina atau Filipina, namun bagi Katriana dia langsung tidak mempunyai sebarang darah kacukan.
"Saya berasal dari Kampung Belihoi, Seremban. Ibu dan bapa saya tiada kacukan kerana mereka adalah masyarakat orang asli, cuma datuk saya yang di sebelah ibu adalah keturunan Melayu.
"Kami tiada darah kacukan, tetapi mana-mana saya pergi orang akan ingat saya gadis Melayu Cina dari Sabah atau Sarawak. Ada juga ingat saya gadis Filipina, tetapi bila beritahu saya gadis orang asli, mereka tidak percaya malah ada yang mahu melihat sendiri kad pengenalan," katanya yang petah berbahasa Melayu.
Katriana
Katriana berkata, antara amalan pemakanan yang dititikberatkan adalah memakan ulam-ulaman bagi mengekalkan kecantikan kulit agar nampak sentiasa segar dan berseri.
"Kebanyakan sayur dan ulam-ulaman hanya diambil dari kebun milik ibunya," katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, dia kini sudah memiliki lebih 51,000 pengikut di TikTok dan laman sosial.
Bagaimanapun, kepada netizen di luar sana, mereka hanya mampu menggigit jari kerana hati gadis jelita ini sudah dimiliki oleh abang askar dikenali sebagai Darrel.
Tambah graduan jurusan pelancongan ini, dia mahu menggunakan media sosial bagi membantu masyarakat lain mengenali budaya, makanan, adat dan pakaian orang asli terutama dari suku Temuan.
Katriana bersama sepupunya membuka akaun TikTok sejak enam bulan lalu bagi mempromosikan budaya serta adat masyarakat suku Temuan.
Video yang dimuat naik itu dibuat secara spontan apabila dia bertemu dengan tiga lagi sepupunya iaitu Adrieana Roland, 16, Klarq Alek, 22, dan Theresa Alek, 25.
Video berkenaan tular sejak Isnin lalu apabila ramai netizen menyangka mereka adalah gadis Filipina, kacukan Cina atau Sabah susulan raut wajah yang jelita.
Ibu tunggal yang juga Instafamous Farah Lee akui bukannya satu perkara mudah untuk membesarkan anak secara sendirian.
Untuk rekod Farah dan Ally berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang kini berusia tujuh tahun.
Farah Lee “Busy Untuk Maream, Buat-Buat Tak Busy Pun Untuk Maream”
Seperti mana luahan di entri akaun Instagramnya baru-baru ini, Farah Lee akui sangat mencabar bergelar ibu tunggal.
“Busy untuk Maream, buat-buat tak busy pun untuk Maream.
“This was us few days back. My schedule before puasa ni sangat packed. Bila penat, kadang termarah Maream, or tak fully pay attention to her.
“After recording #MakMudaOasis, teringat yang meetup esoknya cancelled, terus contact PA untuk bookkan a nice hotel with bathtub and pool for us – since Maream loves water. Informed school yang Maream will be absent for two days. Then here we are, just two of us (always two of us sokmo pun actually)
Anak Perlukan Perhatian
“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dengan esmosinya yang terganggu. Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu bersendirian. Dan anak ini amat memerlukan perhatian dari kita.
“Usually in my safe space, bila cakap pasal struggle single-parenting, I akan nangis, sebab penat. Penat emosi. Penat bila effort to emotionally and mentally support Maream tu goes one way sahaja.
“So I have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation – kepada manusia – kita akan kecewa. Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” kongsi Farah Lee.
Atas rezeki Allah SWT, sudah menjadi kebiasaan sekiranya wanita dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga. Sekali gus membawa lebih kebahagiaan dalam sesebuah keluarga.
Namun, kejadian aneh telah berlaku di sebuah daerah di Kabupaten Cianjur, Indonesia apabila seorang wanita yang berstatus janda tiba-tiba melahirkan anak tanpa mengetahui dirinya hamil sebelum ini.
Menurut laporan Tribun News, wanita yang bernama Siti Jainah berusia 25 tahun itu merasakan ada sesuatu yang memasuki ke dalam rahim lalu perutnya membesar. Tidak lama kemudian ia kembali normal, sebelum membesar lagi dan melahirkan seorang bayi.
“Beberapa jam sebelum melahirkan saya merasa ada yang masuk ke dalam rahim saya dan terasa sakit. Setelah itu selama 15 minit perut saya tiba-tiba buncit dan membesar.
“Selang dua minit perut saya kembali rata dan akhirnya saya sakit perut lalu melahirkan bayi yang berjantina perempuan,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, sewaktu melahirkan bayi berkenaan Siti telah dibantu oleh seorang bidan dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lepas.
“Jujur sehingga sekarang saya masih terkejut. Mungkin ini sudah takdir dari Allah SWT. Yang penting saya dan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.
Khabarnya, Siti sebelum ini pernah menikah bersama seorang jejeka warganegara Agrabinta, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah pada empat bulan lalu.
BENAR, kecantikan itu adalah universal kerana apa yang cantik bagi kita belum tentu lagi dipandang indah orang lain.
Masing-masing memiliki tafsiran sendiri bagi definisi kecantikan namun apa yang pasti, ramai bersetuju bahawa untuk tampil cantik berseri memerlukan pelbagai rutin penjagaan.
Ia tidak seharusnya tertumpu kepada satu rutin penjagaan atau petua kecantikan semata-mata sebaliknya membabitkan pelbagai perkara dari dalam dan luar, atas hingga ke bawah badan.
Kebanyakan cara menjaga kecantikan moden hari ini ialah dengan menggunakan produk moden yang sukar diketahui kandungan bahan sebenar di sebaliknya.
Namun, ia dikatakan tidak setanding jika menggunakan bahan berasaskan alam semula jadi yang lebih berkesan dan tidak memudaratkan meskipun diamalkan dalam tempoh panjang.
Kali ini, WM berkongsi amalan kecantikan menggunakan bahan semula jadi yang diamalkan secara meluas di beberapa negara.
JAMU adalah resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia.
Indonesia
Jamu adalah resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia.
Ramai yang percaya jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita.
Namun bahan semula jadi yang terkandung dalam jamu mampu menaikkan seri wajah dan menjaga kulit.
Tidak hairanlah jika wanita di Indonesia mengamalkan rutin meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi mereka.
Filipina
Rambut hitam pekat dan lebat wanita Filipina rupanya daripada penggunaan lidah buaya.
Pati jeli daripada lidah buaya dilumur pada rambut dan kulit kepala untuk menyerap nutrisi. Hasilnya, rambut kekal kuat, lebat dan pada masa sama menghilangkan masalah gatal atau kelemumur pada kulit kepala.
Jepun
Wanita di negara matahari terbit sinonim dengan pemakaian pupur wajah antaranya daripada tanah liat.
Pupur wajah turut dipakai pada kulit kepala juga.
Ia dikatakan dapat membantu menyerap kotoran dengan lembut.
Korea
Wanita Korea dikatakan mengamalkan mencuci muka menggunakan air basuhan beras.
Mereka mengambil air basuhan yang kedua beras untuk mencuci muka atau mandi bersama.
Difahamkan air basuhan beras boleh membantu menjadikan kulit lebih lembut.
Australia
Jika anda mengalami masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur, boleh cuba petua dari Australia ini.
Titiskan beberapa titis minyak pokok teh ke dalam syampu dan cuci rambut seperti biasa.
Minyak pokok teh dikatakan dapat mengurangkan masalah kelemumur.
Itali
Ramai wanita Itali menggunakan campuran yogurt dan minyak zaitun dalam rutin penjagaan rambut.
Gabungan dua bahan itu dikatakan dapat menjadikan rambut lebih cantik, berkilat dan ringan.
Portugal
Wanita Portugal gemar memakai pupur wajah daripada kunyit bagi menyerlahkan lagi warna kulit perang mereka.
Selain itu, wanita di Portugal juga gemar berjemur di bawah cahaya matahari, iaitu cara pantas untuk mendapatkan vitamin D.
Bulgaria
Bulgaria sememangnya terkenal dengan lembah ros yang mengeluarkan lebih dari 85 peratus minyak ros dunia.
Jadi wanita di negara itu tidak melepaskan peluang menggunakan bunga ros yang diyakini dapat membantu menaikkan seri kulit.
Rusia
Cuaca sejuk di Rusia sememangnya boleh menyebabkan masalah kulit kering.
Untuk mengekalkan kelembapan kulit semula jadi, wanita di sana menggunakan madu untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, madu yang dicampurkan dengan gula juga dijadikan sebagai skrub.
Sepanyol
Mata galak kepunyaan wanita Sepanyol sering menjadi pujaan ramai.
Antara petua untuk mata cantik seperti mereka ialah dengan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Caranya, letakkan hirisan kentang pada kawasan mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh melihat sendiri perbezaannya.
WANITA Amerika Syarikat gemar bersenam.
Amerika Syarikat
Meskipun bergelar negara maju namun masyarakat di sana khususnya golongan wanita masih mengamalkan pengambilan air yang mencukupi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan.
Wanita di sana juga gemar melakukan senaman dan ramai juga beralih kepada pengambilan makanan berasaskan sayur-sayuran untuk kesihatan serta kecantikan.
Greece
Rahsia kecantikan bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan serta bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut.
Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
WANITA Mesir memiliki kulit yang licin seperti sutera kerana mereka dikatakan kerap melakukan mandian susu.
Mesir
Wanita di Mesir memiliki kulit yang licin seperti sutera kerana mereka dikatakan kerap melakukan mandian susu.
Umum tahu susu kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh seperti kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.