"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2021

'Jenayah perang' Regim Zionis Israel Laknatullah Sangat Kejam

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Ankara: Tindakan ganas Israel di Baitulmaqdis Timur amat 'kejam' dan adalah 'jenayah perang' serta melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan rejim itu perlu didakwa, kata kenyataan Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia pada Ahad.

Suruhanjaya itu, sebahagian daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menyerang umat Islam pada Ramadan adalah pelanggaran serius terhadap hak kebebasan beragama.

"Sungguh tidak berperikemanusiaan menyerang jemaah yang tidak bersenjata dengan bom tangan dan peluru getah.

"Pertubuhan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengusir rakyat Palestin dari rumah mereka secara haram oleh polis Israel dan mendesak rejim segera menghentikan pengusiran secara paksa itu.

"Baitulmaqdis Timur sebahagian kawasan yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah Palestin yang diduduki, tidak ada kawasan pun yang boleh dirampas," kata kenyataan itu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Rusia, Amerika Syarikat serta masyarakat antarabangsa digesa untuk memaksa Israel segera menghentikan tindakan kejam itu.

Krisis bermula apabila Mahkamah Pusat Israel di Timur Baitulmaqdis meluluskan keputusan untuk mengusir tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah sebaliknya menyokong pendatang Israel.

Pada Jumaat polis Israel bertindak ganas mengusir jemaah yang berada di perkarangan Masjid Al-Aqsa menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata.

Ratusan rakyat Palestin cedera dalam serangan itu.-myMetro

Khamis, 29 April 2021

FIQAH PUASA:Iktikad (Bahagian 1)

 


IKTIKAF

Bahagian 1

ARTI IKTIKAF

Iktikaf الاعتكاف pada bahasa berarti :

الإقامة على الشيء والملازمة له

Artinya : “Mendirikan atas suatu dan melazimi baginya.”

Dan arti iktikaf pada syarak ialah :

اللبث في المسجد بنية مخصوصة

Artinya : “Tinggal atau berdiam di dalam masjid dengan niat yang tertentu.”

Menyebut olih Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَشَرْعًا: اللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ مِنْ شَخْصٍ مَخْصُوصٍ بِنِيَّةٍ

Artinya : “Dan arti iktikaf pada syarak ialah berdiam di dalam masjid olih seseorang dengan niat.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Syeikh Ramli membuat takrif iktikaf yang lengkap yaitu :

لُبْثٌ فِي مَسْجِدٍ بِقَصْدِ الْقُرْبَةِ مِنْ مُسْلِمٍ مُمَيِّزٍ عَاقِلٍ طَاهِرٍ عَنْ الْجَنَابَةِ وَالْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ صَاحٍ كَافٍ نَفْسَهُ عَنْ شَهْوَةِ الْفَرْجِ مَعَ الذِّكْرِ وَالْعِلْمِ بِالتَّحْرِيمِ

Artinya : “Diam di dalam masjid dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah olih seorang Islam yang mumayyiz yang beraqal yang suci dari janabah dan haidh dan nifas yang menahan akan  dirinya dari syahwat faraj serta ingat dan tahu dengan diharamkan.” (Kitab An-Nihayah)

Dan disyaratkan pula dengan Islamnya orang yang iktikaf kerana iktikaf adalah ibadah yang memerlkukan kepada niat.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

فلا يصح من كافر لتوقفه على النية وهو ليس من أهلها

Artinya : “Maka tiada sah iktikaf dari orang bukan Islam kerana terhenti sahnya iktikaf itu atas niat dan orang bukan Islam itu bukan ia dari orang yang sah berniat.” (Kitab Minhajul Qawwim)

Adapun kanak-kanak yang telah mumayyiz dan hamba dan orang perempuan maka sah iktikaf mereka ini.

DALIL DISYARIATKAN IKTIKAF

Dalil disyariatkan iktikaf ialah Al-Quran dan sunnah dan ijmak.

Telah berfirman Allah Taala :

وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ

Artinya : “Dan jangan kamu sekelian menggauli akan mereka itu (isteri-isteri) sedangkan kamu sekelian sedang iktikaf di dalam segala masjid.” (Al-Baqarah : 187)

Dan telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ، حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw adalah baginda beriktikaf pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan sehingga baginda diwafatkan olih Allah Taala. Kemudian beriktikaf pula sekelian isteri-isterinya selepasnya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Dan pada satu riwayat yang lain :

أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اعْتَكَفَ الْعَشْرَ الْأُوَلَ مِنْ رَمَضَانَ، ثُمَّ الْأَوْسَطَ، ثُمَّ الْأَخِيرَ وَلَازَمَهُ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ تَعَالَى

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw iktikaf pada sepuluh yang awal dari Ramadhan kemudian iktikaf pula pada pertengahannya kemudian yang akhir dan baginda melaziminya seghingga Allah Taala mewafatkannya.”

Dan pada riwayat Anas :

منذ قدم المدينة إلى أن توفاه الله تعالى

Artinya “(Nabi saw melakukan ibadah iktikaff) semenjak tiba di negeri Madinah sehinggalah mewaftkannya olih Allah Taala.” (Riwayat Bukhari)

Adalah iktikaf ini dari syariat Nabi-Nabi yang terdahulu.

Firman Allah Taala :

وَعَهِدْنَآ اِلٰٓى اِبْرٰهٖمَ وَاِسْمٰعِيْلَ اَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّاۤىِٕفِيْنَ وَالْعٰكِفِيْنَ وَالرُّكَّعِ السُّجُوْدِ

Artinya : “Dan telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail  bersihkanlah akan rumah-Ku yakni Ka’bah bagi sekelian orang yang tawaf dan sekelian orang yang iktikaf dan sekelian yang rukuk dan sujud.” (Al-Baqarah : 125)

Dan adalah faedah iktikaf seperti yang disebut olih Dr Wahbah Az-Zuhaili :

صفاء القلب بمراقبة الرب والإقبال والانقطا ع إلى العبادة في أوقات الفراغ، متجرداً لها، ولله تعالى، من شواغل الدنيا وأعمالها، ومسلِّماً النفس إلى المولى بتفويض أمرها إلى عزيز جنابه والاعتماد على كرمه والوقوف ببابه، وملازمة عبادته في بيته سبحانه وتعالى والتقرب إليه ليقرب من رحمته، والتحصن بحصنه عز وجل، فلا يصل إليه عدوه بكيده وقهره، لقوة سلطان الله وقهره وعزيز تأييده ونصره. فهو من أشرف الأعمال وأحبها إلى الله تعالى إذا كان عن إخلاص لله سبحانه؛ لأنه منتظر للصلاة، وهو كالمصلي، وهي حالة قرب.

فإذا انضم إليه الصوم عند مشترطيها ازداد المؤمن قرباً من الله بما يفيض على الصائمين من طهارة القلوب، وصفاء النفوس

Artinya : “Menyucikan hati dengan muraqabah akan Tuhan dan berhadap dan terputus kepada beribadah pada segala waktu yang lapang dalam keadaan bersunyi baginya dan bagi Allah Taala dari sekelian gangguan dunia dan sekelian pekerjaannya dan dalam keadaan menundukkan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan segala pekerjaannya kepada Tuhan yang maha agung dan berpegang atas kemuliaan-Nya dan berdiri pada pintu-Nya dan melazimi akan ibadah pada rumah-Nya Taala yakni masjid dan mendekatkan diri kepada-Nya supaya dekat kepada rahmat-Nya dan berlindung dengan perlindungan Allah Taala. Maka tiada sampai kepadanya olih musuhnya dengan tipu dayanya dan kekuatannya kerana kekuasaan Allah dan gagah-Nya dan kehebatan sokongan-Nya dan bantuan-Nya. Maka iktikaf itu setengah dari semulia-mulia amalan dan yang paling kasih kepada Allah apabila adalah ia ikhlas bagi Allah Taala dari kerana sungguhnya dia sedang menunggu akan solat yang adalah sama seperti sedang solat dan berada dekat dan apabila disertai pula kepada iktikaf itu olih amalan berpuasa maka bertambahlah seorang mukmin itu dekat dengan Allah dengan barang yang meliputi atas segala orang yang berpuasa itu yaitu suci segala hati dan suci segala jiwa.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

HUKUM IKTIKAF

Iktikaf hukumnya adalah disunatkan pada sekelian masa dan pada bulan Ramadhan lebih lagi disunatkannya dan pada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan bertambah sangat disunatkannya.

Menyebut olih Syeikh Khatib As-Syarbini :

(هُوَ مُسْتَحَبٌّ كُلَّ وَقْتٍ) فِي رَمَضَانَ وَغَيْرِهِ بِالْإِجْمَاعِ وَلِإِطْلَاقِ الْأَدِلَّةِ

Artinya : “Iktikaf itu disunatkan pada setiap waktu samada pada Ramadhan atau lainnya dengan ijmak dan dengan umumnya segala dalil.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Dan berkata Imam Nawawi :

الِاعْتِكَافُ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ، وَيُسْتَحَبُّ فِي جَمِيعِ الْأَوْقَاتِ، وَفِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ آكَدُ، اقْتِدَاءً بِرَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، وَطَلَبًا لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ

Artinya : “Iktikaf itu hukumnya sunat muakkad dan disunatkan iktikaf itu pada sekelian masa dan iktikaf pada sepuluh hari terkahir Ramadhan itu lebih kuat sunatnya kerana mengikut akan Nabi saw dan kerana menuntut akan lailatul qadar.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Ulamak membahagikan hukum iktikaf ini kepada tiga yaitu :

Pertama : Sunat

Yaitu pada sekelian masa sepanjang tahun.

Dan terkadang makruh seorang itu iktikaf misalnya perempuan yang dimakruhkan keluar berjemaah.

Berkata Syeikh Al-Qalyubi :

وَعَلَى الْجَدِيدِ كُلُّ امْرَأَةٍ يُكْرَهُ لَهَا الْخُرُوجُ لِلْجَمَاعَةِ يُكْرَهُ لَهَا الْخُرُوجُ لِلِاعْتِكَافِ وَمَنْ لَا فَلَا

Artinya : “Dan atas qaul jadid setiap perempuan yang dimakruhkan baginya keluar bagi tujuan berjemaah nescaya dimakruhkan baginya iktikaf. Dan yang tidak dimakruhkan keluar kepada berjemaah maka tidak dimakruhkah atasnya iktikaf.” (Hasyiah Al-Qalyubi Wa ‘Umairah)

Maka disyaratkan bagi harus perempuan keluar iktikaf ke masjid itu ialah mendapat izin suaminya dan begitu juga hamba disyaratkan mendapat izin penghulunya.

Berkata Imam As-Syairazi :

ولا يجوز للمرأة أن تعتكف بغير إذن الزوج لأن إستمتاعها ملك له فلا يجوز إبطاله عليه بغير إذنه ولا يجوز للعبد أن يعتكف بغير إذن مولاه لأن منفعته لمولاه فلا يجوز إبطالها عليه بغير إذن

Artinya : “Dan tiada harus bagi perempuan beriktikaf tanpa izin suaminya dari kerana hak berseronok dengan isteri itu milik bagi suami maka tidak harus membatalkan hak atasnya dengan ketiadaan izinnya. Dan tidak harus bagi hamba itu iktikaf tanpa izin penghulunya kerana kegunaan hamba itu ialah milik penghulunya maka tidak harus membatalkan hak atasnya dengan ketiadaan izinnya.” (Kitab Al-Muhazzab)

Dan makna tidak harus hamba iktikaf tanpa izin penghulu dan perempuan tanpa izin suami itu ialah haram maka jika dilakukan juga maka berdosa keduanya.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

(سُنَّ) الِاعْتِكَافُ فِي كُلِّ وَقْتٍ لِلْأَخْبَارِ السَّابِقَةِ وَإِنَّمَا يَصِحُّ (اعْتِكَافُ مُسْلِمٍ ذِي عَقْلِ) وَلَوْ صَبِيًّا وَرَقِيقًا وَزَوْجَةً لَكِنْ يَحْرُمُ بِغَيْرِ إذْنِ السَّيِّدِ، وَالزَّوْجِ فَلَهُمَا إخْرَاجُهُمَا مِنْهُ وَ

Artinya : “Disunatkan iktikaf pada setiap masa kerana hadith-hadith yang telah lalu dan hanya sungguhnya sah iktikaf orang yang Islam yang beraqal walaupun kanak-kanak dan hamba sahaya dan isteri akan tetapi haram dengan tiada izin penghulu dan suami. Maka harus bagi penghulu dan suami itu mengeluarkan keduanya dari masjid tersebut.” (Kitab Al-Ghurarul Bahiyyah)

Kedua : Sunat Muakkad

Yaitu iktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan.

Dan hikmah dikuatkan perintah beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan ini kerana menuntut akan lailatul qadar. Maka sungguhnya malam tersebut adalah malam terbaik dalam sepanjang tahun. 

Firman Allah Taala :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Artinya : “Malam lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadar : 3)

Seribu bulan itu menyamai dengan 83 tahun dan lebih sedikit atau 30 ribu malam dan lebih sedikit.

Dan maksud malam yang lebih baik itu ialah malam tersebut lebih baik dari seribu bulan yang tiada padanya lailatul qadar.

Dan pendapat jumhur ulamak lailatul qadar itu berlaku pada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

قَالَ الْمُتَوَلِي يسْتَحبّ التَّعَبُّد فِي كل ليَالِي الْعشْر حَتَّى يجوز الْفَضِيلَة على الْيَقِين فَظَاهر هَذَا أَنه يجوز فَضلهَا سَوَاء اطلع عَلَيْهَا أم لَا وَهَذَا أولى

Artinya : “Telah berkata Imam Al-Mutawalli : Disunatkan beribadah pada setiap malam dari sepuluh malam terkahir itu sehingga mencapai akan kelebihannya dengan yakin. Maka zahirlah ini mencapai ia akan kelebihan lailatul qadar samada dia menunggu atasnya atau tidak dan inilah yang lebih utama.” (Kitab Al-Iqna’)

Ketiga : Wajib

Hukum iktikaf bertukar dari sunat kepada wajib apabila seorang telah bernazar seperti dikatanya : Aku bernazar kerana Allah untuk beriktikaf pada malam ini. Maka pada malam itu wajib atas yang bernazar itu melakukan ibadah iktikaf kerana dia telah mewajibkannya dengan lafaz nazarnya itu.

