"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Aid4Palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aid4Palestine. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mei 2021

USAHA RAKYAT 🇲🇾 MALAYSIA BERKESAN MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP ISRAEL


Alhamdulillah, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia ✊🏻

Dimaklumkan bahawa malam ini (waktu Malaysia) Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 🇺🇳 di New York, Amerika Syarikat akan memanggil satu Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB bagi membahaskan mengenai 'Situasi Terkini di Timur Tengah' dan 'Soal Palestin'. 

Keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara – 🇲🇾 Perdana Menteri, 🇮🇩 Presiden Joko Widodo dan 🇧🇳 Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei Ahad lepas.

Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu - di pihak Kementerian saya, Kementerian Luar Negeri telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin. UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan!

Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa. Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan.

Rakyat 🇲🇾 Malaysia, jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua! ✊🏻

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Luar

Nombor akaun derma untuk Palestine

 Rakyat Palestine terus berjuang mempertahankan negara mereka. Itulah antara peristiwa akhir zaman yang akan terus berlaku. Mereka berjuang mempertahankan tanah air mereka menggunakan apa saja senjata yang ada termasuklah menggunakan batu.


Kita di Malaysia ini hanya mampu membantu mereka dengan kiriman doa, harapan dan bantuan.

Di bawah ini disertakan nombor-nombor akaun untuk saluran bantuan ke Palestine sana. Jom bantu moga jadi asab pahala berterusan.

Nombor akaun bantuan untuk Palestine menerusi badan kerajaan dan juga NGO :












Doa qunut nazilah untuk Palestine.

Jom menderma, segalanya mudah di hujung jari dengan harapan derma ini sampai kepada mereka yang sepatutnya.

Tak kira apa jua parti politik dan agama kita di Malaysia ini, atas dasar kemanusiaan mari kita bantu.

Tags : Nombor akaun bantuan untuk Palestine, cara menderma ke Palestine, selamatkan Palestine, save Al-Aqsa, derma Palestine.

Credit: Blog Cikgu Azim

Ahad, 16 Mei 2021

Ini KATA PEDAS Imam Besar Masjid Al-Aqsa Yang Buat Jutaan Umat Islam TERKEDU

 Terkini Imam Besar Masjid Al-Aqsa pula bangkit memberi sindiran pedas kepada umat Islam negara kejiranan lain yang banyaknya hanya duduk diam tak bertindak seperti Turki dan Malaysia. Baca selanjutnya.

Terima kasih Kepada Turki

Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri menyatakan penghargaannya terhadap bantuan dan sokongan Turki terhadap Palestin waktu perbualan telefon beliau dengan Menteri Agama Turki pada hari Khamis tempoh hari.


Sheikh Sabri mengatakan, kenyataan Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Menteri Urusan Agama (Diyanet) Ali Erbaş yang tampil berani membuat sidang media kutukan terhadap serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Palestin tempoh hari “sangat penting.”

“Tuan Presiden Recep Tayyip Erdoğan, ucapan pidato berharga anda sangat penting… Saya ingin mengungkapkan sekali lagi bahawa pidato yang menyokong Jurusalem, Masjid Al-Aqsa dan Palestin ini memberi kekuatan dan kegigihan kepada kami di sini,” kata Syekh Sabri.

Dia juga menyampaikan harapan terbaiknya kepada Erbaş dan kepada warga Turki untuk hari raya Idul Fitri yang sedang berlangsung dan harapannya bahawa Masjid Al-Aqsa suatu hari akan berada di Jurusalem yang tidak lagi terjajah.

Erbaş mengulangi kecaman Turki atas serangan kejam Israel di Palestin terhadap kanak-kanak dan wanita.

"Saya berharap semua umat Islam boleh bersatu,” katanya. “Jika perbezaan antara negara Islam berakhir dan boleh bersatu, pendudukan dan penganiayaan di Jurusalem akan turut berakhir,” tambah Erbas.

Dia juga mengakui bahawa ada kepekaan yang besar di Turki tentang Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa.

Terkini seramai 139 warga Palestin telah meninggal dunia akibat serangan Israel, termasuk 39 anak-anak dan setidaknya 22 wanita, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Manakala lebih 1,000 yang lainnya terluka, selain kerosakan parah pada bangunan tempat tinggal mereka.

Israel juga telah menahan ratusan warga Palestin dalam beberapa hari terakhir ini.

Ketegangan memuncak di lingkungan Sheikh Jarrah di Jurusalem Timur yang diduduki selama sebulan terakhir.

Ketegangan semakin meningkat setelah kelompok perlawanan Palestin bersumpah membalas serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah.

Untuk makluman, Israel menduduki Jurusalem Timur semasa perang Arab-Israel pada tahun 1967 dan mencuri seluruh kota itu pada 1980 – sebuah tindakan yang tidak pernah diakui oleh komuniti antarabangsa.

