"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Amerika Syarikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amerika Syarikat. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mac 2026

24 jam amukan Iran:220 tentera AS lumpuh.Sasaran di armada ke-5 dan Al Dhafra

 Sedang menghitung detik kiamat di Timur Tengah. 



Teheran tidak lagi menghantar nota bantahan, mereka menghantar "maut" melalui udara. 

Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya, Leftenan Kolonel Ibrahim Zolfaghari, baru sahaja melepaskan kenyataan yang memecah rekod ketenteraan moden: 220 anggota tentera AS maut atau cedera dalam tempoh 24 jam!

Berikut adalah bedah siasat terperinci serangan "Amukan Mac" ini:

1. Titik Letupan: Armada Kelima & Al Dhafra

Iran tidak menyasarkan pos pengawal kecil, mereka terus membedil "jantung" kekuatan Amerika di rantau Teluk:

• Armada Kelima (Bahrain): Lokasi paling strategik Tentera Laut AS. Dilaporkan 21 anggota maut serta-merta apabila gelombang misil menghujam kemudahan mereka. Ini adalah tamparan hebat kepada prestij US Navy.

• Pangkalan Udara Al Dhafra (UAE): Pangkalan yang menempatkan jet pejuang canggih dan sistem pengintipan. Di sini, malapetaka lebih besar berlaku dengan anggaran 200 anggota sama ada terbunuh atau cedera parah. Jika angka ini sah, Al Dhafra kini menjadi "kubur" kepada operasi udara AS di rantau tersebut.

2. 'Resipi' Dendam 28 Februari: Hutang Darah Dibayar Nyawa

Serangan ini bukan berlaku dalam vakum. Ia adalah tindak balas langsung kepada serangan misteri pada 28 Februari lalu (kira-kira 8 bulan selepas ketegangan sebelum ini) yang menyasarkan kemudahan nuklear Iran.

• Pihak Teheran mendakwa serangan Februari tersebut adalah "pengecut" kerana membunuh ratusan orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak, dan komander tinggi.

• Logik Iran: "Korang ceroboh kedaulatan nuklear kami dan bunuh rakyat kami, kami akan ranapkan pangkalan tentera korang tanpa belas kasihan."

3. Ekonomi Sebagai Senjata: Serangan Kapal Tangki

Bukan sekadar di darat dan udara, Iran turut menghantar mesej di lautan. Sebuah kapal tangki minyak milik AS di utara Teluk Parsi turut disasarkan.

• Ini adalah taktik "mencekik" urat nadi ekonomi dunia. Apabila kapal minyak mula terbakar, pasaran saham akan merudum dan harga bahan api dunia bakal melambung tinggi. Iran tahu, cara paling cepat untuk buat Washington panik adalah dengan mengganggu aliran "emas hitam".

4. Diplomasi Licik: 'Kawan Dengan Jiran, Lawan Dengan Abang Long'

Walaupun pangkalan yang diserang berada di Bahrain dan UAE, Iran sangat berhati-hati dalam kenyataan mereka.

• Mereka menegaskan tiada permusuhan terhadap negara tuan rumah. Ini adalah langkah bijak untuk mengelakkan negara-negara Arab terlibat dalam perang terbuka.

• Mesejnya jelas: 

"Kami cuma mahu menghalau 'penumpang' (AS & Israel) dari rumah korang, bukan mahu robohkan rumah korang."

Sejujurnya, angka 220 korban dalam masa 24 jam adalah sesuatu yang sangat ngeri dalam sejarah peperangan konvensional hari ini. 

Ini membuktikan sistem pertahanan udara AS mungkin sudah "ketinggalan" berbanding teknologi dron dan misil balistik Iran yang semakin pantas dan sukar dikesan.

Source 

Ahad, 22 Jun 2025

Konflik Iran Israel:"Ini Jawapan Iran Setelah Amerika Serang Mereka"

 "Ini Jawapan Iran Setelah Amerika Serang Mereka" 

Iran dah bagi isyarat. Mereka tak gentar. Kalau Amerika terus ganggu, pendatang haram Yesbiol akan terus dihujani peluru berpandu. Dan pagi ini, itu yang sedang berlaku.

Trump beri amaran keras. Katanya, kalau Iran balas serangan semalam, dia akan kerah serangan yang lebih besar. Tapi Iran tak tunggu. Mereka terus lancar 40 misil ke arah wilayah penduduk an. Mungkin lebih. 

Daripada 40 peluru berpandu, 10 dilaporkan kena tepat ke sasaran. Video dari tebing barat tunjuk misil-misil Iran melintas langit sebelum menghentam kawasan Haifa dan Tololaviv. Juga, mungkin lebih. 