Berkata Imam Ghazali :

الِاعْتِكَاف قربَة مسنونة وَلَا يلْزم إِلَّا بِالنذرِ

Artinya : “Bermula iktikaf itu perbuatan mendamping diri kepada Allah yang disunatkan dan tidaklah ia wajib melainkan dengan sebab nazar.” (Kitab Al-Wasith Fi Al-Mazhab)

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Bersambung bahagian ke 2.

Ahad, 25 April 2021

FIQAH PUASA:Makan Ubat Tahan Haidh Untuk Puasa Penuh


 FIQAH PUASA

MAKAN UBAT TAHAN HAIDH UNTUK PUASA PENUH

SOALAN : 

Adakah harus bag seorang wanita mengambil seperti ubat yang dapat melewatkan kitaran haidh bulanannya sehingga dapatlah ia berpuasa sebulan Ramadhan?

JAWAPAN :

Ketahuilah bahawa yang afdhal bagi kaum perempuan itu ialah berpuasa ketika dia suci dan meninggalkannya ketika dia haidh dan tidak memakan ia akan ubat untuk menahan dari haidhnya itu.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata :

كُنَّا نَحِيضُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ نَطْهُرُ فَيَأْمُرُنَا بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلاَ يَأْمُرُنَا بِقَضَاءِ الصَّلاَةِ ‏

Artinya : “Adalah kami kaum perempuan telah berhaidh pada zaman Rasulullah saw  kemudian kami suci lalu baginda memerintahkan kami dengan qadhakan puasa dan tidak memerintahkan kami dengan qadhakan solat.” (Hadith riwayat An-Nasaie)

Walau bagaimanapun sebahagian fuqahak mengharuskan bagi orang perempuan makan ia akan ubat penahan haidh samada jenis pila tau cecair supaya dapat dia berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan dan qadha ia selepas daripada itu.

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

رُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ - رَحِمَهُ اللَّهُ -، أَنَّهُ قَالَ: لَا بَأْسَ أَنْ تَشْرَبَ الْمَرْأَةُ دَوَاءً يَقْطَعُ عَنْهَا الْحَيْضَ، إذَا كَانَ دَوَاءً مَعْرُوفًا.

Artinya : “Telah diriwayatkan daripada Imam Ahmad sungguhnya beliau berkata : Tidak mengapa bahawa diminum akan ubat olih seorang perempuan supaya memutuskan dari perempuan itu akan darah haidhnya apabila adalah ubat itu yang elok.” (Kitab Al-Mughni)

Dan berkata Imam Al-Buhuthi Al-Hanbali :

يجوز شرب دواء مباح لقطع الحيض مع أمن الضرر

Artinya : “Bolih makan ubat yang diharuskan bagi memutuskan darah haidh serta mestilah aman (selamat) dari kemudaratan.” (Kitab Kasyful Qina’)

Dan disyaratkan bahawa ubat yang digunakan itu ialah ubat yang suci dan hendaklah pengambilan ubat atau pil itu tidak memberi kesan buruk kepada kesihatannnya atau nyawanya atau tubuh badannya. 

Telah berkata Mufti Negeri Mesir Dr Ali Jumaah :

نعم، يجوز لها ذلك شرعًا، بشرط أن يقرر الطبيب أنه لا ضرر عليها فيه، إلا أن وقوفَها مع مراد الله تعالى، وخضوعَها لما قدَّره الله عليها من الحيضِ ووجوبِ الإفطار أثناءه، أثوبُ لها وأعظمُ أجرًا.

Artinya : “Ya diharuskan bagi perempuan itu mengambil ubat penahan haidh itu pada syarak dengan syarat diakui olih pakar perubatan bahawa ubat itu tidak mendatangkan sebarang mudarat ke atas perempuan itu. Akan tetapi jika perempuan tersebut mengikut sahaja kehendak Allah Taala dan dan berserah kepada barang telah di qadarkan olih Allah atasnya daripada haidh maka ia lebih berpahala baginya dan lebih banyak mendapat ganjaran.” (Darul Ifta Mesir)

Maksudnya perempuan yang tidak memakan akan ubat penahan haidh dan dia berpuasa ketika suci dan tidak berpuasa ketika haidh maka itulah yang paling baik kerana menjalani fitrah seorang perempuan yang telah ditetapkan olih Allah.

Tersebut pada Himpunan Fatwa Mufti Jordan :

يجوز للمرأة شرب الدواء الذي يؤخر عنها الحيض، خاصة إذا وجدت الحاجة الشرعية إليه، كالخوف من عدم انتظار الرفقة في الحج والعمرة إذا ما تأخرت بسبب الحيض، والحرص على أداء الصيام في شهر رمضان.

Artinya : “Harus bagi orang perempuan makan ia akan ubat yang melambatkan datang haidh istimewa pula jika didapatkan keperluan syarak kepadanya seperti takut teman-teman sekumpulan tidak dapat menunggu pada masalah haji dan umrah apabila jadi terlambat ia sebab haidh dan sebab menggemarkan kepada menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.”

Dan tersebut pada himpunan fatwa Baitil Maqdis :

يجوز تناول الحبوب التي تؤخر الحيض ما لم يترتب على تناولها ضرر

Artinya : “Harus mengambil akan pil yang melambatkan datang haidh selama tidak ada memakan pil itu mendatangkan mudarat.” (Darul Ifta Baitul Maqdis)

Dan adalah diriwayatkan bahawa Imam Malik memakruhkan perbuatan memakan ubat kerana melambatkan datang haidh.

Berkata Imam Ibnu Rusydi :

سئل مالك عن المرأة تخاف تعجيل الحيض، فيوصف لها شراب تشربه لتأخير الحيض؟ قال: ليس ذلك بصواب، وكرهه. قال ابن رشد: إنما كرهه مخافة أن تدخل على نفسها ضررا بذلك في جسمها

Artinya : “Telah menyoal akan Imam Malik olih seorang perempuan yang takut akan kedatangan haidh dan perempuan ini diberitahu tentang ubat yang dimakan untuk melambatkan datang haidh. Berkata Imam Malik : Bermula yang demikian itu tidak betul dan memakruhkannya. Berkata Ibnu Rsuydi : Hanya sungguhnya Imam Malik memakruhkannya kerana takut berlaku pada diri perempuan itu mudarat dengan sebab makan ubat itu pada tubuh badannya.” (Kitab Mawahibul Jalil)

Dan jika tiada ubat yang suci maka tidak harus yakni haram makan ubat yang najis untuk melambatkan haidh kerana melambatkan haidh itu tidak termasuk darurah yang bolih merbahayakan nyawanya atau tubuh badannya.

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Jumaat, 23 April 2021

FIQAH PUASA:Yang Makruh Ketika Puasa (Bahagian 15)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 15

YANG MAKRUH KETIKA PUASA

Telah menyebut olih fuqahak akan beberapa perkara yang makruh dilakukan ketika sedang berpuasa yaitu :

BERKUMUR KETERLALUAN KETIKA BERWUDUK

المبالغة في المضمضة والاستنشاق

Artinya : “Berlebih-lebih ketika memasukkan air ke mulut dan ke hidung ketika berwuduk.”

Hendaklah diketahui ketika orang yang berpuasa mengambil wuduk dia tetap disunatkan memasukkan air ke mulut untuk berkumur dan istinsyaq yaitu masukkan air ke hidung untuk bersihkan hidungnya seperti biasa akan tetapi dimakruhkan baginya melakukan kedua perkara tersebut dengan berlebihan kerana memelihara dari termasuk air ke dalam kerongkong dan had yang batin pada hidungnya.

Berkata Imam Nawawi :

فَإِنْ كَانَ صَائِمًا كُرِهَ أَنْ يُبَالِغَ فِيهِمَا

Artinya : “Maka jika adalah orang yang berwuduk itu sedang puasa dimakruhkan dia berlebih-lebih pada berkumur dan masukkan air ke hidung.” (Kitab Al-Majmu’)

Telah diriwayatkan daripada ‘Asim bin Laqith dari bapanya Rasulullah saw bersabda :

إِذَا تَوَضَّأْتَ فَأَبْلِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ مَا لَمْ تَكُنْ صَائِمًا

Artinya : “Apabila berwuduk olih kamu maka bersungguhlah pada masukkan air ke hidung selama belum ada kamu sedang berpuasa.” (Hadith riwayat An-Nasaie)

Dan pada riwayat Laqtih bin Soburah :

إذَا تَوَضَّأْت فَأَبْلِغْ فِي الْمَضْمَضَةِ وَالِاسْتِنْشَاقِ مَا لَمْ تَكُنْ صَائِمًا

Artinya : “Apabila kamu berwuduk maka bersungguhlah pada berkumur dan masukkan air ke hidung melainkan bahawa kamu sedang berpuasa.”

Jika orang yang sedang berpuasa melakukan berkumur dan masukkan air ke hidung tanpa berlebih sebagaimana yang diperintahkan di dalam hadith kemudian termasuk air wuduk ke dalam kerongkong atau ke dalam otaknya maka dimaafkan tidak batal puasanya dan jika dia berlebih-lebih ketika melakukan keduanya maka batal puasanya jika termasuk air.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَوْ سَبَقَ مَاءُ الْمَضْمَضَةِ أَوْ الِاسْتِنْشَاقِ الْمَشْرُوعِ إلَى جَوْفِهِ مِنْ بَاطِنٍ أَوْ دِمَاغٍ فَالْمَذْهَبُ أَنَّهُ إنْ بَالَغَ فِي ذَلِكَ أَفْطَرَ ؛ لِأَنَّ الصَّائِمَ مَنْهِيٌّ عَنْ الْمُبَالَغَةِ كَمَا سَبَقَ فِي الْوُضُوءِ وَإِلَّا أَيْ وَإِنْ لَمْ يُبَالِغْ فَلَا يُفْطِرُ

Artinya : “Dan kalau terlepas air berkumur dan air isytinsaq masuk ke dalam rongganya yang batin atau ke dalam otaknya maka pendapat mazhab bahawasanya jika dia berlebih-lebih pada keduanya nescaya membatalkan puasa dari kerana sungguhnya dilarang dari berlebih-lebih seperti yang telah lalu sebutnya pada cara berwuduk dan jika dia tidak berlebih-lebih maka tidaklah membatalkan puasa.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

MENCIUM

القُبْلة لِمَن تُحَرِّك شهوته

Artinya : “Mencium bagi orang yang tergerak syahwatnya.”

Dimakruhkan suami mencium isteri atau isteri mencium suami samada yang telah tua atau yang masih muda kerana sabda Nabi saw :

مَنْ حَامَ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَقَعَ فِيهِ 

Artinya : “Siapa bermain dekat tempat larangan dibimbangi terjatuh ia ke dalam tempat itu.” (Hadith riwayat Ahmad)

Berkata Imam Nawawi :

وتكره القبلة لمن حركت شهوته والأولى لغيره تركها. قلت: هي كراهة تحريم في الأصح

Artinya : “Dimakruhkan mencium bagi seorang yang tergerak syahwatnya dan yang afdhal bagi orang selainnya meninggalkan mencium ini. Kata aku : Mencium itu hukumnya makruh tahrim pada pendapat yang paling sahih.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Maksud menicum yang makruh ini ialah cium bukan kerana menunaikan kehendak nafsu seperti cium kerana hendak pergi berjalan atau pulang dari musafir atau umpamanya.

Ada pun berpeluk cium atau bermain pada bahagian tubuh yang menaikkan syahwat kerana berseronok ketika puasa maka hukumnya adalah haram kerana mungkin akan terjadi keluar mani.

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. dibenarkan bagi yang tua dan dimakruhkan bagi yang muda.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، رَخَّصَ فِي الْقُبْلَةِ لِلشَّيْخِ وَهُوَ صَائِمٌ، وَنَهَى عَنْهَا الشَّابَّ وَقَالَ: الشَّيْخُ يَمْلِكُ إِرْبَهُ، وَالشَّابُّ يُفْسِدُ صَوْمَهُ

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw membolihkan pada mencium itu bagi orang yang tua yang sedang berpuasa dan melarang darinya akan orang muda. Dan bersabda : Orang tua itu memiliki dirinya dan orang muda itu akan merosakkan puasanya.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Maka yang dibenarkan tanpa makruh itu ialah ketika tiada tergerak syahwatnya dan maksud tergerak syahwat itu ialah timbul keinginan untuk lebih dari itu.

Maka yang afdhal bagi orang yang tidak tergerak syahwatnya ketika mencium bahawa dia tidak melakukannya.

Begitu juga dengan hukum memeluk dan meraba atau menyentuh.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَالْمُعَانَقَةُ وَاللَّمْسُ وَنَحْوُهُمَا بِلَا حَائِلٍ كَالْقُبْلَةِ فِيمَا ذُكِرَ

Artinya : “Dan berpelukan dan menyentuh dan seumpama keduanya tanpa berlapik sama hukumnya seperti mencium pada barang yang telah disebut.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

BERBEKAM

الحجامة، وهي استخراج الدم الفاسد من الجسم بطرق معينة

Artinya : “Berbekam yaitu menuntut keluarkan darah yang rosak dengan jalan tertentu.”

Dan adalah sebab dimakruhkan berbekam ketika sedang berpuasa itu ialah ia akan melemahkan tubuh dan mungkin membawa kepada berbuka.

Dan kepada yang tukang bekam pula kerana dibimbangi terlepas darah bekam ke dalam rongganya.

Telah diriwayatkan daripada Tsabit Al-Bunani beliau berkata :

سُئِلَ أَنَسٌ أَكُنْتُمْ تَكْرَهُونَ الْحِجَامَةَ لِلصَّائِمِ قَالَ لَا إلَّا مِنْ أَجْلِ الضَّعْفِ " رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ

Artinya : Telah disoal akan Anas r.a. : Adakah kamu sekelian memakruhkan berbekam bagi orang yang berpuasa? Berkata Anas : Tidak melainkan dari pihak ia melemahkan badan.” (Riwayat Imam Bukhari)

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

وَجَزَمَ فِي الْمَجْمُوعِ بِأَنَّ: ذَلِكَ خِلَافُ الْأُولَى

Artinya : “Telah memutuskan olih Imam Nawawi pada Kitab Al-Majmu’ dengan bahawa demikian itu menyalahi yang lebih utama.” (Kitab Al-Ghurarul Bahiyyah)

Maksudnya jika tidak berbekam ketika puasa adalah lebih baik.

Dan dikiaskan dengan berbekam itu ialah menderma darah maka makruh ketika tidak berhajat kepadanya kerana ia melemahkan tubuh badan dan adapun jika keadaan memerlukan maka hukumnya adalah harus tidak lagi makruh.

MERASA MAKANAN

ذَوْق الطعام بغير حاجة، خَوْفًا من وصوله إلى جوفه

Artinya : “Merasai makanan tanpa keperluan kerana takut dari masuknya sampai ke perut.”

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

(وَ) تَرْكُ (ذَوْقٍ) لِطَعَامٍ أَوْ غَيْرِهِ خَوْفَ وُصُولِهِ حَلْقَهُ

Artinya : “Dan sunat meninggalkan perbuatan merasa makanan atau lainnya kerana takut termasuknya ke dalam kerongkongnya.” (Kitab Manhaj At-Tullab)

Dan jika ada keperluan seperti mengunyah olih ibu akan makanan yang keras sebelum disuap kepada anaknya yang kecil maka hukumnya adalah harus.

Berkata Syeikh Muhammad Ramli pada Syarah Minhaj :

إنْ احْتَاجَ إلَى مَضْغِ نَحْوِ خُبْزٍ لِطِفْلٍ لَمْ يُكْرَهُ

Artinya : “Jika berhajat kepada mengunyah umpama roti bagi anak kecil nescaya tidak dimakruhkan.” (Kitab An-Nihayah)

Begitu juga jika merasa makanan yang sedang dimasak supaya jadi baik masaknya maka hukumnya tidaklah makruh.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

تَرْكُ ذَوْقِهِ الطَّعَامَ أَيْ لَا لِغَرَضِ إصْلَاحِهِ وَإِلَّا فَلَا كَرَاهَةَ

Artinya : “(Sunat) tidak merasanya akan makanan artinya tanpa keperluan membaikkan makanan itu dan jika ada tujuan membaikkannya maka tidak makruh.” (Kitab Al-Ghurarul Bahiyyah)

Dan tempat dikatakan tidak batal puasa merasa makanan itu ialah selama tidak ditelannya yaitu diludahkan kembali.

Adapun jika ditelannya maka membatalkan akan puasa sekalipun sedikit.

BERSIWAK YAITU BERSIHKAN MULUT SELEPAS ZUHUR

استعمال السواك بعد الزوال عند الشافعية ورواية عند الحنابلة

Artinya : “Menggunakan alat membersihkan mulut selepas zuhur disisi sebahagian ulamak Syafie dan satu riwayat di sisi ulamak mazhab Hanbali.”

Ada pun bersiwak yaitu membersihkan mulut sebelum waktu zuhur tidaklah dimakruhkan dengan sepakat ulamak.

Dan sebab dimakruhkan selepas zuhur itu kerana sabit pada hadith bau mulut orang puasa itu disukai olih Allah maka dimakruhkan menghilangkannya.

Berkata Imam Nawawi :

قَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ يُكْرَهُ لِلصَّائِمِ السِّوَاكُ بَعْدَ الزَّوَالِ هَذَا هُوَ الْمَشْهُورُ وَلَا فَرْقَ بَيْنَ صَوْمِ النَّفْلِ وَالْفَرْضِ

Artinya : “Telah berkata Imam Syafie dan Ashab dimakruhkan bagi orang yang puasa bersiwak. Inilah pendapat yang mahsyur dan tiada beza antara puasa sunat dan fardu.” Kitab Al-Majmu’)

Dan telah berlaku khilaf dikalangan fuqahak pada hukum bersiwak selepas zuhur ini.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

فَذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ إِلَى أَنَّهُ لاَ بَأْسَ بِالسِّوَاكِ لِلصَّائِمِ فِي جَمِيعِ نَهَارِهِ أَيْ قَبْل الزَّوَال وَبَعْدَ الزَّوَال وَذَهَبَ الشَّافِعِيَّةُ فِي الْمَشْهُورِ عِنْدَهُمْ وَالْحَنَابِلَةُ إِلَى أَنَّهُ يُكْرَهُ لِلصَّائِمِ التَّسَوُّكُ بَعْدَ الزَّوَال سَوَاءٌ كَانَ ذَلِكَ بِسِوَاكٍ يَابِسٍ أَوْ رَطْبٍ لِحَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Artinya : “Maka telah berjalan olih ulamak mazhab Hanafi dan Maliki kepada tidak mengapa bersiwak bagi orang yang puasa pada sekelian hari samada sebelum zuhur atau selepas zuhur.

Dan telah berjalan olih ulamak mazhab Syafie pada yang masyhur di sisi mereka dan ulamak mazhab Hanbali kepada bahawasanya dimakruhkan bagi yang puasa bersiwak selepas zuhur samada dengan siwak yang kering atau basah kerana hadith Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw : Sungguh bau mulut orang yang puasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Hadith Imam Bukhari.”

Dan beberapa lagi perkara yang dimakruhkan atas yang puasa seperti menicum suatu yang harum dan yaitu makruh menurut pendapat yang muktamad dan bermain-main kerana mensia-siakan bulan yang mulia yang sepatutnya dipenuhkan dengan amal solih dan mandi hadas selepas masuk waktu subuh supaya berpuasa seorang itu dalam keadaan suci dari hadas.

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

FIQAH PUASA: Sunat-Sunat Puasa (Bahagian 14)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 14

SUNAT-SUNAT PUASA

MEMELIHARA LIDAH 

Disunatkan ke atas orang yang sedang berpuasa menahan lidahnya dari bercakap perkara yang sia-sia yang tidak ada dosa padanya.

Ada pun menahan lidah dari berkata yang haram maka tidaklah wajib pada bulan Ramadhan sahaja bahkan wajib ia pada sepanjang waktu.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

كف اللسان والجوارح عن فضول الكلام والأفعال التي لا إثم فيها. وأما الكف عن الحرام كالغيبة والنميمة والكذب فيتأكد في رمضان، وهو واجب في كل زمان، وفعله حرام في أي وقت

Artinya : “(Disunatkan) memelihara lisan dan anggota dari berlebihan pada bercakap dan berbuat perbuatan yang tiada dosa padanya. Dan adapun memelihara lidah dari bercakap yang haram seperti mengumpat dan mengadu domba dan berdusta maka lebih kuat tuntutannya pada bulan Ramadhan dan ia adalah wajib pada setiap waktu dan mengerjakannya haram pada sepanjang masa.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

RAMAI YANG PUASA TAPI TIADA DAPAT PAHALA

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya beliau telah mendengar akan Nabi saw bersabda :

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الظَّمَأُ

Artinya : “Dan betapa ramai orang yang puasa yang habuan dari puasanya hanyalah kelaparan.” (Hadith riwayat Ad-Darimi)

Dan pada satu riwayat Ibnu Majah :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ

Artinya : “Ramai orang yang puasa tiada baginya dari puasanya melainkan lapar.”

Maka setengah dari sebab orang yang berpuasa tidak mendapat pahala selain hanya mendapatkan lapar dan dahaga ialah lidahnya tidak dipelihara dari berkata yang keji.

Dan adakalanya sebab puasanya tidak berpahala disisi Allah ialah kerana berbuka ia dengan makanan yang haram.

Yang jelas bagi kita ialah tidak semua puasa yang dilakukan olih hamba-Nya akan diterima olih Allah dan diberi pahala.

Hanya puasa yang dikerjakan sesuai dengan perintah Allah Taala sahaja yang akan diterima dan diberi pahala.

PUASA YANG TIDAK DISUKAI OLIH ALLAH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. adalah Rasulullah saw bersabda :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Artinya : “Siapa yang tidak meninggalkan akan perkataan yang keji dan berbuat dengannya maka tiada bagi Allah berhajat pada dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Berkata Imam Al-‘Aini :

قَول الزُّور وَهُوَ الْكَذِب والميل عَن الْحق، وَالْعَمَل بِالْبَاطِلِ والتهمة

Artinya : “Perkataan yang keji itu ialah dusta dan tidak mengikut kebenaran dan melakukan kebatilan dan tuhmah.” (Syarah Sahih Al-Bukhari)

Dan setengah ulamak memasukkan semua perkataan yang kotor dan tercela dalam larangan hadith tersebut seperti mengumpat dan mencarut dan maki hamun dan menuduh dan seumpamanya.

Berkata ulamak bermula maksud Allah tidak berhajat itu ialah :

مجَاز عَن عدم الِالْتِفَات وَالْقَبُول

Artinya : “Sindiran dari ketiadaan berpaling dan menerima.”

Yakni Allah berpaling dari puasa seorang yang tidak memelihara lidahnya dan kelakuannya dari yang keji dan Allah tidak akan menerima puasanya itu.

ADAKAH MENGUMPAT MEMBATALKAN PUASA?

Ulamak telah berkhilaf pada mengumpat dan mengadu domba dan berdusta atau seumpamanya dari perkataan yang diharamkan itu adakah ia membatalkan puasa? 

Maka jumhur dari imam-imam berjalan kepada bahawa tidak membatalkan puasanya dengan yang demikian itu.

Dan meninggalkan perbuatan keji tersebut adalah setengah dari kesempurnaan ibadah puasa.

Dan diriwayatkan daripada Imam At-Tsauri : Bahawasanya mengumpat itu merosakkan puasa sebagaimana telah menyebut yang demikian itu olih Imam Ghazali pada Kitab Ihya’.

Telah meriwayatkan olih Basyar bin Al-Harith beliau berkata : Telah meriwayatkan olih Al-Laits daripada Mujahid :

خصلتان تفسدان الصَّوْم: الْغَيْبَة وَالْكذب

Artinya : “Dua perkara merosakkan puasa yaitu mengumpat dan berdusta.”

Dan pada satu riwayat berkata Mujahid :

خصلتان من حفظهما سلم لَهُ صَوْمه: الْغَيْبَة وَالْكذب

Artinya : “Dua perkara siapa yang memelihara daripada keduanya nescaya selamatlah puasanya yaitu mengumpat dan berdusta.”

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Sirrin daripada ‘Ubaidah As-Salmani berkata mereka itu :

اتَّقوا المفطِرَين: الْكَذِب والغيبة

Artinya : “Takutlah kamu sekelian akan dua yang membatalkan puasa yaitu berdusta dan mengumpat.”

Kebanyakkan ulamak menanggung makna mengumpat dan berdusta merosakkan puasa ini ialah merosakkan pahala puasa bukan membatalkan puasa maka jadilah puasanya itu sah tetapi tidak berpahala.

Maka tiada wajib atasnya qadha akan puasa tersebut tetapi bersegera dengan bertaubat.

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Sungguhnya Rasulullah saw telah bersabda :

إِذَا كَانَ يَوْمُ صِيَامِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ، فَإِنْ شَاتَمَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

Artinya : “Apabila adalah hari seorang kamu itu berpuasa maka janganlah berkata yang keji dan berbuat perkara yang bodoh. Maka jika ada seorang memakinya atau membantahnya maka ucapkanlah sungguhnya aku sedang berpuasa.” (Hadith riwayat An-Nasaie)

Dan telah diriwayatkan daripada Al-Harith bin Abdul Rahman bin Az- Zi’bi dari bapa saudaranya daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Telah bersabda olih Rasulullah saw :

لَيْسَ الصّيام من الْأكل وَالشرب فَقَط، إِنَّمَا الصّيام من اللَّغْو والرفث

Artinya : “Tiadalah puasa itu hanya dari makan dan minum sahaja. Sungguhnya puasa itu juga dari perkara yang melalaikan dan dari perkataan keji.” (Hadith Imam Al-Baihaqi)

TIGA DARJAT ORANG BERPUASA

Menurut ulamak bahawa puasa itu ada baginya tiga tingkatan yaitu puasa orang awam dan puasa orang yang khusus dan puasa yang paling tinggi darjatnya.

Berkata Imam Ghazali :

عْلَمْ أَنَّ الصَّوْمَ ثَلَاثُ دَرَجَاتٍ صَوْمُ الْعُمُومِ وصوم الخصوص وصوم خصوص الخصوص

وأما صَوْمُ الْعُمُومِ فَهُوَ كَفُّ الْبَطْنِ وَالْفَرْجِ عَنْ قضاء الشهوة 

وَأَمَّا صَوْمُ الْخُصُوصِ فَهُوَ كَفُّ السَّمْعِ وَالْبَصَرِ وَاللِّسَانِ وَالْيَدِ وَالرِّجْلِ وَسَائِرِ الْجَوَارِحِ عَنِ الْآثَامِ

وما صوم خصوص الخصوص فصوم القلب عن الهضم الدَّنِيَّةِ وَالْأَفْكَارِ الدُّنْيَوِيَّةِ وَكَفُّهُ عَمَّا سِوَى اللَّهِ عز وجل بالكلية

Artinya : “Ketahui olimu bahawasanya puasa itu ada tiga darjat. 

Pertama ialah puasa orang awam dan puasa orang khusus dan puasa khusus al-khusus. 

Dan adapun puasa orang awam itu yaitu menahan perut dan kemaluan dari menunaikan kehendak syahwat.

Dan adapun puasa khusus yaitu menahan pendengaran dan penglihatan dan lidah dan kaki dan tangan dan sekelian anggota dari melakukan dosa.

Dan adapun puasa khusus al-khusus yaitu puasa hatinya dari keinginan yang rendah dan hina dan dari memikirkan dunia dan menahan hati akan selain dari Allah Taala secara keseluruhan.” (Kitab Ihya’ Ulumiddin)

Bagi siapa yang sudah sekian lama berpuasa pada darjat yang pertama yaitu puasa orang awam maka sangatlah dituntut supaya naik ke darjat yang kedua yaitu puasa khusus yaitu puasa orang-orang solih.

Berkata Imam Ghazali :

وأما صوم الخصوص وهو صوم الصالحين فهو كف الجوارح عن الآثام وتمامه بستة أُمُورٍ

الْأَوَّلُ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّهُ عَنِ الِاتِّسَاعِ فِي النَّظَرِ إِلَى كُلِّ مَا يُذَمُّ وَيُكْرَهُ وَإِلَى كُلِّ مَا يُشْغِلُ الْقَلْبَ وَيُلْهِي عَنْ ذكر الله عز وجل

الثاني حفظ اللسان عن الهذبان وَالْكَذِبِ وَالْغَيْبَةِ وَالنَّمِيمَةِ وَالْفُحْشِ وَالْجَفَاءِ وَالْخُصُومَةِ وَالْمِرَاءِ وإلزامه السكوت وشغله بذكر الله سبحانه وتلاوة القرآن فهذا صوم اللسان

الثَّالِثُ كَفُّ السَّمْعِ عَنِ الْإِصْغَاءِ إِلَى كُلِّ مَكْرُوهٍ لِأَنَّ كُلَّ مَا حُرِّمَ قَوْلُهُ حُرِّمَ الْإِصْغَاءُ إِلَيْهِ وَلِذَلِكَ سَوَّى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بين المستمع وَأَكْلِ السُّحْتِ

الرابع كف بقية الجوارح عن الآثام من اليد والرجل عن الْمَكَارِهِ وَكَفُّ الْبَطْنِ عَنِ الشُّبُهَاتِ وَقْتَ الْإِفْطَارِ

الْخَامِسُ أَنْ لَا يَسْتَكْثِرَ مِنَ الطعام الحلال وقت الإفطار بحيث يمتلىء جوفه فَمَا مِنْ وِعَاءٍ أَبْغَضُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وجل من بطن مليء مِنْ حَلَالٍ

السادس أن يكون قلبه بعد الإفطار معلقاً مُضْطَرِبًا بَيْنَ الْخَوْفِ وَالرَّجَاءِ إِذْ لَيْسَ يَدْرِي أَيُقْبَلُ صَوْمُهُ فَهُوَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ أَوْ يُرَدُّ عَلَيْهِ فَهُوَ مِنَ الْمَمْقُوتِينَ

Artinya : “Dan adapun puasa khusus maka yaitulah puasa para solihin dengan menahan segala anggota dari perkara dosa dan kesempurnaannya dengan enam perkara berikut :

Pertama :

Menundukkan pandangan mata dan menahannya dari bermudah pada memandang kepada perkara yang dicela dan dibenci dan kepada barang yang menyibukkan hati dan melalaikannya dari ingat akan Allah.

Kedua :

Memelihara lidah dari yang sia-sia dan dusta dan mengumpat dan mengadu domba dan yang keji dan kata nista dan berbalah dan berbantah-bantah dan melazimkan lidah itu dengan diam dan menyibukkan lidah itu dengan zikir akan Allah Taala dan membaca Quran maka inilah puasa lidah.

Ketiga :

Menahan pendengaran dari mendengar kepada sekelian yang dibenci kerana setiap apa yang diharamkan berkatanya maka diharamkan mendengarnya maka kerana itulah Allah Taala menyamakan orang yang sengaja mendengarkan yang haram itu dengan orang yang memakan yang haram.

Keempat :

Menahan sekelian anggota yang lain dari segala perbuatan dosa yaitu tangan dan kaki dari dari  sekelian yang dibenci dan menahan perut dari segala yang syubahat pada ketika berbuka puasa.

Kelima :

Bahawa tidaklah memperbanyakkan dari memakan yang halal ketika berbuka puasa dengan sekira-kira sampai penuh perutnya kerana tiada perut yang sangat dibenci olih Allah Taala dari perut yang dipenuhkan dengan yang halal.

Keenam :

Bahawa adalah hatinya selepas dari berbuka puasa itu dalam keadaan gentar dan tergantung antara takut dan harap kerana dia tidak pasti adakah diterima puasanya itu maka dia termasuk kalangan muqarrabin atau ditolak akan puasanya itu maka dia dari yang dimurkai.” (Kitab Ihya’ Ulumiddin)

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

FIQAH PUASA: Sunat-Sunat Puasa (Bahagian 13)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 13

SUNAT-SUNAT PUASA

JAMU ORANG PUASA BERBUKA

Disunatkan bagi orang yang berpuasa menjamu orang lain yang berpuasa yakni membelanjakan hartanya supaya dijadikan sebagai makanan atau minuman kepada orang yang berpuasa itu berbuka samada diberikan yang berpuasa itu akan makanan atau diberikannya wang supaya dia membeli makanan buat berbuka atau menjemput orang berpuasa datang berbuka di rumahnya atau seumpamanya.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid r.a. berkata : Rasulullah saw telah bersabda :

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا أَوْ جَهَّزَ غَازِيًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ

Artinya : “Barangsiapa menjamu orang berpuasa berbuka atau menyediakan bekalan orang pergi berperang maka dapat baginya seumpama pahalanya.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Dan pada riwayat Imam At-Tirmizi adalah Rasulullah saw bersabda :

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مَنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ

Artinya : “Barangsiapa menjamu orang berpuasa berbuka nescaya adalah baginya pahalanya dimana tidak kurang sedikit pun daripada pahala yang berpuasa itu.”

Dan pada riwayat Ibnu Khuzaimah Rasulullah saw bersabda :

مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا أَوْ جَهَّزَ حَاجًّا أَوْ خَلَفَهُ فِي أَهْلِهِ أَوْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أُجُورِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Artinya : “Siapa yang menyiapkan bekalan bagi orang berperang atau orang haji atau meninggalkan bekalan pada keluarganya atau menjamu orang berpuasa berbuka nescaya adalah baginya seumpama pahala mereka itu tanpa kurang sedikit pun dari pahala mereka.”

LEBIHKAN BERSEDEKAH KEPADA KAUM KELUARGA DAN ORANG MISKIN

Dan disunatkan menggandakan pemberian kepada anak isteri serta kaum keluarga dan banyak bersedekah kepada faqir miskin di bulan Ramadhan samada bagi orang yang berpuasa atau tidak.

Berkata Imam Al-Mawardi :

وَيُسْتَحَبُّ لِلرَّجُلِ أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى عِيَالِهِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ وَأَنْ يُحْسِنَ إلَى أرحامه وجيرانه لاسيما فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْهُ

Artinya : “Dan disunatkan bagi seorang itu meluaskan pemberian atas anak isterinya pada bulan Ramadhan dan berbuat baik kepada sanak saudaranya dan jirannya istimewa pula pada sepuluh hari terakhir daripada bulan Ramadhan.” (Kitab Al-Majmu’)

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ

Artinya : “Adalah Rasulullah saw orang yang pemurah dan adalah baginda paling pemurah ketika bulan Ramadhan.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan pada riwayat Imam Muslim :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Artinya : “Adalah Rasulullah saw lebih pemurah dengan berbuat kebajikan daripada angin yang berhembus.”

Kerana itu dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan menggandakan amalan termasuk sedekah ini. 

Dan bermula maksud seperti angin berhembus itu ialah cepat dan segeranya Rasulullah saw melakukan sedekah.

Dan hendaklah kita ketahui bahawa apa yang kita sedekah itu sebenarnya kita simpan di sisi Allah Taala.

Firman Allah Taala :

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

Artinya : “Barang yang ada di sisi kamu itu akan hilang dan barang yang ada di sisi Allah itulah sahaja yang kekal.” (An-Nahlu : 96)

Berkata Imam Ar-Rafie :

(ومنها) الجود والافضال فهو مندوب إليه في جميع الاوقات وفى شهر رمضان آكد استحبابا اقتداء برسول الله صلي الله عليه وسلم فانه كان " اجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في رمضان " والمعني في تخصيص رمضان بزيادة الجود واكثار الصدقات تفريغ الصائمين والقائمين للعبادة بدفع حاجاتهم

Artinya : “Dan setengah dari yang disunatkan itu ialah bersikap dermawan. Yang yang afdhal ialah disunatkan bersikap dermawan itu pada setiap waktu dan pada bulan Ramadhan pula lebih kuat disunatkan kerana mengikut akan Rasulullah saw maka sungguhnya baginda adalah manusia paling dermawan dengan berbuat kebaikkan dan lebih dermawan baginda pada bulan Ramadhan. Dan makna hadith itu ialah mengkhususkan Ramadan dengan gandakan dermawan dan perbanyakkan sedekah dan menyelesaikan hajat orang yang berpuasa dan yang hendak mendirikan ibadah. “(Kitab Fathul Al-‘Aziz Syarah Al-Kabir)

Dan termasuk berbuat baik dengan anak isteri dan kaum keluarga serta orang lainnya ialah termasuk berbuat baik dengan perkataan dan perbuatan.

Tersebut pada sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda :

مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللهِ نُودِيَ فِي الْجَنَّةِ: يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا خَيْرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ، دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ، دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ، دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ، دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ

Artinya : “Barangsiapa membelanjakan dua ekor kuda atau seekor pada jalan Allah nescaya akan diseru di dalam syurga : Wahai hamba Allah. Ini adalah satu kebaikkan. Maka siapa yang adalah dia dari ahli solat akan dipanggil dari pintu solat dan siapa yang adalah dia itu ahli jihad akan dipanggil dari pintu jihad dan siapa yang ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah dan siapa yang ahli puasa akan dipanggil dari pintu Rayyan.” (Hadith riwayat Muslim)

Tersebut pada Kitab Busyral Karim :

(ويستحب في رمضان التوسعة على العيال والإحسان) بالقول والفعل والمال (إلى الأرحام والجيران، وإكثار الصدقة) ولو بجميع ماله إن كان يصبر على الإضاقة

Artinya : “Dan disunatkan pada bulan Ramadhan meluaskan pemberian atas anak isteri dan berbuat baik dengan perkataan dan perbuatan dan harta kepada kaum keluarga dan jiran dan juga membanyakkan sedekah sekalipun semua hartanya jika dia sabar dengan kesempitan.”

Daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata telah ditanya olih seorang :

يا رسول الله فأي الصدقة أفضل؟ قال: صدقة في رمضان

Artinya : “Wahai Rasulullah! Maka sedekah yang manakah paling afdhal” Sabdanya : Sedekah pada bulan Ramadhan.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Dan termasuk sedekah kepada anak isteri dan kaum keluarga ialah menyantuni mereka dengan sebaik-baik kelakuan.

BANYAK MEMBACA AL-QURAN

Disunatkan ke atas orang yang berpuasa memperbanyakkan membaca Al-Quran di  dalam bulan Ramadhan melebihi dari bulan-bulan yang lain.

Ini adalah kerana memuliakan Al-Quran itu sendiri yang diturunkan pada bulan Ramadhan dan mengikut akan perbuatan Rasulullah saw.

Firman Allah Taala :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ

Artinya : “Bulan Ramadhan ialah bulan yang telah diturunkan padanya akan Al-Quran.” (Al-Baqarah : 185)

Kerana itu diriwayatkan para salafussolih dari zaman sahabat dan yang kemudian dari mereka itu menumpukan kepada Al-Quran dan sangat banyak membaca Quran di dalam bulan Ramadhan sehingga berkali-kali dan berulang-ulang khatamnya.

Amalan membaca Quran dan bertadarrus di bulan Ramadhan ini adalah kerana mengikuti amalan Nabi saw yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith dimana baginda didatangi olih Jibril a.s. dan mengajar akan Nabi saw akan Quran dan baginda membacanya sehingga khatam dan pada setengah riwayat pada penghujungnya baginda khatam sebanyak dua kali.

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan dengan katanya :

وكانَ جِبْرِيلُ يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضانَ، فيُدارِسُهُ القُرْآنَ

Artinya : “Adalah Jibril a.s. membaca ke atas Nabi saw pada setiap malam daripada Ramadhan dan keduanya bertadarrus akan Al-Quran.” (Hadith riwayat Bukhari)

Diriwayatkan bahawa Imam Malik r.a. apabila telah masuk bulan Ramadhan menyimpan ia akan sekelian kitab-kitab ilmu dan kitab-kitab hadith dan fiqh dan lainnya dan tiada ia tumpukan melainkan dengan membaca Quran.

Dan diriwayatkan adalah Imam Az-Zuhri apabila tiba bulan Ramadhan berkata beliau : Dua perkara sahaja yang penting sekarang yaitu baca Quran dan menjamu orang-orang makan dan tiada sibuk ia dengan selain keduanya.

Dan diriwayatkan adalah Aisyah r.a. mendulukan akan Zakwan r.a. supaya sembahyang dan membaca akan Al-Quran bersama mereka sebagai imam.

Dan telah menceritakan olih Imam Az-Zahabi adalah Imam As-Syafie khatam akan Quran pada bulan Ramadhan 60 kali khatam. Dan sebahagian manusia yang tertanya-tanya : Bagiamana ia berlaku? Kami berkata : Benar. Tiada ada mereka itu menyibukkan diri dengan suatu selain Al-Quran. Dan tiada mereka pergi berjual beli dan tiada mereka berhibur dan bermain-main dan mereka sangat menjaga lidah mereka dari berkata yang haram dan mereka tidak duduk pada majlis yang sia-sia dan hanya satu kepentingan yang mereka tumpukan yaitu Al-Quran.

Dan setengah dari kalangan salafussolih itu menghabiskan masanya dengan khatam bacaan Al-Quran sekali kemudian sekali. Setiap kali khatam membacanya akan dimula dengan bacaan yang baru.

Diriwayatkan adalah Qatadah khatam ia membaca Quran setiap tujuh hari dan apabila masuk bulan Ramadhan maka khatam ia setiap tiga hari sekali dan apabila masuk sepuluh hari yang akhir maka khatam ia sehari sekali.

Menyebut olih Imam Nawawi :

فمن الذين كانوا يختمون ختمة في الليل واليوم عثمان بن عفان رضي الله عنه وتميم الداري وسعيد بن جبير ومجاهد والشافعي وآخرون

ومن الذين كانوا يختمون ثلاث ختمات سليم بن عمر رضي الله عنه قاضي مصر في خلافة معاوية رضي الله عنه

Artinya : “Maka setengah dari orang-orang yang adalah mereka itu mengkhatamkan Quran sekali khatam pada sehari semalam ialah Uthman bin ‘Affan r.a. dan Tamim Ad-Dari r.s. dan Sa’id bin Jubair dan Mujahid dan Imam Syafie dan lainnya.

Dan setengah dari orang-orang yang khatam akan Al-Quran tiga kali khatam sehari ialah Sulaim bin Umar r.a. Qadhi negeri Mesir pada pemerintahan Mu’awiyah r.a.” (Kitab At-Tibyan)

walahua’lam 

ustaz azhar idrus

FIQAH PUASA:Sunat-Sunat Puasa - Makan Sahur(Bahagian 11)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 11

SUNAT-SUNAT PUASA

MAKAN SAHUR

ARTI SAHUR

Perkataan sahur السَّحُورُ  dengan fatah huruf sin artinya makanan yang dimakan pada waktu sahur dan dengan dhommah huruf sin artinya makan.

Berkata Imam Ibnu Al-Asir :

هُوَ بِالْفَتْحِ اسْمُ مَا يُتَسَحَّرُ بِهِ وَقْتَ السَّحَرِ مِنْ طَعَامٍ وَشَرَابٍ

Artinya : “Sahur السَّحُورُ  dibaca dengan fathah ialah nama bagi barang yang dibuat bersahur dengannya pada waktu sahur yaitu makanan dan minuman.”

Disunatkan dengan sepakat ulamak bersahur ke atas siapa yang hendak menunaikan puasa samada puasa fardu atau sunat.

Berkata Imam Nawawi :

فَاتَّفَقَ أَصْحَابُنَا وَغَيْرُهُمْ مِنْ الْعُلَمَاءِ عَلَى أَنَّ السَّحُورَ سُنَّةٌ

Artinya : “Maka telah sepakat olih Ashab kami dan selain mereka itu daripada para ulamak atas bahawa bersahur itu ialah sunat.” (Kitab Al-Majmu’)

Akan tetapi tidak berdosa seorang yang berpuasa tanpa bangun ia bagi makan sahur cuma jika sengaja dia tinggalkan maka perbuatannya itu adalah makruh.

Berkata Imam Ibnu Al-Munzhir :

أَجْمَعَتْ الْأُمَّةُ عَلَى أَنَّ السَّحُورَ مَنْدُوبٌ إلَيْهِ مُسْتَحَبٌّ لَا إثْمَ عَلَى مَنْ تَرَكَهُ

Artinya : “Telah ijmak olih umat atas bahawa bersahur itu disunatkan yang tidaklah berdosa atas orang yang meninggalkannya.” (Kitab Al-Asyraf)

Dan tidak dinamakan bersahur jika seorang itu hanya bangun ia pada waktu sahur tetapi tiada makan akan makanan atau minum akan minuman.

Dan samada makan seorang itu ketika bersahur akan sedikit dari makanan atau banyak maka dia telah mendapat fadhilat bersahur.

Berkata Dr Mustafa Al-Khin :

ويحصل فضل السحور بكثير المأكول، وقليله، وبالماء

Artinya : “Dan tercapai fadhilat bersahur dengan makan yang banyak atau sedikit dan tercapai juga dengan hanya minum air.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Dan tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

وَكُل مَا حَصَل مِنْ أَكْلٍ أَوْ شُرْبٍ حَصَل بِهِ فَضِيلَةُ السَّحُورِ

Artinya : “Dan setiap apa yang berhasil dari makan atau minum nescaya berhasil dengannya kelebihan bersahur.”

Dan jika tiada didapat akan makanan maka hendaklah dia minum akan air supaya mencapai ia akan perbuatan bersahur.

Dan makanan yang afdhal dimakan ketika bersahur ialah buah tamar seperti masa berbuka.

Dan sekurang-kurang bersahur itu ialah dengan meminum seteguk air jika tiada ada yang lain dari itu pada sisinya.

Telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. beliau berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاءٍ

Artinya : “Telah bersabda olih Rasulullah saw : Hendaklah kamu sekelian makan sahur walaupun hanya dengan seteguk daripada air.” (Hadith riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahihnya)

FADHILAT MAKAN SAHUR

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَسَحَّرُوا؛ فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : Bersahurlah kamu sekelian maka sungguhnya pada bersahur itu ada keberkatan.” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Imam Ibnu Daqiq Al-‘Ied :

فِيهِ دَلِيلٌ عَلَى اسْتِحْبَابِ السُّحُورِ لِلصَّائِمِ. وَتَعْلِيلُ ذَلِكَ بِأَنَّ فِيهِ بَرَكَةً. وَهَذِهِ الْبَرَكَةُ: يَجُوزُ أَنْ تَعُودَ إلَى الْأُمُورِ الْأُخْرَوِيَّةِ. فَإِنَّ إقَامَةَ السُّنَّةِ تُوجِبُ الْأَجْرَ وَزِيَادَتَهُ. وَيُحْتَمَلُ أَنْ تَعُودَ إلَى الْأُمُورِ الدُّنْيَوِيَّةِ، لِقُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ، وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إجْحَافٍ بِهِ

Artinya : “Pada hadith ini menjadi dalil atas disunatkan bersahur bagi orang yang hendak berpuasa kerana bahawasanya terdapat pada bersahur itu berkat. Dan keberkatan ini harus ia dengan perkara-perkara akhirat kerana mendirikan sunnah itu mewajibkan pahala dan bertambah pahala. Dan harus juga keberkatan itu berkait dengan perkara keduniaan kerana menguatkan badan atas berpuasa dan memudahkan berpuasa tanpa memaksa dengannya.” (Kitab Ihkam Al-Ahkam)

Maka dapat kita ketahui bahawa hikmah yang paling besar dalam perintah supaya bersahur ini ialah menguatkan tubuh badan kerana beribadah kepada Allah Taala.

Berkata Al-Qadhi Iyadh :

أصل البركة الزيادة، وقد تكون هذه البركة القوة على الصيام، وقد جاء كذلك مفسراً فى بعض الآثار، وقد تكون الزيادة فى الأكل على الإفطار، وهو مما اختصت به هذه الأمة فى عمومها، وقد تكون البركة فى زيادة الأوقات المختصة بالفضل، وهذا منها؛ لأنه فى السحر، ومنه اشتق اسم السحور، وقد جاء فى فضل ذلك الوقت، وقبول الدعاء فيه والعمل فيه، وتنزل الرحمة ما جاء. وقد تكون هذه البركة ما يتفق للمتسحر  من ذكر أو صلاة أو استغفار، وغيره من زيادات  الأعمال التى لولا القيام للسحور لكان الانسان نائماً عنها وتاركاً لها

Artinya : “Asal arti berkat ialah bertambah atau berlebih. Dan terkadang adalah makna berkat ini kekuatan atas berpuasa dan terkadang datang yang demikian itu sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebahagian ucapan para sahabat. Dan terkadang berarti bertambah kebajikan pada ketika makan pada waktu berbuka. Dan keberkatan pada bersahur ini ialah keistimewaan umat ini pada umumnya. Dan terkadang kelebihan atau bertambah yang berkait dengan waktu dengan fadhilat dan ini adalah setengah daripadanya dari kerana bahawasanya ia terdapat pada bersahur itu. Dan terkadang adalah bertambah pada waktu dan qabul doa pada waktu sahur dan amalan pada waktu sahur dan turun rahmat seperti datang riwayat dan terkadang keberkatan ini barang yang berbetulan bagi yang bersahur itu yaitu berzikir dan solat dan istighfar dan lainnya dari tambahan-tambahan amalan yang andainya tiada bangun bersahur nescaya adalah manusia itu sedang tidur dan meninggalkan baginya.” (Kitab Ikmal Al-Mu’lim)

Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Nabi saw telah bersabda :

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جَرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Artinya : “Bermula makan sahur itu berkat maka jangan kamu sekelian meninggalkannya walau pun seorang kamu hanya meminum seteguk daripada air. Maka bahawasanya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” (Hadith riwayat Ahmad)

Dan sungguhnya makan sahur itu akan menolong atas kuat tubuh badan berpuasa pada siangnya.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi saw bersabda :

اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ

Artinya : “Hendaklah kamu meminta tolong dengan makan sahur atas berpuasa pada waktu siang.” (Hadith riwayat Ibnu Majah & Al-Hakim)

Dan makan sahur itu adalah ttitik bezanya puasa kita dengan puasa orang-orang yahudi kerana mereka berpuasa tanpa makan sahur.

Telah diriwayatkan daripada ‘Amr bin Al-‘Aas r.a. :

 أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ: " فَضْلُ مَا بيْنَ صِيَامِنَا وَصِيامِ أَهْل الكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : Kelebihan antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” (Hadith riwayat Muslim)

WAKTU MAKAN SAHUR

Adalah masuk waktu bersahur itu selepas separuh daripada malam dan sayugia tidak bersahur sebelum dari separuh malam kerana berselisih fuqahak pada sahnya dan pada mencapai fadhilatnya.

Maka siapa yang telah makan ia sebelum dari separuh waktu malam nescaya disunatkan dia ulangi memakannya selepas dari separuh malam.

Berkata Imam Nawawi :

وَقْتُ السَّحُورِ بَيْنَ نِصْفِ اللَّيْلِ وَطُلُوعِ الْفَجْرِ

Artinya : “Dan waktu sahur itu ialah di antara separuh malam dan terbit fajar.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

Dan lebih lewat waktu makan sahur itu adalah lebih baik.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

وَيُسَنُّ تَأْخِيرُ السَّحُورِ عِنْدَ جُمْهُورِ الْفُقَهَاءِ مَا لَمْ يَخْشَ طُلُوعَ الْفَجْرِ الثَّانِي

Artinya : “Dan disunatkan melambatkan bersahur di sisi jumhur fuqahak selama tidak ditakuti terbit fajar yang kedua.”

Maksud fajar yang kedua ialah fajar subuh.

Rasulullah saw telah bersabda :

لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ

Artinya : “Sentiasalah umatku dengan kebaikkan selama mana mereka melambatkan bersahur.” (Hadith riwayat Ahmad)

Maksudnya bersahur awal kurang fadhilatnya berbanding bersahur lewat.

Dan pada riwayat Ibnu Hibban Nabi saw bersabda :

إن تَأخِيرَ السحور ِمن سُنَنِ المرْسَلِينَ

Artinya : “Bahawasanya melambatkan makan sahur itu ialah dari sunnah para Rasul.” (Kitab Sahih Ibnu Hibban)

Berkata Syeikh Nawawi Al-Bantan :

وَيدخل وقته بِنصْف اللَّيْل وَالْأَفْضَل تَأْخِير السّحُور مَا لم يَقع فِي شكّ لخَبر الصَّحِيحَيْنِ لَا تزَال أمتِي بِخَير مَا عجلوا الْفطر وأخروا السّحُور

Artinya : “Dan masuk waktu bersahur pada setengah malam dan yang afdhal ialah melambatkan bersahur selama jangan sampai waktu syak kerana hadith Bukhari dan Muslim : Sentiasa umatku berada dalam kebaikkan selama mereka segerakan berbuka dan lambatkan bersahur.” (Kitab Nihayah Zain)

Dan antara sebab lebih afdhal dilambatkan waktu makan sahur itu ialah supaya lebih dekat ia dengan waktu berpuasa maka lebih tahan dan lebih kuat badannya.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

وَلأِنَّ الْمَقْصُودَ بِالسَّحُورِ التَّقَوِّي عَلَى الصَّوْمِ، وَمَا كَانَ أَقْرَبَ إِلَى الْفَجْرِ كَانَ أَعْوَنَ عَلَى الصَّوْمِ.

وَنَقَل الْحَطَّابُ عَنِ ابْنِ شَاسٍ أَنَّ تَأْخِيرَ السَّحُورِ مُسْتَحَبٌّ

Artinya : “Dan dari kerana sungguhnya yang dimaksudkan dengan bersahur itu ialah menguatkan badan atas berpuasa. Dan apabila lebih hampir makan sahur dengan waktu subuh adalah lebih membantu atas berpuasa. Dan telah menaqal olih Al-Hatthab dari Ibnu Abbas r.a. sungguhnya melambatkan bersahur itu perkara yang digalakkan.”

Dan afdhal berhenti makan sahur kira-kira sepuluh minit atau lima belas minit sebelum masuk waktu subuh kerana mengikut amalan Rasulullah saw.

Telah diriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit r.a. beliau berkata :

تَسحَّرْنَا مَعَ رسولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، ثُمَّ قُمْنَا إِلى الصَّلاةِ. قِيلَ: كَمْ كانَ بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: قَدْرُ خَمْسينَ آيةً

Artinya : “Kami pernah bersahur serta Rasulullah saw kemudian kami bangun untuk solat. Ditanya orang : Berapakah jarak masa antaranya dengan solat? Berkata Zaid : Sekadar bacaan lima puluh ayat.” (Hadith riwayat Syaikhain)

Adalah jarak tersebut ialah dikira dari masa berhenti makan sahur bukannya dikira daripada mula makan sahur. 

Ini adalah berdasarkan riwayat Anas bin Malik r.a. berkata :

أن النبي صلى الله عليه وسلم وزيد بن ثابت تسحرا، فلما فرغا من سحُورهما، قام نبي الله صلى الله عليه وسلم إلى الصلاة فصلى. قلنا لأنس: كم كان بين فراغهما من سحورهما ودخولهما في الصلاة؟ قال: قَدْر مَا يَقْرَأ الرجُلُ خمسَينَ آيَةً

Artinya : “Bahawasanya Nabi saw dan Zaid bin Tsabit r.a. bersahur keduanya. Maka apakala telah selesai keduanya dari bersahur maka bangun Nabi saw kepada solat kemudian bersolat. Kami berkata bagi Anas : Berapa lama masa antara selesai keduanya dari bersahur dan masuk keduanya di dalam solat? Berkata Anas : Kadar masa seorang membaca akan lima puluh ayat (dari Al-Quran).”

Akan tetapi jika seorang itu baru mula makan sahur tidak mengapa dia meneruskan makan sehingga hampir masuk waktu subuh.

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

FIQAH PUASA:Segala Uzur Yang Mengharuskan Berbuka (Bahagian 10)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 10

SEGALA UZUR YANG MENGHARUSKAN BERBUKA

Kewajipan mengerjakan puasa gugur apabila ada bagi seorang itu uzur-uzur berikut :

1. BERMUSAFIR

Firman Allah Taala :

أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Artinya : “Atau kamu sekelian sedang bermusafir maka harus berbuka dan ganti akan bilangannya pada hari yang lain.” (Al-Baqarah : 185)

Bermula jarak perjalanan musafir yang membolehkan berbuka ialah jarak yang sama dalam bab sembahyang qasar yaitu antara 85km hingga 90km.

Maka siapa yang bermusafir dia bolih memilih antara berbuka atau meneruskan berpuasa.

Jika perjalanannya tidak memayahkan dirinya seperti menaiki kenderaan yang selesa maka yang afdhal ialah dia meneruskan puasa.

Firman Allah Taala :

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Artinya : “Dan sungguh kamu sekelian berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu jika ada kamu sekelian mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Dan jika perjalanannya itu menjadikan dirinya lemah atau memayahkan urusannya maka berbuka itu adalah afdhal baginya. Inilah juga pendapat jumhur ulamak.

Berkata Syeikh Abu Bakar Ad-Dimyathi :

ومحله إن لم يخش ضررا في الحال أو الاستقبال من الصوم، وإلا فالفطر أفضل، لما في الصحيحين أنه - صلى الله عليه وسلم - رأى رجلا صائما في السفر قد ظلل عليه فقال: ليس من البر أن تصوموا في السفر.

Artinya : “Dan berpuasa lebih afdhal bagi orang yang musafir itu ialah selama tidak takutkan mudarat berlaku ketika itu atau berlaku di masa akan datang daripada berpuasa. Jika ditakuti berlaku mudarat maKa berbuka lebih afdhal kerana hadith yang diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim bahawasanya Rasulullah saw melihat akan seorang lelaki berpuasa ketika musafir sungguh telah bersangatan atasnya lalu baginda bersabda : Tidak ada kebaikkan bahawa kamu berpuasa di dalam musafir.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Dan pada satu riwayat dari Hamzah bin ‘Amr r.a. Nabi saw bersabda :

هِيَ رُخْصَةٌ مِنْ اللَّهِ، فَمَنْ أَخَذَ بِهَا فَحَسَنٌ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَصُومَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ

Artinya : “Berbuka itu satu rukhsah (keringanan) kurnia daripada Allah. Maka siapa yang mengambil keringanan tersebut maka ia adalah elok. Dan siapa yang lebih suka berpuasa maka tidak menjadi kesalahan atasnya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Dan demikian juga afdhal atas orang yang musafir berbuka dari meneruskan berpuasa jika bimbang jadi lemah badannya dari menyempurnakan tugasnya seperti orang yang menunaikan haji atau pergi berperang.

Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :

وَقَالَ فِي التَّتِمَّة وَلَو لم يتَضَرَّر فِي الْحَال لكنه يخَاف الضعْف لَو صَامَ وَكَانَ فِي سفر حج أَو غَزْو فالفطر أولى

Artinya : Berkata pengarang Kitab At-Tatimmah : Dan jikalau tidak memudaratkan ketika itu akan tetapi takut ia jadi lemah jika berpuasa dan adalah dia dalam musafir haji atau berperang maka berbuka lebih afdhal.” (Kitab Kifayatul Akhyar)

Dan disyaratkan bagi yang bermusafir itu hendaklah dia memulakan perjalannya sebelum terbit fajar dan dalam keadaan berpuasa dan tidak harus dia berbuka sebelum dia keluar dari mukimnya.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

وبشرط عند الجمهور: أن ينشئ السفر قبل طلوع الفجر ويصل إلى مكان يبدأ فيه جواز القصر وهو بحيث يترك البيوت وراء ظهره

Artinya : “Dan disyaratkan disisi jumhur ulamak bahawa terjadi perjalanan itu sebelum terbit fajar dan sampai ia ke tempat yang sudah harus qasar solat yaitu sekira-kira sudah meninggalkan kediaman orang-orang dibelakangnya.”(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Orang yang berbuka kerana musafir wajib qadha hari-hari yang dia tinggalkan itu dan tiada fidhyah atasnya.

2. SAKIT BERAT

Firman Allah Taala :

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ

Artinya : “Maka barangsiapa dikalangan kamu sedang sakit atau bermusafir maka harus dia berbuka dan ganti pada hari yang lain.” (Al-Baarah : 184)

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

أَجْمَعَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى إبَاحَةِ الْفِطْرِ لِلْمَرِيضِ فِي الْجُمْلَةِ

Artinya : “Telah ijmak para ulamak atas harus berbuka bagi orang yang sakit secara jumlah.” (Kitab Al-Mughni)

Maksud sakit yang membolihkan tidak berpuasa ini ialah sakit yang berat yang jika dia berpuasa maka bolih terjadi hal-hal berikut :

Sakitnya bertambah

Penyakit jadi lambat  sembuh.

Jatuh pingsan.

Dapat penyakit yang lain.

Atau bimbang berlaku mudarat atas dirinya.

Menyebut olih Dr Wahbah Az-Zuhaili :

وضابط المرض المبيح الفطر: هوالذي يشق معه الصوم مشقة شديدة أو يخاف الهلاك منه إن صام، أو يخاف بالصوم زيادة المرض أو بطء البرء أي تأخره

Artinya : “Dan tanda sakit yang mengharuskan berbuka itu ialah sakit yang jadi tersangat susahlah berpuasa dengannya atau takut binasa daripadanya jika dia berpuasa atau takut dengan sebab puasa akan bertambah penyakit atau lambat sembuhnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Bermula sakit yang sedikit yang bolih ditanggung olih orang yang puasa atau tidak memudaratkan jika berpuasa atau seumpamanya maka tidak mengharuskan berbuka.

Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin :

خرج ما لا يبيحه - كالمرض اليسير، كصداع، ووجع الأذن، والسن - إلا أن يخاف الزيادة بالصوم فيباح له الفطر - كما في النهاية

Artinya : “Keluar olih sakit yang tidak mengharuskan berbuka puasa seperti sakit yang sedikit seperti sakit kepala dan telinga berdengung dan sakit gigi melainkan jika ditakuti akan bertambah sakit dengan sebab berpuasa maka diharuskan baginya berbuka sebagaimana tersebut pada Kitab An-Nihayah.”

Dan adalah harus bagi orang yang berkekalan sakitnya tidak berniat puasa pada malamnya manakala yang sakitnya berselang-selang wajib atasnya berniat puasa pada malamnya dan jika datang sakitnya pada waktu siang harus ia berbuka ketika itu.

Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :

يشْتَرط فِي الْمَرِيض أَن يجب ألماً شَدِيدا ثمَّ إِن كَانَ الْمَرَض مطبقاً فَلهُ ترك النِّيَّة من اللَّيْل

Artinya : “Disyaratkan pada yang sakit itu sakit yang tersangat kemudian apabila berkekalan rasa kesakitannya maka harus baginya meninggalkan berniat puasa dari malamnya.” (Kitab Kifayatul Akhyar)

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

يجوز للمريض والمسافر الإفطار في رمضان، ويجب عليهما القضاء في وقت آخر. والمرض المبيح للفطر في رأي أكثر الفقهاء: هو الذي يؤدي إلى ضرر في النفس، أو زيادة في العلة.

Artinya : “Harus bagi orang yang sakit dan yang sedang musafir berbuka pada Ramadhan dan wajib atas keduanya qadha pada waktu yang lain. Dan sakit yang mengharuskan berbuka itu pada pandangan kebanyakkan fuqahak ialah sakit yang membawa kepada mudarat pada nyawa atau bertambah pada penyakit.” (Kitab Tafsir Al-Munir)

Orang yang berbuka kerana sakit wajib qadha hari-hari puasa yang dia tinggalkan selepas dia sihat dan tiada fidhyah atasnya.

3. HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Diharuskan ke atas perempuan yang hamil dan yang menyusu berbuka puasa apabila takut berlaku mudarat ke atas dirinya atau ke atas bayi dalam kandungannya atau bayi yang disusuinya.

Dan tidak disyaratkan menyusu anak sendiri sahaja bahkan termasuk juga menyusu anak susuan.

Dan dalil harus ke atas keduanya berbuka ialah kerana qiaskan atas orang yang sakit dan musafir kerana kesukaran yang dihadapi.

Olih kerana itu jika perempuan yang hamil dan yang menyusu tidak mengalami kesukaran berpuasa maka tiada harus atas keduanya berbuka.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan sebuah hadith bahawasanya Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ لِلْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ

Artinya : “Sungguhnya Allah Taala meringankan bagi musafir akan puasa dan separuh dari sembahyang dan diringankan bagi ibu yang hamil dan yang sedang menyusukan.” (Hadith riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah)

Perempuan hamil atau yang menyusu yang berbuka kerana tidak larat berpuasa wajib qadha hari-hari puasa yang dia tinggal dan jika dia berbuka kerana khuatirkan anak dalam kandungan atau anak yang sedang menyusu wajib qadha dan bayar fidhyah.

Berkata Imam Ibnu An-Naqib As-Syafie :

[المرضعُ والحاملُ]: ولوْ خافتْ مرضعٌ أوْ حاملٌ على أنفسهما أوْ ولديهما أفطرتا وقضتا، لكن تفديانِ عندَ الخوفِ على الولدِ لكلِّ يومٍ مداً

Artinya : “Perempuan yang menyusu dan yang hamil kalau takut olih perempuan yang menyusu dan yang hamil itu atas kesihatan diri keduanya atau anak keduanya dan berbuka olih keduanya dan qadha atas keduanya akan tetapi keduanya hendaklah membayar fidyah pada masalah takutkan atas anak tersebut bagi setiap hari berbuka fidhyah secupak.” (Kitab ‘Umdah As-Salik)

4. SANGAT LEMAH KERANA TUA ATAU SAKIT YANG TIDAK SEMBUH

Harus dengan ijmak berbuka bagi orang yang telah tua yang sangat lemah dari berpuasa pada sekelian tahun dan begitu juga orang sakit yang sakitnya pada adat tidak diharap akan sembuh.

Firman Allah Taala :

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Artinya : “Dan atas orang yang sudah tidak ada kemampuan berpuasa hendaklah bayar fidyah kepada orang miskin.” (Al-Baqarah : 184)

Wajib atas keduanya bayar fidyah mengikut bilangan hari yang keduanya tidak berpuasa dan tidak ada qadha atasnya.

Berkata Imam Nawawi :

الشَّيْخُ الْهَرِمُ الَّذِي لَا يُطِيقُ الصَّوْمَ، أَوْ تَلْحَقُهُ بِهِ مَشَقَّةٌ شَدِيدَةٌ، لَا صَوْمَ عَلَيْهِ. وَفِي وُجُوبِ الْفِدْيَةِ عَلَيْهِ، قَوْلَانِ. أَظْهَرُهُمَا: الْوُجُوبُ.

وَيَجْرِي الْقَوْلَانِ فِي الْمَرِيضِ الَّذِي لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ

Artinya : “Bermula orang yang tua bangka yang tidak larat berpuasa atau mengenainya olih kesukaran yang bersangatan tidak wajib atasnya berpuasa dan pada wajibnya bayar fidhyah atasnya ada dua pendapat dan pendapat yang azhar ialah wajib. Dan berlaku dua pendapat ini juga pada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

5. ORANG YANG SANGAT LAPAR DAN SANGAT DAHAGA

Orang yang sedang berpuasa kemudian datang rasa sangat lapar atau sangat dahaga yang bolih memudaratkan kesihatannya jika dia tidak makan dan tidak minum harus atasnya berbuka dan wajib atasnya qadha akan hari yang dia tidak berpuasa itu.

Berkata Syeikh Nawawi :

والعطشان أي حيث لحقه مشقة شديدة لا تحتمل عادة

Artinya : “Dan (harus berbuka) orang yang sangat dahaga sekira-kira mendapat akan kesukaran yang amat yang tidak tertanggung pada adat.” (Kitab Kasyifatussaja)

Firman Allah Taala :

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Artinya : “Allah menghendaki dengan kamu sekelian akan kemudahan dan tidak Dia menghendaki dengan  kamu sekelian akan kepayahan.” (Al-Baqarah : 185)

Rasulullah saw bersabda :

‏ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Artinya : “Tidak ada mudarat dan memudaratkan.” (Hadith riwayat Imam Malik)

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Khamis, 22 April 2021

FIQAH PUASA:Masuk Sesuatu Dalam Rongga Terbuka (Bahagian 7)


 Fiqah Puasa

Bahagian 7

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

2. MEMASUKKAN SUATU KE DALAM RONGGA YANG TERBUKA

Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah mulut dan lubang hidung dan lubang telinga dan kemaluan depan dan belakang.

Maka membatalkan puasa jika sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga tersebut sekali pun atas dasar berubat.

Dan ada pun had yang membatalkan puasa apabila sengaja memasukkan suatu ke dalam rongga-rongga tersebut ialah melepasi had batinnya.

Maka had yang batin bagi hidung ialah kawasan dalam hidung yang jauh yang tidak sampai jari manusia jika dimasukkan padanya. 

Olih kerana itu seorang yang memasukkan jarinya ke dalam lubang hidung kerana membersihkan kotorannya maka tidaklah membatalkan puasa kerana tidak sampai kepada bahagian yang membatalkan puasa tetapi ulamak memakruhkan masukkan jari ke dalam lubang hidung tanpa hajat.

Adapun memasukkan ubat dari hidung jika ubat hanya berada di dalam kelopak hidung maka tidak mengapa tetapi jika disedut atau masuk ubat sampai kepada had yang batin maka ia membatalkan puasa.

Ini adalah kerana dikiaskan tidak batalnya seorang yang berwuduk lalu ia berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung kerana keduanya adalah termasuk sunat-sunat wuduk.

Diriwayatkan daripada ‘Asim bin Laqith daripada bapanya berkata :

Bersabda olih Rasulullah saw bersabda :

أَسْبِغِ الْوُضُوءَ وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ وَبَالِغْ فِى الاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُونَ صَائِمًا

Artinya : “Ratakan akan wuduk dan gosok celah-celah jari dan bersungguh ketika masukkan air ke hidung melainkan kamu sedang berpuasa.” (Hadith Abu Daud, Ibnu Majah & Nasaai)

Olih itu jika tidak bersungguh memasukkan air ke hidung ketika wuduk tiba-tiba termasuk juga sedikit air wuduk itu kepada had yang batin maka tidaklah membatalkan puasa. Yang membatalkan puasa ialah berlebih-lebihan memasukkan air ke hidung lalu melepasai had batin kerana larangan Rasulullah saw pada hadith tersebut.

Had yang batin bagi telinga ialah melepasi gegendang telinga kerana ia sudah sampai ke otak. Olih itu tidak batal mengorek telinga dengan umpama jari atau kapas kerana kawasan yang biasanya di korek ialah bukan bahagian batin tetapi hanya lubang sebelah luar.

Adapun memasukkan melalui telinga akan air atau ubat misalnya sampai masuk ke otak atau had yang batin maka ia membatalkan puasa.

Adapun mata maka bukanlah ia termasuk rongga yang terbuka. Olih itu tidak membatalkan memasukkan ubat seperti cecair ke dalam mata akan tetapi jika selepas dimasukkan ubat pada mata lalu terasa ubat itu pada tekaknya makan janganlah ia menelannya kerana membatalkan puasa menurut sebahagi fuqahak.

