"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sidang media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sidang media. Papar semua catatan

Khamis, 22 Julai 2021

Mana pergi duit sumbangan RM20 juta kepada Gaza? Soal Ebit Lew


Ebit Lew ketika sidang media secara maya hari ini.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan di manakah duit sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM20 juta yang diberikan kepada rakyat Gaza menerusia Persatuan Cinta Gaza Malaysia. 

Ebit dalam siaran langsungnya hari ini meminta presiden persatuan itu, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk Gaza. 

Beliau menerusi laman Instagramnya berkata, perkara itu perlu dijelaskan kerana ia melibatkan jumlah sangat besar.

 “Dia ada minta sumbangan untuk Gaza. Tapi, saya ke Gaza guna duit saya sendiri dan tak pernah buka sebarang tabung Gaza. “Ada beberapa sahabat yang sangat rapat dan juga ada beberapa rakan di Facebook menyumbang tetapi mereka tak mahu nama mereka disebut. Mereka ikhlas membantu,” katanya.

 Ebit turut berkata, ramai yang telah memakinya dengan pelbagai panggilan hingga menggores hati isteri, anak-anak dan keluarganya.

“Saya tak kisah kalau saya seorang saja yang kena. Itu dah biasa, tetapi apabila sampai melibatkan isteri, anak-anak dan keluarga yang lain, saya jadi sedih. 

“Saya dah biasa dituduh dengan panggilan yang macam-macam… susah saya nak sebutkan, tapi saya sebutkan juga hari ini, antaranya babi, penunggang agama, dajjal, syaitan dan macam-macam lagi.

 “Bila keluarga tanya mengenai dakwaan ini dan mereka terpalit juga, sebab tu saya tampil hari ini,” katanya. Siaran langsung selama 1 jam 31 minit itu juga, Ebit menjawab dakwaan yang turut dilemparkan daripada penyanyi rap tempatan Caprice. 

“Saya tak pernah lagi buat ‘live’ sebut nama orang, tetapi apa yang telah mereka buat pada saya, agak melampau.

“Saya maafkan mereka cuma tuduhan itu tanpa asas atau bukti. Saya ada segala bukti dan sudahpun diserahkan kepada pihak sepatutnya. 

“Biasanya siapa yang dakwalah perlu bag bukti, tapi tak apalah,” katanya lagi. Jelasnya, Nadir perlu tampil menjawab persoalan ini kerana kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar. 

“Dia ada sebut dalam ‘live’ dia mengenai sumbangan RM500,000 yang dikatakan sedikit. Bagi saya tu dah cukup besar. 

“Saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit, ada bukti?,” katanya. 

Tidak hanya itu, Ebit turut menjawab dakwaan mengenai pembelian barang-barang bantuan di Kaherah sedangkan menurut Nadir Al Nuri ia boleh didadapati di dalam Gaza.

“Ada barang yang ada di Gaza tetapi mahal. Ada yang tak da dan perlu tunggu hingga enam bulan. Jadi, apabila kita dah berada di Kaherah, kita beli semua kelengkapan dan mengapa tidak menggunakan khidmat Nadir adalah kerana sebut harga yang diberikan Nadir adalah tinggi sekitar $40 dolar dan ada pihak lain yang menawarkan kepada kami hanya pada kos $20 dolar, kotak makanan yang sama dengan Nuri.

“Sebenarnya persoalan itu sepatutnya tak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir,” katanya. – MalaysiaGazette

Isnin, 14 Disember 2020

[VIDEO]Ada kemungkinan kerajaan PN jatuh esok, kata Dr M


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menyatakan hal itu Mahathir berkata ahli parlimen perlu memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau jawatan kerana ketika ini rakyat sudah cukup marah kepada kerajaan.

Justreru bekas perdana menteri itu berkata dia dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sedia menawarkan diri untuk membantu mengembalikan negara dan membantu rakyat.

Tengku Razaleigh juga mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam pengundian belanjawan esok.

-mKini

Sabtu, 5 Disember 2020

Covid19:Rentas daerah, negeri kini dibenarkan

 


Rentas daerah dan negeri tidak lagi dilarang berdasarkan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian dikenakan bagi kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Individu yang ingin membuat perjalanan ke Sabah perlu menjalani ujian Covid-19 tiga hari sebelum masuk ke negeri itu.

Hanya mereka yang tidak mempunyai gejala dan mempunyai keputusan ujian negatif yang akan dibenarkan masuk.