Iran ada tiga pilihan selepas kemusnahan pagi tadi. Sama ada balas secara langsung kepada Amerika, atau lumpuhkan anak emas Amerika dulu.

Pilihan ketiga, Iran boleh tarik nafas panjang, lepas tu diamkan diri. Tak balas langsung dari segi ketenteraan, cuma main diplomasi dan propaganda. Tapi dengan maruah yang tercalar dan rakyat yang sedang menuntut balas, pilihan ini sangat nipis.

Dan nampaknya mereka pilih opsyen kedua.

Kalau Iran terus serang pengkalan tentera AS di Teluk, itu satu bentuk perisytiharan perang terbuka. Tapi bila mereka target Yesbiol, mesejnya jelas: “Aku tak ganggu kau, tapi aku habiskan budak kau.”

Ini langkah bijak Iran. Kalau Amerika campur tangan, dunia akan nampak ia bukan lagi soal nuklear, tapi balaci yang tak reti kendalikan perang. Iran letak Amerika dalam posisi tersepit.

Mesej visual makin kuat. Tololvaviv pula diserang. Letupan berlaku di tengah kota. Siren berbunyi dari Haifa sampai ke Baitulmaqdis. Sistem Iron Dome gagal tahan serangan bertubi-tubi.

Kementerian Luar Iran terus keluarkan kenyataan. Mereka kata, Amerika telah melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB bila serang fasiliti nuklear Iran.

Kenyataan rasmi tu dengan tegas sebut: dunia mesti ambil serius tingkah laku gila Amerika. Iran beri amaran, ini bukan hal kecil. Ini titik mula konflik yang boleh merebak ke seluruh rantau.

Siaran berita dari Iran lapor, ratusan kawasan pendatang haram kini dalam mod kecemasan. Siren berbunyi serentak di banyak bandar besar. Dari utara sampai selatan, rakyat Yesbiol hidup dalam bayang ketakutan.

Pemintas udara pendatang haram sedang bergelut. Beberapa peluru berpandu Iran berjaya lepasi pertahanan. Letupan berlaku di beberapa kawasan strategik.

Tak cukup dengan itu, 100 lagi misil dilaporkan sedang menuju ke arah wilayah jajahan Yesbiol. Ini bukan lagi serangan balas kecil. Ini satu operasi penuh mesej politik dan ketenteraan.

Iran tahu dunia sedang perhatikan. Mereka tak akan tarik balik. Malah, mereka mahu buktikan bahawa kejatuhan pemimpin mereka tak akan lemahkan sistem pertahanan dan keazaman negara.

Apa yang berlaku hari ini adalah ujian kepada kredibiliti kuasa-kuasa besar. Jika China dan Rusia terus diam, dominasi Amerika akan makin menggila. Jika mereka campur tangan, kuasa dunia akan mula beralih.

Setakat ini, tiada kenyataan terbuka dari Beijing atau Moscow. Tapi perisikan menyebut bahawa kapal perang Rusia mula digerakkan dari Mediterranean. China pula tingkatkan komunikasi tentera dengan Teheran.

Kalau Amerika terus galak, dan Yesbiol terus menyalak, kemungkinan perang berskala global tak lagi jauh. Dunia sedang duduk di atas bara.

Sebab itu Iran bijak. Mereka tak balas secara membabi buta. Mereka target simbol, pusat pengaruh, dan jantung psikologi musuh mereka.

Ini perang saraf. Bila rakyat pendatang haram hidup dalam ketakutan, itu tanda awal sistem mula rapuh. Dan bila serangan berjaya menembusi Iron Dome, itu tamparan besar.

Amerika tak boleh selamatkan semua. Mereka sedang pilih antara terus jadi polis dunia, atau terpaksa akur bahawa zaman mereka dah mula merudu dan redup.

Setanjahat pula muncul beri pujian. Katanya Trump hero dunia, penyelamat tamadun, dan penjaga keamanan. Tapi realitinya, mereka sedang bina perang atas darah rakyat tak berdosa.

Penduduk Gaezhahh selama ini jadi bahan uji senjata. Sekarang, bila Iran bawa perang ke pintu rumah pendatang haram, mereka mula meracau.

Ini peng****s sebenar. Yang serang hospital. Yang bom sekolah. Yang panggil kematian orang lain sebagai kolateral. Dan sekarang mereka menangis bila balasan datang.

Iran tahu, ini bukan lagi soal loji nuklear. Ini soal harga diri. Mereka tak akan duduk diam. Mereka dah bersedia untuk berperang. Mereka dah sampaikan mesej.

Trump mungkin fikir dia boleh ugut semua orang. Tapi sejarah dah tunjuk, negara yang berani pertahan maruah takkan goyah walau diasak dari semua sudut.

Kita sedang tengok saat penting dalam sejarah moden. Sama ada dunia tunduk pada satu kuasa, atau bangkit menentang hegemoni yang rakus.

Iran dah mula langkah. Dan pagi ini, satu lagi roket menghentam Tololvaviv. Dunia perlu bersedia. Ini baru permulaan.

Subhanallah. Semoga yang benar terus dilindungi. Dan semoga kezaliman dibalas dengan kehancuran yang setimpal.

___

Source 

Khamis, 17 April 2025

BILL O’REILLY PERLI MALAYSIA: “MEREKA TAK ADA DUIT, TAK BOLEH BANTU CHINA”

 BILL O’REILLY PERLI MALAYSIA: “MEREKA TAK ADA DUIT, TAK BOLEH BANTU CHINA”

Dalam satu klip yang tular di platform X, Bill O’Reilly, bekas hos Fox News yang terkenal dengan gaya keras dan sinisnya, mempersendakan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja. Dengan selamba, O’Reilly menyatakan,

“Hey, President Xi, biar saya terus terang. Negara-negara itu tak ada duit. Mereka takkan dapat tolong kamu. Mereka pun tak mampu nak beli barang kamu.”

Satu kenyataan yang jelas merendahkan martabat negara-negara Asia Tenggara — termasuk Malaysia.

Komentar O’Reilly ini mempamerkan satu bentuk keangkuhan klasik yang biasa kita lihat dari sesetengah tokoh konservatif Amerika: memperlekehkan negara-negara membangun tanpa memahami realiti sebenar. Hakikatnya, Malaysia, Vietnam dan Kemboja mungkin tidak sebesar kuasa beli Amerika Syarikat, tetapi ketiga-tiga negara ini adalah antara ekonomi paling pantas berkembang di rantau Asia. Malaysia misalnya, kini sebahagian penting dalam rantaian bekalan global, termasuk dalam industri semikonduktor dan teknologi tinggi.

Apa yang lebih pelik, kenyataan O’Reilly datang pada saat Amerika Syarikat sendiri sedang bergelut dengan hutang kerajaan yang hampir tidak terkawal, defisit belanjawan yang melebar, dan tekanan inflasi yang menggigit rakyat marhaen mereka sendiri. Ironinya, negara yang kononnya "kaya" itu kini perlu berhutang lebih daripada 33 trilion dolar untuk menampung operasinya.

Komen seperti ini mencerminkan ketakutan lama Barat terhadap kebangkitan kuasa-kuasa baru di Asia. Apabila China mengukuhkan hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran seperti Malaysia dan Vietnam, ia bukan sekadar soal jual beli barangan—ia soal membina blok perdagangan baru, mempelbagaikan pasaran, dan mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran Amerika Syarikat. Ini yang sebenarnya menggerunkan Washington.

Apa yang lebih menarik, Malaysia bukan sahaja sekadar rakan dagang bagi China. Kita adalah salah satu pengeluar utama produk berteknologi tinggi, pengeksport minyak sawit terbesar, dan pemain penting dalam pasaran halal global. Di Vietnam pula, industri pembuatan dan elektronik berkembang pesat, menarik pelabur dari seluruh dunia, termasuk syarikat-syarikat Amerika sendiri yang ingin mengurangkan risiko geopolitik dengan berpindah keluar dari China.

Komen O’Reilly juga menonjolkan bagaimana sesetengah pengulas Barat masih terperangkap dalam minda lama — seolah-olah dunia ini masih berpusat di sekitar Barat. Mereka lupa bahawa abad ke-21 ini adalah abad Asia. China, Malaysia, Vietnam, Indonesia — semuanya bergerak ke depan, membina ekonomi yang lebih bebas, lebih seimbang, dan lebih bersedia menghadapi perubahan dunia.

Dan kalau nak bercakap soal "tak ada duit", realitinya syarikat-syarikat China hari ini banyak melabur di seluruh dunia — dari Afrika ke Amerika Latin — membantu membangunkan pelabuhan, kereta api, kilang dan infrastruktur yang sebelum ini tidak dipandang langsung oleh kuasa-kuasa Barat. Malaysia juga menerima manfaat dalam bentuk pelaburan, peluang pekerjaan, dan pemindahan teknologi.

Apa yang jelas, serangan retorik seperti ini hanyalah percikan kecil dalam lautan perubahan besar yang sedang berlaku. Dunia tidak lagi menerima bulat-bulat naratif tunggal dari Washington atau London. Hari ini, negara-negara membangun menulis kisah mereka sendiri — termasuk Malaysia, dengan identiti, maruah dan kekuatan yang kita bina sendiri.

MasyaAllah, dunia ini penuh dengan orang yang hanya pandai bercakap tapi buta terhadap hakikat sebenar. Semoga kita sentiasa diberikan hikmah untuk menilai dunia dengan mata yang terbuka, hati yang lapang, dan keyakinan pada kemampuan bangsa sendiri.

---

Source 

Ahad, 12 Januari 2025

Kebakaran Dahsyat di Los Angeles - Anggaran Kerugian AS$150 Bilion: Peringatan kepada Dunia dan Manusia"

 "Kebakaran Dahsyat di Los Angeles - Anggaran Kerugian AS$150 Bilion: Peringatan kepada Dunia dan Manusia"

Oleh: Mazlan Syafie

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, pencipta alam ini dengan segala kebesaran dan kebijaksanaan-Nya. Dunia sekali lagi diuji dengan bencana alam yang dahsyat, memberi peringatan kepada kita tentang kelemahan manusia di hadapan kuasa alam yang diciptakan oleh Allah. Kebakaran besar yang sedang melanda Los Angeles dan kawasan sekitarnya di California Selatan kini mencatatkan antara bencana paling mahal dalam sejarah moden.


Kebakaran ini telah menyebabkan kemusnahan besar, dengan sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban dan lebih daripada 9,000 struktur rosak atau musnah, termasuk rumah dan bangunan bersejarah. Lebih daripada 130,000 penduduk terpaksa berpindah demi keselamatan mereka, manakala kawasan Los Angeles County dan Ventura County kekal di bawah amaran bendera merah. Menurut anggaran terkini, jumlah kerosakan ekonomi akibat kebakaran ini mencecah antara AS$135 bilion hingga AS$150 bilion (bersamaan lebih RM600 bilion hingga RM700 bilion), menjadikannya salah satu kebakaran hutan paling mahal dalam sejarah dunia.


Faktor utama yang menyemarakkan kebakaran ini ialah angin Santa Ana, fenomena cuaca khas di California Selatan yang membawa kelajuan angin sehingga 100 km/j dengan kelembapan serendah 10%. Kombinasi angin kencang, kemarau panjang, dan vegetasi kering akibat cuaca ekstrem menjadikan kawasan tersebut sangat mudah terbakar. Bara api kecil mampu diterbangkan jauh oleh angin, mencetuskan kebakaran baru dalam radius yang luas.


Punca sebenar kebakaran ini masih dalam siasatan, namun terdapat spekulasi bahawa ia mungkin berpunca daripada kerosakan talian elektrik, percikan api, atau puntung rokok yang dibuang sembarangan. Pemanasan global juga memainkan peranan besar, menyebabkan musim kemarau lebih panjang, suhu yang lebih tinggi, dan risiko bencana seperti ini semakin kerap berlaku. Keadaan ini mengingatkan kita kepada tragedi besar seperti Camp Fire pada 2018 yang mengorbankan 85 nyawa dan Thomas Fire pada 2017 yang membakar lebih 280,000 ekar tanah.


Walaupun kemusnahan ini amat dahsyat, usaha pasukan bomba harus dipuji. Lebih 2,000 anggota bomba kini bertungkus-lumus memadamkan api, dibantu oleh helikopter dan pesawat penjatuh air. Namun, cabaran mereka sangat besar, terutamanya dengan medan yang curam dan cuaca yang terus berubah-ubah. Ketabahan dan keberanian mereka adalah contoh terbaik kerjasama manusia dalam menghadapi ujian besar.

Di Malaysia pula, cabaran Monsun Timur Laut sedang melanda. Monsun yang bermula pada November 2024 dijangka berterusan hingga Mac 2025, membawa hujan lebat yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor berada dalam risiko tinggi, sementara ribut petir dan angin kencang dijangka melanda negeri lain seperti Selangor, Melaka, Sarawak, dan Sabah. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi amaran tentang kawasan rendah seperti Kuantan, Pekan, dan Rompin yang dijangka terkesan teruk jika banjir berlaku.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat, menyediakan bekalan makanan dan air bersih, serta mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta berpindah. Perancangan awal dan tindakan pantas dapat membantu mengurangkan risiko dan kerosakan akibat bencana.

MasyaAllah, betapa besar kekuasaan Allah yang mencipta fenomena alam ini untuk mengingatkan manusia tentang tanggungjawab menjaga bumi yang diamanahkan kepada kita. Kebakaran di Los Angeles dan banjir yang mungkin berlaku di Malaysia adalah bukti jelas bahawa kita perlu lebih menghargai alam sekitar, menjaga keseimbangan ekosistem, dan bertindak lebih bijak dalam menghadapi perubahan dunia. Semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini dengan penuh hikmah dan rasa syukur. MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar.

___

Source 

Isnin, 19 Ogos 2024

"Lebuh Raya ke Syurga (The Highway to Heaven): Keajaiban Kejuruteraan Merentasi Amerika Syarikat"

 "Lebuh Raya ke Syurga (The Highway to Heaven): Keajaiban Kejuruteraan Merentasi Amerika Syarikat" 

MasyaAllah, Maha Suci Allah yang telah mencipta alam semesta dan mengurniakan manusia dengan akal fikiran untuk meneroka serta mengagumi keindahan ciptaan-Nya. Salah satu bukti kehebatan ini dapat dilihat melalui pembinaan Interstate 80 (I-80) sebuah lebuh raya yang menakjubkan di Amerika Syarikat.

I-80 merupakan salah satu lebuh raya antara negeri terpanjang di Amerika Syarikat. Ia melintasi benua dari timur ke barat sejauh kira-kira 4,667 kilometer. Lebuh raya ini bermula di San Francisco, California dan berakhir di Teaneck, New Jersey berhampiran New York City. Ia merentasi 11 negeri termasuk Nevada, Utah, Wyoming, Nebraska, Iowa, Illinois, Indiana, Ohio dan Pennsylvania.

Bahagian yang paling menarik perhatian ramai ialah yang digelar "Lebuh Raya ke Syurga". Ia terletak di Wyoming antara bandar Laramie dan Cheyenne. Laluan ini melalui "Summit" sebuah laluan gunung di Banjaran Laramie yang mencecah ketinggian 2,634 meter di atas paras laut. Ia merupakan titik tertinggi di sepanjang I-80. Bayangkan pemandangan menakjubkan yang menanti pemandu di sini. Seolah-olah memandu di atas jalan raya yang menghubungkan bumi dan langit dikelilingi oleh gunung-ganang yang menjulang tinggi.

Namun keindahan ini hadir bersama cabaran. Bahagian "Lebuh Raya ke Syurga" ini terletak pada ketinggian lebih 2,400 meter. Ia menjadikannya salah satu jalan raya tertinggi di Amerika Syarikat. Pada musim sejuk ia sering diselubungi salji tebal dan ais. Angin kencang boleh mencapai kelajuan melebihi 80 kilometer sejam. Keadaan ini menjadikannya salah satu laluan paling berbahaya di negara tersebut. Ia menguji kemahiran dan ketabahan pemandu.

Keunikan I-80 tidak terhad kepada cabarannya sahaja. Pada hari-hari tertentu apabila keadaan cuaca membenarkan bahagian jalan ini kelihatan seolah-olah menghilang ke dalam awan. Ia memberikan ilusi jalan yang menuju ke langit. Fenomena ini yang telah menjadi viral di media sosial sebenarnya adalah hasil daripada ilusi optik yang dikenali sebagai "pembiasan cahaya". Ia berlaku apabila cahaya matahari memantul pada permukaan jalan raya yang basah atau berais pada sudut yang tepat. Ia mewujudkan pemandangan yang seolah-olah tidak nyata.

Dari sudut sejarah I-80 mengikuti jejak laluan Lincoln Highway lebuh raya transkontinental pertama di Amerika Syarikat. Ia juga menuruti laluan bersejarah seperti Oregon Trail dan Mormon Trail. Ia menghubungkan masa lalu dengan masa kini dalam satu laluan yang mengagumkan.

Selain nilai sejarahnya I-80 juga memainkan peranan penting dalam ekonomi dan mobiliti Amerika Syarikat. Ia memudahkan pengangkutan yang cekap merentasi sebahagian besar negara. Ia menghubungkan pusat-pusat ekonomi utama dari pantai ke pantai.

Keajaiban kejuruteraan ini memaparkan kehebatan akal fikiran manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Ia menunjukkan bagaimana kita mampu mengatasi halangan alam semula jadi untuk membina infrastruktur yang menakjubkan. Ia menghubungkan manusia dan tempat di seluruh benua.

Di sekitar kawasan "Lebuh Raya ke Syurga" ini juga terdapat pemandangan unik lain. Turbin angin gergasi dibina untuk memanfaatkan angin kuat yang hampir tidak pernah berhenti di sini. Turbin-turbin ini yang merupakan antara yang terbesar di dunia bukan sahaja menjadi sumber tenaga penting bagi negeri Wyoming. Ia juga menambah keindahan pemandangan yang sedia menakjubkan.

Pengalaman memandu di I-80 sungguh luar biasa. Bayangkan perjalanan yang bermula dari pantai California melintasi padang pasir Nevada merentasi Pergunungan Rocky yang megah melalui kawasan pertanian di Midwest dan akhirnya tiba di pantai timur yang sibuk. Setiap kilometer menawarkan pemandangan yang berbeza. Ia melambangkan kepelbagaian geografi Amerika Syarikat.

MasyaAllah Allah telah menciptakan kepelbagaian landskap yang menakjubkan ini dan menganugerahkan manusia dengan kebolehan untuk meneroka dan menghubungkannya. I-80 terutamanya bahagian "Lebuh Raya ke Syurga" bukan sekadar sebuah jalan raya. Ia adalah bukti kehebatan ciptaan Allah dan kebijaksanaan yang dianugerahkan-Nya kepada manusia.

Semoga kita sentiasa bersyukur atas nikmat kemudahan perjalanan yang kita nikmati hari ini hasil daripada usaha dan kreativiti generasi terdahulu. Semoga kita terus mengagumi dan menjaga alam ciptaan Allah ini sebagai tanda syukur kita kepada-Nya. MasyaAllah betapa agungnya ciptaan Allah dan betapa besar nikmat-Nya kepada kita!

Source 

Rabu, 2 Ogos 2023

PRN 15 negara dipengaruhi Amerika Syarikat?

 Sedang tersebar luas sebuah laporan yang mendedahkan bahawa negara Amerika Syarikat sedang cuba mempengaruhi Pilihanraya Negeri (PRN) di negara kita. 

Laporan ini agak mengejutkan dan amat membimbangkan apabila dinyatakan bagaimana peranan agensi Amerika dalam mencaturkan politik negara. Adakah selama ini adalah hasil percaturan Amerika? 

Kalau dahulu PH berada di pihak pembangkang, mungkin apa yang boleh mereka lakukan terhadap negara agak terhad tetapi kini mereka sudah menjadi pemerintah, maka sudah pasti mereka boleh lakukan segalanya. Apakah bermakna segala polisi dan strategi negara nnati adalah mengikut kehendak Amerika? 

Kita kena ingat tidak ada negara yang akan selamat jika duduk di bawah telunjuk Amerika apatahlagi jika terhutang budi dengan 'personal' sebegitu rupa. Mereka idak akan benarkan kita bergerak bebas dan muncul sebagai satu kuasa. 

Sebaliknya mereka akan tekan dan memaksa negara untuk mengikut telunjuk mereka. Pemimpin tidak lain hanya sebagai puppet semata. Adakah kita mahu negara kita sedemikian?

Satu siasatan perlu dilakukan ke atas pihak yang teribat bagi memastikan kebenaran apa yang dilaupurkan agar rakyat tahu dari mana sebenarnya dana parti-parti politik, termasuk kerajaan dan pembangkang benar-benar datang. 

Kita tidak mahu masa depan negara kita ditentukan oleh orang lain yang tidak ada perasaan kasih kepada negara dan kecintaan kepada watan. Mereka hanya mahu memastikan segala kepentingan serakah dan nafsu mereka dipelihara sahaja. 

Ini bukan kali pertama kita dengar dana luar masuk untuk menyokong parti-parti tertentu untuk menang. Sefaham saya memang tiada undang-undang yang melarangnya kerana sehingga kini akta berkenaan pendanaan masih tiada, dan kerajaan mahupun pembangkang dilihat tidak serius pun untuk mengusulkannya di parlimen.

Jangan kerana kita terlalu teruja dalam persaingan politik yang begitu kompetitif hari ini sehingga kita lalai; tergadai segala-galanya di kemudian hari.

Renung-renungkanlah.

Aminuddin Yahaya

2 Ogos 2023

Rujukan: https://murrayhunter.substack.com/p/us-influence-in-the-coming-state?utm_medium=email&isFreemail=true

Rabu, 15 Disember 2021

Covid-19: Jumlah kematian di AS lebih 800,000

 

Universiti Johns Hopkins melaporkan 50.2 juta jangkitan sejak kes pertama disahkan di Washington pada Januari 2019. - Gambar NYT

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 800,000 pada Selasa, sekali gus berada di tangga teratas, lapor Universiti Johns Hopkins.

Institusi pendidikan terkenal berpangkalan di Maryland itu turut mendaftar lebih 50.2 juta jangkitan sejak kes pertama disahkan di negeri Washington pada Januari 2019.

Terdahulu, jurucakap White House, Jen Psaki memetik kajian baharu daripada Commonwealth Fund, yang menurutnya mendapati bahawa vaksinasi telah menyelamatkan lebih sejuta nyawa, menghalang lebih daripada 10 juta kemasukan ke hospital dan mencegah lebih daripada 35 juta kes Covid-19 sejak Presiden Joe Biden mengambil jawatan.

“Ini bukan secara kebetulan. Presiden menjadikan keutamaannya untuk memastikan vaksin tersedia kepada rakyat Amerika seawal mungkin,” kata Psaki.