Had batin bagi dubur pula ialah kawasan yang tidak terbuka ketika mengeluarkan najis dan had batin bagi faraj wanita ialah kawasan yang sebelah dalam yang hanya sampai kepadanya olih zakar.

Maka sengaja memasukkan sesuatu kepadanya adalah membatalkan puasa sekalipun atas jalan berubat.

Dan sebahagian ulamak mutaakhirin mengharuskan memasukkan ubat melaui rongga badan kerana ia tidak tergolong dalam artikata makan dan minum.

Memasukkan bahagian buasir yang terkeluar dari dubur tidak membatalkan puasa.

Jika seorang yang mandi atau berenang lalu termasuk air ke dalam telinganya maka jika bukan dengan bersungguh mandinya itu maka dimaaf yaitu tidak membatalkan puasa.

Begitu juga dengan menyelam jika seorang itu sudah tahu apabila dia menyelam akan masuk air kedalam rongga badannya maka batal puasnaya jika dia menyelam dan masuk air. Dan jika pasti air tidak masuk ke dalam rongga badannya jika dia menyelam maka makruh dia menyelam tanpa hajat.

CONTOH RAWATAN YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

- Ubat yang disapu pada bahagian luar tubuh seperti kulit atau tampalan dan balutan.

- Ubat titis seperti titis pada mata atau telinga atau hidung yang tidak masuk sampai ke dalam had yang batin.

- Ubat jenis kumur yang tidak ditelan.

- Mencabut gigi atau membersihkan gigi atau menampal gigi berlubang atau menanam gigi.

- Suntikan pada kulit seperti lengan atau paha atau punggung atau seumpamanya yang bukan pada rongga yang terbuka.

- Pemindahan darah atau membersih darah atau pengambilan contoh darah.

- Memasukan tiub melalui salur darah.

- Ubat jenis sembur yang tidak ditelan.

-Ubat yang diletakkan di bawah lidah yang tidak masuk ke dalam kerongkong.

- Bius melalui suntikan kerana pembedahan.

- Dan lain-lain.

CONTOH RAWATAN YANG MEMBATALKAN PUASA

- Menelan ubat samada pil atau cecair.

- Memasukkan umpama tiub melalui kerongkong.

- Menyedut inhaler kerana ia adalah cecair yang akan sampai kepada paru-paru melebihi had kerongkong.

- Memasukkan tiub atau ubat melalui lubang kemaluan lelaki.

- Memasukkkan tiub atau teropong atau alat melalui faraj wanita melepasi had batin.

- Memasukkan alat atau ubat ke dalam dubur.

Dan lain-lain.

Dan tidak batal puasa seorang yang dipaksa memasukkan suatu ke dalam rongganya.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Bersambung tentang muntah yang membatalkan puasa.

FIQAH PUASA:Perkara Yang Membatalkan Puasa ( Bahagian 6)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 6

PERKARA YG MEMBATALKAN PUASA

1. MAKAN DAN MINUM

Siapa yang sengaja makan dan minum walaupun sedikit ketika sedang berpuasa wajib atau sunat maka puasanya batal.

Meninggalkan makan dan minum adalah intipati puasa yang paling penting dalam perintah berpuasa.

Diharuskan makan minum pada waktu malam kerana arti puasa ialah meninggalkan makan minum pada waktu siang.

Firman Allah :

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Artinya : “Dan makanlah kamu dan minumlah kamu sehingga nyata bagi kamu waktu subuh telah masuk. Kemudian hendaklah kamu berpuasa sehingga tiba waktu malam.” (Al-Baqarah : 187)

Maka jelas pada ayat ini waktu diharamkan makan minum bagi yang berpuasa ialah dengan masuknya waktu subuh sehingga waktu maghrib.

Dan diharamkan juga makan dan minum ke atas orang yang wajib berpuasa pada hari itu walau pun dia tidak berpuasa seperti orang yang sengaja tidak berniat puasa atau atau terlupa berniat atau orang yang puasa yang merosakkan puasanya dengan sebab yang lain dari makan dan minum.

Batal puasa seorang yang makan dengan sengaja sekalipun makanan yang sedikit atau air yang sedikit.

Dan sama ada yang dimakan itu makanan atau minuman atau bukan makanan dan minuman seperti ubat atau batu atau pasir atau seumpamanya.

Maksud makan dan minum ialah memasukkan makanan atau minuman sampai melepasi had yang batin yaitu kerongkong. Jika tidak melepasi kerongkong seperti makanan atau air hanya berada di dalam mulut sahaja maka tidak membatalkan puasa.

Dan tidak membatalkan puasa jika hanya meletakkan makanan pada bibir mulut atau masuk ke dalam mulut tetapi tidak ditelannya tetapi perbuatan tersebut adalah dimakruhkan.

Olih itu orang yang memasak makanan kemudian meletakkan sedikit pada lidahnya kerana merasa makanan tersebut untuk diketahui samada masin atau tawar umpamanya maka tidaklah membatalkan puasa kecuali ditelannya makanan tersebut.

Sebahagian ulamak memakruhkan merasa makanan seperti ini tetapi mereka tidak mengatakan ia membatalkan puasa.

Wajib berhenti menelan makanan dan minuman apabila telah masuk waktu subuh sekalipun belum azan seperti dilihat pada jam bahawa waktu subuh telah masuk dengan yakin kerana azan itu terkadang awal dan terkadang lewat dari waktu subuh yang sebenar.

Tidak batal puasa dengan sebab menelan air liur yang berada di dalam mulut sekalipun banyak. Tetapi jika air liur sudah berada di luar mulut seperti berada pada bahagian bibir yang luar lalu ditelannya kembali maka batal puasanya.

Demikian lagi tidak batal menelan kahak yang berada di dalam mulut akan tetapi sebaiknya tidak ditelannya kerana ada perselisihan ulamak pada batalnya. Ada pun kahak yang di keluarkan dari dalam dada atau perut lalu dikeluarkannya kepada mulut kemudian ditelannya kembali maka batal puasanya.

Jika ada sisa makanan yang kecil di celah giginya kemudian ditelannya maka batal puasanya kerana kesengajaannya. Ada pun jika tertelan maka tidak membatalkan puasa.

Demikian lagi batal puasa menelan air liur yang bercampur dengan sisa makanan atau darah gusi.

Jika terasa manis kesan air minumnya ketika bersahur maka hendaklah diludahnya. Jika ditelan rasa manis itu maka batal puasanya.

MAKAN MINUM SELEPAS AZAN SUBUH

Jika pada negeri tersebut hanya ada sekali azan subuh maka wajib berhenti makan minum apabila terdengar azan. Ada pun pada negeri yang ada azan dua kali yaitu sekali sebelum subuh dan sekali lagi bila masuk waktu subuh maka harus ia meneruskan makan dan minum selepas azan yang pertama. Ini kerana azan pertama bukan menandakan masuk waktu subuh tetapi ia merupakan pemberitahuan waktu bersahur.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Artinya : “Sungguhnya Bilal azan ia ketika masih malam. Maka makan dan minumlah kamu sehingga azan pula olih Ibnu Ummi Maktum.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Siapa yang masih yakin fajar subuh belum masuk maka harus ia makan dan minum.

Berkata Umar Al-Khattab r.a. :

إذا شك الرجلان في الفجر فليأكلا حتى يستيقنا

artinya : “Jika dua orang berasa ragu tentang masuknya waktu subuh maka makanlah sehingga yakin olihnya.”

MAKAN MINUM TANPA SENGAJA

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ, فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ, فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ, فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اَللَّهُ وَسَقَاهُ

Artinya : “Siapa yang terlupa dia sedang berpuasa lalu dia makan dan minum maka teruskanlah puasanya kerana sungguhnya Allah memberi ia makan dan minum.” (Hadith Bukhari)

Jelas dari hadith ini siapa yang makan dan minum dengan tidak sengaja samada pada awal hari puasa atau hujungnya dan samada makan minum yang sedikit atau banyak menurut qaul yang lebih sahih di sisi Imam Nawawi dan samada sekali atau beberapa kali maka puasanya tidak batal dan hendaklah ia teruskan berpuasa.

Menyebut olih Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :

فَلَو كثر ذَلِك فَوَجْهَانِ الْأَصَح عِنْد الرَّافِعِيّ يفْطر لِأَن النسْيَان مَعَ الْكَثْرَة نَادِر وَلِهَذَا قُلْنَا تبطل الصَّلَاة بالْكلَام الْكثير وَإِن كَانَ نَاسِيا وَالأَصَح عِنْد النَّوَوِيّ أَنه لَا يفْطر لعُمُوم الأخبار

Artinya : “Maka jikalau tersalah makan minum yang banyak maka ada dua pendapat. Yang lebih sahih di sisi Imam Ar-Rafie ialah membatalkan jika tersalah makan yang banyak kerana banyak itu jarang terjadi. Dan kerana itulah kami berkata dengan batal solat dengan sebab terlupa berkata-kata yang banyak. Dan pendapat yang lebih sahih di sisi Imam Nawawi bahawasanya terlupa makan yang banyak tidak membatalkan puasa kerana umum segala hadith.” (Kitab Kifayatul Akhyar)

Jika ditakdirkan seorang itu lupa sungguh lalu dia makan minum sepanjang bulan Ramadhan sekeliannya maka puasanya tetap sah tetapi jarang berlaku seperti itu.

Dan apabila tidak batal puasa makan dan minum dengan bukan sengaja maka tidak ada atasnya kewajipan qadha atau membayar kafarah.

Pada hadith riwayat Al-Hakim Rasulullah saw bersabda :

مَنْ أَفْطَرَ فِي رَمَضَانَ نَاسِيًا فَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلَا كَفَّارَةَ

Artinya : “Siapa yang berbuka pada Ramadhan hal kedaannya terlupa maka tiada qadha atasnya dan tiada kafarah.”

Dan wajiblah orang yang sedang makan minum dalam keadaan lupa ini berhenti menelan makanan atau minuman sebaik sahaja dia teringat sedang berpuasa. Jika selepas teringat dia makan atau minum sedikit sahaja maka batal puasanya dan wajib atasnya qadha.

Dan seperti itu juga tidak batal puasanya jika tertelan serangga yang sedang terbang atau selain serangga yang masuk ke dalam mulutnya terus tertelan ke dalam perut maka tidak membatalkan puasa.

Tidak membatalkan puasa menelan angin kerana angin tidak terhitung sebagai jirim tetapi batal puasa dengan sebab menelan asap samada asap suatu yang dibakar atau asap rokok.

Ulamak mengkiaskan dengan terlupa pada masalah makan minum itu dengan masalah terlupa melakukan jimak. Maka tidak juga membatalkan puasa sekalipun jimak ia beberapa kali atau beberapa jam dengan syarat memang dalam kelupaannya akan tetapi ketika teringat ia sedang berpuasa maka wajib atas yang teringat itu sama suami atau isteri atau keduanya mengeluarkan zakar dengan segera.

Tersebut pada Kitab fathul Qarib :

وأما الجماع ناسيا فكالأكل ناسيا

Artinya : “Dan adapun jimak seorang yang terlupa maka hukumnya sama seperti makan orang yang lupa."

Dan dikiaskan juga dengan terlupa memasukkan suatu benda ke dalam rongga terbuka yang selain mulut maka tidak membatalkan puasa kerana kelupaannya itu.

Semua masalah terlupa dan tersalah yang telah disebut tidak membatalkan puasa dan tidak berdosa.

Firman Allah :

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَٰكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Artinya : “ Dan tiada atas kamu dosa pada perkara yang kamu tersalah dengannya dan tetapi dosa itu pada perkara yang kamu sengaja olih hatimu. Dan Allah itu adalah Ia maha pengampun dan maha pengasih.” ( Al-Ahzab : 5)

BERENANG DAN MENYELAM KETIKA PUASA

Perbuatan berenang atau menyelam ketika berpuasa tidak membatalkan puasa selagi tidak berlaku menelan air atau masuk air ke dalam rongga yang terbuka kepada had batin. Jika menelan air atau masuk air ke dalam rongga yang terbuka ketika berenang dan menyelam itu maka ia membatalkan puasa.

Jika masuk air melalui kulit atau kepalanya yang bukan rongga terbuka maka tidak batal puasanya.

Berkata Syeikh Bujairimi :

قَالَ الْأَذْرَعِيُّ لَوْ عَرَفَ مِنْ عَادَتِهِ أَنَّهُ يَصِلُ الْمَاءُ إلَى جَوْفِهِ مِنْ ذَلِكَ لَوْ انْغَمَسَ وَلَا يُمْكِنُهُ التَّحَرُّزُ عَنْ ذَلِكَ حَرُمَ عَلَيْهِ الِانْغِمَاسُ وَأَفْطَرَ بِذَلِكَ

Artinya : “Telah berkata olih Imam Al-’Azra’ie jika seorang itu sudah tahu pada kebiasaannya akan masuk air kepada perutnya dari yang demikian itu jikalau dia menyelam dan dia tidak mampu memelihara dari masuk air itu maka haram atasnya menyelam dan batal puasanya dengan menyelamnya itu.” (Kitab Hasyiah Bujairimi ‘ala Minhaj)

Demikian juga tidak batal menyuntik ubat ke dalam kulit atau dagingnya yang bukan rongga terbuka.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Bersambung tentang masuk sesuatu ke dalam rongga terbuka..

Rabu, 21 April 2021

FIQAH PUASA: Rukun-Rukun Puasa (Bahagian 5)

 


FIQAH PUASA

Bahagian 5

RUKUN-RUKUN PUASA

Bermula rukun-rukun puasa itu ada dua yaitu niat dan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dan sebahagian fuqahak menghitung rukun-rukun puasa itu ada tiga yaitu tambah satu lagi yakni orang yang berpuasa.

Berikut diterangkan rukun-rukun puasa secara ringkas :

1. NIAT

Yaitu menqasadkan dengan hati hendak berpuasa dan tidak memadai dengan hanya melafazkannya pada lisan tanpa ada niat di dalam hati dan tidak mengapa niat didalam hati sahaja tanpa melafazkannya pada lisan.

Berkata olih Dr Mustafa Al-Bugha :

وهي قصد الصيام، ومحلها القلب، ولا تكفي باللسان، ولا يشترط التلفظ بها

Artinya : “Dan niat itu artinya qasad (menyahajakan) akan berpuasa dan tempat niat itu ialah hati dan tidak memadai dengan hanya melafazkan pada lisan dan tidak disyaratkan berlafaz dengan niat itu.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

DALIL WAJIB BERNIAT 

Telah diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. Nabi saw bersabda :

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

Artinya : “Hanya sungguhnya segala amal itu ialah dengan niat.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Berkata Imam Ibnu Al-Mulaqqin :

ذهب الشافعي ومالك وأحمد وداود وجمهور أهل الحجاز إلى تقدير الصحة، أي: الأعمال مجزية أو معتبرة بالنيات

Artinya : “Telah berjalan olih Imam Syafie dan Malik dan Ahmad dan Daud dan jumhur ulamak Hijaz kepada mentakdirkan makna sah artinya segala amalan itu memadai (sah) ia atau dikira ia dengan segala niat.” (Kitab At-Taudhih Syarah Al-Jami’ As-Sahih)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a.dari Nabi saw bersabda :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Artinya : “Siapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar subuh maka tiada puasa baginya.” (Hadith Daruqutni)

WAJIB NIAT PADA WAKTU MALAM KECUALI PUASA SUNAT

Dan adalah disyaratkan niat puasa fardu itu berlaku pada waktu malam.

Olih itu siapa yang tidak berniat puasa pada malam hari tidaklah sah puasanya dan wajib atasnya qadha.

Ada pun jika puasa sunat maka harus berniat pada siang hari selama belum lagi melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana mengikut perbuatan Rasulullah saw yang pernah melafazkan niat puasa sunat sedangkan hari telah siang.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata :

دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ « هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ ». فَقُلْنَا:  لاَ. قَالَ « فَإِنِّى إِذًا صَائِمٌ 

Artinya : “Telah masuk olih Nabi saw atasku pada suatu hari lalu bersabda : Adakah suatu (makanan) disisi kamu? Kami menjawab : Tidak ada. Sabdanya : Jika begitu sungguhnya aku sekarang berpuasa.” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi :

وفيه دليل لمذهب الجمهور أن صوم النافلة يجوز بنية في النهار قبل زوال الشمس

Artinya : “Pada hadith ini menjadi dalil bagi mazhab jumhur ulamak sungguhnya puasa yang sunat harus berniat waktu siang sebelum gelincir matahari.” (Kitab Syarah Muslim)

Jikalau seorang itu telah makan atau minum sebelum berniat itu maka tidak sah dia berpuasa sunat pada hari itu.

Melafazkan niat puasa pada lisan samada puasa fardu atau suanat tidak wajib tetapi sunat jua hukumnya kerana Nabi saw ada melafazkan niat puasa sunat pada lisannya pada hadith Aisyah tadi.

WAKTU SAH BERNIAT PUASA

Dan disyaratkan bagi sahnya niat  puasa Ramadhan hendaklah ada niat itu pada waktu malam.

Olih kerana itu jika berniat seorang bagi puasa selepas telah masuk waktu subuh maka tidak sah puasanya kerana tidak berniat pada waktu yang disyaratkan yaitu malam.

Diriwayatkan daripada Hafsah r.a. telah bersabda olih Nabi saw :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ، فَلَا صِيَامَ لَهُ

Artinya : “Barangsiapa yang tidak berniat akan puasa sebelum waktu subuh maka tidak ada puasa baginya.” (Hadith riwayat An-Nasaie)

Dan pada satu lagi riwayat :

لاَ صِيَامَ لِمَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ

Artinya : “Tiada puasa bagi siapa yang tidak menghimpunkan niat berpuasa sebelum waktu fajar.”

Dan sabda Rasulullah saw :

مَنْ لَمْ يَجْمَعِ الصِّيَامَ قَبْلَ اْلفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ

Artinya : “Siapa yang tidak menghimpunkan niat puasa sebelum fajar subuh maka tiada puasa baginya.” (Hadith Abu Daud & Tirmizi)

Maka diketahui bahawa waktu yang sah untuk berniat itu ialah pada waktu malam. 

Dan bermula waktu malam ialah dengan masuknya waktu maghrib yaitu apabila semua bulatan  matahari telah terbenam di kaki langit dan berkekalan waktu niat itu sampai masuk waktu subuh.

Dan tidak mengapa yakni sah berniat pada awal malam atau pada tengah malam atau pada penghujung malam.

Berkata Imam Nawawi :

ويشترط لفرضه التبييت والصحيح أنه لا يشترط النصف الآخر من الليل

Artinya : “Dan disyaratkan bagi puasa fardu berniat pada waktu malam dan menurut pendapat yang sahih bahawasanya tidak disyaratkan niat itu selepas separuh yang akhir dari waktu malam.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Maka sah seorang itu berniat puasa selepas masuk waktu maghrib sekali pun belum menunaikan solat maghrib kerana dia sudah berada pada waktu malam yang disyaratkan.

Berkata Imam Nawawi :

تَبْيِيتُ النِّيَّةِ شَرْطٌ فِي صَوْمِ الْفَرْضِ، فَلَوْ نَوَى قَبْلَ غُرُوبِ الشَّمْسِ صَوْمَ الْغَدِ، لَمْ يَصِحَّ. وَلَوْ نَوَى مَعَ طُلُوعِ الْفَجْرِ لَمْ يَصِحَّ عَلَى الْأَصَحِّ

Artinya : “Berniat pada waktu malam adalah syarat bagi puasa fardu. Maka jikalau seorang itu berniat sebelum tenggelam matahari hendak berpuasa esok hari nescaya tidak sah. Dan jikalau seorang itu berniat bersamaan dengan terbit fajar nescaya tidak sah atas pendapat yang lebih sahih.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Dan bersamaan dengan puasa fardu Ramadhan itu puasa fardu yang lain seperti puasa qadha Ramadan dan puasa nazar dan puasa kafarah yakni disyaratkan berniat pada waktu malam.

CARA NIAT PUASA

Hendaklah di dalam berniat itu menentukan jenis puasa yang hendak dilakukan seperti puasa Ramadhan dan menentukan samada puasa fardhu atau sunat supaya keluar dari perselisihan ulamak yang mewajibkannya. Jika puasa tersebut adalah puasa nazar yang wajib maka hendaklah dihadirkan puasa nazar ketika berniat dan jika puasa qadha yang wajib maka diniatkan puasa qadha Ramadhan misalnya.

Tersebut pada Kitab Fathul Mu’in :

وتعيين لمنوي في الفرض كرمضان أو نذر أو كفارة بأن ينوي كل ليلة أنه صائم غدا عن رمضان أو النذر أو الكفارة وإن لم يعين سببها

Artinya : “Dan menentukan niat bagi fardu seperti Ramadhan atau nazar atau kafarah dengan bahawa berniat seorang itu pada setiap malam bahawasanya dia berpuasa esok hari dari Ramadhan atau nazar atau kafarah dan sekalipun tidak ditentukan akan sebabnya.”

Dan tidak disyaratkan berniat fardu menurut qaul yang muktamad maka barang siapa yang berniat misalnya : Aku berniat puasa Ramadhan esok hari kerana Allah Taala maka niatnya itu sudah memadai yakni sah sebagaimana telah menyebutnya olih Imam Nawawi dalam Kitab Al-Majmu’.

Berkata Syeikh Zainuddin Al-Malibari :

فأقل النية المجزئة: نويت صوم رمضان ولو بدون الفرض على المعتمد كما صححه في المجموع تبعا للأكثرين لان صوم رمضان من البالغ لا يقع إلا فرضا

Artinya : “Maka sekurang-kurang niat yang memadai itu ialah : Aku berniat puasa Ramadhan walau tanpa menyebut fardu atas qaul yang muktamad sebagaimana telah mengsahihkannya olih Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ kerana mengikut akan pendapat yang lebih ramai dari kerana puasa Ramadhan yang dikerjakan olih seorang yang sudah baligh tidak berlaku melainkan fardu.” (Kitab Fathul Mu’in)

Dan begitu juga tidak disyaratkan menyebut tahun dan tunai menurut qaul yang sahih.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(وَالصَّحِيحُ) الْمَنْصُوصُ وَقَطَعَ بِهِ الْجُمْهُورُ (أَنَّهُ لَا يُشْتَرَطُ تَعْيِينُ السَّنَةِ) كَمَا لَا يُشْتَرَطُ الْأَدَاءُ

Artinya : “Dan pendapat yang sahih yang dinaskan dan yang diputuskan dengannya olih jumhur bahawa tidak disyaratkan menentukan (menyebut) tahun (dalam niat) sebagaimana tidak disyaratkan menentukan tunai.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Contoh niat puasa Ramadhan yang afdhal ialah dihadirkan di dalam hati :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَاْنَ هَذِهِ السَّنَةِ لَلَّهِ تَعَالَى

Artinya : “Aku berniat puasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Atau niat yang lebih ringkas : Aku berniat puasa Ramadhan esok hari fardhu kerana Allah Taala. 

Wajib berniat pada setiap malam di sisi jumhur ulamak yaitu mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali kerana apabila telah berbuka pada petang hari maka telah selesai satu ibadah puasa dan puasa pada esok hari adalah ibadah yang bersaingan. 

Olih kerana itu wajib pula berniat untu melakukan puasa esok hari.

Dan pada mazhab Maliki ibadah puasa selama sebulan adalah dikira ibadah yang satu maka memadai berniat sekali sahaja pada malam yang pertama puasa.

Harus bagi kita mengikut pandangan mazhab Maliki berniat untuk sebulan pada malam pertama dan wajib juga berniat pada malam-malam yang lain kerana meraikan pandangan jumhur ulamak. 

Cuma apabila ada pada satu malam yang kita lupa berniat maka sah puasa kita kerana telah ada berniat puasa sebulan pada malam pertama.

Contoh niat sebulan ialah :

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Artinya : “Aku berniat puasa sebulan Ramadhan sekeliannya kerana Allah Taala.”

Atau niat-niat yang seumpama ini.

Jika seorang wanita haidh pada awal Ramadhan dan hanya suci selepas beberapa hari Ramadhan maka harus dia niat sebulan itu pada malam ia suci itu.

Jika seorang wanita telah niat sebulan kemudian selepas beberapa hari ia berpuasa lalu datang haidh maka hendaklah dia berniat semula selepas sucinya nanti puasa sekelian hari yang masih baki kerana keluar dari perselisihan ulamak yang mengatakan niatnya telah terputus.

Bagi yang berniat sebulan tetap wajib baginya berniat pada setiap malam.

Harus dan sah niat serentak dengan masuknya waktu maghrib dan sah juga berniat ketika sedang makan ketika berbuka puasa.

Siapa yang telah berniat pada awal malam kemudian dia melakukan perbuatan yang membatalkan puasa seperti makan atau minum atau jimak atau lainnya nescaya sah dia berpuasa esok hari tanpa mengulangi akan berniat.

Dan begitu juga jia berniat sebelum tidur kemudian selepas bangun dari tidur sebelum masuk waktu subuh dia tidak wajib mengulangi berniat lagi.

Berkata Imam Nawawi :

وأنه لا يضر الأكل والجماع بعدها وأنه لا يجب لتجديد إذا نام ثم تنبه ويصح

Artinya : “Dan bahawasanya tidak memudaratkan olih makan dan jimak selepas berniat dan sungguhnya tidak wajib bagi mengulangi niat apabila dia telah tidur kemudian terjaga dan sah puasanya.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Jika selesai ia berniat puasa lalu masuk waktu subuh maka niatnya adalah sah dan jika masuk waktu subuh pada hal dia belum selesai berniat maka niatnya itu tidak sah dan begitu juga tidak sah berniat puasa seketika sebelum masuk waktu maghrib.

Dan jika seorang itu berniat serentak denga masuknya waktu subuh maka berlaku perselisihan pada sahnya dan tidaknya.

Berkata Imam Nawawi :

قَالَ أَصْحَابُنَا فَلَوْ نَوَى قُبَيْلَ غُرُوبِ الشَّمْسِ بِلَحْظَةٍ أَوْ عَقِبَ طُلُوعِ الْفَجْرِ بِلَحْظَةٍ لَمْ يَصِحَّ بِلَا خِلَافٍ وَلَوْ نَوَى مَعَ الفجر فوجهان مشهوران

Artinya : “Telah berkata Ashab kami : Maka kalau seorang berniat puasa sesaat sebelum tenggelam matahari atau sesaat selepas terbit fajar nescaya tidak sah dengan tanpa khilaf. Dan kalau seorang berniat puasa serentak masa terbit fajar maka ada dua pendapat yang masyhur.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

Siapa yang terlupa niat puasa wajib pada malam hari maka tidak sah pusanya dan wajib ia menahan diri dari makan dan minum pada keesokkannya.

Bangun untuk makan sahur tidak dikira sudah berniat puasa kerana mungkin seorang itu bersahur dan hadir dalam hatinya untuk berpuasa esok hari dan mungkin pula tidak hadir dalam hatinya untuk berpuasa esok hari. Olih kerana itu wajib yang bangun makan sahur berniat dan tidak bolih dianggap setiap yang bersahur sudah berniat puasa.

Tetapi jika ketika dia hendak makan sahur itu ada dalam hatinya kerana hendak berpuasa esok hari atau dia minum waktu sahur supaya tidak dahaga pada waktu siangnya nescaya sah dikira sudah berniat.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَالْمُعْتَمَدُ أَنَّهُ لَوْ تَسَحَّرَ لِيَصُومَ، أَوْ شَرِبَ لِدَفْعِ الْعَطَشِ نَهَارًا، أَوْ امْتَنَعَ مِنْ الْأَكْلِ أَوْ الشُّرْبِ أَوْ الْجِمَاعِ خَوْفَ طُلُوعِ الْفَجْرِ كَانَ ذَلِكَ نِيَّةً

Artinya : “Bermula pendapat yang muktamad bahawasanya kalau seorang itu bersahur kerana hendak berpuasa atau minum kerana menolak dahaga waktu siang atau dia tertahan dari makan atau minum atau jimak kerana takut terbit fajar maka adalah semua itu dikira sebagai niat.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

2. MENAHAN DARI PERKARA YANG MEMBATALKAN

Perbahasan berkenaan rukun yang kedua ini akan di sebut pada tajuk perkara-perkara yang membatalkan puasa.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Bersambung perkara-perkara yang membatalkan puasa…