Sheikh Sabri Mula Bersuara

Imam veteran Masjid Al-Aqsa dan bekas Mufti Besar, Sheikh Ikrima Sabri, berkata pada hari Jumaat lalu bahawa negara-negara Arab terlalu sibuk berlawan satu sama lain untuk bimbangkan tentang Al Haram Al Sharif, Aljazeera.net melaporkan seperti dipetik dari Middle East Monitor.

Bercakap dalam khutbah Jumaat, Sheikh Sabri mengatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel telah memasang pengesan logam elektronik di pintu-pintu Masjid Al-Aqsa untuk menguji kehendak dunia Arab.

Beliau mengatakan:

Ini bukanlah ujian bagi kami kerana pendirian kami, sebagai penduduk Jerusalem, sangat jelas, tetapi ujian bagi kehendak dunia negara-negara Arab yang lemah secara diplomatik kerana perbalahan mereka terhadap satu sama lain.

Imam Umur 78 Tahun Ni Pernah Terkena Peluru Getah

Imam Sabri telah terkena dua peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan Israel awal minggu ini kerana beliau menentang tindakan yang dikenakan ke atas masjid oleh kerajaan Zionis.

Imam yang berusia 78 tahun itu berkata bahawa orang Arab sibuk membeli senjata “untuk membunuh satu sama lain.”

Pihak berkuasa Islam di Jerusalem menyeru semua masjid di bandar untuk terus ditutup dan mengarahkan solat Jumaat untuk dilakukan hanya di dalam Masjid Al-Aqsa.

Walau bagaimanapun, polis Israel – diperkuat oleh lima batalion tambahan – menghalang kebanyakan rakyat Palestin daripada memasuki tempat suci itu.

Seruan Palestin Kepada Dunia Islam

Di bawah slogan “Hari Kemarahan”, ramai pemimpin Palestin menyeru kepada umat Islam melakukan solat Jumaat berhampiran Masjid Al-Aqsa atau sekurang-kurangnya di pusat pemeriksaan Israel jika mereka tidak dapat melepasi.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”.

Sumber: Anadolu Agency English via Turkinesia

Sabtu, 15 Mei 2021

Jom bantu saudara seakidah kita yang diancam Yahudi Zionis.

 RAYUAN KECEMASAN;

SAVE AL-QUDS!





INFO TERKINI DI PALESTIN



Dua insiden yang sangat besar sedang berlaku di kota al-Quds.



Pertama, peristiwa yang sedang berlaku di Masjidil Aqsa sendiri. Serangan, kekejaman dan penindasan ke atas penduduk-penduduk kota al-Quds yang datang menunaikan solat di Masjidil Aqsa.



Mereka sanggup buat demikian dengan satu sebab, hasrat Zionis untuk mengosongkan Masjidil Aqsa sebelum peristiwa sambutan Hari Al-Quds mereka. Pada setiap 28 Ramadan, mereka akan mengadakan ritual-ritual keagamaan mereka di dalam kawasan Masjidil Aqsa.



Kedua, apa yang sedang berlaku di perkampungan yang bernama Syeikh Jarrah di Palestin. Nama yang agung, iaitu gelaran yang diberikan kepada pakar bedah Salahuddin al-Ayubi.



Bumi yang pernah dijejak oleh Salahuddin al-Ayubi kini berada di tangan musuh. Saat ini sedang berlaku usaha pengusiran penduduk-penduduk yang berada di Syeikh Jarrah, keluar meninggalkan perkampungan mereka.



Bantu kami sebarkan mesej kemanusiaan ini kepada seluruh rakyat Malaysia!






SUMBANGAN ANDA BUKAN HANYA UNTUK HARI INI, TAPI DOA MEREKA AKAN DIBAWA KE SYURGA NANTI



Nabi SAW bersabda:


"Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan."


[HR Bukhari dan Muslim]


Sumbangan selain pakej di bawah, boleh salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Maybank 5648 1050 7826.


Klik link ni untuk terus ke web Persatuan Cinta Gaza Malaysia


Usah kita berkira tentang harta dan pahala, bila niat dan keikhlasan sudah timbul di hati ❤

Jumaat, 14 Mei 2021

MB, Exco Terengganu Sumbang Sebulan Gaji Untuk Palestin

 


KUALA TERENGGANU, 14 Mei - Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan Terengganu bersetuju memotong sebulan gaji untuk disalurkan ke Tabung #Aid4Palestine.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha itu turut mendapat sokongan wakil rakyat penyokong kerajaan (backbenchers) apabila mereka menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.

"Manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi dana dengan bantuan terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM100,000.

"Ini komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara kita di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Mohd Nor.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sedang giat menggerakkan kempen bagi meningkatkan lagi kutipan dana untuk Palestin.

"Ini dilakukan mengikut NGO yang ada di Terengganu ,supaya ia memudahkan seluruh rakyat untuk sama-sama menyumbang.

"Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, NGO dan rakyat untuk menyumbang demi kebaikan penduduk Palestin," tambah beliau.

Pada 12 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menubuhkan sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perkembangan terkini yang berlaku di Palestin dengan serangan berterusan oleh regim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah suatu tindakan zalim dan wajib dikecam.

-trdi.my