Selepas varian Delta, yang menyebabkan peningkatan dalam bilangan kes di seluruh negara, AS kini dikejutkan dengan kebimbangan terhadap varian baharu Omicron, yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan.

Pihak berkuasa kesihatan AS mengumumkan kes pertama varian Omicron di California pada 1 Disember lalu. Pesakit itu adalah pengembara yang pulang pada 22 November dari Afrika Selatan dan disahkan positif pada 29 November.

Sejak itu, varian baharu telah dikenal pasti di sekurang-kurangnya 29 negeri dan Washington, DC.

AS mula memberi vaksin Covid-19 kepada rakyatnya pada 14 Disember 2020. Setahun kemudian, lebih 486 juta dos vaksin telah diberikan setakat ini di negara itu. – Agensi

Jumaat, 3 Disember 2021

AS paling banyak buang sampah plastik di dunia

 

SAMPAH termasuk sisa plastik di pantai Costa del Este di bandar Panama. - AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merupakan negara penyumbang terbesar pencemaran sisa plastik di dunia berdasarkan laporan baharu strategi nasional bagi membendung krisis yang dihantar kepada Kerajaan Persekutuan. 

Laporan bertajuk Reckoning with US Role in Global Ocean Plastic Waste diberi mandat oleh Kongres sebagai sebahagian daripada Akta Save Our Seas 2.0 yang digubal menjadi undang-undang, Disember 2020. 

Secara keseluruhannya, AS menyumbang sebanyak 42 juta tan sisa plastik, 2016, iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari China serta melebihi negara gabungan Kesatuan Eropah (EU). 

Secara purata, setiap penduduk AS menghasilkan sebanyak 130 kilogram (kg) sisa plastik setiap tahun, diikuti Britain 99 kg setiap orang untuk setiap tahun serta Korea Selatan, 88 kg setiap tahun. 

Ketua Pegawai Sains Monterey Bay Aquarium, Margaret Spring mempengerusikan jawatankuasa pakar yang menghasilkan laporan tersebut. 

Jelas beliau, kejayaan ciptaan produk plastik abad ke-20 juga menyebabkan banjir skala global dengan sisa plastik kelihatan di merata tempat.

Katanya, sisa plastik global adalah ‘krisis alam sekitar dan sosial’ yang memberi kesan kepada penduduk di kawasan pedalaman dan pantai sehingga berlaku pencemaran. 

“Pencemaran berlaku di kawasan sungai, tasik dan laut sehingga menyebabkan beban ekonomi terhadap penduduk, memberi ancaman terhadap binatang liar serta mencemarkan air yang menjadi sumber kebergantungan,” jelasnya.

Pengarah kempen barang plastik Oceana, Christy Leavitt menegaskan semua pihak perlu menghentikan tuding-menuding antara satu sama lain. 

Hal ini kerana, peranan AS yang menyumbang kepada krisis pencemaran plastik yang menjadi ancaman alam sekitar terbesar dihadapi lautan perlu dipandang serius. 

MENINGKAT 20 KALI GANDA 

Penghasilan sisa plastik global meningkat dari 20 juta tan pada 1966 kepada 381 tan pada 2015, sekali gus menyaksikan peningkatan 20 kali ganda dalam tempoh setengah abad. 

Laporan sama turut mendedahkan perhatian terhadap sisa lautan yang asalnya tertumpu kepada sumber berasaskan kapal dan marin semata-mata, kini diketahui hampir semua sampah plastik di kawasan darat berpotensi sampai ke lautan melalui aliran sungai. 

Hasil penyelidikan menunjukkan hampir seribu spesies hidupan laut terdedah kepada belitan plastik atau termakan mikroplastik yang kemudian melalui siratan makanan yang kembali kepada manusia. 

Laporan itu memperincikan anggaran lapan juta tan sisa plastik memasuki dunia setiap tahun yang bersamaan dengan lori sampah membuang sisa plastik ke lautan setiap minit. 

Pada kadar semasa, jumlah plastik yang dilepaskan ke lautan boleh mencecah sehingga 53 juta tan setahun menjelang 2030, kira-kira separuh daripada jumlah berat ikan yang ditangkap dari lautan setiap tahun.

 LANGKAH CADANGAN

Laporan itu menawarkan beberapa langkah bagi menangani krisis tersebut, antaranya mengurangkan pengeluaran bahan berasaskan plastik. 

Tindakan lain yang dicadangkan termasuk menggunakan bahan yang mudah lupus dengan lebih cepat serta lebih mudah dikitar semula. 

Selain itu, mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan pengurusan sisa plastik lebih baik seperti teknik mengeluarkan mikroplastik daripada air sisa. 

