"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Yahudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yahudi. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mei 2021

MARI KITA BERKENALAN DENGAN BRIGED AL QASSSAM


Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.

Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.

Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:

i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.

iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.

v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.

vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).

vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.

ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

x) Melazimi zikir harian.

xi) Melazimi olahraga atau beriadah.

xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:

Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.

Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.

Gigih berpegang dengan ajaran Islam.

Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.

Berdisiplin dan mentaati amir.

Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dsipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan.

Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh tentera Israel.

Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke dalam terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

Briged Al-Qassam menggunakan terowong rahsia bawah tanah untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalamnya. Ini menyukarkan tentera zionis untuk mengesan Briged Al-Qassam kerana ramai tentera Israel telah terbunuh akibat perangkap bom tersebut.

Briged Al-Qassam turut melatih golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran seperti simulasi hujan motar, latihan menembak, teknik menyelinap ke dalam terowong dan cara untuk menyelamatkan diri supaya mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan daripada tentera Israel.

Di samping itu, Briged Al-Qassam turut berjaya mencipta roket iR-160 yang mampu menjangkau sehingga 160 km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 dengan pencapaian jarak sejauh 120 km dan pelbagai lagi jenis roket dengan pelbagai jarak yang mampu dihasilkan oleh mereka untuk menggegarkan Israel.

Briged Al-Qassam juga mempunyai pasukan sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh dua kilometer sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh satu kilometer sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

Melalui roket anti iron drone pula menyebabkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat semakin khuatir. Sistem iron drone yang didakwa sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Briged Al-Qassam.

Israel pernah dimalukan setelah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam ‘Ababil’ membuat tinjauan udara di tanah haram Israel.

Selain itu, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut menerusi skuad amfibia. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

Selasa, 11 Mei 2021

'Jenayah perang' Regim Zionis Israel Laknatullah Sangat Kejam

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Ankara: Tindakan ganas Israel di Baitulmaqdis Timur amat 'kejam' dan adalah 'jenayah perang' serta melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan rejim itu perlu didakwa, kata kenyataan Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia pada Ahad.

Suruhanjaya itu, sebahagian daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menyerang umat Islam pada Ramadan adalah pelanggaran serius terhadap hak kebebasan beragama.

"Sungguh tidak berperikemanusiaan menyerang jemaah yang tidak bersenjata dengan bom tangan dan peluru getah.

"Pertubuhan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengusir rakyat Palestin dari rumah mereka secara haram oleh polis Israel dan mendesak rejim segera menghentikan pengusiran secara paksa itu.

"Baitulmaqdis Timur sebahagian kawasan yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah Palestin yang diduduki, tidak ada kawasan pun yang boleh dirampas," kata kenyataan itu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Rusia, Amerika Syarikat serta masyarakat antarabangsa digesa untuk memaksa Israel segera menghentikan tindakan kejam itu.

Krisis bermula apabila Mahkamah Pusat Israel di Timur Baitulmaqdis meluluskan keputusan untuk mengusir tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah sebaliknya menyokong pendatang Israel.

Pada Jumaat polis Israel bertindak ganas mengusir jemaah yang berada di perkarangan Masjid Al-Aqsa menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata.

Ratusan rakyat Palestin cedera dalam serangan itu.-myMetro

Isnin, 10 Mei 2021

APA YG DORANG DUK KECOH KAT PALESTIN TU?* *APA YANG PERLU ANDA TAHU

 *APA YG DORANG DUK KECOH KAT PALESTIN TU?*

*APA YANG PERLU ANDA TAHU*

*Apa yang sedang berlaku ?*

1. 2 malam lepas, Jumaat mlm Sabtu (awal pagi Sabtu waktu M’sia), pada malam 26 Ramadhan, tentera penjajah Israel telah menyerbu masuk ke Masjidil Aqsa dan menyerang secara ganas umat Islam Palestin yang sedang melaksanakan solah terawih dan beri’tikaf.

2. Tentera penjajah Israel menembak peluru getah, stun-grenade serta gas pemedih mata kepada umat Islam yang sedang bersembahyang di dalam dan di perkarangan masjid. Wanita dan kanak-kanak juga berada disitu.

3. Semasa ratusan jamaah terkepung didalam dewan masjid, tiba-tiba tentera Zionis Israel menyerang ke dalam masjid. Klinik masjid yang sedang merawat mereka yang cedera juga diserang. Tentera Israel melontar stun-grenade dan gas pemedih mata ke dalam masjid dan klinik.

4. Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan 163 rakyat Palestin cedera, kebanyakkannya di kepala, muka dan mata.

*Kenapa ia berlaku ?*

*Latarbelakang*

1.  Sejak beberapa bulan yang lepas, ketegangan di Baitul Maqdis antara pemduduk Palestin dan pelampau Yahudi yang disokong tentera Israel telah meningkat.

2. Ini berikutan keputusan Mahkamah Israel awal tahun ini untuk menghalau 28 keluarga Palestin yang tinggal diperkampungan Sheikh Jarrah, Baitul Maqdis Timur sejak 1956. Mereka dihalau untuk memberi laluan membangunkan lebih banyak  penempatan haram Yahudi.