Jelasnya, tidak akan ada lagi sekatan jalan raya polis mulai Isnin, tetapi akan meningkatkan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Sementara itu had dua orang untuk setiap kereta juga tidak akan dikuatkuaskan lagi, dan jumlah penumpang bergantung pada kapasiti kenderaan.

Namun, Ismail mengatakan, kenderaan yang melebihi kapasiti akan ditahan kerana melanggar peraturan jalan raya.

Ismail juga berkata sekiranya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) diteruskan, KDNK negara akan kehilangan RM300 juta sehari.

Ahad, 8 November 2020

KPM: Semua peperiksaan utama ditunda ke tahun depan

 

Tarikh peperiksaan utama di bawah KPM dipinda susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat hampir di semua negeri.

PETALING JAYA: Semua peperiksaan utama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditunda tahun hadapan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas semua sekolah di bawah kementerian berkenaan ditutup sehingga akhir persekolahan tahun ini susulan pelaksanaaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negara, melainkan Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak.

“Tentunya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 tertanya-tanya sama ada perkembangan situasi ketika ini memberi kesan kepada mereka.

“Mengambil kira situasi semasa, KPM membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan berkaitan.

“Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021, manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

“Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.-FMT

Sabtu, 7 November 2020

Semua negeri di Semenanjung diadakan PKPB kecuali Perlis,Pahang dan Kelantan mulai 9 Nov - Ismail Sabri

 


PKPB dilaksanakan diseluruh semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan.

PKPB akan dilaksanakan bermula 9 November selama 4 minggu.

Semua institut pendidkan akan ditutup

Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan melainkan atas urusan kerja dan memerlukan permit kerja.

Aktivit sosial dan budaya tidak dibenarkan.

Pengumuman tersebut dinyatakan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian sebentar tadi.

Isnin, 19 Oktober 2020

PKPB Lembah Klang: Kerajaan kaji kemungkinan laksana PKPD, ketatkan SOP - Ismail Sabri

 PKPB Lembah Klang: Kerajaan kaji kemungkinan laksana PKPD, ketatkan SOP - Ismail Sabri

Lembah Klang dikenakan PKPB bermula 14 Oktober lalu. - Foto/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Lembah Klang susulan peningkatan kes positif COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata pilihan lain adalah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan terbabit dalam usaha mengawal penularan virus itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan mengenainya bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kementerian berkaitan kerana tindakan seumpama itu memerlukan penilaian teliti di semua aspek.

"Kalau PKPD dilaksanakan, semua orang tidak boleh keluar rumah. Makanan akan dihantar ke rumah, aktiviti ekonomi juga perlu dihentikan.

"Memang mudah untuk kita kawal pergerakan tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Paling penting kita kena fikir mereka yang bergantung kepada mata pencarian harian.

"Kita akan adakan perbincangan dan buat keputusan dalam masa terdekat. Tetapi buat masa ini, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang," katanya dalam sidang media hariannya, hari ini.
Sebelum ini terdapat rungutan daripada beberapa pihak apabila PKPB yang dilaksanakan di Lembah Klang bermula 14 Oktober lalu dilihat longgar, antaranya apabila taman awam dan pusat gimnasium sudah dibenarkan beroperasi.
Ismail Sabri juga memaklumkan kerajaan bersama KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang dan mengeluarkan SOP berkaitan sambutan Deepavali tidak lama lagi.
-AstroAwani

Selasa, 13 Oktober 2020

Sidang Media Facebook Live Bersama Perdana Menteri 5 Petang Ini


Perdana Menteri akan mengadakan sidang media melalui Facebook Live petang ini pada jam 5 petang.

Perkara tersebut diumumkan melalui laman twitter beliau seperti dibawah.

Sabtu, 3 Oktober 2020

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi Covid19 - 3 Okt 2020


PERINCIAN KES BAHARU (317)

SABAH : 155 KES TEMPATAN
-100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara
-35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara 2 bukan warganegara.
-10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara.
-4 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
-3 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara.
-2 kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.

KEDAH: 102 KES TEMPATAN 
-97 kes daripada Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan 93 kes warganegara dan 4  kes bukan warganegara.
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.

SELANGOR: 32 KES TEMPATAN 
- 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara. dan 1 bukan warganegara
-12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11147 dan kes ke-11047 yang kesemuanya melibatkan warganegara.