Dalam pada itu, teknologi penangkapan sisa perlu ditambah baik bagi menghentikan plastik di laluan air serta membendung pembuangan plastik terus ke lautan. 

Laporan itu turut menyeru AS mewujudkan sistem penjejakan dan pemantauan bagi mengenal pasti sumber sisa dan titik panas. 

AS turut dicadangkan membangunkan strategi nasional selewat-lewatnya penghujung 2022. -UTUSAN

Khamis, 31 Disember 2020

Jururawat positif COVID-19 seminggu selepas disuntik vaksin Pfizer

- Foto hiasan
- Foto hiasan

CALIFORNIA: Seorang jururawat berusia 45 tahun di California, Amerika Syarikat (AS) didapati positif COVID-19 seminggu selepas beliau menerima vaksin coronavirus Pfizer Inc, menurut laporan ABC News.

Matthew W, seorang jururawat bertugas di dua hospital tempatan berbeza, dalam catatan di Facebook, berkata pada 18 Disember lalu beliau menerima suntikan vaksin Pfizer.

Beliau memberitahu ABC News bahawa lengannya sakit selama sehari tetapi tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang lain.

Namun, enam hari kemudian pada malam Krismas, jururawat itu jatuh sakit selepas bekerja di unit COVID-19 dan dilaporkan menggigil selain mengalami sakit otot serta keletihan.

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan dan ujian COVID-19 di hospital berkenaan serta didapati positif sehari selepas sambutan Krismas, kata laporan itu.

Pakar penyakit berjangkit Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers.

Pakar penyakit berjangkit Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers.

Pakar penyakit berjangkit dengan Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers, memberitahu wakil ABC News bahawa senario itu tidak dijangka.

"Kami dimaklumkan bahawa dalam ujian klinikal, vaksin mengambil masa sekitar 10 hingga 14 hari untuk mula memberi perlindungan.

"Dos pertama yang diberikan hanya sekitar 50 peratus dan anda memerlukan dos kedua itu, yang memberi perlindungan sehingga 95 peratus," katanya. - AGENSI

Jumaat, 18 September 2020

TikTok , Saya tidak akan gembira – Trump


NEW YORK: 
Syarikat China, ByteDance berdepan kesukaran menyakinkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mereka mengekalkan pemilikan majoriti dalam aplikasi video pendeknya, TikTok di AS, menurut bekas pegawai keselamatan negara AS dan peguam pakar kawal selia.

Bulan lalu, Presiden AS, Do­nald Trump mengarahkan ByteDance untuk melucutkan hak ke atas TikTok ketika kebimbangan tentang keselamatan data kira-kira 100 juta rakyat Amerika yang menggunaan aplikasi itu dibimbangi terlepas ke tangan kerajaan China yang diperintah Parti Komunis.

Beliau malahan mengugut untuk mengharamkan TikTok di negara itu pada 20 September ini jika ByteDance tidak menuruti arahannya.

ByteDance telah menyerahkan pelan kepada pegawai AS untuk mereka mengekalkan pemilikan majoriti dalam perniagaan global TikTok dan menubuhkan ibu pejabat TikTok di AS, menurut laporan Reuters Selasa lalu.

Cadangan itu kini sedang dinilai oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing AS (CFIUS), sebuah panel yang dipengerusikan oleh Jabatan Perbendaharaan AS.

“Secara konsepnya, saya mengaku saya tidak suka (cadangan ByteDance kekalkan pemilikan majoriti). Itu yang telah dilaporkan tetapi saya belum diberitahu lagi. Jika begitu ga­yanya, saya tidak akan gembira,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih kelmarin.

Jika Trump menerima cada­ngan tersebut, beliau perlu meminda Perintah Presiden yang ditandatanganinya pada 14 Ogos lalu yang mengarahkan Byte­Dance melucutkan hak ke atas TikTok di AS, sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana Presiden AS dalam sejarah ke­selamatan negara itu, kata pakar CFIUS.

“Selepas CFIUS membuat cadangan kepada Presiden dan Presiden mengeluarkan perintahnya untuk pelucutan hak, tidak pernah berlaku lagi kedua-dua parti yang terlibat merun­dingkan penyelesaian yang tidak melibatkan pelucutan hak, walaupun jelas ia tertakluk dalam kuasa Presiden untuk mengubah perintahnya,” kata rakan kongsi firma guaman Freshfields Bruckhaus Deringer LLP, Aimen Mir yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha untuk Keselamatan Pelaburan di Jabatan Perbendaharaan AS.

Setakat ini, ByteDance, Rumah Putih dan Perbendaharaan masih belum memberikan sebarang komen.

-Media Rakyat