3. 28 keluarga ini adalah mereka yang lari menyelamatkan diri dari pembunuhan Zionist Yahudi yang merampas Palestin pada 1948. Penempatan baru mereka telah dibina oleh Kerajaan Jordan di perkampungan Sheikh Jarrah, Baitul Maqdis Timur. Ketika itu Baitul Maqdis masih lagi dibawah pentadbiran Jordan.

4. Keputusan mahkamah Israel ini telah meningkatkan ketegangan dengan pelampau Yahudi yang mulai memasuki kawasan tersebut dan mengganggu-kacau keluarga Palestin.

5. Dalam satu rakaman video, seorang wanita Palestin menjerit bertanya kepada seorang pelampau Yahudi yang datang mengganggu mereka “Why are you stealing our house?”. Selamba si Yahudi tersebut menjawab “If I don’t steal, someone else will steal!” Dikalangan pelampau Yahudi, mereka berebut-rebut untutk merampas rumah rakyat Palestin, hasil restu dari mahkamah dan kerajaan Zionis Israel sendiri.

6. Sejak itu demontrasi demi demonstarsi dilakukan membantah keputusan Mahkamah Israel tersebut.

*Terkini*

1. Setiap tahun pada 12 Mei,  Israel merayakan Hari Jerusalem, iaitu hari mereka berjaya merampas kedua-kedua Baitul Maqdis Timur dan Barat pada tahun 1967. Ia antara hari perayaan terbesar di Israel dan sambutan bermula dari hari ini 9hb Mei.

2. Pada tahun ini, 12 Mei jatuh pada 28 Ramadhan, dimasa umat Islam sedang sibuk dan memenuhi Masjidil Aqsa mencari Lailatul Qadar.

3. Seperti biasa, setiap malam di bulan Ramadhan puluhan ribu umat Islam Palestin akan berterawih di Masjidil Aqsa. Ia juga menjadi medan bantahan kepada Israel.

4. Adalah dipercayai, serangan keatas penduduk Palestin semalam adalah untuk menekani dan menyekat mereka memasuki Masjidil Aqsa untuk malam-malam seterusnya bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Jerusalem oleh penduduk haram Yahudi. Setiap tahun penduduk haram Yahudi mengadakan perarakan bendera Israel sehingga memasuki perkarangan Masjidil Aqsa.

*Selepas ini?*

1. Beberapa hari yang akan ini adalah semakin kritikal kerana penduduk Palesrtin akan tetap mempertahankan Masjidil Aqsa daripada dicerobohi pendatang Yahudi.

2. Tetapi mereka tidak punya apa-apa senjata melainkan tubuh menjadi perisai, sedangkan pelampau Yahudi bersenjata dan disokong pula oleh polis dan tentera Israel.

3. Ditambah ketegangan ini berlaku dalam suasana penduduk Palestin sedang marah terhadap Israel yang mahu mengahalau penduduk Sheikh al Jarrah.

*Apa Boleh Kita Lakukan?*

1. Marilah kita perbanyakkan doa pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan terutama di malam Lailatul Qadar agar Allah SWT memberi perlindungan kepada sdr-sdr kita di Palestin dari kejahatan musuh Zinist Yahudi.

2. Marilah kita berdoa agar Allah memberi mereka kekuatan untuk berdiri teguh, kesabaran serta kemenangan dalam mempertahankan Masjidil Aqsa yang suci.

3. Marilah kita berdoa agar Allah melaknat, menghancurkan dan menunjukkan kekalahan kepada musuh-musuh yang jahat dari kalangan Zionis Yahudi dan penyokong-penyokongnya.

4. Marilah kita menunjukkan kesatuan dan kebersamaan kita dengan penduduk Palestin yang mempertahankan Masjidil Aqsa bagi pihak kita, dengan berkongsi berita dan memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam terhadap ancaman dan kejahatan Yahudi yang dihadapi oleh sdr-sdr Palestin kita.

5. Marilah kita menunjukkan kesatuan dan kebersamaan kita dengan penduduk Palestin dengan memberi bantuan apa asaja terutama kewangan untuk menampung perjuangan mereka dan mengisi dapur-dapur mereka dikala ayah dan abang-abang mereka berada dibarisan hadapan mempertahankan Masjidil Aqsa.

6. “Jika kalian tidak mampu mengunjunginya untuk solat maka hantarkan minyak yang akan digunakan untuk menyalakan pelita-pelita di sana - dari Musnad Imam Ahmad

Sepanjang Ramadjan 2021 ini, MyCARE telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis dan Gaza berjumlah USD 65,000 (RM 270,000). MyCARE akan terus menyalurkan sumbangan anda dalam pelbagai bentuk kepada para murabitoun di sana. Untuk sumbangan kepada saudara-saudara kita di Masjid al-Aqsa, salurkan ke:

https://donate.mycare.org.my/c/savealaqsa

Siapa kita untuk memalingkan muka dari mereka ? Mereka sedang bersemangat berjuang mempertahankan Masjid milik umat Islam semua! Semoga Allah bersama mereka dan sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

https://donate.mycare.org.my/c/savealaqsa 

Ar. Syed Mohd Radhi

Lembaga Pemegang Amanah

Aqsa Syarif / Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

09052021