TERENGGANU: 9 KES TEMPATAN 
-7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke11477 yang melibatkan warganegara.
-1 kes saringan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) yang melibatkan warganegara.

PULAU PINANG: 3 KES TEMPATAN 
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.

KELANTAN: 2 KES TEMPATAN 
- 2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara.

NEGERI SEMBILAN: 1 KES TEMPATAN 
- 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

JOHOR: 4 KES TEMPATAN 
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.

KUALA LUMPUR: 4 KES TEMPATAN 
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
- 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.

SARAWAK: 3 KES TEMPATAN 
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

PUTRAJAYA: 2 KES TEMPATAN 
- 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sumber:KKM

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi Covid19 - 3 Okt 2020

Rabu, 23 September 2020

Anwar umum ada majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh' ?

Sidang Media Yang diadakan oleh Anwar hari ini.

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. 

 Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini. 

 Menjawap soalan wartawan, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis. 

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil. 

 "Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti. 

 Ditanya lagi jika majoriti yang diperolehinya itu mencakupi dua pertiga, Anwar berkata “hampir”. 

 Anwar juga memberi jaminan bahawa dia ada "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikan bahawa dia kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru. 

Diasak wartawan untuk maklumat lanjut, Anwar berkata, butiran akan hanya diberikan selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong yang sekarang berada di Institut Jantung Negara.

 “Kerajaan pimpinan (perdana menteri) Muhyiddin Yassin telah jatuh. 

Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan lepas mengadap baginda Agong dalam masa terdekat insya-Allah," katanya. 

Mengenai latar belakang ahli parlimen yang menyokongnya, Anwar sekadar mengulangi bahawa mereka terdiri daripada wakil rakyat pelbagai parti. 

 Dia juga mengakui bahawa mereka itu termasuk pemimpin Umno tetapi enggan mendedahkan sebarang butiran. 

"Ada ahli parlimen dari pelbagai parti dan saya fikir untuk saya umumkan ini biar mereka menyusul dengan pandangan mereka. 

 “Pentadbiran ini pasti wakili semua rakyat. Majoriti Melayu bumputera dan perwakilan dari semua kaum di negara kita," katanya. 

 Menurut Anwar, dia dijadual mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Selasa lalu tetapi Seri Paduka sedang menjalani rawatan. 

 Namun katanya, perkembagangan politik negara itu telah disampaikan melalui telefon. 

 Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan barunya akan tetap menjunjung prinsip perlembngaan.

 “Kita iktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabtkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, di samping jaminan tegas mempertahan hak rakyat pelbagai kaum. 

 “Akhir sekali, saya mohon semua rakyat bersabar dan mendoakan kesembuhan Agong,” katanya. 

Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke Wad Diraja IJN pada Isnin lalu selepas Seri Paduka mengadu kurang selesa dengan kesihatan. 

Namun menurut Istana Negara, baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

Isnin, 27 Julai 2020

(VIDEO)-Sidang media Menteri Kanan Keselamatan berkaitan PKP 27/07/2020

Inti pati sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 27 Julai 2020

📌 Seramai 357 individu ditahan semalam kerana ingkar SOP PKP

📌 PKPP: Orang ramai boleh lapor kepada pihak berkuasa jika berlaku pelanggaran SOP

📌 Peningkatan jumlah penahanan indiviu ingkar PKP berikutan sikap tidak patuh SOP

📌 Warga asing perlu tanggung kos kuarantin, ujian COVID-19

 📌 Rakyat Malaysia yang jalani kuarantin di stesen kuarantin ditetapkan, hanya tanggung 44 peratus daripada kos sebenar

📌 KKM, PDRM akan buat pemeriksaan mengejut pastikan individu dikuarantin patuh SOP

📌 PKPP: Kerajaan ambil keputusan perketatkan SOP bagi proses pertukaran anak kapal

📌 Kerajaan buat keputusan semak semula SOP ibadah korban

📌 COVID-19: PDRM akan tangkap, dakwa 2,897 individu yang belum tampil buat ujian saringan kedua

📌 SOP korban: Hanya 20 orang dibenarkan bagi seekor haiwan yang dikorbankan

📌 SOP korban: Kerajaan galakkan sembelihan korban di pusat penyembelihan

📌 Kerajaan hadkan tidak lebih 10 ekor haiwan semasa ibadah korban

📌 Hanya 20 tetamu dibenar berkunjung ke rumah pada satu-satu masa pada Hari Raya Aidiladha

📌 Orang ramai boleh balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidiladha